Teks dan foto oleh : Nor Azura Ismail
Rujukan : Buku Modul PERMATA
Bermain adalah tugas utama dan tugas paling hakiki bagi
kanak-kanak. Tidak sempurna kehidupan seseorang kanak-kanak tanpa mendapat
peluang untuk bermain dengan sepuasnya.
Maksudnya kanak-kanak bebas untuk mengisi masa mereka dengan hanya
bermain dan terus bermain tanpa hentinya.
Hakikatnya bermain merupakan satu
kaedah@cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran anak-anak. Tak
perlu bersusah mewujudkan suasana pembelajaran secara formal, hanya melalui bermain
anak-anak dapat belajar pelbagai perkara.
Kanak-kanak belajar melalui bermain.
Apakah istimewanya bermain; apakah yang dapat diperolehi
oleh kanak-kanak apabila bermain?
Ramai ibubapa masih tidak tahu bahawa kanak-kanak belajar
melalui bermain.
Jom saya kongsikan bersama kebaikan bermain untuk kanak-kanak.
- Kanak-kanak akan melibatkan diri dengan pengalaman secara langsung.
- Kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai peralatan permainan atau bahan di persekitarannya secara kreatif.
- Kanak-kanak bebas melahirkan imiginasinya.
- Kanak-kanak bebas bergerak, bermain, bekerjasama, berkongsi dengan kawan-kawan sebaya.
- Kanak-kanak dapat berinteraksi tanpa had.
- Kanak-kanak merasa gembira serta seronok dan seterusnya dapat membina sahsiah dan emosi diri yang positif.
- Kanak-kanak dapat meningkatkan kecergasan diri apabila bermain terutamanya jika mereka bermain dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal secara aktif.
- Kanak-kanak dapat meningkatkan kebolehan berfikir ketika bermain serta meningkatkan kebolehan serta kemahiran tertentu dalam diri mereka..
Mengikut panduan Kurikulum PERMATA Negara, terdapat beberapa
jenis permainan yang dapat menggalakkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak;
1. Permainan Bebas – Kanak-kanak bebas bermain
berdasarkan minat dan apa yang mereka pilih
sendiri.Permainan bebas memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, membuat
eksperimen dan menunjukkan kreativiti mereka.
Cth : Main blok secara bebas.
2.
Permainan Manipulatif- Kanak-kanak memanipulasi
bahan atau peralatan semasa bermain. Aktiviti
permainan jenis ini biasanya dirancang oleh pendidik. Permainan jenis ini dapat
menggalakkan kanak-kanak melahirkan idea, imiginasi dan kerativiti mereka.
Kanak-kanak akan merasa seronok dan dapat juga meningkatkan daya tumpuan dan
perhatian kanak-kanak.
Contoh : Membina blok menjadi menara tinggi.
3.
Permainan Fizikal – Ialah permainan yang
melibatkan pergerakan fizikal samada dijalankan di dalam bangunan atau di luar
bangunan. Permainan jenis ini banyak membantu meningkatkan kecergasan sera
kemahiran moto kasar dan moto halus kanak-kanak.
Contoh : bermain di playground
4.
Permainan Bahasa – permainan bahasa bertujuan
untuk menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar.
Contoh :
bercerita atau berbual semasa bermain pondok@main masak-masak.
5.
Permaianan sensori – Ia adalah permainan yang
melibatkan penggunaan deria untuk mendengar, melihat, merasa dan menghidu.
Contoh : meramas dan menguli tepung, main
pasir @ main air.
6.
Permainan Kreatif – permainan yang melibatkan
imiginasi dan rekacipta melalui bahan yang disediakan atau apa sahaja bahan
dlam persekitaran kanak-kanak.
Contoh: membuat kereta daripada kotak atau
menghasilkan sesuatu daripada sehelai kertas.
7.
Permainan Kognitif – permainan yang melibatkan pemikiran
logic, penyelesaian masalah dan juga aktiviti berkaitan awal matematik.
Contoh : main memadankan dan mengumpul bahan
yang sama warna.
8.
Permainan traditional – pelbagai permainan yang
telah dimain sejak dari dulu lagi dan masih boleh di main oleh kanak-kanak
masakini.
Cth : main congkak dan main teng teng.
Sekian. Terima kasih.
** Semua foto permainan di atas ada dalam ebook ini. Jom dapatkan lagi koleksi pelbagai idea permainan untuk kanak-kanak yang lain melalui ebook ini.
No comments:
Post a Comment