Tuesday, 10 May 2016

PERLUKAH AJAR ANAK MEMBACA SEAWAL USIA 3 KE 4 TAHUN?

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Adakah anda yang mempunyai anak awal usia merasa risau dan bimbang kerana anak anda belum boleh membaca sebeum memasuki sekolah rendah?
Jadi, apakah yang perlu anda lakukan supaya anak cepat pandai membaca?

Jawapan saya, usah risau dan tak perlu lakukan apa-apa. Biarkan sahaja anak-anak dengan dunia mereka, Dunia anak-anak penuh dengan keseronakan dan bermain. Tentang pandai atau tidak mereka membaca di awal usia, letakkan sahaja di tepi. Fikirkan emosi anak-anak anda bukan fikirkan emosi anda semata.

Di saat kebanyakan ibu bapa hari ini ingin anak-anak cepat pandai membaca seawal usia 3 ke 4 tahun lagi,  anak bongsu saya , Aqil Al Aziz baru boleh membaca buku diusianya 7 tahun,  iaitu setelah 4 bulan perlu mengikuti program Linus@ Literasi di sekolahnya.



Mengapa Aqil belum boleh membaca buku di peringkat TADIKA nya?
Bukankah kebanyakan ibu bapa maupun guru di TADIKA berpendapat bahawa kanak-kanak mesti boleh dapat  membaca sebelum memasuki tahun 1?  Patutkah  Aqil dikategorikan anak yang  tidak pandai?
Sekali lagi perlu ditanya, perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?

Hakikatnya saya  sebagai ibu Aqil, memang tidak begitu bersungguh-sungguh mendedahkan Aqil dengan bacaan awal ketika dia di bawah usia  7 tahun.
Saya ingat lagi, ketika di TADIKA pada usia  6 tahun, cikgu TADIKA begitu susah hati bila tengok Aqil belum boleh membaca lagi walaupun bakal memasuki tahun satu. Cikgu TADIKA asyik menasihatkan saya supaya melatih Aqil membaca ketika di rumah.
Sedangkan Aqil pula, ketika di rumah, dunianya ialah bermain dan bermain. Saya pun tidak ambil pusing sangat nasihat cikgu TADIKA dan saya biarkan sahaja Aqil terus dengan kerja hakikinya iaitu BERMAIN.
Hakikatnya, saya sendiri pun hanya biar Aqil belajar awal bacaan  dengan cikgu TADIKAnya tanpa saya sendiri sambung ajar membaca di rumah apatah lagi untuk hanyar Aqil ikut kelas tambahan@ tuisyen membaca.



Tentulah saya ini  dianggap ibu yang tidak prihatin tentang kepentingan membaca di kalangan kanak-kanak TADIKA ketika itu.
Persoalannya, salahkah saya kerana tidak memastikan Aqil dapat membaca sebelum masuk tahun satu sekolah rendah?

Saya akui sebenarnya saya risau juga sebab saya lihat ramai kanak-kanak di TADIKA tersebut sudah boleh membaca hasil setelah dilatih tubi oleh cikgu TADIKA ditambah lagi dengan kelas tambahan samada di rumah atau dihantar ibu bapa ke kelas luar  Namun,  saya tekad mengatakan bahawa Aqil bukan tidak pandai mambaca tetapi dia memang belum bersedia untuk membaca.

Lalu saya terus biarkan sahaja sebabnya saya yakin bahawa minat untuk membaca akan datang  jua nanti dan Aqil akan boleh membaca dengan sendirinya bila tiba masanya. Pada saya ketika di peringkat TADIKA, Aqil cuma perlu didedahkan dengan proses pembelajaran awal bacaan dan bukannya hasil pembelajaraan dari awal bacaan tersebut seawal yang mungkin. Itu pandangan peribadi saya.

Bila difikirkan saya sendiri boleh membaca ketika umur 7  ke 8 tahun. Ibu bapa semua bagaimana dulu, tentu kebanyakannya boleh membaca ketika di sekolah rendah dan bukannya di peringkat TADIKA.
Lalu, di masa kini, perlukah kita ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Perlukah kita  risau sekiranya anak belum boleh membaca sebelum masuk tahun satu di sekolah rendah?

