Friday 23 September 2016

Bengkel Menu Sihat Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Gambar : Carian Google
Rujukan : Buku Modul PERMATA


Pemakanan yang sihat dan seimbang  merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Selain untuk membekalkan tenaga, makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan perkembangan otak yang optimum. Kanak-kanak yang tidak diberi makanan seimbang, pemakanan dan tumbesaran mereka akan terjejas.

Mengikut Akta Taman asuhan kanak-Kanak 1985:

1. Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak.

2. Jadual makan hendaklah disediakan mengikut:

a. skala diet yang dinyatakan dalam Jadual keempat dan
b. kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam jadual Kelima.
(Rujuk Akta)

Sehubungan kenyataan di atas, tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya semua pengasuh@pendidik di TASKA menyediakan makanan di TASKA yang sesuai dan seimbang serta mematuhi peraturan penyediaan makanan kanak-kanak.

Makanan berkhasiat sangat penting , antaranya kerana ia;


  • membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
  • membekalkan tenaga untuk akviti fizikal dan mental.
  • membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
  • menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan dan perkembangan manusia.

Justeru melihat kepada kepentingan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak, maka para pengasuh@pendidik di TASKA juga perlu kreatif dalam menyediakan menu yang menarik, berkhasiat dan seimbang kepada kanak-kanak.

Kepada yang berminat, jom ikuti bengkel kendalian saya bersama Chef Fitri.
Bengkel ini sesuai untuk semua pendidik TASKA TADIKA dan juga para ibu bapa.

BENGKEL MENU SIHAT KANAK-KANAK


HUBUNGI SAYA
NOR AZURA 016 7235080/019 2115642.

TEMPAT : TASKA OREN CERIA
NO. 2, JLN BPP 4/2
BANDAR PUTRA PERMAI
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

MASA ; 9.00 AM - 04.00PM

BAYARAN : RM90


Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25







Wednesday 21 September 2016

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun
Bulan September dan bulan Oktober ialan bulan di mana sesi persekolahan sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Anak-anak sekolah tentunya sedang gigih belajar untuk memastikan dapat pencapaian yang memuaskan dalam peperiksaan. Ibu bapa juga tentunya sibuk juga membantu pembelajaran anak-anak. Ini adalah rutin dan amalan biasa di sekolah-sekolah bagi menguji pencapaian AKADEMIK anak-anak.

Selain dari sekolah, tidak ketinggalan juga berlumba menyediakan soalan-soalan penilaian dan membuat persiapan peperiksaan akhir tahun ialah pihak TADIKA.
TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Waktu inilah masa untuk menilai pencapaian anak-anak selama belajar di TADIKA.  Lalu, sibuklah cikgu-cikgu di TADIKA  mengendalikan sesi  peperiksaan akhir kepada kanak-kanak yang rata-ratanya berumur 4, 5 dan 6 tahun sama persis seperti peperiksaan di sekolah.
Sibuklah juga cikgu-cikgu TADIKA memberi pesanan kepada ibu bapa supaya ambil perhatian terhadap pembelajaran AKADEMIK  anak-anak memandangan anak-anak akan dinilai pencapaian akdemiknya dalam subjek-subjek yang pelbagai di TADIKA.

Maka, tak tentu arahlah para ibu bapa. TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun membuatkan ada ibu bapa yang turut tak senang duduk kerana memikirkan untuk membantu anak-anak menduduki peperiksaan. Pada ibu bapa, inilah masanya anak-anak perlu tunjukkan hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui di TADIKA sepanjang tahun. Beberapa kali ibu bapa asyik membelek jadual peperiksaan yang disediakan oleh pihak TADIKA  sambil berfikir-fikir pula untuk sediakan jadual belajar di rumah.
Untuk siapa? Untuk anak-anak TADIKA ini.

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun.  
Sejak ibu bapa  mendapat makluman peperiksaan akhir tahun ini, anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang berkenaan,  tidak dibenarkan lagi menonton rancangan TV kegemaran apatah lagi bermain. Mereka perlu belajar, buat latihan dan buat banyak latih tubi. Mesti menelaah sama persis seperti pelajar di sekolah.



