Tuesday, 5 April 2016

Anak Pintar Cerdas


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Apakah yang dimaksudkan dengan anak pintar cerdas? Adakah mereka tergolong dalam kumpulan anak-anak yang normal dari segi tahap perkembangannya?

Anak pintar cerdas adalah anak-anak yang dikurniakan kecerdasan akal yang luar biasa dan lebih dari anak-anak lain yang sebaya usia dengannya. Anak-anak ini boleh juga  disebut anak-anak istimewa kerana kelebihan yang dimilikinya. Juga boleh disebut sebagai ‘anak-anak yang menerima pemberian dariNYa’ ( gifted)

Hakikatnya, kelebihan dan keistimewaan anak ini  tidak boleh terlalu dibanggakan atau dimegah-megahkan kerana jika tanpa bimbingan dan didikan yang betul,  kelebihan pada diri anak-anak ini mungkin kelak akan mendatangkan masalah kepada diri mereka sendiri maupun keluarga.
Antaranya,  dengan kelebihan dan kecerdasan akalnya, anak-anak ini boleh menjadi  anak yang nakal, melaksanakan idea yang keterlaluan  dan tidak mustahil juga mereka boleh menggunakan kelebihan mereka pada perkara-perkara lain  yang tidak bermanfaat.

Ini kerana walaupun mereka mepunyai kecerdasan akal dan kelebihan berbanding usia, secara normalnya akal mereka belum mampu berfikir secara waras . Maksudnya mereka belum mapu mempertimbangkan dari segi baik buruk sesuatu perkara itu.
Justeru ibu bapa yang  memiliki anak-anak pintar cerdas perlulah memberi perhatian kepada mereka dan memberi bimbingan serta rangsangan pada persekitaran pembesaran yang sihat dan sesuai. Jika ibu bapa terlalu fokus pada kelebihan anak ini  dan ingin mereka menonjolkan diri melalui kelebihan yang ada  sehingga dikenali ramai, dikhuatiri  nanti kesan yang buruk mungkin akan berlaku pada diri anak-anak bila dewasa kelak.

Mungkin kita boleh mengambil contoh dan iktibar pada beberapa kisah anak pintar cerdas di Malaysia. Lihatlah dan cuba selidik apa yang terjadi pada mereka bila telah dewasa?

Apakah ciri-ciri anak pintar cerdas ini ?
Saya kongsikan di sini utuk perhatian bersama.

  • Memiliki kecerdasan akdemik pada usia yang lebih awal dari kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, yakni mungkin boleh membaca dan menulis terlalu awal.
  • Memiliki perasaan ingin tahu yang keterlaluan serta terlalu banyak bertanya
  • Aktif dan memiliki tenaga yang banyak
  • Tidak suka duduk diam.
  • Mempunyai kendiri diri yang positif dan esteem diri yang  tinggi tetapi agak degil.
  • Boleh beri tumpuan yang lama pada sesuatu yang disukainya
  • Sangat cepat menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran berbanding anak lain yang sebaya
  • Suka mencuba sesuatu yang mencabar dan baru.
  • Cepat memahami percakapan dan arahan orang berbanding anak seusia  dengannya
  • Adakalanya, nampak seperti ‘blur’ tetapi sangat bijak orangnya.
  • Tidak peduli dengan orang lain, hanya mengikut apa yang ingin dilakukannya.
  • Cepat jemu pada sesuatu dalam bentuk penghafalan
  • Sangat  kreatif dan sangat kuat berimiginasi
  • Bila ditanya soalan mereka boleh memberi pelbagai jenis jawapan yang berlainan
  • Mempunyai pandangan dan persepsi sendiri pada sesuatu perkara
  • Ada kalanya perangai mereka pelik dan sukar difahami
  • Tidak kisah jika tiada kawan yang ramai
  • Bila menelaah buku, tidak perlu lama kerana mereka akan cepat faham
  • Memahami sesuatu penerangan yang di dengar dengan mudah dan cepat
  • Pencapaian yang tinggi berbanding anak seusia dengannya.
  • Selalu buat sesuatu yang kita kurang faham mengapa dia melakukannya


Baiklah, sekarang saya nak kongsi sedikit mengenai anak saya yang mungkin boleh saya kategorikan sebagai anak pintar cerdas sebagai renungan bersama.



Nama dia Muhammad Tsaqif  Al Mukmin. Seorang yang sangat cerdik. Di usia 4 tahun, dia  sudah boleh membaca walaupun tidak di ajar secara latih tubi yang biasa dibuat oleh pihak TADIKA (konon nak bagi anak cepat baca) Perkataan pertama yang dibacanya ketika itu umurnya 5 tahun adalah perkataan ‘karbohidrat’

Sejak dari sekolah rendah,  tahun satu dia telah  menunjukkan kecemerlangan dalam kelas. Tetapi, memang jarang nampak  dia belajar. Perkara ini dijelaskan lagi oleh cikgu di sekolah bila cikgu memberitahu yang dia sering tidur dalam kelas, tidak fokus dan sering tidak buat kerja sekolah. Peliknya bila peperiksaan besar, dia menunjukkan kecemerangan yang di luar jangkaan.
Sehinggalah bila dia diterima masuk sekolah sekolah berasrama penuh,  dari tingkaatan satu hingga tingkatan lima,  ada saja hal pelik yang tak dijangka yang dilakukan nya di sekolah. Paling pelik bila keputusan PMR dan SPM diumumkan , dia mendapat A untuk kesemua matapelajaran yang diambil tetapi dapat mendapat D untuk satu matapelajaran yang tidak disukainya. Bila ditanya,  jawapannya; dia memang tak suka belajar subjek tersebut , jadi dia tidak berminat untuk menjawab dengan betul. Aduh, memang pelik anak ini.

Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan , disebabkan anak saya bersikap pelik sedikit, dia sering menjadi mangsa buli di sekolah ketika mula-mula memasuki sekolah berasrama penuh dulu.

Justeru itu, bila saya renungkan,  anak saya ini  boleh lah juga dikategorikan  sebagai anak pintar cerdas yang perlu diberi perhatian dan bimbingan berterusan .supaya dia  akan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat seterusnya kelak. Jika tidak diberi bimbingan dan rangsangan pada persekitaran yang sihat, sukar untuk dibayangkan apa yang akan berlaku nati.

Nasihat dan harapan tidak pernah saya lupakan disamping doa yang akan terus mengiringi perjalanan hidupnya. Mudahan anak saya menjadi insan berguna dunia dan akhirat. InsyALLAH.  

********************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.


Datang berkumpulan untuk dapatkan bayaran diskaun.
PERCUMA, EBOOK tulisan saya.


atau pun , jika nak dapatkan EBOOK di atas, anda boleh hubungi saya terus.

No comments:

Post a Comment