Wednesday, 29 April 2015

Rahsia perniagaan TASKA

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri : 24

Adakah anda sedang tercari-cari bisnes yang sesuai untuk anda? Adakah anda seorang ibu yang mempunyai anak yang masih kecil atau mungkin anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Apakah perniagaan yang sesuai anda jalankan dan dalam masa yang sama anak-anak dapat anda jaga sendiri? Saya cadangkan bisnes  yang mudah untuk anda iaitu perniagaan TASKA  dimana ia boleh bermula di rumah anda sendiri. Ketahui rahsia perniagaan TASKA ini.

Realiti semasa

Semua orang sedia maklum bahawa mencari rezeki dan menafkahkan keluarga adalah tanggungjawab utama seorang suami dalam sesebuah keluarga. Kalau pada suatu waktu dahulu, hanya suami yang akan keluar bekerja menyara keluarga, tetapi di zaman semua harga barangan adalah tinggi, untuk menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih sempurna, semuanya memerlukan duit. Justeru itu para isteri juga telah turut sama keluar untuk membantu suami mencari rezeki. Bila suami keluar bekerja, isteri juga turut keluar demi membantu meringankan beban suami, jadi bagaimana pula dengan si anak?

Siapa yang akan menjaga anak? Hantar kepada kedua ibubapa ke ? Kesian pada ibubapa yang telah banyak berkorban untuk kita selama ini, hanya  menyusahkan orang tua. Ambil pembantu rumah?  Aduh, macam-macam dah yang kita dengar tentang pembantu rumah ini, apatah lagi kos mendapatkan khidmat pembantu rumah dewasa ini adalah tinggi. Jadi, pilihan ibubapa  ialah samada hantar ke rumah pengasuh atau pun hantar ke Taska.

Kini timbul pula persoalan lain, di TASKA yang bagaimanakah yang perlu dipilih oleh  ibubapa untuk anak-anak mereka? Kalau hantar di rumah pengasuh, apakah ciri-ciri pengasuh rumah tersebut? Para ibubapa tentu inginkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Inilah antara rahsia perniagaan TASKA ini kerana atas alasan inilah   munculnya peluang kepada usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan TASKA ini. Peluang yang ada ini perlu diisi segera tetapi bukan hanya membuka TASKA membuta tuli tanpa mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sebaliknya seorang bakal usahawan TASKA perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan TASKA ini. Perlu diingat perniagaan TASKA berlainan dari perniagaan biasa yang lain kerana produk perniagaan ini bukan barangan tetapi adalah nyawa kanak-kanak. PerniagaanTASKA memerlukan komitment, keikhlasan dan rasa kebertanggungjawapan terhapap diri kanak-kanak dan dunia persekitarannya.

Sekiranya anda serius untuk menubuhkan sebuah TASKA, tubuhkanlah TASKA  yang benar-benar berkualiti serta menepati peraturan yang telah ditetapkan. Apa lagi rahsia perniagaan TASKA yang perlu anda ketahui ?

Ya, cuba lihat potensi perniagaan TASKA di Malaysia.

Jika dilihat sekarang ini persaingan untuk menubuhkan sebuah TASKA  ibarat cendawan tumbuh. Mana-mana kita pergi, kita akan dengar  ada sahaja  TASKA  yang baru buka dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari pihak ibubapa. Paling penting adakah  TASKA  tersebut  ditubuhkan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan?

Kerajaan sendiri sekarang  ini, sangat menggalakkan penubuhan TASKA di tempat-tempat samada di sektor awam maupun sektor swasta. Pelbagai dana telah disediakan bagi membantu mereka yang berminat untuk mengusahakan perniagaan TASKA ini. Antaranya pada beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarat telah memperuntukan geran pembukaan TASKA baru   sebanyak antara Rm10k hingga Rm20k kepada mana-mana pengusaha TASKA yang layak. Selain itu, ada  juga  pemberian subsidi pengasuhan kepada kanak-kanak yang dihantar ke TASKA berdaftar di Malaysia.