Mengapa?
TADIKA dan Peperiksaan Akhir tahun.
Kerana untuk memastikan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir nanti. , Tentulah sebaik habis sesi peperiksaan nanti, akan keluarlah keputusan peperiksaan akhir untuk anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini. Justeru itu, mana ada ibu bapa  yang tidak berbesar hati jika anak-anak mendapat kedudukan no 1, no 2 atau no 3 dalam peperiksaan kelas TADIKA.

Oleh kerana keasyikan ibu bapa untuk turut menilai pencapaian akademik anak-anak, maka cikgu TADIKA tidak perasan yang mereka sedang sibuk juga melabel pencapaian akademik anak-anak 4, 5 dan 6 tahun ini.
Bagaimana cikgu mula melabel pencapaian anak-anak? Jawapan telah dinyatakan tadi, iaitu apabila ada anak yang dapat kedudukan  no 1, no 2 n, no 3 dan setersusnya di dalam peperiksaan akhir tahun di TADIKA.
Ucapan tahniah akan dicatatkan dalam rekod prestasi anak-anak yang mendapat label kedudukan yang baik dalam peperiksaan akhir tahun kelas TADIKA. Cikgu seolah seperti berkata,
“TAHNIAH dari cikgu. Awak memang pandai. Cikgu suka anak-anak yang pandai belajar. Nanti cikgu tentu akan anugerahkan pencapaian dan beri hadiah.”  Ibu bapa juga turut sangat berbangga, Anak juga turut dapat pujian dan hadiah dari ibu bapa.

Anak-anak awal usia terus dinilai akademiknya.
Anak-anak ini terus dilabel. Pandai dan tidak pandai dinilai dalam peperiksaan akhir tahun.
TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun semakin sinonim berterusan dengan prinsipnya. Mengenalpasti dan menilai pencapain akademik anak-anak TADIKA.
Berterusan begitu kerana inilah sistem pendidikan yang ingin diikuti, pencapaian  berasaskan peperiksaan (exam oriented)

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Tidaklah saya kata salah sama sekali. Tetapi, jom renungkan seketika.
Bagaimana dengan anak-anak yang mendapat label kedudukan yang corot dalam peperiksaan di TADIKA? Bagaimana jika kanak-kanak sendiri rasa terpaksa untuk menjawah kertas-kertas soalan peperiksaan?
Bagaimana jika anak-anak masih belum dapat membaca atau menulis dengan betul di peringkat TADIKA ini?
Bagaimana anak-anak yang gagal tunjukkan prestasi akademik semasi dinilai pencapaian akademiknya? Bagaimana kedudukan anak-anak ini?
Tidak pandaikah anak-anak ini? Tiada potensi lainkah dalam diri anak-anak ini?

Tanpa disedari, Guru TADIKA awal lagi telah melabel pencapaian akdemik mereka.
Dalam rekod prestasi, guru menulis,
Pencapaian yang  kurang memuaskan. Perlu usaha lagi. Pastikan anak berusaha lagi di masa  hadapan.
Mungkin terdetik di hati cikgu, kanak-kanak ini kurang pandai, susah nak belajar dan susah pula diajar.
Ibu bapa pula, mungkin ada yang kata,
“Itulah mama , papa kan suruh belajar,  asyik main sahaja”
Kasihannya anak-anak ini, dalam diam, dalam tidak sedar, telah  dilabel tidak pandai.

Aduhai cikgu TADIKA
Aduhai pengurusan TADIKA
Tolong fahami konsep pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Pendidik perlu mendidik dan membimbing tahap perkembangan anak-anak mengikut kebolehannya BUKAN mengajar dan memaksa anak-anak belajar hingga perlu menonjolkan serba serbi kebolehan akademik sekadar di usia 4, 5, dan 6 tahun.

