Wednesday, 24 February 2016

Perkembangan Pantulan bayi


Oleh :Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sumber rujukan : Buku Modul Asuhan PERMATA
image : carian google



Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan pantulan pada bayi?

Pantulan merupakan satu tindakbalas  semulajadi yang dilakukan oleh bayi sejak dari lahir lagi. Pantulan terjadi dalam bentuk beberapa pergerakan yang ditunjukkan oleh bayi secara otomatik tanpa berfikir.
Pelbagai tindakbalas pantulan  akan ditunjuk oleh bayi apabila terdapat ransangan tertentu di persekitarannya. 

Anda akan lebih faham maksud pantulan dengan melihat contoh jenis pantulan semulajadi yang saya kongsikan di bawah ini;

PANTULAN
TINDAKBALAS
Mengelip mata
Bayi pejamkan mata seketika
Mencari pangkal
Kepala pusing menghala stimulasi seperti sentuhan
Menghisap
Bayi menghisap bila dimasukkan sesuatu ke dalam mulut
Berenang
Tangan menghayun dan kaki menendang apabila di dalam air.
Moro
Bila terkejut, bagi kembangkan tangan dan seterusnya memeluk orang di sisinya.
Menggenggam
Genggam tangan secara spontan apabla sesuatu menyentuh tapak tangannya
Menguatkan leher
Bila meniarap, bayi akan mengangkatkan kepala, memanjangkan leher dan mengangkat dada
Melangkah
Bayi mengangkat kaki bergilir-gilir
Babinski
Jari kaki akan kembang dan meringkuk apabila digisikkan di bahagian tapak kaki.

Pantulan semulajadi selalunya akan hilang selepas usia tiga ke empat bulan dan ada juga selepas satu tahun.
Yang terus kekal ialah mengelip mata dan menelan.



 Jadi, anda dah tahu mengenai pantulan ini? Kepada yang ada mempunyai bayi kecil, cuba cari dan perhatikan jenis-jenis pantulan yang dilakukan oleh bayi anda sepanjang hari.

************************************************************************

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Tuesday, 23 February 2016

Pendidik TASKA TADIKA professional


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com
Sumber rujukan : Buku Modul Asuhan PERMATA
Image : koleksi peribadi



Pendidik TASKA TADIKAyang professional  adalah antara penyumbang utama bagi menjamin kualiti  dan nilai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak TASKA TADIKA.

Dengan kata lain, apabila pendidik awal ini  bekerja secara  professional , bukan sekadar pihak pengurusan TASKA TADIKA sahaja  yang bakal memperolehi impak yang positif bahkan perkembangan kanak-kanak dari segala aspek dapat disemai dan disuburkan dengan mudah , bijaksana lagi berkesan.

Jom lihat, apakah syarat asas untuk menjadi pendidik di TASKA TADIKA?

Pada dasarnya, syarat asas menjadi pendidik di TASKA memerlukan kelulusan Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  PERMATA (KAP) sebagai pra-syarat utama menjadi pengasuh@pendidik TASKA  yang berdaftar.
Justeru itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti KAP, boleh memohon mengikuti kursus tersebut melalui mana-mana agensi yang diluluskan oleh agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tempoh kursus adalah selama 144 jam beserta 40 jam sesi praktikal di TASKA terpilih yang berdaftar. Dengan mempunyai sijil KAP anda layak untuk untuk menjadi pengasuh@pendidik TASKA yang berdaftar.

Manakala di kebanyakan TADIKA swasta, untuk membolehkan seseorang itu layak mengajar di TADIKA, mereka perlu  mempunyai Sijil Kursus Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan juga mempunyai permit mengajar sementara. Memiliki Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan satu kelebihan.

Pra syarat dalam entri saya kali ini hanya tertumpu pada TASKA dan TADIKA  swasta sahaja.

Persoalan yang ingin saya utarakan di sini, apakah dengan hanya mempunyai sijil KAP atau KSPK sudah cukup untuk seseorang bergelar pendidik TASKA TADIKA  professional?

Jom kita lihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan professional dari sudut professen  pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak?

Merujuk kepada maklumat melalui Buku modul PERMATA,  Professional didefinisikan sebagai seorang yang mempunyai ciri, semangat, kaedah, prinsip, tingkahlaku beretika dan memahami konsep profesionalisme berbanding dengan amatur.

Oleh itu, Pendidik TASKA TADIKA professional juga diertikan sebagai;

  • Seorang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pakar boleh dirujuk sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman yang lama serta memiliki kepakaran dan pengetahuan yang luas  dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.
  • Seorang diiktiraf ilmu dan kemahirannya dengan memiliki sijil2 atau telah mendapat  pengiktirafan tertentu berkaitan bidang ini.
  • Seseorang yang mempunyai lesen atau permit  untuk bekerja sebagai pendidik yang berdaftar. Di sini boleh rujuk sebagai memiliki Sijil KAP dan juga KSPK
  • Seseorang yang professional bukan sekadar mempunyai ilmu, tetapi dia merupakan seseorang yang berkemahiran dalam bidang iaitu tahu dan boleh melakasanakan semua kerja2 berkaitan bidang dengan memenuhi semua kelayakan standard yang ditetapkan.

Pendidik TASKA TADIKA professional juga perlu memastikan mempunyai imej berikut ;

  • Boleh menjalinkan interaksi yang  baik dengan ibu bapa terutamanya
  • Sentiasa berpakaian sesuai sebagai seorang pendidik kanak-kanak
  • Sentiasa melontarkan kata-kata dengan jelas
  • Ada ‘eye contact’ ketika berbual dengan seseorang
  • Bersopan dan bertatatertib
  • Sentiasa bersikap sabar dan keterbukaan
  • Mempunyai sikap yang positif
  • Pandai mengamalkan hubungan yang baik  dengan rakan sekerja
  • Menjaga dan memastikan  kebersihan
  • Tahu menjaga hubungan baik  dengan ibubapa


Demikianlah antara perkara yang boleh mengambarkan seseorang yang boleh  dianggap professional dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Agak-agaknya, adakah anda yang memang telah sedia ada dalam industri ini samada anda merupakan seorang pendidik  maupun pengusaha TASKA TADIKA telah benar-benar menepati ciri-ciri professional ini?

Buat para pengusaha TASKA TADIKA, adakah memadai mengambil pekerja sekadar mempunyai Sijil KAP KSPK atau telah mempunyai Diploma@Ijazah tanpa diberi latihan berterusan yang lain?

Melalui pengalaman sebenar yang saya lalui dan tempuhi sepanjang lebih dari 16 tahun bergiat dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini,  sekadar mempunyai sijil KAP atau KSPK sahaja belum mampu menunjukkan individu tersebut benar-benar seorang yang berkualilti dalam bidang kerjayanya. Atau sekadar mempunyai segulung ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak, juga belum mampu  menjadikan seseorang itu benar-benar berkualiti dalam kerjaya pendidikan awal kanak-kanak ini.

Lalu, apakah kriteria lain  yang perlu ada  untuk anda bergelar pendidik TASKA TADIKA professional

Pastikan juga  perkara-perkara berikut ada pada diri setiap pendidik TASKA TADIKA ;

  • Jujur dan amanah dalam mengasuh dan memberi didikan kepada anak-anak walaupun mereka sekadar anak-anak awal usia yang belum mampu menmahami atau membuat aduan mengenai sesuatu perkara.
  • Berintegriti – menjaga keperibadian diri dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
  • Menepati masa
  • Berdisplin dalam segala hal
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai pendidik terutamanya kepada semua anak-anak asuhan dan didikannya
  • Bersedia dan sentiasa bersikap peka terhadpa apa jua kemungkinan yang berlaku di TASKA TADIKA berkaitan kanak-kanak khasnya.
  • Menghargai diri sendiri dengan memastikan diri sendiri dipenuhi dengan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran berterusan.
  • Bertanggungjawab terhadap setiap tugasan yang diberi.
  • Berketerampilan diri sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak – maksudnya pendidik TASKA TADIKA bukan sekadar seorang yang ada ilimu, tetapi mereka perlu tahu dan boleh buat kerja. Untuk tahu dan boleh buat mereka perlu laksanakan setiap kerja dangan ikhlas dan bersungguh.

Contohnya Pendidik bukan perlu ada ilmu tentang tahap-tahap perkembangan kanak-kanak, bahkan mereka mesti boleh memahami secara langsung dan boleh mengendalikan setiap aktiviti kanak-kanak secara kreatif lagi berkesan.
Bukan itu sahaja, sebagai pendidik TASKA TADIKA professional, anda perlu boleh mengasuh dan mengendalikan pelbagai ragam dan keperluan kanak-kanak.

  • Menghormati hak kanak-kanak
  • Kreatif, Cekap dan inovatif
  • Minat yang mendalam terhadap industri pendidikan awal
  • Sabar dan penyayang terhadapa kanak-kanak


Selain itu, apa yang penting untuk menjadi seorang Pendidik TASKA TADIKA professional, para pendidik ini perlu benar-benar memahami peranan mereka , antaranya;

  • Memastikan bahawa semua kanak-kanak mendapat layanan dan perhatian mengikut keperluan  kanak-kanak masing-masing.
  • Menghormati dan memberikan sokongan kepada ibu bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Menghormati rakan sekerja
  • Mempunyai sikap keterbukaan terhadap kritikan, idea dan cadangan
  • Mempertingkat ilmu pengetahuan dan pelbagai aspek kemahiran berkaitan
  • Menghormati kod etika yang diperkenalkan dan dipersetujui bersama di TASKA TADIKA
  • Bertindak sebagai penasihat kepada keluarga, kanak-kanak, kakitangan dan komuniti.
  • Mengekalkan kualiti dan standard professionalisme
  • Memahami bahawa nilai, pandangan dan ketidakadilan akan memberikan kesan negatif terhadap kanak-kanak


Kesimpulannya kepada anda yang ingin bergelar pendidik TASKA TADIKA professional, pastikan anda memiliki segala ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

 Sekian, terima kasih.

***************************************************************************


ANDA PENDIDIK TASKA TADIKA;
JOM KUMPUL PELBAGAI IDEA kreativiti.......

BENGKEL SENI  kreatif 
Kanak-Kanak

TARIKH : Tiada tarikh terkini

MASA : -

TEMPAT : 


Percuma : Koleksi EBOOK saya 


LAGI.....BOLEH DAPATKAN, 

EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA . Percuma koleksi RPA.
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA



HUBUNGI SAYA,

NOR AZURA
016 7235080 / 019 2115642


Monday, 15 February 2016

PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Kanak-kanak secara semulajadi memang merupakan individu yang sangat kreatif dan penuh dengan pelbagai gaya imiginasi. Mereka mampu menonjolkan kekreatifan mereka jika memberi diberi peluang, bimbingan, galakan dan dorongan yang berterusan daripada orang dewasa.

Antara cara kanak-kanak boleh merealisasikan kreativiti mereka ialah melalui pergerakan kreatif.


Berikut, saya kongsikan  2 buah video berkaitan Pergerakan Kreatif kanak-kanak..



video



video


Berikut pula  antara tahap perkembangan kanak-kanak berkaitan pergerakan kreatif;



1.   Kanak-kanak  boleh mengukuh kemahiran mendengar dan menghasilkan pelbagai rentak muzik.
2.   Kanak-kanak boleh membina kemahiran mengekspresikan perasaan melalui muzik.
3.   Kanak-Kanak boleh melahirkan idea kraetif dalam pelbagai cara dan kaedah seperti melalui
      muzik, penggunaan alat dan pergerakan.
4.   Kanak-kanak boleh mengekspresi apa yang di dengar melalui pergerakan kreatif.


Disebabkan sifat semulajadi kaank-kanak ialah suka melahirkan pelbagai idea dan imiginasi, adalah penting para pengasuh@pendidik di TASKA juga merupakan seorang yang kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea, antaranya melalui aktiviti pergerakan kreatif.

Jom join Bengkel sehari bersama saya,


BENGKEL SENI  kreatif 
Kanak-Kanak

TARIKH : 24 APRIL 2016 (AHAD)

MASA : 9.30AM – 04.30 PM

TEMPAT : TAMAN MELAWATI, KUALA-LUMPUR

BAYARAN : RM 100

SIAPAKAH YANG BOLEH MENGHADIRI BENGKEL INI?

PENGASUH @PENDIDIK TASKA
GURU TADIKA
IBU BAPA
INDIVIDU YANG BERMINAT



BENGKEL SENI kreatif Kanak-Kanak  


Bengkel ini bukan sekadar berkongsi pergerakan kreatif sahaja bahkan pelbagai idea aktiviti kreativiti bersama kanak-kanak. 
Aktiviti Bengkel :
  • Contengan pensil, krayon, berus lukisan dan sebagainya
  • Pelbagai corak lakaran
  • Capan @ cop/tanda @ kesan dari pelbagai permukaan
  • Cop tapak tangan, tapak kaki dan jari
  • Tampalan bergambar
  • Kreativiti sains
  • Kreativiti  dengan tepung
  • Pelbagai kreativiti melalui alam semulajadi
  • Lipatan @origami @ anyaman
  • Kolaj dari pelbagai bahan
  • Kolaj dari alam semulajadi
  • Mewarna pelbagai bahan
  • Lukisan pemandangan @ 'back ground' sesi bercerita
  • Nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif kanak-kanak
  • bunyi muzik untuk bayi
  • Bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
  • Bermain alat muzik DIY
  • Meniru gaya pergerakan muzik
  • Pelbagai pergerakan badan serentak mengikut irama muzik
  • Menyanyi pelbagai lagu kanak-kanak


Pelbagai  idea kreativiti , muzik dan pergerakan akan dikongsikan selama sehari hanya dalam bengkel ini.

JOM SERTAI.......

Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak

24 APRIL 2016,  ( 09.30 AM - 04.30 PM) 
di TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR



DAFTAR SEGERA , SMS @ WHATAPP NAMA, IC & EMEL ANDA KE 

016 7235080.


BAYARAN BENGKEL CUMA RM 100 SAHAJA. 

BAYARAN RM 60 UNTUK PESERTA KEDUA DARI ORGANISASI YANG SAMA.

SEMUA BAHAN DISEDIAKAN.

PERCUMA EBOOK  50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK









Thursday, 11 February 2016

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Origami

Perkongsian oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Origami bermaksud lipatan. Jom jalankan aktiviti origami yang menarik dengan kanak-kanak. Tentu kanak-kanak akan teruja dengan hasil lipatan@origami mereka sendiri.
Sebelum melaksanakan aktiviti, jom sediakan rancangan mengajar dimana istilah  Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)  digunakan dalam Kurikulum PERMATA NEGARA yang digunapakai oleh semua TASKA yang berdaftar.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, RPA adalah penting bagi  memastikan aktivtiti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar serta sebolehnya mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan.

RPA yang terbaik ialah RPA yang apabila orang lain membacanya, dia faham bagaimana untuk menjalankan aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak.

Berikut adalah Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Origami @lipatan.

****************************************************************



Umur kanak-kanak : 3 - 4 tahun
Bil kanak-kanak :  6 orang
Pembelajaran Fokus : Perkembangan Fizikal

Tajuk Aktiviti : Jom buat lipatan@ origami
Pengetahuan sedia ada : Kanak-Kanak sudah boleh melipat kertas secara bebas.


Objektif Pembelajaran :

i.    Kanak-kanak boleh melipat kertas menjadi objek kucing  dan bunga.
       (P. Fizikal)

ii.   Kanak-Kanak boleh menghias lipatan kertas  mengikut kreativitnya sendiri.
       (P. Kraetivit & Estetika)

iii.   Kanak-kanak boleh berbual mengenai kucing dan bunga.
        (P. Bahasa, Komunikasi & Literasi Awal)


Bahan-bahan : Kertas A4 putih (6) dan  berwarna (12) , Pensil warna@ warna krayon, 'Flash Card' saiz A 4 ( gambar kucing dan bunga)

Ruang :   Ruang aktiviti dalam TASKA


Pelaksanaan Aktiviti :

1. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik  bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil  bertanya khabar dan berbual mengenai diri kanak-kanak.
3. Pendidik memberikan sehelai kertas putih A 4 kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak melipat kertas secara bebas.
4. Pendidik kemudian memnita kanak-kanak beritahu tentang lipatan yang dihasilkannya.
5. Pendidik menunjukkan gambar image kucing dan bunga bersaiz A 4 kepada kanak-kanak sambil bercerita mengenai kucing dan bunga.
4. Pendidik  lalu bertanya kepada kanak-kanak
" Siapa nak belajar lipat kertas menjadi kucing dan bunga"
5. Pendidik mengeluarkan bahan aktiviti dan  memberitahu aktiviti yang akan dijalankan.
6. Pendidik memberi sehelai kertas berwarna saiz A4 kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak meniru lipatan yang ditunjukkannya.
7.Pendidik menujukkan cara melipat objek kucing  langkah demi langkah secara perlahan-lahan.
8. Pendidik memberi sehelai lagi kertas A4 berwarna kepada kanak-kanak dan menunjukkan langkah demi langkah membuat lipatan kertas menjadi bunga.
9. Pendidik  terus membimbing kanak-kanak melipat kertas sehingga menjadi bentuk kucing dan bunga.
10. Jika kanak-kanak tidak boleh melipat kertas menjadi kucing atau bunga, pendidik akan meminta kanak-kanak memilih mana lipatan yang ingin dilakukannya.
9. Apabila lipatan kucing dan bunga telah siap, pendidik meminta kanak-kanak menghias mengikut kreativit mereka dengan menggunakan warna pensil @ krayon.
10. Pendidik memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak.
11. Pendidik memberi pujian keapda kanak-kanak yang telah siap.
12. Pendidik mengajak kanak-kanak berbual bersama mengenai kucing dan bunga.
13. Sebelum aktiviti berakhir pendidik meminta kanak-kanak untuk membantu mengemas bahan
14. Pendidik mengucapkan terimakasih kepada semua kanak-kanak yang terlibat


PEMERHATIAN :

Pastikan semua kanak-kanak adalah sihat.
Pastikan tiada bahan merbahya berada di sekitar kanak-kanak
Pastikan anak-kanak mencuci tangan selepas tamat aktiviti


********************************************************************


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA







Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com