Tuesday 25 September 2018

Bila ramai anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Bila ramai anak...
Dulu- dulu, sedari semua masih kecil... mereka semua ada sahaja di depan mata,   berkejaran, bergurau, bersepahan dan bergelumang  meneroka zaman kanak- kanak mereka di teratak kami yang aman damai ini. Hahah.. maka,  jangan cakaplah keadaan dalam rumah, haru biru dan penat melanda andai tiba waktu mengemas.
Aduhh....memang penatlah tatkala menyusuri bibit- bibit masa membesarkan mereka semua. Beginilah .. kalau anak dah ramai,
Kan....

Bila ramai anak..
Teringat lagi, dulu- dulu... Seharian setiap masa memikirkan tentang hal anak- anak yang sedang membesar.
Ada masanya kasih sayang tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata- kata. Namun, naluri isi hati yang merasanya.
Menjaga anak-anak yang rapat usianya antara satu sama lain, siapa kata tak memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran serta penuh cabaran. Diri sendiri yang lalui, diri sendiri yang rasa, sendiri lah mau ingat.
Bermula dari anak yang pertama,  berentetan diikuti dengan yang kedua, ketiga, aduhai...tak cukup kertas kalau nak diungkaikan dalam catatan ini. Cukuplah ia menjadi kenangan kehidupan yang bermakna dalam mengapai amanah serta tanggunggungjawab kehidupan ini. Yang pastinya, ia bukan suatu kehidupan yang hanya terhenti dan berakhir di dunia sahaja malah pastinya juga saya ingin  mereka ini akan terus kekal bersama hingga ke negeri abadi kelak. InsyAllah.

Bila ramai anak..
Dulu semua kecil- kecil , semuanya memerlukan kami,  ibu bapa untuk membuat keputusan bagi pihak mereka, anak - anak ini.
Kini separuh darinya sudah dewasa dan remaja yang mana adakalanya mereka sudah berhak membuat pilihan dan keputusan sendiri di dalam pemerhatian kami sebagai ibu bapa.
Begitu cepat sekali masa berlalu pergi...
Sedar tak sedar, lebih 20 tahun keluarga ini terbina. Saya sang ibu, dia sang bapa dan mereka anak- anak kami semua.

Seketika, bila memandang ke hadapan , syukur ..semua anak-anak kian membesar. Selalunya mereka tiada lagi dapat berkumpul beramai-ramai seperti dulu. Masing- masing dengan tugas, peranan dan tanggungjawab. Hanya tinggal anak yang masih bersekolah untuk meneruskan legasi meneroka dan menceriakan suasana persekitaran  di teratak aman damai kami ini.
Bila ramai anak..
Merasakan sendiri pengorbanan dan keperitan serta cabaran membesarkan anak- anak, teringat kepada mak dan ayah yang juga bersusah payah membesarkan saya. Pengorbaban sang ibu yang melahirkan dan sang ayah yang bersusahan mencari rezeki,  pastinya ia sebuah pengorbaban yang  tiada tolok bandingnya di dunia ini.

Lain orang lain ujiannya.
Anak ramai, anak sedikit atau tiada anak..masing- masing ada ujian yang Allah datangkan buat menguji ketabahan dan keimanan kita sebagai hambaNYA.
Yang penting kita kena ingat, apapun ujian dari Allah, itu tanda DIA selalu ingat dan sayangkan kita.
Alhamdullillah.,
Nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan.
Sesekali, bila semua dapat berkumpul bersama, itulah nikmat berkeluarga yang tidak boleh diungkapkan.
Hanya hati dan perasaan yang mampu berbisik lalu berbicara.
Justeru itu...wahai anak- anak..apa pun jua kelak ..peliharalah siraturahim dan kasih sayang antara kamu.
Ingat ibu.
Ingat bapa.
Itu tanda sayang dan cinta tulusmu kepada kedua ibu bapamu.
Semoga Allah merahmati kita semua dalam meneruskan perjalanan kehidupan ini.
InsyAllah.


