Friday, 14 October 2016

Ilmu dan Kemahiran pengasuhan

oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

TASKA adalah didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah 4 tahun melebihi 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari penjagaan tersebut.

Apabila ada TASKA beroperasi, maka adalah pengasuh@pendidik yang merupakan individu yang berperanan untuk bertanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak di TASKA tersebut. Pengasuh@pendidik merupakan tulangbelakang yang akan memastikan operasi rutin harian TASKA berjalan dengan lancar.

Memandangkan besar dan pentingnya perkhidmatan pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak ini, adalah penting juga semua pendidik@pengasuh di TASKA perlu mempunyai ilmu dan kemahiran pengasuhan  berkaitan yang sperlu digilap berterusan. Dengan kata lain , selain mempunyai kelulusan dan kemahiran sediada, pendidik@pengasuh perlu terus diterapkan dengan ilmu dan kemahiran pengasuhan yang berterusan selagi mereka bergelar pendidik.


Pendidik@pengasuh TASKA apatah lagi yang masih baru berjinak dalam industri ini, tidak boleh sekadar rasa cukup dengan kelulusan yang ada. Mereka harus sentiasa mencari dan menambah pelbagai lagi ilmu serta kemahiran pengasuhan untuk memperkuatkan lagi ilmu dan kemahiran pengasuhan  mereka.

Untuk menjadi seorang pengasuh@pendidik yang professional, perlu melalui pelbagai pengalaman dalam bidang berkaitan. Selalulah mengikuti perkembangan dalam industri dan jangan lupa menghadiri pelbagai kursus@bengkel berkaitan yang banyak ditawarkan.

Jika anda meupakan seorang pendidik@pengasuh samada d TASKA ataupun TADIKA, jemputlah untuk menghadiri bengkel-bengkel yang saya tawarkan. 

Antaranya,

Bengkel Pengasuhan dan Aktiviti Bayi serta kanak-kanak
Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif
Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA







dan pelbagai lagi yang berkaitan.


atau dapatkan



Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak untuk mengiktiraf kemahiran anda.
Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner


Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






Monday, 10 October 2016

Anak-anak perlu diraikan


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jom meraikan anak-anak kerana anak-anak perlu diraikan.
Kesibukan kita sepanjang hari, sepanjang minggu, pastinya meminimakan saat dan waktu yang berkualiti bersama anak-anak.
Oleh itu, cubalah cari waktu dan saat yang berharga untuk bersama dengan mereka. Tidak semestinya kita perlu membelanjakan banyak duit, cukuplah sekadar kita pandai memanfaatkan situasi untuk meraikan anak-anak.
Manfaatnya bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga kita sendiri.

Sekadar berkongsi kisah saya meraikan anak anak pada cuti Awal Muharam baru-baru ini.
Bila cuti cuti ni, saya sebolehnya ingin mencuri ruang waktu dan kesempatan untuk meraikan anak-anak. Sebab kebiasaannya semua sibuk. Nama sahaja saya berkeluarga besar, mempunyai anak anak yang ramai, tapi bila pada hari hari biasa, tinggal beberapa orang sahaja di rumah. Ada yang telah bekerja, yang bersekolah dan yang tinggal di asrama.
Saya sendiri berkejaran dengan tugas-tugas hakiki dan bisnes saya.  Apatah lagi anak-anak  pun memahami bahawa ibunya asyik  sibuk mengajar, berbengkel , kendali program, kendali pelanggan, menulis dan macam macam lah lagi yang mendatang.

Saya ingin juga meraikan anak-anak. Rancangan awal cuti itu, saya hendak membawa anak-anak jalan-jalan  jauh sikit dari teratak kami yg  hening bening ni.
Akhir sekali, tak jadilah, disebabkan mengenangkan cuti yang pendek dan sebentar cuma.

Akhirnya saya bersetuju membawa dan belanja semua pergi makan besar, makan 'seafood' di tepi laut. Bunyinya macam seronok sahaja, kan?? Memanglah seronok dan teruja semua sebab ibunya nak berbelanja besar khas untuk meraikan waktu berkualiti bersama anak-anak.
Anak sahaja? Eh, encik suami saya pun turut serta meraikan anak-anak.
Bagaimana dengan kos perbelanjaan makan makan ni? Mahal ker? Berhabisan jugalah  tapi niatnya nak meraikan anak-anak, jadi tak kisahlah.
Rancangan meraikan anak-anak dengan program makan besar diteruskan juga.

