1 Teks : Nor Azura Ismail
Rujukan : Buku Modul PERMATA NEGARA
DEFINISI@TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF
· Maksud kognitif adalah
berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara pemikiran melalui deria. Maka perkembangan
kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta
interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman.
·
Secara holistiknya juga,
perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai;
- proses
peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang
kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti
penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.
- Perkembangan
kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.
·
Mengikut kurikulum PERMATA NEGARA Perkembangan Kognitif
dikaitkan dengan;
Perkembangan Awal Matematik & ,Pemikiran
Logik
Perkembangan
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Definisi Awal Matematik
Awal Matematik bagi
kanak-kanak ialah pemahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi,
kedudukan, corak, masa, awal nombor, perwakilan nombor dan operasi nombor. Awal
Matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik.
Definisi Pemikiran Logik
Ialah proses berfikir
yang berasaskan penaakulan(reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada
sesuatu perkara atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara.
Contoh :
Apabila tin kosong diketuk, ia
mengeluarkan bunyi..
Maksud Deria
Deria ialah
pancaindera yang ada pada seseorang seperti mata, hidung, telinga, lidah dan
kulit. Kanak-kanak membina ilmu pengetahuan melalui deria dan sifat ingin tahu
yang wujud secara semulajadi dalam diri mereka. Pengalaman diperolehi melalui
apa sahaja yang mereka lihat, dengar, sentuh, hidu dan bau serta rasa.
Maksud Dunia Persekitaran
Ialah kesemua keadaan
atau situasi yang terdapat di sekeliling kanak-kanak samada aspek fizikal atau eksternal yang terdiri
daripada manusia, haiwan, tumbuhan dan segala bentuk elemen dan kejadian
semulajadi yang terdapat di dunia dan atmosfera.
2. TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN
0 – 6
bulan
Awal Matematik:
·
Melihat objek mengikut arah
objek yang bergerak
·
Menumpu perhatian terhadap
objek bergerak
·
Suka warna warna terang
·
Memegang dan menggigit
objek.
Awal Sains :
·
Memusing kepala arah sumber cahaya
·
Merenung arah objek yang
terletak lebih kurang 20 – 25 sm daripadanya.
·
Fokus pada objek dekat.
·
Ikutpergerakan objek
·
Merenung gambar pada buku
dan cuba sentuh
·
Memindahkan pandangan
·
Tertarik pada bunyi terutama
suara orang.
************************************************************************
6
– 12 bulan
Awal
Matematik :
·
Memahami konsep
·
Mengenali saiz, warna dan
bentuk objek
·
Membelek objek dan
menjatuhkan objek ke lantai
·
Faham konsep kedalaman
·
Faham konsep pengekalan
objek
·
Memadan bentuk dengan acuan.
Awal
Sains :
·
Boleh beza wajah orang yang
dikenali atau tidak.
·
Mengikut dengan mata objek yang bergerak secara melintang atau menegak.
·
Mengesan dan mengutip objek
halus
·
Boleh beza warna asas, warna
terang
·
Boleh beza objek besar kecil
·
Meneroka objek sekitar
·
Masuk objek dalam mulut
*************************************************************************
1
– 2 Tahun
Awal
Matematik :
·
Memahami rutin harian
·
Memahami hubungan antara dua
objek.
·
Mengingat perkara yang telah
berlaku.
·
Membezakan kuantiti.
·
Menyebut konsep
·
Berfikir pada peringkat pra
logik
·
Boleh menyusun ikut urutan
·
Boleh membuat padanan satu
ke satu.
Awal
Sains:
·
Mengikut dengan mata
pergerakan objek dalam bentuk bulatan
besar.
·
Membezakan jarak
·
Kenal perubahan pada objek.
·
Beza warna sekunder
·
Meneliti objek
·
Meneliti, meneroka dan peka
pada persekitaran
·
Membezakan tekstur.
************************************************************************************
2-
3 tahun
Awal
matematik :
·
Selalu bertanya apa, mengapa
·
Selalu minta dicerita
perkara yang dia ingin tahu
·
Bertanya berulang kali
·
Cepat membuat aktiviti
padanan
·
Sebut 1 hingga 5
·
Faham kuantiti
·
Mengenali bentuk
·
Memahami saiz dan perbezaan
bentuk
Awal
sains :
·
Memberi sebab kepada
kejadian
·
Suka bermain dan bina blok
·
Meneliti, meneroka, peka dan
membuat pilihan dari persekitaran.
·
Membezakan jarak dan ruang.
·
Mengenali perubahan yang
berlaku pada satu objek.
·
Membezakan pelbagai rasa
·
Bertindakbalas pada
ransangan deria
·
Mengesan perbezaan antara
bentuk
·
Membina bangunan guna blok
3
– 4 tahun
Awal
matematik :
·
Memahami dan menggunakan
idea abstrak atau simbolik
·
Rasa ingin tahu yang
mendalam
·
Mengenali persamaan,
perbezaan dan corak.
·
Boleh memahami kuantiti dan
membanding bilangan, saiz dan isipadu
·
Boleh buat seriasi
·
Boleh buat representasi
nombor yang lebih besar.
·
Boleh membilang 1 – 10.
·
Mengira jari dan objek
·
Kenal angka dan menulis
angka.
·
Memahami lebih banyak bentuk
dan saiz
·
Faham konsep kuantiti
·
Boleh berfikir secara logik
·
Membuat operasi mudah
·
Memberi sebab dan akibat
Awal
Sains
·
Menguasai kemahiran-
memperhatikan dengan penggunaan semua deria.
·
Boleh mengenal dan
menggunakan gabungan pelbagai pengalaman warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam
penyelesaian masalah.
·
Suka bertanya mengapa dan
bagaimana.
·
Mengambarkan cirri persamaan
dan perbezaan objek
·
Membuat pengecaman dan
menyenaraikan ciri ciri.
No comments:
Post a Comment