Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Anak-anak adalah individu yang sentiasa perlu dibimbing, dididik dan diasuh serta dipantau
sepanjang usia mereka membesar menjadi individu dewasa. Individu yang paling hampir
dengan anak-anak tentu sekali ialah ibu
dan ayah dimana pendidikan anak-anak bermula dari rumah ibu dan ayahnya.
Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah
kita untuk membesarkan anak-anak mengikut acuan yang sempurna. Tidaklah salah
jika dikatakan bahawa bagaimana
anak-anak apabila dewasa kelak, banyak dipengaruhi oleh didikan, asuhan dan acuan dari ibu bapa nya semasa dia kecil.
Sebaik dikurniakan anak, umumnya ibu bapa menyedari bahawa mendidik
anak merupakan tanggungjawab utama mereka. Pastinya, mendidik anak masakini, bukan merupakan suatu tugas yang mudah atau
boleh di ambil mudah oleh ibu bapa. Selari dengan pelbagai teknologi,
perkembangan dunia semasa dan pelbagai pembaharuan
dalam persekitaran pembesaran anak-anak,
ibu bapa sangat memerlukan ilmu
dan kemahiran yang disirami dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang dalam
mengasuh dan mendidik anak-anak ini.
Dimanakah dan bilakah pendidikan anak-anak harus dimulakan?
Sewajarnya perlu pendidikan anak-anak bermula dari rumah iaitu
sedari anak dalam perut ibunya lagi.
Begitu banyak amalan dan cara yang boleh dipraktiskan oleh ibu sewaktu mengandungkan
anak-anak, dengan harapan anak-anak lahir menjadi jadi anak yang baik. Sebaik
lahir, tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak dipikul bersama oleh ibu dan
bapa.
Oleh itu, paling utama , pendidikan anak-anak bermula dari rumah dimana ibu bapa adalah
sebaik-baik pendidik dan sehebat-hebat pembimbing awal kanak-kanak.
Bagaimana cara mendidik anak-anak di rumah; antaranya,
Asuh dan didik anak-anak dengan didikan terbaik
Tunjukkan contoh teladan yang baik pada anak-anak.
Berkata perkara-perkara yang baik dengan nada yang lembut.
Ajarkan akhlak mulia.
Ajarkan anak kemahiran asas urus diri.
Bantu galakkan perkembangan dan potensi diri anak.
Dedahkan perkara yang
baik pada anak-anak.
Berikan didikan dan asuhan yang baik dan sesuai mengikut umur dan kebolehan anak-anak.
Doakan anak-anak.
Anak ke 2 dan ke 4 saya
Ibu bapa yang berjaya memberi pendidikan semulajadi dari
rumah, yakni didikan terus dari tangan
mereka sendiri, adalah ibubapa yang
hebat dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak nya.
Kesimpulan dari mendidik anak, sebaik- baik pendidikan untuk
anak haruslah dimulakan dengan mendidik akhlak, membina keperibadian, sahsiah
dan juga memperkembangkan potensi diri anak-anak.
Hebatnya dan indahnya, sedari anak lahir, ibu bapa telah pun
mula memberikan didikan dan asuhan dari tangan-tangan mereka sendiri.
LALU;
Bila telah tiba masa anak perlu di ke TASKA,
Bila telah cukup umur anak perlu di hantar ke TADIKA
Bila telah bersedia untuk di hantar ke sekolah;
Janganlah ibu bapa bulat-bulat menyerahkan dan memindahkan
segala bentuk pendidikan kepada pihak
TASKA, TADIKA maupun sekolah.
Perlu disedari bahawa, pendidikan yang formal di sekolah
adalah hanya sebahagian sahaja daripada bentuk
pendidikan yang harus diterima oleh kanak-kanak.
Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab
pendidikan hanya kepada pihak sekolah.
Jangan pula pendidikan yang di terima di tadika atau sekolah
membebankan anak-anak hingga tiada masa untuk anak-anak ini menyusuri dunia
bermain mereka.
Untuk anak-anak awal usia, Ibu bapa yang seharusnya membuat
keputusan mengenai bentuk pendidikan yang harus diterima oleh anak-anak . Pastikan
anak belajar dalam suasana yang kondusif dan ceria serta amalkan konsep belajar
sambil bermain.
Anak-anak anda,
Anda yang mencorakkannya.
TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI.
Dan ingatlah, membentuk siapa diri anak-anak yang utama
ialah di rumahnya sendiri dimana
pendidikan anak-anak bermula dari rumah dari tangan-tangan seorang ibu dan
ayah.
*******************************************************************************
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
No comments:
Post a Comment