Begitu juga mereka yang membuka TASKA di Rumah, juga mendapat keistimewaan seperti TASKA Institusi. Kini, kebanyakan pengasuh di rumah telah  mula sedar akan kepentingan mendaftarkan anak  yang di jaga di rumah mereka sendiri. Oh ya, untuk makluman bagi anda yang berminat memulakan TASKA di rumah anda sendiri, anda boleh mula mengambil upah menjaga anak orang dan anda boleh jaga sehingga sepuluh. Dah boleh buat bisnes, yang penting perlulah TASKA di Rumah anda itu didaftarkan di JKM.

Potensi dan masa depan Perniagaan TASKA memang sangat luas memandangkan terdapatnya keperluan yang tinggi di kalangan ibubapa yang bekerja untuk mendapatkan khidmat asuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Ramai orang ingin membuka TASKA dan ramai juga yang telah pun mengusahkannya. Persoalannya, semudah itukah membuka TASKA dan benarkah  sesiapa sahaja boleh menubuhkannya, pada bila-bila masa dan di mana-mana premis. Jawapan dari saya ialah tidak.

Berkemungkinan mereka yang  begitu mudah dan cepat menubuhkan TASKA, telah menubuhkan TASKA  tersebut tanpa sebarang kelulusan atau permit dari agensi penguatkuasaan.
Dari segi pekerja ,mereka mungkin mengaji pekerja yang tidak diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar oleh agensi penguatkuasan.  Mereka mungkin belum cukup ilmu dan pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak . Justeru itu tidak hairanlah saban waktu kita didedahkan dengan berita kemalangan di TASKA  akibat kecuaian pekerja tidak bepengalaman atau akibat ceteknya ilmu para pengusaha tersebut.

Lebih tepat lagi TASKA tersebut tidak berdaftar menyebabkan mereka menjalankan operasi TASKA  tanpa berpandukan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan. Dengan kata lain TASKA yang beroperasi tanpa didaftarkan tidak kira dari mana keteogori TASKA sekalipun boleh disebut sebagai TASKA HARAM. Menjalankan operasi TASKA tanpa didaftarkan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan penalti oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.

Jadi, kepada bakal usahawan TASKA pastikan anda tahu semua langkah permulaan dalam penubuhan TASKA ini. Bukan itu sahaja, anda perlu ada semua pengetahuan dan kemahiran mengenai kanak-kanak di bawah 4 tahun. Anda juga sangat perlu untuk tahu semua rahsia perniagaan TASKA ini.

Pada saya, potensi perniagaan TASKA ini memang sentiasa ada justeru kerana sentiasa terdapatnya permintaan yang tinggi di kalangan ibubapa. Sokongan dari kerajaan juga sangat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang perlu disediakan di TASKA untuk kanak-kanak. Penggunaan kurikulum seperti kurikulum PERMATA juga serta pelbagai inisiatif dari JKM terus membuka ruang untuk menaikan lagi potensi perniagaan dalam bidang ini. 
Dengan kata lain, jika anda masih terfikir utuk mencari idea memulakan perniagaan sendiri, mungkin perniagaan TASKA boleh menjadi pilihan anda.

KEPADA YANG INGIN TAHU LEBIH  TIP ATAU RAHSIA BISNES TASKA INI, BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA INI.
Harga Ebook : RM30

Untuk tempahan ebook, sila isi klik pada borang tempahan  di bawah

Pembayarn boleh dibuat ke acc berikut:
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 7612806903



Saturday, 25 April 2015

Ebook Panduan Perniagaan TASKA

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

Entri 20


Anda berminat untuk mengusahakan sebuah TASKA sendiri?
Adakah anda  tahu, bagaimanakah memulakan perniagaan TASKA? 
Apakah langkah awal yang perlu dilakukan oleh seorang bakal pengusaha TASKA? 
Apakah langkah demi langkah yang perlu diikuti dalam proses mendaftarkan TASKA? 
Apakah peraturan yang perlu diikuti? 

Mungkin, ini adalah sebahagian persoalan yang timbul untuk anda yang  berhasrat untuk memulakan perniagaan TASKA.
Untuk makluman , TASKA bermaksud mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Di Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu

TASKA di Rumah diusahakan di  rumah pengusaha sendiri, bilangan kanak-kanak   tidak melebihi 10 orang.