Aduhai ibu bapa.
Tolong tahu, tugas utama anak-anak 4, 5, 6 tahun ini bukanlah belajar dan wajib tunjukkan serta serlahkan  pencapaian akademik di awal usia. Mereka bukan tidak pandai. Anak-anak mungkin belum mahu menonjolkan pencapaian mereka. Anak-anak sebenarnya belajar macam-macam perkara di persekitaran mereka di awal usia lagi. Anak-anak adalah individu yang sangat unik. Mereka mempunyai pelbagai potensi awal yang perlu dikenalpasti dan diberi perhatian serta galakan sedari awal usia lagi.

Jangan menilai anak sekadar dari sudut akademik sahaja. Lihatlah, terokailah dan carilah potensi potensi tertentu dalam diri anak.Tolong tahu, kerja hakiki kanak-kanak di bawah 7 tahun adalah bermain, bermain dan terus bermain, lalu biarkan mereka puas bermain dengan seronok. Usia kanak-kanak adalah hak kanak-kanak untuk bermain.
Peranan cikgu TASKA, cikgu TADIKA, peranan ibu bapa, rancangkan waktu bermain mereka sebaiknya agar anak-anak dapat mempelajari sesuatu melalui bermain, bukan melalui paksaan dan latih tubi yang tentunya  mengganggu emosi anak-anak awal usia ini.

Kita yang industri ini, kita tentu boleh mengubahnya, demi untuk ANAK-ANAK juga.

TADIKA dan Peperiksaan Akhir Tahun, sudah tiba waktunya, pelaksanaannya, ada yang perlukan perubahan dan pembaharuan sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan dan tabiat semulajadi kanak-kanak.

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






Wednesday 14 September 2016

Pekerja dan TASKA

Teks Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google & koleksi peribadi


Pekerja adalah tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur. Perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan berpotensi bagi membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanank secara positif lagi menyeluruh.

Justeru itu, kriteria profesional amat penting sekiranya ingin menjadi pengasuh atau pendidik di TASKA memandangkan pendidik@pengasuh  mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan di TASKA.

Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) yang ditetapkan dalam akta berkenaan. 
Selain itu, mempunyai persijilan kemahiran melalui  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pendidik@pengasuh memandangkan SKM dapat mengiktiraf pengasuh@pendidik ini sebagai  pekerja mahir yang tetelah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.

Profesionalisme seseorang pengasuh@pendidik  itu diukur berdasarkan minat masing-masing untuk mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.

Bagi merealisasikan hasrat agar pengasuh@pendidik di TASKA berketerampilan dalam pekerjaan mereka, adalah penting bagi pihak pengurusan TASKA sendiri memastikan setiap pekerja mereka mendapat ilmu dan kemahiran yang berterusan berkaitan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.
Pihak pengurusan TASKA tidak boleh sekadar berasa selesa dengan tahap ilmu dan kemahiran pengasuh@pendidik yang sedia ada. ilmu dan kemahiran mesti terus dibina dan diasah selalu supaya sentiasa segar dan dapat dipraktikkan selalu di dalam TASKA.

Apabila pekerja telah mahir, tentu sekali prestasi perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kana-kanak di TASKA dapat dipertingkatkan lagi. Kualiti pengurusan TASKA dengan sendirinya dapat dikemaskini lagi. Seterusnya, tentulah dapat mengurangkan risiko berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini di TASKA seperti kecuaian dan kelalaian pengasuh@pendidik.

Justeru itu, khas untuk pengusaha TASKA, cubalah selusuri program atau aktiviti yang sesuai dan bermanfaat untuk para pekerja anda di TASKA.

Saya sendiri menawarkan beberapa kursus, antaranya;

1. Penjagaan dan Asuhan Bayi di TASKA
2. Aktiviti Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA
3. Aktiviti Kreativiti dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak
4. Kursus Asuhan dan DIdikan Awal Kanak-Kanak


TERBARU dari saya,

BENGKEL MENU SIHAT  
KANAK-KANAK 

Cadangan Tarikh : 20  November 2016 di Seri kembanagan



JOM BERSAMA SAYA  dan Chef saya.



HUBUNGI SAYA,  016 7235080 @ 019 2115642


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak