Thursday, 24 September 2015

Senarai semak perkembangan sosioemosi kanak-kanak



Oleh : Nor Azura Ismail
Rujukan : Modul Asuhan PERMATA

Senarai Semak Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak dari 0 hingga 4 tahun merupakan antara instrumen yang boleh digunakan oleh para pengasuh di TASKA bagi menilai tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada umur yang berkaitan.

Setiap kanak-kanak dari umur 0- 4 tahun mempunyai pencapaian perkembnagan yang berbeza antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Maksudnya, walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sama tapi mereka tidak sama dari segi tahai pencapaian perkembangan sosioemosinya. malah ada juga kanak-kanak yang lebih cepat dari petunjuk dalam instrumen senarai semak ini. 

Cara menggunakan instrumen senarai semak ini.
Anda perlu lihat setiap perkara dalam senarai semak. Duduk bersama kanak-kanak dan perhati mereka semasa aktiviti rutin ataupun aktiviti perkembangan di TASKA. Perhatikan samaada mereka mencapai setiap petunjuk@perkara dalam senarai semak ini. Jika mereka dapat melakukan perkara tersebut, tuliskan bila dan catatkan bagaimana mereka melaksanakan petunjuk tersebut. 
Lihat contoh di bawah.

CONTOH PERKARA DALAM SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Umur
Perkara
Ya (Bila/Tarikh)
Catatan
0     - 3 bln
v  :suka didukung atau dihayun
v  Cuba mengelak jika terdapat benda yang tidak disukai
v  Terdapat jalinan hubungan dengan pendidik
v  Merasa selesa dengan wajah manusia
v  Meniru dan bertindakbalas ke atas senyuman
v  Mengecam pengasuh/ibubapa
v  Ketawa
 Ya. ( 05/01)
 ain ketawa bila didukung
3 – 6 bln
v  Mengangkat tangan ke atas untuk diangkat
v  Menepuk dan tersenyum melihat muka di cermin
v  Suka main ‘pee-a-boo’
v  Ketawa kuat
 Ya ( 10/01)
 bila pengasuh mengacah tangan untuk mendukung adam, adam turut mengangkat tangannya ju

6 – 9 bulan
v  Malu jika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali
v  Suka duduk berdekatan dengan ibubapa


9-12 bln
v  Makan sendiri dengan menggunakan tangan
v  Menunjukkan kasih saying
v  Suka apabila diperhatikan


12 – 18 bln
v  Senang apabila ditukar pakaian
v  Makan sendiri dan boleh menggunyah makanan
v  Member tindakbalas berbeza dengan orang asing
v  Melihat kea rah orang yang bercakap dengannya.


1-2 thn
v  Makan sendiri
v  Suka membantu ibubapa
v  Mengecam diri dalam cermin@gambar
v  Meniru tingkahlaku orang dewasa ketika bermain
v  Membantu mengalih barang@objek


2-3 thn
v  Meniru kerja-kerja rumah
v  Memerhati kanak-kanak lain , bermain berdekatan mereka dan kadangkala bermain bersama.
v  Mempertahankan pendiriannya.makan sendiri


3-4 thn
v  Memakai pakaian sendiri melainkan membutang
v  Mempertahankan pendiriannya
v  Memeritahu keperluan untuk ke tandas
v  Tahu jantina masing-masing
v  Bermain sendiri atau bersebelahan dengan kanak-kanak lain


4-5 thn
v  Mula mengambil giliran dan berkongsi mainan
v  Bermain olok-olok
v  Bermain dalam kumpulam di mana kanak-kanak bermain dengan benda yang sama.  



Jika anda minat mengusahan TASKA, dapatkan panduan segera melalui EBOOK Panduan Perniagaan TASKA ini. Harga cuma rm 30. Nak cepat, anda boleh terus whatapp saya 0167235080. 

No comments:

Post a Comment