TASKA di tempat kerja :  ditubuhkan oleh majikan khas untuk kemudahan kakitangannya sendiri.

TASKA Komuniti : Ditubuhkan dalam komuniti dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

TASKA Institusi :  Ditubuhkan oleh individu dengan modalnya sendiri, juga disebut TASKA Swasta

Antara keempat-empat kategori TASKA di atas, TASKA Institusi adalah TASKA yang paling banyak dan cepat wujud serta tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Ramai orang ingin mengusahakan  perniagaan TASKA kerana menganggap perniagaan ini mudah ditubuhkan dan tidak perlu begitu banyak modal. Dengan mengambil mudah perkara ini, kerana itulah di Malaysia sendiri terdapat banyak  TASKA yang diusahakan secara HARAM dimana ianya tidak didaftarkan dan beroperasi tanpa lessen.

Mengikut seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) , semua TASKA wajib berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakt. Kegagalan mendaftar merupakan satu kesalahan.

Untuk anda yang ingin menubuhkan TASKA, ebook Panduan Perniagaan TASKA boleh membantu anda. Selain TASKA Institusi Ebook ini juga turut kongsikan maklumat mengenai TASKA Rumah.

 
Melihat kepada potensi industri pengasuhan di Malaysia sekarang ini, permintaan terhadap TASKA memang sangat menggalakkan.  Berlumba-lumba individu tertentu ingin menjalankan operasi TASKA samada TASKA institusi maupun TASKA Rumah.  Tapi, pernahkah anda bertanya soalan adakah anda benar-benar layak menjalankan operasi TASKA dalam keadaan ilmu anda mengenai industri masih sedikit. Bolehkah kita sendiri jamin TASKA yang bakal kita tubuhkan boleh berdaya saing serta mempunyai kelangsungan untuk terus beroperasi dengan jayanya.  Cukupkan persediaan anda?

Untuk menjadi usahawan TASKA yang berjaya, paling penting anda perlulah mempunyai ilmu berkaitan yang mencukupi untuk anda memulakan perniagaan anda. Anda perlu tahu setiap langkah memulakan perniagaan ini, bagaimana menguruskan operasi TASKA dan semua yang berkaitan dengan pengurusan TASKA serta perlu mengikut garis panduan semua agensi penguatkuasaan berkaitan.

Jadi, sekiranya anda  benar-benar serius untuk menubuhkan sebuah TASKA, tubuhkanlah TASKA yang benar-benat berkualiti serta menepati peraturan yang telah ditetapkan . Ebook Panduan Perniagaan TASKAini  membimbing anda langkah demi langkah penubahan TASKA idaman anda dan bakal menjadikan perniagaan TASKA yang boleh memberikan hasil yang lumayan kepada anda. Paling penting, perniagaan TASKA bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan semata, akan tetapi ianya sebuah perniagaan yang mesti boleh menyelesaikan masalah ibubapa bekerja yang ingin mendapatkan perkhidmatan penjagaan yang terbaik untuk anak-anak mereka.



Sebagai panduan untuk anda, saya kongsikan carta alir proses pendaftaran TASKA oleh JKM

PRA- PENDAFTARAN

  • Pengusaha mengenalpasti premis ( sewa atau beli ) dan mendaftarkan nama TASKA  di SSM

( Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

  • Konsultansi dengan PDBK TASKA Daerah tentang keperluan dan tatacara pendaftaran TASKA
  • Pengusaha diberi surat rujukan kepada agensi teknikal, borang permohonan pendaftaran  TASKA  dan senarai semak pendaftaran
  • Pengusaha melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran  TASKA

 ***********************************

PROSES PENDAFTARAN

  • Pengusaha mengemukakan borang permohonan pendaftaran TASKA dan dokumen berkaitan kepada PKMD/J/B. Dokumen permohonan yang lengkap akan diberikan slip penerimaan
  • Pemeriksaan ke premis oleh PDBK Taska Daerah
  • Pemohonan yang memenuhi syarat standard minimum JKM dikemukan kepada PKMN untuk kelulusan
  • Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA dikeluarkan kepada Pemohon
  • Pengusaha perlu menyemak Sijil Perakuan pendaftaran dan sekiranya ada pembetulan hendaklah mengembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh sijil dikeluarkan.



**
SSM – Suruhanjaya syrikat Malaysia
PDBK – Pegawai diberi Kuasa
PKMD/J/B – Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah/Jajahan/bahagian
PKMN – Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA



1
Melengkapkan borang permohonan Pendaftaran TASKA

2
Melampirkan Sijil Pendaftaran Perniagaan ( SSM)

3
Menyediakan pelan ruang lantai dan pengiraan keluasan ruang dengan kanak-kanak ( dalam meter persegi)
1 kanak-kanak – 3.4 meter persegi

4
Melampirkan Jadual Aktiviti  harian kanak-kanak mengikut peringkat umur

Lahir hingga 1 tahun

1 tahun ke atas hinggan 3 tahun

3 tahun ke atas hingga 4 tahun

5
Melampirkan jadual menu harian kanak-kanak mengikut peringkat umur

6
Melampirkan Jadual Aktiviti Penglibatan Ibubapa

7
Menyenaraikan senarai nama kanak-kanak

8
Menyediakan pelan lokasi TASKA

9
Menyediakan dokumen sokongan lain seperti

Sijil KAAK/Kusus asuhan PERMATA

Resit bayaran penuh untuk menghadiri Kursusu Asuhan PERMATA

Salinan Suntikan Tyhphim

10
Menyediakan Fi Pendaftaran RM250.00 ( Taska di Rumah – RM 50.00)

11
Mengemukakan surat kelulusan daripada agensi teknikal ( Jika ada)

Pihak Berkuasa tempatan

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Kesihatan Daerah/ bahagian kesihatan

Jabatan Tanah dan Surveu bagi Negeri Sarawk


LANGKAH DEMI LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN TASKA, semuanya ada saya nyatakan dalam ebook Panduan Perniagaan TASKA termasuklah contoh bagaimana menyediakan dokumen pendaftran TASKA di atas.
Bagi anda yang memang berminat untuk mengusahakan TASKA anda sendiri, anda boleh dapatkan ebook ini. Tempahan ebook boleh dibuat dengan mengisi borang tempahan di bawah.

Klik pada BORANG TEMPAHAN

Anda boleh dapatkan ebook ini dengan harga RM30 sahaja. 


Ebook Panduan Perniagaan TASKA, khas untuk bakal usahawan TASKA.Tempah segera!

**acc pembayaran:
Nor Azura Ismail
 Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903




Thursday, 23 April 2015

Diari kisah si kecil - sebelum kami pergi

Nama : Nor Azura Ismail
Catatan : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Foto : Carian Google

Dimanakah kami? Dimanakah kami?

Mengapa tiada tangan-tangan mesra yang menyambut kedatangan kami? Mengapa sunyi dan sepi sahaja di sekeliling kami? Mengapa kami dibiarkan kesejukan begini tanpa sesuatu menutupi tubuh kecil kami? Baru sebentar tadi kami meronta-ronta untuk keluar dari dunia kandungan ibu, tidak sabar-sabar untuk menjengah dunia ini. Paling kami tidak sabar ialah untuk menatapi wajah insan yang sudi menumpangkan kami di dalam perutnya dan tidak sabar pula ingin berada di dalam pelukan kasihnya.  Kami hairan, mengapa tiada insan  menangis kegembiraan menerima kelahiran kami  sebentar tadi? Mengapa tiada kedengaran suara seorang lelaki melaungkan azan di telinga kami?

Persoalan demi persoalan menghujani  fikiran kami yang kecil dan lemah ini. Sebenarnya kami sendiri tidak mengetahui jawapannya. Buat masa ini, yang  kami tahu, kami kesorangan di sini, di bumi Tuhan yang masih asing dan baru bagi kami ini. Mana ibu? Mana ayah? Mana insan-insan yang sepatutnya bertungkus lumus menyambut kelahiran kami?

Mungkin juga kami datang tanpa diundang dan mungkin sebentar lagi kami akan kembali semula tanpa sesiapa pun mengiringi kami. Mungkin cuma sebentar lagi dan  kami akan  kembali semula ke tempat asal kami datang. Jika itu yang terbaik untuk kami maka kami redha dan pasrah menerimanya.