Alhamdullillah, tibalah kami di restoran terapung atas laut yang indah. Kedengaran jelas bunyi laut yg sedikit berombak yang sesekali berdesir kuat memukul benteng batu di tepian pantai.
Seronok dan bahagia duduk semeja bersama insan-insan tersayang.
Cuma, apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah apabila  emosi masing-masing mula terganggu. Kenapa pula?

Aduhai, lama dan terlalu lama kami menunggu tempahan makanan.  Hampir dua jam rasanya sehingga sudah rasa  ingin melangkah kaki balik. Sedikit rasa tertekan sehinggakan kepala yang tadinya dirasakan sihat  sudah mula rasa nak pening. 
Kenapa lama sangat pelanggan perlu menungggu?
Saya  yang buat bisnes perkhidmatan sentiasa memastikan pelanggan saya tidak tertunggu tunggu. Macamana ni? Restoran  dah cantik, harmoni, tepi laut pulak tu, tapi baru saya perasan yang pekerjanya cuma ade beberapa orang sahaja. Itulah yang nak ambil tempahan, nak hantar hidangan dan semuanya lah. Aduhai pengusaha restoran ini, kedekut agaknya  nak tambah pekerja.  Bengkak betul hati yang melihat.

Alhamdullillah lah juga, dapat juga akhirnya makan-makan meraikan anak-anak  walau terpaksa menunggu 2 jam.

Untuk anda yang sedang berniaga, ingatlah ya, bila buat bisnes, berikan perkhidmatan yg cekap dan terbaik kepada pelanggan anda.

Untuk pembaca semua, curi-curikan waktu itu, bersama dan raikan keluarga anda.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25


Peperiksaan PT3

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Anak-anak dan Peperiksaan PT3
Hari ini ramai anak-anak sahabat akan menduduki peperiksaan PT3. Dalam ramai anak-anak tersebut, termasuklah anak saya.  Sebagai ibu bapa dan penjaga anak-anak, kita doakan yang terbaik buat mereka.
Walau apapun, saya yakin, harapan ibu dan ayah tetap setinggi gunung. Cuma, nak diingatkan, kalau boleh, turunkan sedikit harapan setinggi gunung tu,  memadailah  sekadar kita iringi doa dan harapan ikhlas agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti, perlu diterima dengan hati terbuka.



Anak-anak ini sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Kita juga pernah melalui zaman seperti mereka.  Zaman belajar memang memenatkan dan meletihkan badan dan otak. Paling seronok ialah tatkala dapat bergaul, berkawan dan bermain apa yang disukai.
Belajar adalah satu tanggungjawab untuk anak-anak yang bergelar  pelajar sekolah. Setiap hari ke sekolah, tentulah ke sekolas mengalas tanggungjawab yang diberi. Perlu  ikut peraturan sekolah, berdisplin, fokus dalam kelas dan perlu  siapkan semua kerja rumah yang diberi guru. Aduhai, banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Proses pembelajaran perlu dilalui dan diteruskan seiring dengan peningkatan usia anak-anak.

Belajar tetap belajar. Akan tetapi, hasilnya tentulah tidak sama bagi setiap anak hatta bagi setiap insan. Kerana apa? Setiap individu adalah berbeza dari segi IQ, minat serta kemahiran  dan juga potensi dalam diri. Mengharapkan suatu keputusan cemerlang untuk semua anak adalah tidak adil.  Justeru letakkan harapan setimpal dengan IQ dan potensi diri anak-anak. Kita sebagai ibu bapa, patut lebih mengenali potensi anak-anak sendiri.

Manusia dilahirkan dengan kecerdikan dan potensi yang berbeza. Itulah hakikatnya.
Jusetru itu, wahai  ibu,  wahai bapa, wahai guru, usah kerap sangat menekan emosi anak dengan dibebani  pelbagai tugasan pembelajaran yang keterlaluan berbanding umurdan pencapaian  mereka. Berilah mereka dorongan dan semangat. Andai mereka kurang  berjaya dalam pelajaran, usah dimarah, usah dipandang sepi.  Tentunya ada sesuatu potensi lain yang istimewa dalam diri mereka.
Teruskan doakan anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 ini.


Masih ingat kepada pemenang pingat emas paralimpik Abdul Latif Romly yang menjuarai  acara lompat jauh T20 lelaki. Anak yang mempunyai  masalah pembelajaran sejak dari kecil dimana beliau hanya boleh membaca pada usia 15 tahun. Itupun kalau perkataan-perkataan susah, dia akan cepat lupa katanya.
Dia sesungguhnya tela membuktikan walaupun dia tidak boleh cemerlang dalam pembelajaran tetapi dia tetap seorang juara dalam bidang yang diminatinya. Dia mempunyai potensi lain yangalhamdullillah  telah dikenalpasti oleh mereka di sekelilinginya sedari dia kecil lagi.
Begitulah umpama anak-anak kita, cemerlang  mereka adalah pada minat dan potensi diri masing-masing.


Bagaimana pula dengan anak-anak kita.  Sekiranya memang jelas  anda  nampak mereka seorang yang genius dalam pembelajaran akademik, maka teruskan beri galakan dan dorongan untuk mereka berusaha belajar ke peringkat  lebih tinggi setinggi yang mereka mampu.

Namun, jika anda ayah dan ibu nampak sebaliknya pada anak  usah tunjukkan  putus asa di depan anak-anak. Usah sesekali  diperkecilkan kebolehan diri si anak. Percayalah ada satu potensi lain yang perlu dikenalpasti dan dikeluarkan serta digilap dalam diri si anak.

InsyAlaah, doakan yang baik-baik untuk anak.
Biar anak-anak  berjaya di  dunia dan di akhirat lebih lebih lagi. Semoga anak-anak inilah yang bakal mendoakan kita pula satu hari nanti, merekalah anak-anak yang soleh solehah.

Sekali lagi, untuk anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan PT3.  Selamat menduduki peperiksaan.
Untuk ayah ibu, jadilah pendorong kepada potensi bukan jadi pencantas.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






Friday, 23 September 2016

Bengkel Menu Sihat Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Gambar : Carian Google
Rujukan : Buku Modul PERMATA


Pemakanan yang sihat dan seimbang  merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Selain untuk membekalkan tenaga, makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan perkembangan otak yang optimum. Kanak-kanak yang tidak diberi makanan seimbang, pemakanan dan tumbesaran mereka akan terjejas.

Mengikut Akta Taman asuhan kanak-Kanak 1985:

1. Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak.

2. Jadual makan hendaklah disediakan mengikut:

a. skala diet yang dinyatakan dalam Jadual keempat dan
b. kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam jadual Kelima.
(Rujuk Akta)

Sehubungan kenyataan di atas, tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya semua pengasuh@pendidik di TASKA menyediakan makanan di TASKA yang sesuai dan seimbang serta mematuhi peraturan penyediaan makanan kanak-kanak.

Makanan berkhasiat sangat penting , antaranya kerana ia;


  • membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
  • membekalkan tenaga untuk akviti fizikal dan mental.
  • membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
  • menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Justeru melihat kepada kepentingan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak, maka para pengasuh@pendidik di TASKA juga perlu kreatif dalam menyediakan menu yang menarik, berkhasiat dan seimbang kepada kanak-kanak.

Kepada yang berminat, jom ikuti bengkel kendalian saya bersama Chef Fitri.
Bengkel ini sesuai untuk semua pendidik TASKA TADIKA dan juga para ibu bapa.

BENGKEL MENU SIHAT KANAK-KANAK


HUBUNGI SAYA
NOR AZURA 016 7235080/019 2115642.

TEMPAT : TASKA OREN CERIA
NO. 2, JLN BPP 4/2
BANDAR PUTRA PERMAI
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

MASA ; 9.00 AM - 04.00PM

BAYARAN : RM90


Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25







Wednesday, 21 September 2016

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun
Bulan September dan bulan Oktober ialan bulan di mana sesi persekolahan sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Anak-anak sekolah tentunya sedang gigih belajar untuk memastikan dapat pencapaian yang memuaskan dalam peperiksaan. Ibu bapa juga tentunya sibuk juga membantu pembelajaran anak-anak. Ini adalah rutin dan amalan biasa di sekolah-sekolah bagi menguji pencapaian AKADEMIK anak-anak.

