Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com
Kanak-kanak dan kreativiti adalah 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak awal usia secara semulajadinya merupakan individu yang penuh dengan imiginasi dan sangat kreatif. Ada sahaja perkara yang boleh dilakukannya sekiranya kita sebagai pengasuh, pendidik atau ibu bapa memberi kanak-kanak ini peluang untuk mencuba.
Aktiviti kreatif TASKA TADIKA pula adalah antara salah satu aktiviti utama yang perlu dijalankan di TASKA TADIKA disamping aktiviti-aktiviti lain.
Anda mungkin merupakan pengasuh@pendidik di TASKA.
Anda juga mungkin seorang guru di TADIKA.
Dah banyak aktiviti kreatif yang anda jalankan kepada kanak-kanak di TASKA TADIKA dan kini anda sedang mencari pelbagai idea baru.
Anda sedang berfikir, apakah aktiviti menarik lain yang ingin anda jalankan dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA.
Aktiviti Kreativiti TASKA TADIKA, disini saya kongsikan satu idea aktiviti yang ringkas dengan penggunaan bahan yang minima serta mudah didapati. JOM CUBA BUAT
TAJUK AKTIVITI : CORAK WARNA BERMINYAK
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kertas Putih A4 atau kertas lukisan
Minyak masak
Warna air
Straw
CARA BUAT :
i. Dengan menggunakan straw, titikkan warna air pelbagai warana sebanyak yang diingini di atas kertas putih.
ii. Dengan menggunakan straw yang berlainan pula, titikkan minyak masak di atas setiap titik air warna air tadi.
iii. Tekap titik airdan minyak tadi dengan sehelai kertas putih lain dan gosok di atasnya.
iv. Beginilah corak yang akan terhasil
Hah, cuba buat dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA, tentu mereka akan teruja.
Dah siap aktiviti ini, cuba pula aktiviti di bawah ini.
Senang sahaja, lukis gambar muka dan dengan menggunakan straw tiup warna untuk menghasilkan corak rambut yang kreatif.
LAIN-LAIN AKTIVITI KREATIVITI TASKA TADIKA
Biar kanak-kanak menunjukkan hasil kreativiti mereka sendiri, siapkan doh buat sendiri dan mula buat PELBAGAI OBJEK DARIPADA DOH
UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK LAGI AKTIVITI KREATIF TASKA TADIKA, JOM IKUTI BENGKEL DI BAWAH:
No comments:
Post a Comment