Sebelum kami pergi, dalam tangisan dek kerana gelap, sejuk dan tidak selesa, kami sempat membayangkan keindahan hidup sebagai si kecil penghias kebahagiaan dua insan yang bergelar ibu dan ayah. Kami terus terbayang betapa hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan kami akan terus melalui setiap tahap perkembangan seorang bayi.  Pada setiap tahap kami terus belajar dan berkembang untuk menjadi seorang insan yang sempurna. Dari hanya berbaring kami akan mula menggiring, selepas itu meniarap, merangkak, duduk dan langkah demi langkah kami akan boleh berjalan. Alangkah indahnya hidup bertemankan gelak tawa seisi keluarga.  Namun sebentar lagi, semuanya hanya tinggal angan-anagn kami sahaja. Kami tidak mungkin akan diberi keizinan untuk melalui zaman kanak-kanak kami. Hak kehidupan kami telah dinafikan. Sedihnya.

Tidak mengapa,kami yakin dan teramat yakin, Tuhan bersama dengan kami.  Sebelum kami pergi dari dunia yang asing buat kami ini, cubalah dengarkan sebentar cetusan rasa hati kami.

Siapa kami?
Kami sama seperti anak-anak kecil yang lain yang telah ditakdirkan Tuhan lahir ke dunia untuk meneruskan serta menikmati kehidupan di dunia ini. Sama juga seperti si kecil yang lain, kami lahir dari perut seorang manusia yang bergelar ibu? Kami juga sayangkan ibu-ibu kami. Kami sebenarnya telah dipilih Tuhan menjadi insan istimewa.  Selama dalam kandungan ibu lagi kami telah banyak belajar tentang arus getir kehidupan ini.

Selama  sembilan bulan di dalam kandungan ibu. kami amat mengenali dan memahami ibu kami. Oleh kerana kami istimewa maka  ibu kami  juga berbeza dari ibu-ibu yang biasa. Kenapa? Jawapannya ialah kerana sepanjang bersama ibu  di dalam kandungan,  kami dapat merasakan gelombang perasaan ibu. Seperti ada yang tak kena pada ibu. Kami selalu dapat merasakan tangisan dan rintihan ibu. Ada kesedihan yang berpanjangan jauh di sudut hati ibu sehingga kami  juga turut merasai. Akibatnya  perasaan kami jua sering  terganggu ketika di dalam perut ibu. Kami memang tidak tahu mengapa ibu sedih selalu.

Apa yang kami tahu, kami telah ditakdirkan menumpang di perut ibu. Terimakasih wahai ibu yang telah bersusah payah mengendong kami di dalam perutmu  setiap waktu dan ketika.  Terimakasih kerana telah bersusah membesarkan  kami dalam kandungan ibu. Sungguh kami tidak banyak kerenah kerana kami tahu kesedihan dan penderitaan jiwa  ibu. Dan begitu juga kelahiran kami, telalu mudah buat ibu.

Kami juga sama seperti si kecil yang lain, kami inginkan seorang ayah. Tapi, kedengaran ibu selalu marah pada seseorang sehingga kami sendiri tidak jelas dan tidak pasti adakah kami juga mempunyai ayah.  Benar, kami tidak  tahu.

Aduhai, sepinya hati. Apalah yang dapat kami lakukan dalam keadaan serba lemah dan serba tidak tahu ini. Tanyalah pada seisi langit dan bumi, pada kegelapan dan kesunyian malam yang mendengar tangisan kami tanpa henti- henti ini. Hanya itu yang kami tahu buat. Menangis dan menangis supaya ada insan yang terdengar tangisan kami. Aduh rasanya telah lama berlalu tapi kami masih di sini lagi, di tempat sunyi dan gelap. Kami terus  tidak pasti di mana kami.

Tangisan kami kian perlahan, makin perlahan  dan terus lemah. Akhirnya, kami terdiam seketika kerana rasanya tiada kudrat lagi untuk kami menangis. Ah, biarkanlah, biarkan kami pergi. Seketika  kesejukan  dan kedinginan malam mula menggigit tubuh kecil kami. Terasa bisa dan sejuk sekali.

Rasanya telah kian tiba masa itu. Sebelum kami pergi dan memejamkan mata kami buat selamanya, sekadar pesan kami buat ibu yang sudi melahirkan kami. Terimakasih kerana mengizinkan kami menjadi sebahagian dari diri ibu. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kami ketika bersama ibu di dalam kandungan. Walaupun ibu selalu sedih, tapi kami tetap tenang dan damai di dalam kandungan ibu. Walau apa berlaku, kami tetap sayangkan ibu. Setiap detik kami sama-sama dapat  merasakan denyutan nadi ibu. Memang ada getaran di hati ibu. Antara rasa bersalah, kekesalan kekecewaan dan ketakutan. Kami turut merasa semua itu wahai ibu.

Sebelum kami pergi, duhai ibu, andai kegusaran hati ibu menunjukkan kesilapan ibu dalam meniti kehidupan ini, kembalilah ibu ke pangkal jalan. Walau ibu mungkin bersalah, bertaubatlah. Bukanhkah Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukankah Dia  Maha menerima taubat hambaNYa. Insaflah ibu. Tidakkah ibu teringin untuk berjumpa dan bersama-sama  dengan kami di negeri abadi kelak. Tidakkah ibu teringin mendengar kami memanggil nama ibu kelak?

Seketika bayangan syurga kian menghampiri kami. Terdengar sayup-sayup suara memanggil kami pergi. Sebelum kami pergi, sedikit pesanan akhir kami, jka ada si kecil lain yang senasib dengan kami, wahai insan, izikanlah mereka merasai nikmat  bernafas di muka bumi ini. Izinkan mereka membesar menjadi anak soleh dan solehah. Mereka juga ingin merasai kehidupan seperti insan lain. Bukankah kehidupan hak yang telah diberikan Tuhan kepada hambaNya.

Dalam kegelapan dan kedinginan  ini, tiada lagi tangisan kami. Kami sudah tidak peduli apa yang datang menggigit kami. Tiada insan yang sudi bersama kami lagi. Hanya sang nyamuk dan sang semut  yang menghampiri kami seperti ingin mengiringi pemergian kami.  Apa yang terdaya kami lakukan, biarkan sahaja.

Dalam kesamaran kami terus tenang dan damai. Lalu kedengaran Tuhan menjanjikan kebahagiaan buat kami di sana. Kami perlu pergi buat selamanya dan tak akan kembali lagi. Biarlah kami dinafikan untuk merasai kenikmatan hidup di atas muka bumi ini kerana sesungguhnya  Tuhan  telah menjanjikan kebahagiaan lain yang  tidak terhingga kepada kami di sana.


 Selamat tinggal semua. Semuga berjumpa lagi wahai ibuku. Kami tunggu ibu di sana.

Wednesday, 22 April 2015

Cara buat ‘homemade’ doh bersama anak-anak

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google
Emel: pnnorazuraismail@gmail.com

Entri 21 

Doh ataupun selalu disebut  tanah liat adalah sejenis bahan permainan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk membuat bentuk dan sebagainya.  Saya rasa sewaktu saya kecil dulu pun, saya suka main tanah liat ni sebab boleh buat macam-macam bentuk , kalau kreatif  boleh bentukkan jadi ular, burung, bola  dan sebagainya.

Sekarang ini dipasaran selain daripada tanah liat, sudah banyak jenama lain yang seumpama dijual di pasaran. Dari harga cuma rm 1 sekotak sehinggalah ada yang berharga berpuluh-puluh ringgit untuk sekotak.

Anda sendiri sebagai ibubapa ataupun pengusaha TASKA  Tadika, pernah tak anda belikan anak permainan tanah liat atau seperti contoh  playdough. Selalunya tanah  liat yang dijual dalam kotak itu, harganya sangat murah manakala yang berjenama sikit seperti  playdough pula agak mahal harganya. Dari segi kualiti, jenama seperti  playdough adalah jauh lebih baik daripada tanah liat yang biasa kita main tu. Persamaannnya pula ialah kedua-duanya mengandungi bahan yang boleh merbahayakan kanak-kanak jika termakan. Kalau tak percya, beli yang murah itu, cuba bau.

