Monday, 28 December 2015

Amalan asuhan positif di TASKA



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com

Foto : Carian google


TASKA merupakan suatu tempat di mana kanak-kanak  ditinggalkan sementara untuk di jaga dan diasuh sepanjang ibubapa atau penjaganya keluar bekerja.
Begitu besar dan pentingnya  khidmat dan yang disediakan oleh pihak TASKA. Tinggi pula amanah yang perlu dipikul oleh pihak TASKA dalam mengasuh dan mendidik  anak-anak ini.

Antara perkara penting yang dapat menjamin kesejahteraan pengasuhan dan penjagaan anak-anak di TASKA ialah amalan asuhan positif di TASKA di mana pengasuh mengamalkan nilai asuhan yang baik atau sebaliknya.

Ibu bapa yang ingin mencari TASKA yang sesuai , pastinya inginkan TASKA yang berkualiti dari pelbagai aspek termasuklah dari aspek amalan asuhan yang diaplikasi oleh pengasuh dalam tugasannya. Ibubapa pastinya tidak tahu sejauhmana nilai yang diamalkan di TASKA di belakang mereka. Anak2 pula tidak pandai bercerita sangat kepada ibubapa tentang bagaimana pengasuh mengasuh mereka di TASKA. Kekadang pengusaha juga tidak tahu sejauhmana nilai sebenar yang diaplikasikan oleh para pengasuh ketika menguruskan anak-anak di TASKA. Adakah para pengasuh@pendidik di TASKA  mengaplikasikan amalan asuhan positif di TASKA?

Pengasuh sendiri wajib  mempunyai sikap yang amanah dan tahu tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pengasuh atau pendidik awal kanak-kanak. Walaupun ibu bapa tidak tahu dan tidak melihat,  yang pasti, Allah melihat segalanya yang tersirat di luar  dan yang tersembunyi di dalam hati.

Setiap pengasuh  perlu faham bahawa bagaimana amalan asuhan yang diterapkan di TASKA, semuanya boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, sangat penting semua pendidik@pangasuh di TASKA mengamalkan nilai asuhan yang positif terhadap anak-anak di TASKA.

Berikut adalah amalan asuhan positif di TASKA  yang perlu diamalkan oleh setiap pengasuh di TASKA. Sekiranya anda sebagai pengasuh tiada nilai seperti ini, anda sememangnya  tidak sesuai unuk menjadi pengasuh@pendidik kepada anak2.


1    Adil kepada semua kanak-kanak tanpa mengira rupa, latarbelakang atau kebolehan kanak-kanak. Contohnya bila memberi pujian kepada kanak-kanak, pengasuh perlu beri pujian kepada semua kanak-kanak. Begitu juga bila beri perhatian , jangan hanya memilih anak-anak yang comel sahaja dan meminggirkan anak-anak yang kelihatan kurang dari beberapa sudut. Belajar berlaku adil kepada semua anak-anak di TASKA. Elakkan sama sekali sikap pilih kasih.

2.      Memberi sentuhan dan belaian – Tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak yang sememangnya fitrah mereka inginkan belaian dan sentuhan daripada orang yang mengasuhnya. Kanak-kanak di TASKA akan mudah rapat dan mesra denga pengasuh bila penngasuh selalu beri perhatian, menyentuh , membelai dan memeluknya.
Melalui sentuhan dan belaian, anak-anak juga akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Tinggalkan sikap suka menjerit , menengking dan memarahi anak-anak di TASKA.


3.      Menghormati hak dan pilihan kanak-kanak
Berikan anak-anak pilihan untuk memilih sesuatu yang disukainya. Jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu yang dia tidak mahu buat. Beri galakan dan dorongan bukan memaksa.
Contohnya mungkin pada hari itu emosi anak terganggu dan tidak mahu membuat aktiviti yang disuruh pengasuh. Gunakan kemahiran anda untuk menarik perhatian anak. Jangan marah dan jangan memaksa. Biarkan mereka buat pilihan. Sama juga dengan hak dan pilihan anak-anak untuk bermain dan terus bermain.
Usah mencantas keinginaan anak-anak untuk bermain.

4.      Menghormati kepercayaan dan cara hidup kanak-kanak
Kanak-kanak di TASKA tentu terdiri dari perlbagai kaum, agama, kepercyaan dan latarbelakang kehidupan. Pengasuh perklu belajar menghormati cara hidup kanak-kanak berdasarkan latarbelakang keluarga mereka. Contoh jika anak cina makan menggunakan sudu, biarkan ketika di TASKA mereka turut makan sepertimana kebiasaan amalan mereka di rumah. Beri mereka pilihan.