Selain dari sekolah, tidak ketinggalan juga berlumba menyediakan soalan-soalan penilaian dan membuat persiapan peperiksaan akhir tahun ialah pihak TADIKA.
TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Waktu inilah masa untuk menilai pencapaian anak-anak selama belajar di TADIKA.  Lalu, sibuklah cikgu-cikgu di TADIKA  mengendalikan sesi  peperiksaan akhir kepada kanak-kanak yang rata-ratanya berumur 4, 5 dan 6 tahun sama persis seperti peperiksaan di sekolah.
Sibuklah juga cikgu-cikgu TADIKA memberi pesanan kepada ibu bapa supaya ambil perhatian terhadap pembelajaran AKADEMIK  anak-anak memandangan anak-anak akan dinilai pencapaian akdemiknya dalam subjek-subjek yang pelbagai di TADIKA.

Maka, tak tentu arahlah para ibu bapa. TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun membuatkan ada ibu bapa yang turut tak senang duduk kerana memikirkan untuk membantu anak-anak menduduki peperiksaan. Pada ibu bapa, inilah masanya anak-anak perlu tunjukkan hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui di TADIKA sepanjang tahun. Beberapa kali ibu bapa asyik membelek jadual peperiksaan yang disediakan oleh pihak TADIKA  sambil berfikir-fikir pula untuk sediakan jadual belajar di rumah.
Untuk siapa? Untuk anak-anak TADIKA ini.

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun.  
Sejak ibu bapa  mendapat makluman peperiksaan akhir tahun ini, anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang berkenaan,  tidak dibenarkan lagi menonton rancangan TV kegemaran apatah lagi bermain. Mereka perlu belajar, buat latihan dan buat banyak latih tubi. Mesti menelaah sama persis seperti pelajar di sekolah.



Mengapa?
TADIKA dan Peperiksaan Akhir tahun.
Kerana untuk memastikan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir nanti. , Tentulah sebaik habis sesi peperiksaan nanti, akan keluarlah keputusan peperiksaan akhir untuk anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini. Justeru itu, mana ada ibu bapa  yang tidak berbesar hati jika anak-anak mendapat kedudukan no 1, no 2 atau no 3 dalam peperiksaan kelas TADIKA.

Oleh kerana keasyikan ibu bapa untuk turut menilai pencapaian akademik anak-anak, maka cikgu TADIKA tidak perasan yang mereka sedang sibuk juga melabel pencapaian akademik anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini.
Bagaimana cikgu mula melabel pencapaian anak-anak? Jawapan telah dinyatakan tadi, iaitu apabila ada anak yang dapat kedudukan  no 1, no 2 n, no 3 dan setersusnya di dalam peperiksaan akhir tahun di TADIKA.
Ucapan tahniah akan dicatatkan dalam rekod prestasi anak-anak yang mendapat label kedudukan yang baik dalam peperiksaan akhir tahun kelas TADIKA. Cikgu seolah seperti berkata,
“TAHNIAH dari cikgu. Awak memang pandai. Cikgu suka anak-anak yang pandai belajar. Nanti cikgu tentu akan anugerahkan pencapaian dan beri hadiah.”  Ibu bapa juga turut sangat berbangga, Anak juga turut dapat pujian dan hadiah dari ibu bapa.

Anak-anak awal usia terus dinilai akademiknya.
Anak-anak ini terus dilabel. Pandai dan tidak pandai dinilai dalam peperiksaan akhir tahun.
TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun semakin sinonim berterusan dengan prinsipnya. Mengenalpasti dan menilai pencapain akademik anak-anak TADIKA.
Berterusan begitu kerana inilah sistem pendidikan yang ingin diikuti, pencapaian  berasaskan peperiksaan (exam oriented)

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Tidaklah saya kata salah sama sekali. Tetapi, jom renungkan seketika.
Bagaimana dengan anak-anak yang mendapat label kedudukan yang corot dalam peperiksaan di TADIKA? Bagaimana jika kanak-kanak sendiri rasa terpaksa untuk menjawah kertas-kertas soalan peperiksaan?
Bagaimana jika anak-anak masih belum dapat membaca atau menulis dengan betul di peringkat TADIKA ini?
Bagaimana anak-anak yang gagal tunjukkan prestasi akademik semasi dinilai pencapaian akademiknya? Bagaimana kedudukan anak-anak ini?
Tidak pandaikah anak-anak ini? Tiada potensi lainkah dalam diri anak-anak ini?