Catatan,
#Norazura

Thursday 13 September 2018

Mulanya SKM ECCE

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Sekadar perkongsian maklumat.

Tahukah anda apa itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?
Ada tak SKM dalam bidang berkaitan kanak- kanak.?
Ya, memang telah sedia ada.
Mempunyai persijilan SKM menunjukkan seseorang itu telah mahir atau terampil di dalam sesuatu bidang yang diceburinya.


Adakah anda tahu?
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi Sijil Kemahiran Malaysia(SKM)  bagi bidang Pendidikan Awal Kanak- kanak telah mula dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bermula dari tahun 2009 lagi. Ketika itu hanya ada 3 sahaja Pusat Bertauliah penuh yang menjalankan program SKM bidang ini secara sepenuh masa.
Manakala program SKM secara pengiktirafan pencapaian terdahulu( PPT) yang kini sedang  laris bagai goreng pisang panas itu, hanya beberapa tahun ini sahaja diketahui oleh ramai orang industri. Sedangkan  sebelumnya, ramai yang memandang sepi akan SKM ini.


Bagi program kanak- kanak, sehingga kini program SKM bidang ini telah dimurnikan sebanyak tiga kali, dengan kod dan nama program yang berbeza.
Ini adalah kod dan nama program yang melibatkan industri TASKA sahaja( tidak berkaitan dengan industri TADIKA)

2009 - Kod MP-010 Childcare Provider bermula dengan Tahap 2

2012 - Kod CC- 011 Early Childhood Care and Education, bermula dengan tahap 3

2017 - Kod T982-001 Early Childhood Care and  Development, bermula dengan tahap 3

Setiap 5 tahun standard kemahiran kebangsaan (NOSS) program boleh dimurnikan jika perlu.


Mengapa ia dimurnikan?
Dari satu kod ke satu kod memang banyak penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh panel yang terlibat dan diluluskan oleh pihak JPK. Standard Kebangsaan bagi program kanak- kanak ini perlu sentiasa dilihat selari dengan keperluan dalam industri sebenar. Namun hakikatnya, standard kemahiran kebangsaan ini lebih utama digunapakai dan difahami  oleh personel dan pelajar di pusat bertauliah.

Sebagai seorang Fasilitator pembangunan NOSS kemahiran yang diiktiraf oleh JPK,  saya sangat memahami cabaran dan kerenah dalam membangunkan standard kemahiran kebangsaan bagi sesuatu program. Maka tidak hairanlah, acapkali standard baru diluluskan dan mula digunapakai, akhirnya akan ternampak jua beberapa kelemahan yang perlu ditambahbaik lagi.
Seperti dinyatakan, akhir sekali standard kemahiran bagi program kanak- kanak yang terkini, pun dilihat masih banyak  kekeliruan  apatah lagi untuk digunakan sebagai modul pembelajaran di pusat bertauliah penuh.

Maka...
Akhir sekali yang terkesan sekali lagi ialah pihak  yang bekerja  di pusat bertauliah termasuk personel lantikan  yang terlibat dalam proses penilaian.
Hmmm....tiada siapa pun yang sempurna. Semoga perjalanan sebuah pusat bertauliah SKM yang menjalankan program sepenuh masa bidang pendidikan awal kanak- kanak ini akan terus diterima dan dipermudahkan segala operasi pelaksanaannya.

Akhir sekali dapat memberi peluang kepada anak- anak bakal pelajar mendapat kemahiran yang sepatutnya sebelum memasuki alam industri pekerjaan yang sebenar.
Ternyata , bekas pelajar SKM Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-kanak ini sangat mendapat tempat di kalangan pengusaha Taska. Setakat ini merekalah pengasuh@ pendidik Taska yang dilihat berupaya menunjukkan berketerampilan walau hanya memiliki sijil kemahiran sahaja.
Sekurang-kurangnya lulusan SKM ini mampu memberikan  sumbangan tenaga kerja berkemahiran dalam industri pengasuhan ini dan seterusnya memberi impak kualiti yang baik dalam asuhan kanak-kanak.


Untuk SKM secara pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT)  pula, ia memperakui setiap.pencapaian pengalaman sediada seseorang dalam industri ini.



MENGAPA ANDA PERLUKAN SKM MELALUI PPT DALAM BIDANG DI ATAS?

Anda akan memperolehi Sijil dalam masa yang singkat tanpa perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian. ( proses 2 ke 4 bulan)

Peluang peningkatan diri dan imej dalam bidang di atas.

Kemahiran yang anda ada akan diiktiraf dan diperakui.


TANPA PERLU HADIR KELAS 
HANYA PERLU 
KEMUKAKAN BUKTI PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN 
ANDA SELAMA INI


SYARAT UMUM PERMOHONAN:
  • Berumur 17 tahun ke atas
  • Mempunyai pengalaman dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak lebih dari 3 tahun.
  • Mempunyai sijil KAAK @ KAP @ KSPK suatu kelebihan.

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON
  • Pengusaha TASKA
  • Pengusaha TADIKA
  • Pengusaha PUSAT JAGAAN
  • Jurulatih @ Fasilitator Pendidikan awal kanak-kanak
  • Pengasuh TASKA
  • Pendidik@guru TADIKA
  • Penjaga@guru PUSAT JAGAAN
  • Guru2 pra sekolah 

BAGAIMANA CARANYA?

SAYA SEDIAKAN KHIDMAT BIMBINGAN BERTERUSAN SEHINGGA ANDA MEMPEROLEHI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA.




Untuk dapatkan perkhidmatan saya, sila klik pada BORANG TEMPAHAN ini.

 CALL 019 2115642 ATAU WHATAPP SAYA DI  016 7235080



Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.



Terima kasih



Friday 7 September 2018

Koreksi Potensi Diri Anak Anda

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@ gmail.com

Potensi diri  anak, Adakah ibu bapa hanya mengejar nilai A ?

Saya nak kongsi pandangan saya tentang potensi diri seorang anak.
Apakah kriteria utama kita sebagai ibu bapa atau pendidik lihat dalam  menilai potensi diri seorang anak?
Koreksi potensi diri anak anda.

Adakah kita terlalu fokus  melihat kejayaan sang anak dari sudut pencapaian dalam pembelajaran akademik semata, maka kita pun  fokus target agar anak sentiasa score A dalam peperiksaan yang sekadar  di atas kertas itu.
Adakah kita sibuk hiruk piruk mendapatkan sekolah terbaik untuk anak- anak, kalut pula berhabisan  membelikan anak- anak pelbagai produk  makanan minda. Tujuan kita satu sahaja  jer kan.....nak anak kita menjadi pelajar cemerlang di peringkat pengajian akademiknya. Pulak tu banyak sangat produk minda untuk dipilih di pasaran.
Betulkan...

Sedangkan..
Kesilapan kita sebagai ibu bapa maupun pendidik ialah;
Lupa nak tengok kecergasan fizikal anak..;
Tak terfikir nak pastikan self esteem emosi dalam diri anak..;
Terlepas pandang nak bina moral akhlak dan iman dalam diri anak dek kerana kalut nak pamerkan kebijaksaan anak.
Lalai menerapkan nilai cabaran dan belajar berdikari dalam diri anak.
Tak terlintas nak lihat anak menjadi insan yang positif, kental jiwa dan sikap serta berani.
Lupa nak bantu bina anak jadi seorang yang sentiasa boleh positif berusaha sendiri menyelesaikan masalah, bukan anak yang asyik dimanjakan dan dimudahkan sahaja.
Tak pernah fikir melihat dari satu sudut pandangan apa yang anak itu sendiri minat dalam hidupnya
Yang kita tahu..anak berjaya ialah anak yang score A A dan terus A.

Kita tidak perasan sebenarnya kita telah tersilap membuat tafsiran tentang keupayaan sesuatu potensi dalam diri anak.

Contoh mudah yang memperlihatkan sikap ibu bapa misalnya anak yang dihantar ke TADIKA, jarang  didengar ibu bapa   tanya tentang perkembangan anak2 dari aspek pelbagai  melainkan parents lebih fokus pada sudut  pembelajaran akademik sahaja. Itu yang saya lalui ketika mengusaha dan menguruskan TASKA TADIKA suatu ketika dulu.

Acapkali ibu bapa  asyik tanya jer kan..
Cikgu., Anak saya dah boleh baca ke?
Cikgu, anak saya sudah boleh kenal huruf ke?
Cikgu anak saya....itu dan ini yang semuanya menjurus kepada pertanyaan kepada tahap pencapaian akademik anak sahaja.
Geli hati kekadang, sebab anak itu pun masih tak lepas toilet training lagi dah tanya tentang keupayaan baca buku.
Aduh....


Koreksi potensi diri anak anda.
Kan bagus kalau ibu bapa nak tahu adakah anaknya yang di TADIKA itu, sudah pandai bergaul baik dengan kawan- kawan lain atau anaknya sudah boleh menunjukkan sikap ingin membantu pendidik.
Kesimpulannya. alangkah  bagus jika ibu bapa melihat pencapaian dan perkembangan anak- anak dari semua aspek perkembangan menyeluruh seorang  kanak- kanak, yakni  emosi, fizikal, sosioemosi, kognitif, kreativiti dan sebagainya.
Kan bagus jika ini yang difahami dan diberi perhatian.

Saya nak kongsilah pandangan dari pemerhatian saya sendiri di mana ia benar berlaku di kalangan anak- anak saya sendiri. Allah hadirkan anak saya yang 8 orang itu dengan kepelbagaian keupayaan, minat dan potensi. Benar di kalangan mereka ada yang genius, ada yang rajin berusaha serta fokus, ada yang nampak sangat prihatin selesaikan sesuatu masalah, ada yang mempunyai  bakat kemahiran tertentu bahkan ada juga yang slow learner serta sederhana aspek pencapaian akademiknya,  tak kurang ada yang terserlah dalam bidang agama.

Koreksi potensi diri anak anda.
Pada saya, anak- anak semua tanpa mengira samada  yang belajar tinggi atau sebaliknya,  setiap dari mereka pasti mempunyai potensi kelebihan yang tersendiri dalam diri masing- masing.  Mereka seharusnya diberi peluang membuktikan kelebihan potensi diri masing- masing, bukan perlekehkan minat mereka.

Yang cemerlang akademik tu tidak semestinya yang terbaik dan bakal bekerjaya yang baik. Yang dari kecil selalu sahaja gagal dalam peperiksaan atas kertas itu, tidaklah pulak semestinya terus gagal dalam menggarap potensi lain dalam dirinya. 
Salah tanggapan kita jika awal - awal kita  anggap anak itu telah gagal.

Koreksi potensi diri anak anda.
Kejayaan anak usah diukur dari satu sudut pencapaian sahaja, ia seharusnya mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan mereka kelak. Kita tentu tidak mahu kita ada anak yang tinggi pangkatnya,  besar pula gajinya kelak tapi esok tika kita tua. dia hantar pula kita ke rumah orang orang tua kerana tiada masa nak jaga kita .

Kekadang yang sekadar belajar kemahiran tu pun, ada satu potensi yang sangat besar dalam dirinya. Dia tidak sekadar mahir keluarkan pengetahuan di atas kertas tapi dia tunjukkan dan buktikan pula  dalam realiti kehiidupannya.
Dia menunjukkan kesungguhan luar biasa dalam menyusuri  bakat, minat dan kelebihan dalam dirinya.

Yakinkan diri.
Untuk berjaya, sangat  perlukan pengorbanan, tak kiralah dari apa jua aspek, insyAllah.
Usaha dulu, doa dan biar Allah yang tentukan.
Jom, koreksi potensi diri anak anda.


Catatan;
#Norazura
Trainer & Pakar Pengajar
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.