Jadi, apakata hari ini saya kongsikan bagaimana anda boleh buat doh sendiri di rumah yang lebih selamat  digunakan dan boleh jadikan ia sebagai satu  aktiviti yang menyeronokkan untuk  anak-anak. Boleh juga dijadikan aktiviti di TASKA atau Tadika anda.

Biasanya di rumah mungkin anak-anak suka tengok anda bancuh dan uli tepung untuk buat kuih, apakata kali ini anda beri peluang pula anak anak pula yang buat doh sendiri.  Tugas anda cuma sediakan bahan, bantu  dan bimbing anak-anak.

Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan:
1 mangkuk atau bekas untuk membancuh dan menguli

1 gelas air


1 cawan garam

2 sudu kecil minyak masak

Sedikit pewarna makanan(beberapa warna berlainan

3 cawan tepung gandum

2 sudu makan tepung jagung



Semua bahan yang digunakan adalah bahan yang terdiri dari sumber makanan dan selamat sekiranya kanak-kanak termakan. Kenapa perlu dibuat dari bahan yang selamat, kerana anak-anak ini terutama yang berusia 1-2 tahun masih mempunyai hobi memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Jom sekarang kita  bimbing anak buat doh:
1.   Pakaikan anak dengan apron. Anda juga perlu pakai apron ye. (Saya nak bagi anak rasa   teruja dengan aktiviti ini)
2.   Beri tahu pada anak apakah aktiviti yang akan anda jalankan. Aktivitnya ialah , buat doh bersama-sama.

3.   Mula-mula sudah tentu anda perlu sediakan dulu semua  bahan di atas untuk memudahkan anak. Letakkan semua bahan dalam bekas yang mana  anak-anak boleh nampak bahan tersebut. Sebelum mula, kenalkan dulu bahan kepada anak-anak. Anda boleh juga bercerita pada anak-anak tentang kegunaan setiap bahan tersebut.
4.   Minta anak rasa dulu tekstur tepung gandum dan tepung jagung dengan jari jemarinya.. Kalau anak anda berumur 3-4 tahun anda suka boleh bertanya pada anak tentang perbezaan tekstur kedua jenis tepung tersebut.
5.   Minta anak rasa sedikit garam untuk dia belajar rasa masin pada garam. Anda boleh tunjuk dan  terangkan pada anak tentang warna-warna berlainan untuk bahan pewarna yang digunakan.
6.   Sekarang beri anak  satu  mangkuk@bekas  plastik , minta anak campurkan air, garam, minyak masak, dan sedikit pewarna.
7.   Kemudian minta anak masukkan pula  tepung gandum dan tepung jagung. Jom, kacau dan uli bahan bersama-sama dengan anak anda. Anda perlu beri peluang dan biarkan anak ambil masa untuk uli bahan tersebut sehingga menjadi doh.
8.   Anda boleh bantu jika anak anda berumur 1-2 tahun dan beri bimbingan jika anak berumur 3-4 tahun. Yang paling penting anda tetap beri mereka peluang mencuba buat doh sendiri. Saya yakin anak anda akan merasa seronok dan dihargai.
9.   Kalau anak suka, minta anak buat campuran bahan sekali lagi dan gunakan warna yang berlainan pula.
10. Sekarang dah siap doh, biarkan anak buat kreativiti dan cipta  imiginasi mereka sendiri. Anda mungkin boleh buat satu contoh dan kemudian biarkan anak bermain dengan  imiginasi mereka sendiri.

Contoh kreativiti anak


11. Akhir sekali, jangan lupa minta anak cuci tangan.

*Tip untuk simpan doh ini untuk tahan lama, boleh masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan bila anak nak main.

Kesimpulannya  aktiviti di atas sesuai untuk merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak, menggalakkan moto halus kanak-kanak dan seterusnya boleh menggalakkan kreativiti kanak-kanak melalui imiginasi mereka. Mereka juga akan cuba membina kefahaman melalui pengalaman yang  mereka perolehi sendiri.

** Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran
**Perkembangan Fizikal-moto halus
**Perkembangan Kreativiti dan Estetika