Tanpa disedari, Guru TADIKA awal lagi telah melabel pencapaian akdemik mereka.
Dalam rekod prestasi, guru menulis,
Pencapaian yang  kurang memuaskan. Perlu usaha lagi. Pastikan anak berusaha lagi di masa  hadapan.
Mungkin terdetik di hati cikgu, kanak-kanak ini kurang pandai, susah nak belajar dan susah pula diajar.
Ibu bapa pula, mungkin ada yang kata,
“Itulah mama , papa kan suruh belajar,  asyik main sahaja”
Kasihannya anak-anak ini, dalam diam, dalam tidak sedar, telah  dilabel tidak pandai.

Aduhai cikgu TADIKA
Aduhai pengurusan TADIKA
Tolong fahami konsep pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Pendidik perlu mendidik dan membimbing tahap perkembangan anak-anak mengikut kebolehannya BUKAN mengajar dan memaksa anak-anak belajar hingga perlu menonjolkan serba serbi kebolehan akademik sekadar di usia 4, 5, dan 6 tahun.

Aduhai ibu bapa.
Tolong tahu, tugas utama anak-anak 4, 5, 6 tahun ini bukanlah belajar dan wajib tunjukkan serta serlahkan  pencapaian akademik di awal usia. Mereka bukan tidak pandai. Anak-anak mungkin belum mahu menonjolkan pencapaian mereka. Anak-anak sebenarnya belajar macam-macam perkara di persekitaran mereka di awal usia lagi. Anak-anak adalah individu yang sangat unik. Mereka mempunyai pelbagai potensi awal yang perlu dikenalpasti dan diberi perhatian serta galakan sedari awal usia lagi.

Jangan menilai anak sekadar dari sudut akademik sahaja. Lihatlah, terokailah dan carilah potensi potensi tertentu dalam diri anak.Tolong tahu, kerja hakiki kanak-kanak di bawah 7 tahun adalah bermain, bermain dan terus bermain, lalu biarkan mereka puas bermain dengan seronok. Usia kanak-kanak adalah hak kanak-kanak untuk bermain.
Peranan cikgu TASKA, cikgu TADIKA, peranan ibu bapa, rancangkan waktu bermain mereka sebaiknya agar anak-anak dapat mempelajari sesuatu melalui bermain, bukan melalui paksaan dan latih tubi yang tentunya  mengganggu emosi anak-anak awal usia ini.

Kita yang industri ini, kita tentu boleh mengubahnya, demi untuk ANAK-ANAK juga.

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun, sudah tiba waktunya, pelaksanaannya, ada yang perlukan perubahan dan pembaharuan sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan dan tabiat semulajadi kanak-kanak.

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






Wednesday, 14 September 2016

Pekerja dan TASKA

Teks Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google & koleksi peribadi


Pekerja adalah tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur. Perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan berpotensi bagi membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanank secara positif lagi menyeluruh.

Justeru itu, kriteria profesional amat penting sekiranya ingin menjadi pengasuh atau pendidik di TASKA memandangkan pendidik@pengasuh  mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan di TASKA.

Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) yang ditetapkan dalam akta berkenaan. 
Selain itu, mempunyai persijilan kemahiran melalui  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pendidik@pengasuh memandangkan SKM dapat mengiktiraf pengasuh@pendidik ini sebagai  pekerja mahir yang tetelah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.

Profesionalisme seseorang pengasuh@pendidik  itu diukur berdasarkan minat masing-masing untuk mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.

Bagi merealisasikan hasrat agar pengasuh@pendidik di TASKA berketerampilan dalam pekerjaan mereka, adalah penting bagi pihak pengurusan TASKA sendiri memastikan setiap pekerja mereka mendapat ilmu dan kemahiran yang berterusan berkaitan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.
Pihak pengurusan TASKA tidak boleh sekadar berasa selesa dengan tahap ilmu dan kemahiran pengasuh@pendidik yang sedia ada. ilmu dan kemahiran mesti terus dibina dan diasah selalu supaya sentiasa segar dan dapat dipraktikkan selalu di dalam TASKA.

Apabila pekerja telah mahir, tentu sekali prestasi perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kana-kanak di TASKA dapat dipertingkatkan lagi. Kualiti pengurusan TASKA dengan sendirinya dapat dikemaskini lagi. Seterusnya, tentulah dapat mengurangkan risiko berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini di TASKA seperti kecuaian dan kelalaian pengasuh@pendidik.

Justeru itu, khas untuk pengusaha TASKA, cubalah selusuri program atau aktiviti yang sesuai dan bermanfaat untuk para pekerja anda di TASKA.