5.      Ikhlas dan bertimbang rasa
Mengasuh anak-anak megikut cara dan SOP yang betul menunjukkan bahawa pengasuh ikhlas dalam kerjanya mengasuh dan mendidik anak-anak di TASKA. Sentiasa bertimbangrasa dalam menggendalikan pelbagai kerenah dan ragam kanak-kanak yang pelbagai di TASKA.

6.      Menerima semua kanak-kanak seadanya.
Semua kanak-kanak mempunyai potensi yang berlainan juga tahap perkembangan yang berbeza. Ada anak-anak yang cepat belajar sesuatu dan ada juga yang sebaliknya.
Oleh itu, pengasuh perlu melayan anak-anak secara umum dan jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu di luar kebolehannya.
Ada anak-anak yang cepat mempelajari sesuatu dan ada juga sebaliknya. Amalan bersikap terbuka dan memahami perkembangan kanak-kanak perlu ada dalam diri setiap pengasuh.

7.     
      Menunjukkan empati kepada kanak-kanak
Menunjukkan empati atau prihatin dan minat dengan apa yang kanak2 buat atau ingin katakan. Kanak-kanak akan merasa diri mereka diberi perhatian dan dihargai oleh pengasuh.


8.      Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak
Jangan melabel kanak-kanak dengan perkataan 2 tertentu untuk mengambarkan sikap atau imej kanak-kanak. Ini mungkin akan menyebabkan pengasuh sendiri  yang mewujudkan  emosi  negatif dalam diri anak-anak. Anak2 akan merasa rendah diri dan mempunyai keyakinan diri yang rendah.


Baiklah, dah tahu amalan asuhan  positif di TASKA, oleh itu jika anda seorang pengusaha, pengasuh@pendidik di TASKA, jom amalkan.

Jadikan TASKA anda TASKA yang professional yang bakal melahirkan anak2 yang sihat, cergas, ceria, aktif serta kreatif. Aplikasikan amalan asuhan positif di TASKA demi untuk perkembangan anak-anak TASKA yang positif.




Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Friday, 18 December 2015

Penawar untuk batuk

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Batuk adalah antara penyakit biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya apabila anak-anak dilanda batuk yang berterusan terutama sekali anak-anak di bawah 4 tahun, tentu anda sebagai ibu bapa susah hati dan kasihan melihat anak terbatuk-batuk.

Anda sendiri jika batuk, apakah yang anda akan lakukan? Aduh, tidak dapat dinafikan antara penyakit biasa yang boleh mengganggu urusan seharian anda ialah batuk apatah lagi jika batuk tersebut berterusan dalam jangka waktu yang lama. Jika yang bekerja sebagai pengasuh@pendidik di TASKA tentu terpaksa ambil cuti rehat yang lama kerana bimbang pulak kalau batuk anda menjangkiti anak2 yang lain.

Sewaktu saya sedang menulis entri ini, kebetulan saya memang sedang mengalami batuk yang agak kronik juga. Dah nak masuk satu bulan saya batuk. Dah berbotol ubat batuk saya telan. Ubatan traditional juga telah saya cuba. Namun, batuk saya ini masih juga berterusan. Susahnya nak menahan batuk bila tekak mula terasa gatal yang keterlaluan. Malu pula nak melepaskan batuk yang beria-ria di khalayak ramai. Hah, sebagai alternatif, sepanjang batuk ni, saya senantiasa bawa air kosong bersama. Bila terasa nak batuk, saya teguk air kosong untuk mengurangkan rasa gatal di tekak. namun, saya masih juga terus batuk berlarutan siang dan malam.

Antara tugasan harian saya ialah mengajar. Aduh, kalau ketika mengajar dalam kelas , memang amat mencabar betul tatkala batuk ni. Ada masanya saya terpaksa beri tugasan yang banyak kepada pelajar bagi mengurangkan saya daripada perlu bercakap banyak.

Entah bagaimana saya terjumpa satu cara yang di sampaikan oleh seorang ustaz mengenai antara cara untuk mengubati batuk. Kita perlu berusaha namun Allah jua yang menyembuhkannya.

Caranya begini:

Ambil 40 kuntum bunga cengkih.
Baca pada bunga cengkih :
Alfatihah
Ayat Kursi
Satu ayat dari surah Yunus ayat 57; yang bermaksud " Ya Allah Ya Tuhanku, Sembuhkankahlah penyakit yang ada di dalam dadaku"


Disebabkan ustaz yang menyampaikan petua ini tidak memaklumkan cara bagaimana menggunakan bunga cengkih tersebut, maka saya telah merendamnya dalam air dan minum air tersebut. walau bagaimanpun hasilnya kurang nampak.

Akhirnya, disebabkan batuk saya tiada kelihatan kurangnya, saya telah mengunyah bunga cengkih tersebut kuntum demi kuntum pada selang waktu tertentu. Rasanya memang tak sedap dan agak pedar dan pedas tetapi kemudian tekak terasa berangin pula. Alhamdullillah, tanapa disedari akhirnya batuk saya mula berkurangan.

Saya cuba 'google' untuk mencari antara khasiat benga cengkih ini yang berkaitan dengan batuk;

Inilah yang saya perolehi;
Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .

Minyak cengkih membersih saluran pernafasan, bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan resdung, batuk dan asma.
Dan banyak lagi lah rupanya khasiat bunga cengkih, tumbuhan herba anugerah dari ALLAH ini.


Terima kasih Allah. Kaulah Yang Maha Menyembuhkan. Terima kasih kerana menyembuhkan batukku dan memudahkan semula segala urusan harianku.


 Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Kerja dan upah


Catatan saya : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Kerja dan Upah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. apabila kita bekerja, samada bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri, Kita memang inginkan upah dan ganjaran dari kerja yang telah kita lakukan.Bolehkah kita bekerja tanpa upah? Kalau tiada upah, bagaimana pula kita ingin meneruskan ekonomi keluarga kita? Jadi, bekerja memang untuk mendapatkan upah.

Bidang pekerjaan saya ialah pendidikan awal kanak-kanak . Dah lama saya berada dalam industri ini. Dah pelbagai pahit manis , suka , duka dan getir yang saya rasai dalam mengharungi industri ini. Walau penuh kesukaran namun saya seronok, bahagia dan masih terus bersemangat dalam mengharungi perjalanan industri ini. Seperkara lagi saya memang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang ini.

Selain dari merealisasikan minat saya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini, saya juga sentiasa berfikir bagaimana dengan minat ini, saya masih boleh menghasilkan pendapatan untuk saya dan keluarga. Dan saya memang telah buktikan, bidang ini telah banyak menyumbangkan rezeki kepada saya dan keluarga. Alhamdullillah .Semuanya atas izin dari ALLAH juga.

Kerja dan upah sepatutnya selari. Dah bekerja tentulah kita akan mendapat ganjaran dan upahnya. Namun, ada juga pengalaman paling terkesan saya dalam bidang ini, iaitu bila saya penat mencurahkan keringat dan ilmu tetapi tiada upah dan ganjaran yang saya perolehi. Memang benar saya mencurahkan usaha dan bakti kerana saya minat,  akan tetapi hakikat kehidupan masa kini, saya bekerja juga kerana inginkan upah. Seperti yang saya nyatakan tadi, kerana dengan upah itulah saya dapat memastikan kelangsungan ekonomi keluarga saya. Bila saya sibuk menggunakan kebanyakan masa saya untuk bekerja dalam bidang yang saya minati, saya perlu ingat dan perlu pastikan pelaburan masa saya untuk kerja perlulah berbaloi untuk keluarga saya.

Namun, saya pernah juga tidak diberi upah dan ganjaran atas usaha saya. Pernah dan masih lagi terhutang hingga kini. Majikan saya ketika itu, benar-benar mengambil kesempatan atas segala penat dan lelah saya. Jauh di sudut hati, benar-benar  rasa terkesan. Penat memberi sumbangan keringat, ilmu dan masa. Terzahir segala perit jerih letih bekerja namun akhirnya upah tidak diterima. Memang marah, memang rasa tak redha dengan bekas majikan.

Namun, saya ingin sekali memujuk hati. Mungkin ada hikmahnya. Bukahkah ALLAH memberi rezeki melalui hamba-hambaNYA.
Biarkanlah, itu antara bekas majikan dengan Tuhan. Saya yakin hanya Allah yang   akan memberi upah terhadap usaha saya selama ini. Saya belajar memujuk hati. Kerja adalah juga ibadah. Kerja kerana Allah jua kerana dengan kerja saya membantu suami menyara keluarga. Semoga Allah terus melapangkan rezeki saya dan rezeki keluarga besar saya . InsyALLAh.

Kepada yang pernah mengalami saat seperti saya, bekerja tetapi tidak mendapat upah, serahkan sahaja kepada Allah.
Saya masih bersama di sini untuk memartabatkan industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kerja dan upah untuk saya , Allah jua yang MAHA Mengetahuinya.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Wednesday, 9 December 2015

Tip Membina Keluarga Bahagia

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Keluarga yang bahagia menjadi idaman dan harapan setiap orang yang telah berkahwin. Mewujudkan suasana 'Rumahku syurga ' dimana setiap ahli dalam keluarga sentiasa merasa aman dan bahagia di dalam rumahtangga yang telah terbina. Wujud suasana, harmoni, damai dan penuh ketenangan serta penuh jua dengan mawaddah dan keberkatan.

Jom saya kongsikan sedikit tip membina keluarga yang bahagia

Hubungan Suami dan Isteri
Meletakkan iman dan taqwa sebagai kunci utama dalam rumahtangga
Menerima pasangan seadanya dan sentiasa redha dengan kelebihan dan kekurangan
Menjalinkan persahabatan antara suami dan isteri
Mewujudkan hubungan romantik dimana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai.
Senantiasa berkomunikasi dengan baik dan menyenangkan hati pasangan
Bersikap positif dalam apa jua situasi dalam rumahtangga
Bertolak ansur serta sentiasa berbincang mengenai sesuatu perkara
Saling membantu terutamma dalam urusan berkaitan pengurusan di rumah
Saing ingat mengingati jika pasanag terlupa atau terbuat salah

Tingkatkan ilmu keibubapaan
Tidak curang pada pasangan
Bersikap jujur dan amanah
Saling menghormati dan menghargai pasangan
memahami bahawa isteri adalah amanah
Memahami ketaatan isteri kepada suami
Menzahirkan suasana berkasih sayang
Memberi rezeki dari sumber halal
Berbakti kepada kedua ibubapa
Makan bersama-sama keluarga
Bawa isteri keluar berjalan atau melancong


Hubungan Ibubapa dengan Anak-anak
Mamahami bahawa anak adalah amanah
memahami tingkahlakukan anak-anak
memahami perkembangan anak-anak
Melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai ibubapa
Menyayangi dan mengasihi anak sepenuh hati
Mewujudkan budaya ilmu dan membaca di kalangan anak-anak
Didikan awal yang baik
Ibubapa menjadi role model kepada anak-anak
memberi sentuhan kasih sayang, pelukan  & perhatian
Peka pada apa yang berlaku di persekitaran anak
Didikan kerohanian  & nilai murni yang baik
Mendidik anak dengan iman dan akhlak
Mencari Pendidikan berkualiti yang sesuai dengan jiwa dan minat anak
Menjadi sahabat dan kawan kepada anak yang semakin remaja
Berpada dalam memanjakan dan menghukum
Tidak memaksa anak melakukan sesuatu yang tidak diminati
mendorong dan menggalakkan kepada kebaikan
menasihati anak dalam pelbagai aspek
Memahami apa yang anak ingini
mengaplikasikan masa berkualiti bersama anak
Berkongsi cerita dengan anak
Makan bersama sekeluarga
Bawa keluar berjalan atau melancong

DOA IBUBAPA UNTUK ANAK-ANAK

Ya Allah
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurga-Mu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dari-Mu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan soleh
Jadikanlah kami ibubapa yang baik bagi emmbimbing anak-anak kami.
Amin.
(doa sharing fr imuslimshop.com)


InsyAllah, semoga kita akan bersama mmengamalkan tip keluarga bahagia ini.

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Thursday, 3 December 2015

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



TASKA ELIT
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

NAMA :
TARIKH                                 
MASA                                     
UMUR  :  3 TAHUN

BIL KANAK-KANAK :  6  orang

TAJUK                :          MARI BUAT PERGERAKAN BERSAMA

BIDANG PEMBELAJARAN FOKUS :      
PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA   :  Kanak-kanak sudah boleh bersungguh-sungguh melakukan aktiviti yang diminta.

OBJEKTIF   :
 1. Kanak-kanak boleh merasa seronok dan menunjukkan ekspresi wajah yang gembira ketika aktiviti bersama. (PSSEKR)
 2. Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan  seperti yang ditunjukkan oleh pengasuh. (PF)
 3.  Kanak-kanak boleh menyanyikan lirik lagu  ‘Kalau rasa gembira’ (PBKLA)                                                            
SENARAI BAHAN/PERALATAN :   Iringan Muzik

RUANG AKTIVITI     :      Ruang  Aktiviti Kanak-Kanak

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
1.      Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak terlebih dahulu
2.      Pengasuh meminta kanak-kanak untuk melakukan sedikit senaman ringan bersama-sama.
3.      Pengasuh mula memasang video lagu ‘Kalau rasa gembira’ dan meminta kanak-kanak cuba mengikut bersama pergerakan yang dibuat oleh pengasuh.
4.      Pengasuh juga meminta kanak-kanak mengikut menyanyi bersama lagu ‘kalau rasa gembira’
5.      Pengasuh menarik perhatian kanak-kanak dengan membuat aksi pergerakan mudah dan sekali lagi menggalakkan kanak-kanak mengikut dengan bersungguh-sungguh.
6.      Pengasuh meminta kanak-kanak terus mengikut pergerakan yang dilakukan bersama-sama.
7.      Pengasuh memberi galakan berterusan sekiranya ada kanak-kanak yang kelihatan malu.
8.      Pengasuh memberi pujian kepada kanak-kanak.
9.      Pengasuh memastikan kanak-kanak merasa seronok dan menzahirkan rasa gembira mereka melalui ekspresi wajah yang ceria.
10.  Pengasuh meminta kanak-kanak cuba ulang pergerakan yang diajar.
11.  Ucapan terima kasih kepada kanak-kanak

Refleksi : Kanak-kanak tekun, bersungguh dan gembira dengan aktiviti ini.  Mereka menunjukkan ekspresi wajah yang ceria, senyum dan gembira.  Kanak-kanak aktif membuat pergerakan bersama.





TASKA ELIT
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


TARIKH                                    
MASA                                      
UMUR :             3 TAHUN

BIL KANAK-KANAK  :  5 orang

TAJUK                                      :          MARI SUSUN BLOK TINGGI BERSAMA

BIDANG PEMBELAJARAN FOKUS :      
PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA     :          Kanak-kanak sudah boleh main susun blok sendirian.

OBJEKTIF   :       
1. Kanak-kanak boleh  susun blok bersama-sama kawan-kawannya.(PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh mengenal konsep tinggi dan  rendah. (PAMPLA)
3. Kanak-kanak boleh menyusun blok hingga tinggi. (PF)  
                                                           
SENARAI BAHAN/PERALATAN :           Blok pelbagai saiz yang diperbuat daripada
           kotak-kotak terpakai.
           Blok yang dibeli.

RUANG AKTIVITI                      :           Bilik Aktiviti Kanak-Kanak

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
1.      Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak terlebih dahulu
2.      Pengasuh meminta kanak-kanak duduk di atas tikar.
3.      Pengasuh mengeluarkan satu kotak yang mengandungi blok permainan. Pengasuh minta kanak-kanak ambil blok tersebut dan mula buat blok masing-masing.
4.      Pengasuh beri masa kepada anak-anak main blok sendiri.
5.      Pengasuh kemudian menarik perhatian kanak-kanak dengan mengeluarkan kotak yang mengandungi pelbagai saiz blok yang diperbuat sendiri daripada kotak-kotak terpakai.
6.      Pengasuh membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan dan minta mereka menyusun blok dari rendah ke tinggi dalam kumpulan.
7.      Pengasuh memberi galakan kepada kumpulan kanak-kanak untuk susun blok setinggi yang boleh.
8.      Pengasuh memberi pujian kepada kanak-kanak dalam kumpulan setelah berjaya menyusun blok bersama-sama.
9.      Pengasuh mengukur blok mana yang lebih tinggi sambil mengenalkan kepada kanak-kanak konsep tinggi dan rendah.
10.  Pengasuh meminta kanak-kanak terus menyusun blok dalam kumpulan dan lihat blok mana yang lebih tinggi.
11.  Pengasuh ucapkan terimakasih kepada kanak-kanak

Refleksi : Kanak-kanak tekun, bersungguh dan boleh bekerjasaam menyusun blok tersebut hingga menjadi tinggi. Kanak-kanak juga boleh tahu mana blok yang lebih tinggi.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA







Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com