Saya tidak pernah memaksa Aqil untuk belajar membaca sebelum memasuki sekolah rendah. Saya juga tidak marah Aqil bila dia tidak dapat nombor yang baik ( dalam peperiksaan) di kelas TADIKANYA. Dalam hati, saya sangat tidak setujunya mengklasifikasikan anak-anak TADIKA dengan  nombor kedudukan dalam kelas. Kasihan pada anak-anak, kecil lagi tapi telah dinilai prestasi akademiknya oleh orang dewasa.  Tapi saya terima sahaja, bila cikgu TADIKA komen tentang prestasi akademik Aqil di TADIKA.

Saya sendiri  sama sekali tidak menilai kebolehan akademik Aqil ketika itu. Yang saya tengok Aqil seorang kanak-kanak yang sangat kreatif dan dari  segi aspek perkembangan menyeluruhnya memang sangat positif  sejak sebelum memasuki 6 tahun lagi.

Di usia 4  ke 6 tahun;
Aqil pandai bercerita, berbual dan berkata-kata dengan petahnya
Aqil sangat aktif ketika bermain
Aqil sangat kreatif meneroka dan mencuba sesuatu yang baru
Aqil pandai bergaul dan bermain bersama-sama kawan-kawanya
Aqil penuh dengan imiginasi yang kreatif
Aqil terlalu banyak bertanya
Aqil akan berkerut seperti sedang berfikir  ketika bercerita atau menjawab soalan
Aqil sentiasa teruja mencuba pelbagai aktiviti
Aqil seorang kanak-kanak yang yakin dan berani
Aqil pandai berdikari urus diri sendiri
Aqil kenal huruf dan nombor dan boleh membatangkan sukukata mudah

CUMA, KETIKA ITU , DI USIA 6 TAHUN;
AQIL HANYA TIDAK BOLEH MEMBACA




Namun akhirnya, di umur 7 tahun ini , setelah 4 bulan berada di kelas pemulihan (sebab trend sekolah sekarang, perlu masuk kelas pemulihan jika tidak boleh membaca) Aqil sangat teruja mengeja dan membaca persis seperti baru berada di sekolah TADIKA. Dan saya yakin, sedikit  masa lagi, Aqil pasti akan boleh membaca dengan lancar tanpa sebarang tekanan. Kelihatannya dia seronok membaca dan faham setiap apa yang dibacanya.

Bagaimana jika kanak-kanak boleh membaca seawal 3@4 tahun sepertimana yang diinginkan oleh ibu bapa? Adakah mereka faham apa yang dibaca,? Tentunya, kanak-kanak ini boleh membaca setelah dilatih tubi setiap hari kerana anak-anak memang mudah menyerap apa yang dipelajari. Bagaimana perasaaan anak-anak ini ketika dipaksa belajar membaca? Bagaimana dengan kerja hakiki mereka untuk merasa seronok bermain dan belajar sesuatu melalui bermain?  Ketika sibuk hendak bermain, tiba-tiba disuruh ke kelas tambahan untuk belajar membaca.

Kesimpulannya , bila saya melihat situasi Aqil, sepatutnya di usia 7 tahun inilah dia  baru benar-benar bersedia untuk diajar membaca dan insyAllah dia akan dapat membaca dengan lancar dalam keadaan emosi yang menyeronokkan.



Ketahuilah bahawa membaca adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan tidak semestinya kemahiran ini perlu mula dikuasai  diperingkat seawal 3 tahun lagi jika kanak-kanak belum bersedia.
Jom ubah persepsi kita  terhadap keupayaan anak-anak. Setiap anak mempunyai keupayaan@kebolehan yang berbeza. Di usia 3 tahun ke atas, belajar memahami tingkahlaku dan keinginan kanak-kanak serta kenalpasti potensi diri anak2 tersebut. Bantu mereka memperkembangkan portensi dalam diri mereka  dalam pelbagai aspek perkembangan  yang tentunya bukanlah kebolehan membaca semata.


Alhamdulliilah, Aqil sudah boleh membaca mestipun terpaksa dilabel sebagai pelajar pemulihan. Semoga Aqil berjaya dalam potensi yang ada dalam dirinya. InsyAllah.



********************************************


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642




No comments:

Post a Comment