Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Salam sejahtera semua,
Lagi saya masih ingin berkongsi idea aktiviti pendidikan seni untuk anak-anak terutamanya anak-anak dibawah 6 tahun yang sememangnya sangat kreatif dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Kali ini saya ini kongsi mengenai beberapa teknik menghasikan lukisan seni yang mudah dan menarik. Sangatlah sesuai diprakktikkan kepada anak-anak awal usia, sekitar umur 4 hingga 6 tahun.
Berikut adalah antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan:
Tajuk : Menghasilkan gambar secara resis
Objektif :
1. Kanak-kanak boleh menghasilkan corak melalui cara resis mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri ( Perkembangan Kreativiti & Estetika)
2. Kanak-kanak boleh menghargai hasil aktiviti mereka sendiri. (Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian)
3. Kanak-kanak boleh memegang lilin dengan betul (Perkembangan Fizikal)
Bahan -bahan yang digunakan sangat mudah dan senang diperolehi.
Lilin atau boleh guna krayon warna putih
Warna air
Kertas Lukisan
Berus lukisan@span
Di bawah ini saya kongsikan juga cara bagaimana aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak.
Langkah aktiviti.
1. Ambil kertas lukisan warna putih dan sebatang lilin@krayon warna putih.
2. Dengan menggunakan lilin, minta kanak-kanak samada menconteng , melakar atau melukis objek tertentu pada kertas lukisan tersebut. ( ikut umur dan kebolehan kanak-kanak)
3. Minta kanak-kanak lihat pada kertas lukisan tersebut, tiada terdapat sebarang corak ataupun bentuk.
3. Beitahu pada anak-anak yang sebentar lagi mereka akan dapat melihat dengan jelas apa yang telah mereka conteng, lakar atau lukis tadi.
4. Minta kanak-kanak celup warna yang gelap dengan menggunakan span dan kemudian gosok lembut di atas lukisan tadi. Boleh juga menggunakan berus lukisan.
5. Beri bimbingan dan galakan pada kanak-kanak
6. Tanya pada kanak-kanak apa yang mereka lihat pada kertas tulisan tersebut.
7. Minta mereka ceritakan hasil yang mereka lihat pada kertas lukisan.
8. Untuk mendidik kanak-kanak hargai hasil kretaiviti mereka, tampal kertas aktiviti tersebut di dinding.
Sekiranya anda ingin dapatkan lebih banyak idea kreativiti lagi jom dapatkan melalui EBOOK saya
Apa yang istimewa dalam EBOOK ini:
- koleksi idea bahan permainan kanak-kanak yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber
- koleksi tambahan idea aktiviti dan bahan permainan yang saya skumpul melalui bengkel2 yang saya kendalikan.
contoh-contoh RPA aktiviti.
Atau saya beri EBOOK ini secara percuma jika anda sertai bengkel saya di bawah.
Datang berkumpulan untuk dapatkan harga diskaun.
Tempat terhad.
Hubungi saya 0167235080 / 0192115642
pnnorazuraismail@gmail.com
Apa kah ebook ini masih ada,dan berapa kah harga nys
ReplyDelete