Saya sendiri menawarkan beberapa kursus, antaranya;

1. Penjagaan dan Asuhan Bayi di TASKA
2. Aktiviti Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA
3. Aktiviti Kreativiti dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak
4. Kursus Asuhan dan DIdikan Awal Kanak-Kanak


TERBARU dari saya,

BENGKEL MENU SIHAT  
KANAK-KANAK 

Cadangan Tarikh : 20  November 2016 di Seri kembanagan



JOM BERSAMA SAYA  dan Chef saya.



HUBUNGI SAYA,  016 7235080 @ 019 2115642


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak







Thursday, 21 July 2016

Tip mula bisnes TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Andakah anda bercadang memulakan bisnes TASKA dan anda ingin tahu tip mula bisnes TASKA ini?

Mengapa perniagaan  TASKA menjadi pilihan anda?
Mungkin, antara perniagaan yang paling mudah dan cepat untuk dijalankan ialah Perniagaan TASKA atau TADIKA berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain.

Baru-baru ini, terdapat beberapa individu yang menghubungi saya sambil menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan TASKA. Kebanyakan mereka masih bekerja dan bercadang untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan TASKA sebagai kerjaya baru mereka. Lalu mereka menghubungi saya untuk mendapatkan tip mula bisnes TASKA ini.

Benarkah anda serius untuk mula bisnes ini dan ingin dapatkan tip mula bisnes TASKA ini?
Terus terang, saya sendiri dah lalui perit getir perniagaan TASKA ini dan sememangnya perniagaan TASKA merupakan perniagaan yang penuh cabaran sebab anda berurusan dengan manusaia dan anda menjaga nyawa seorang kanak-kanak.

Kebanyakan yang menghubungi saya dan berhasrat mula bisnes TASKA,   tiada pengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak tetapi kerana melihat perniagaan TASKA tumbuh bak cendawan, maka mereka berkobar-kobar memulakan bisnes ini.

Tak salah menceburkaan diri dalam industri TASKA ini. Tapi, pastikan ilmu pengetahuan serta kemahiran anda mencukupi untuk anda bergelar sebagai usahawan TASKA yang berjaya lagi professional. Dapatkan dulu tip mula bisnes TASKA ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

Penting, ketahui dulu secara mendalam mengenai pelbagai aspek berkaitan perkembangan kanak-kanak seawal 2 bulan.

Penting untuk anda fahami langkah-langkah dan peraturan  yang perlu diikuti dalam proses pendaftaran dan perlesenan TASKA.


Kenyataannya ramai sekali yang ingin atau telah memulakan bisnes TASKA, tapi ilmu dan pengalaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak tidaklah seberapa. Kenyataaannya juga ramai sekali yang memulakan perniagaa  TASKA tanpa mengetahui selok belok pendaftaran dan perlesenan TASKA. Kesannya mereka jalankan juga operasi TASKA tanpa didafrtarkan .

Nasihat saya,  dapatkan serba sedikit dulu tip mula bisnes TASKA ini. Bagaimana anda boleh dapatkan tip mula bisnes TASKA? Cari dan cari serta usaha.

Anda memang berhak memulakan perniagaan TASKA apatah lagi jika anda memang mempunyai modal yang mencukupi. Hendak memulakan bisnes TASKA memang  mudah sahaja, sesiapa sahaja boleh menjalankannya.
TETAPI,  ingatlah,  produk kepada perniagaan TASKA bukanlah benda yang maujud tetapi ia lebih kepada sejauh dan seikhlas mana perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang telah anda  beri dan terapkan dalam diri anak-anak, itulah hasil perniagaan TASKA anda.

Justeru itu, sangatlah penting ilmu dan kemahiran digabung bersama bagi memberikan perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan yang benar-benar berkualiti di TASKA yang ingin anda tubuhkan.

Jika anda serius memulakan perniagaan TASKA, sebagai muqadimmahnya anda boleh mula mendapatkan EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA ini  dan dapatkan tip mula bisnes TASKA anda dalam EBOOK ini.



JUGA BOLEH  DAPATKAN  EBOOK di bawah, untuk menambahkan ilmu dan kemahiran pendidikan awal kanak-kanak




RM 20 - Langkah-langkah mengikut prosedur dalam mengendalikan aktiviti dan rutin harian operasi TASKA


RM40





HUBUNGI SAYA.


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak