Wednesday 22 July 2015

Kesan menggoncang atau menghayun bayi

Teks : Nor Azura Ismail
Foto : carian google


Tahukah anda bahawa bayi mempunyai kepala yang besar dan berat, otot leher yang lemah dan otak yang sedang berkembang. 
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi? 
Mengoncang, melambung, menghayun dan memusing bayi dengan laju boleh mengakibatkan kerosakan otak dan seterusnya boleh juga menyebabkan kematian pada bayi.


Pernahkah anda mendengar mengenai Shaken Baby Syndrome (SBS)
Menurut maklumat yang saya perolehi melalui carian di google,  SBS merupakankecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan yang serius yang boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Cuba lihat keratan akhbar Kosmo  di bawah berkaitan kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan otak pada bayi.

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.




Kesemua kemalangan dalam keratan akhbar di atas  telah mengakibatkan  kecederaan pada otak bayi yang disebabkan telah berlaku sesuatu gegaran, hentakan atau goncangan yang kuat  pada bayi.
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi menurut kata pakar? 

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, beliau menjelaskan mengapa seorang bayi mudah mendapat kecederaan di kepala. 
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku pada orang dewasa kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.
Berbeza dengan bayi, kecederaan otak akibat hentakan atau goncangan mudah berlaku dan boleh menjadi  parah jika bayi berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut dimana  risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli lagi,  keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana kebiasaannya  tidak dapat mengimbangi badan.
Sejauh mana tahap kecederaan pada otak bayi juga banyak bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian tempat bayi tersebut jatuh.

Pengalaman saya sendiri menjaga anak saya  ketika bayi, mereka memang kerap jatuh dan terhentak antaranya disebabkan perkara berikut :
FAKTOR PERKEMBANGAN BAYI :
Bayi sudah boleh berguling – Bayi akan berguling bila-bila masa tanpa menyedari tempat mereka berguling itu sesuai dan selamat  atau tidak. Selalunya bila bayi berguling di atas tilam bayi, tanpa disedari bayi telah terkeluar dari tilam, akibatnya bila bayi berguling, kepalanya akan terhempas pada lantai.  
Cara elak ,  letakkan alas alas tikar@ soft mat yang besar di pada permukaan lantai tempat membentang tilam bayi.
Bayi baru  belajar untuk duduk – Bila bayi sudah mula belajar untuk duduk sekitar umur 6 bulan ke atas, mereka akan cuba untuk duduk dengan sendiri. Kadang kala bayi belum boleh duduk dengan betul dan belum mampu mengimbangi badannya.  Dalam situasi ini,  bayi boleh terjatuh ke belakang dan mengakibatkan kepalanya terhentak pada lantai.
Cara elak,  sentiasa peka dan berada bersama bayi. Untuk langkah berjaga,  letakkan bantal atau tilam atau soft mat di  belakang  badan bayi atau sekeliling tempat bayi bermain.
Bayi semakin aktif dan ingin mencuba sesuatu – Antara usia bayi  6 – 18 bulan bayi  memang sangat aktif tanpa memahami sebarang risiko yang ada.  Apa yang anda perlu buat ialah sentiasa peka pada setiapa apa yang bayi anda lakukan.
Bayi jatuh ketika mula bertatih – Sama seperti mula belajar duduk tadi, bayi akan mudah jatuh kerana mereka terlalu teruja untuk mencuba untuk berdiri sendiri disamping belum mampu mengimbangi badan mereka. Berikan perhatian lebih pada bayi anda ketika ini.
FAKTOR KECUAIAN IBUBAPA @PENJAGA BAYI :
Menimang bayi tinggi-tinggi – Yang ini biasa dilakukan oleh kita sebab kelihatan bayi seperti seronok atau suka hati bila di timang tinggi-tinggi. Amalan menimang anak tinggi-tinggi seperti menhadi suatu perkara biasa sehingga ada lagu yang liriknya kalau tak salah saya lebih kurang seperti berikut.
Timang tinggi tinggi/buai laju-laju
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab

Jadi, selepas ini perlu lah elakkan menimang anak tingi-tinggi sebab boeh menyebabkan otak bayi yang masih lembut itu bergegar. Kesannya tentu tak nampak pada waktu itu tapi mungkin pada waktu akan datang.
Bayi jatuh dari katil seringkali ibubapa suka meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil . Bayi yang sudah boleh berguling sering jatuh dari katil. Risiko kecederaan  otak akibat jatuh dari katil memang tinggi. Bukan sekadar kecederaan otak malah tangan atau kaki bayi boleh patah kerana jatuh dari katil.
Eakkan daripada meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil lebih-lebih lagi bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Menidurkan dan menghayun bayi dalam buaian – sindrom gegaran akibat ayunan kuat
Terjatuh dari buaian

Pakar kanak-kanak sangat menyarankan supaya ibubapa tidak menidurkan anak di dalam buaian.  Menurut satu sumber, benyak kecederaan otak yang mendapatkan rawatan di hospital berlaku akibat dari penggunaan buaian. Kesimpulannya memang banyak risiko kecederaan boleh berlaku pada bayi akibat penggunaan buaian yang tidak betul. Antaranya;
Cara henjutan atau ayunan laju yang menyebabakan bayi pening dan seterusnya menganggu atau boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi yang masih lembut.
Buaian elektrik yang terdapat di pasaran sangat berisiko menyebabkan gegaran pada otak bayi akibat henjutan yang laju dan berterusan.
Kadang-kadang ayunan pada buaian tanpa anda sedari sampai ke dinding yang menyebabkan kepala bayi akan terhantuk pada dinding atau henjutan yang laju sehingga mencecah ke lantai.
Begitu juga jika bayi terjatuh dari buiaan akibat bayi cuba untuk berpusing atau bangun sendiri dari buaian atau mungkin kain buaian tertanggal atau spring pada buaian putus. Semua ini boleh menyebabkan risiko kepala bayi terhempas ke lantai.
Bayi jatuh tersembam dari walker Sama seperti buaian tadi penggunaan walker banyak memberi kesan buruk pada bayi. Antaranya keadan walker yang ringan dan tidak diletakkan pada permukaan yang stabil menyebabkan bayi boleh jatuh dari walker dan kepalanya tersemban ke lantai.

Cara pencegahan di atas, senang sahaja, elakkan penggunaann buaian dan juga walker pada bayi anda. Anda boleh tidurkan bayi kecil dalam kot bayi atau ajar bayi tidur di tilam bayi saja.
Haramkan terus penggunaan walker . Ibubapa biasanya suka menggunakan walker  dengan tujuan untuk bayi cepat pandai berjalan dan mudah untuk  bayi bergerak. Percayalah bayi boleh berjalan secara semulajadi tanpa bantuan dari walker.
Menggoncang bayi ketika marah – Ada masanya ibubapa @ penjaga kelihatan stress ketika menjaga bayi. Misalnya apabila bayi menangis tanpa henti atau apabila mereka cuba menidurkan bayi dalam masa yang lama. Kerana marah dengan kerenah dan ragam  bayi, tanpa disedari mereka mengoncang bayi dengan agak kuat. Risikonya menyebabkan berlaku gegaran  pada otak bayi.

Elakkan menggendali bayi ketika sedang marah. Cuba tenangkan diri anda.
Aktiviti bermain yang melibatkan ayunan atau melambung bayiElakkan sebarang aktiviti yang perlu menghayun atau melambung bayi anda.
Ibubapa@penjaga tak peka pada keselamatan bayi – dalam apa jua keadaan sepanjang tempoh pembesaran dan perkembangan bayi , ibubapa atau penjaga perlu sentiasa peka mengenai aspek keselamatan dalam pengasuhan bayi. Amalan asuhan yang betul perlu dipelajari dalam dipraktikkan ketika menggendalikan bayi .
Persekitaran yang tidak kondusif untuk bayibermain – Sediakan persekitaran yang sesuai, selamat dan selesa untuk bayi melakukan pelbagai aktiivit nya.  Sebagai ibubapa atau penjaga bayi, perkembangan bayi perlu digalakkan dengan mendedahkan bayi kepada pelbagai aktiviti yang sesuai.
Apa yang berlaku apabila bayi digoncang, dihenjut, diayun laju atau terjatuh?
Selalunya bila berlaku perkara di atas jika  tiada kecederaan fizikal atau mental yang berlaku pada masa itu,  mungkin boleh   berlaku pendarahan dalam otak yang tidak disedari.
Sekiranya terdapat benjolan, bengkak atau lebam  yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
Bawa bayi mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat simpton-simpton tersebut kerana dikhuatiri kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak.
 Kesimpulannya , dapatkan rawatan segera  jika terdapat tanda-tanda berikut :
Muntah-muntah
Tidur yang lama dari kebiasaan
Berlaku sawan
Kelaianan pada ubun-ubun bayi
Terdapat benjolan luar biasa
Pucat selepas beberapa jam

Jika dilihat di atas, banyak punca kecederaan otak bayi berpunca dari kita sebagai ibubapa, penjaga atau pengasuh kepada bayi.  kesan menggoncang atau menghayun bayi boleh memberi impak yang berpanjangan pada bayi di masa hadapan. 
Jom, tingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan atau amalan asuhan yang betul untuk bayi kita. Kita boleh mengubahnya.
Saranan saya kepada ibubapa yang muda atau kepada para pengasuh di TASKA dapatkan

EBOOK PANDUAN MENDIDIK ANAK ini sebagai panduan anda.

HARGA RM30


Saturday 11 July 2015

PERKEMBANGAN DERIA BAYI

TEKS : Nor Azura Ismail
Foto : carian google


Bayi yang normal mempunyai lima pancaindera yang berkembang dengan sangat pesat.Kkelima-lima pancaindera tersebut ialah :

Deria penglihatan - mata
Deria pendengaran - telinga
Deria bau - hidung
Deria rasa - mulut dan lidah
Deria sentuh - kulit

Jom kita tengok serba sedikit maklumat mengenai perkembangan deria -deria ini satu persatu.

Deria Penglihatan
  • merupakan deria yang paling lemah berbanding deria lain pada peringkat awal kelahiran bayi. . Bayi baru lahir memerlukan penglihatan untuk jarak yang dekat sahaja. 
  • Bayi mampu melihat dengan jelas pada jarak 8" hinga 12 " iaitu jarak antara kepala bayi dan kepala ibu ketika menyusunya.
  • Bayi paling suka melihat wajah manusia berbanding dengan melihat objek.

Dera Pendengaran
  • Telah berkembang  dengan baik sebaik sahaja bayi dilahirkan.
  • Cepat bertindakbalas dengan suara-suara di sekelilinginya dan membuat tafsiran sendiri dengan apa yang didengarinya.
  • bayi suka mendengar suara manusia dan peka kepada bunyi atau suara yang biasa didengarinya.
  • Selain suka mendengar suara ibunya, bayi suka mendengar bunyi muzik dan alunan yang lembut dan tersusun seperti zikir.
Dera Bau
  • Bayi belajar mengenal bau melalui sesuatu proses.
  • Bayi akan menggunakan pengalamannya seperti apabila bayi telah biasa bau susu maka bayi akan cepat mengenal bau susu yang diminumnya selalu.
  • Semakin bertambah usianya, deria bau bayi akan menjadi semakin tajam. 
  • Suka bau pisang, mentega dan limau.
  • Deria bau membantu bayi mengesan bau ibunya terutama ibu yang menyusukan bayinya sendiri

Deria Rasa
  • Telah mula terbentuk ketika dalam kandungan.
  • Perkembangan deria rasa banyak dipengaruhi oleh deria bau bayi.
  • Lebih suka rasa manis berbanding rasa yang lain.
  • Perubahan mimik muka menunjukkan bayi dapat membezakan rasa.

Deria Sentuh
  • Bayi sangat peka kepada sentuhan yng lembut dan mesra.
  • Bayi telah mula bertindakbalas terhadap sentuhan sejak dari lahir lagi.
  • Bayi menjadi tenang dengan sentuhan yang mesra dan lembut.

Kesimpulannya Perkembangan Deria bayi pada peringkat awalnya   adalah merupakan cara untuk merangsang dan menggalakkan bayi belajar menggunakan deria yang ada bagi meneroka lagi dunia persekitaran di sekelilingnya.



Wajarkah melabel anak dibawah 6 tahun sebagai nakal?

TEKS : NOR AZURA ISMAIL
FOTO : CARIAN GOOGLE



Selalunya anak-anak yang sering menyebabkan orang dewasa yang menjaganya merasa  pening kepala dilabelkan sebagai anak yang nakal? Betukah anak-anak ini nakal?
Apakah persepsi  orang dewasa tehadap istilah nakal? Wajarkah kita sebagai orang dewasa melabelkan anak-anak yang sedang melalui pelbagai tahap perkembangan ini sebagai anak yang nakal?

Cuba lihat situasi di bawah ini.
Afiq adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan mendapat jagaan di sebuah TASKA. Afiq seorang kanak-kanak yang memang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara memeningkan dilakukan oleh Afiq.  Apa yang Afiq lakukan?
Afiq suka berlari, suka bergurau dengan kawan-kawan TASKA, suka usik itu,  usik ini,  asyik   main dan memang tak boleh duduk diam sepanjang berada di TASKA.  Ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukannya sendiri.  Justeru itu, Afiq sering dimarahi  oleh pengasuh di TASKA . Sebabnya bila pengasuh suruh duduk diam,  Afiq akan lari. Bila pengasuh kata senyap,  Afiq akan terus buat bising. Pendek kata, Afiq akan buat apa sahaja perkara yang dia ingin tahu. Tapi, pengasuh rasa apa yang Afiq buat memeningkan kepala.  Kalau budak lain, pengasuh kata jangan lari, mereka akan duduk diam atas tikar.  Pengasuh sering membuat aduan  tentang Afiq dan akhirnya malabelkan  Afiq sebagai anak yang nakal.

Wajarkah melabel kanak-kanak di bawah 6 tahun sebagai nakal?
Benarkah Afiq nakal?  Adakah apa yang Afiq lakukan di TASKA dikategorikan sebagai kenakalan kanak-kanak  yang perlu dirisaukan?

Jom lihat satu lagi situasi.  Kali ini kisah pengalaman anak-anak saya sendiri pula.

Ayah saya merupakan seorang usahawan yang tinggal di bandar, maknanya  ayah saya tak duduk kampong lah di mana di rumah ayah saya,  ruang untuk bermain adalah terhad.
 Acapkali ke rumah ayah, anak-anak saya selalunya akan mati kutu. Sebabnya, ayah saya tak benarkan anak-anak  berlari atau ke hulu ke hilir dalam rumah. Nak usik barang-barang, apatah lagi, memang tak dibenarkan. Jadi, anak-anak cuma boleh duduk diam-diam di depan televisyen atau duduk diam bermain dengan gadget.  Jika tiba-tiba anak-anak berlari atau bergurau, ayah saya akan mula bersuara.

“ Cubalah duduk diam-diam , tengok TV tu”
“Cubalah tangan tu  jangan suka  usik barang atuk”
“Cubalah jangan bergurau atau bergaduh”  akhirnya ayah akan sebut juga;
“Cubalah jangan nakal sangat”

Hah, kan dah terkeluar perkataan nakal dari mulut ayah saya.

Melihat situasi tersebut saya faham, mungkin sebab orang tua seperti ayah saya rimas tengok kalau budak-budak berlari-lari dan tak boleh duduk diam. Saya tak salahkan ayah saya, malah saya menghormati pendiriannya. Justeru itu saya pesan pada anak-anak kalau pergi rumah atuk kena dengar cakap atuk. Walhal kalau di rumah sendiri, hmmm ruang mana yang tak diterokai oleh anak-anak saya yang masih kecil tu.

Dua situasi yang melabelkan anak-anak sebagai nakal. Sekali lagi saya nak tanya,  Wajarkah anak-anak di bawah 6 tahun  dilabel sebagai nakal?

Hakikatnya , kanak-kanak di bawah 6 tahun   yang sedang melalui proses dan tahap perkembangan demi perkembangan ini memang secara semiulajadinya tidak boleh duduk diam. Kerana sifat semulajadi anak-anak ialah ingin tahu, ingin cuba, ingin rasa, ingin meneroka, kuat berimiginasi , ingin buat sesuatu yang baru dan ingin tahu sebab dan akibat dari sesuatu perkara.

Jadi, adalah perkara normal anak-anak di bawah 6 tahun memang tidak boleh duduk diam.  Dan anak-anak yang tidak boleh duduk diam inilah , yang sering  dilabelkan sebagai nakal inilah , sebenarnya adalah anak-anak yang cerdik dan pintar.  Otak mereka sentiasa ligat berfikir dan ada saja idea untuk melakukan sesuatu aktiviti.  Sebaliknya anak-anak yang  hanya duduk diam adalah anak-anak yang pasif.

Sebagai ibubapa, pengasuh, pendidik dan orang dewasa yang lain, anda perlu berfikiran terbuka dan amat perlu belajar memahami tingkahlaku sebenar seorang kanak-kanak.  Barulah anda boleh kendalikan mereka dengan tenang, sabar dan tidak stress.

Sya pernah terlihat satu situasi di TASKA dimana pengasuh suruh anak-anak bersandar diam-diam di tepi dinding., tak boleh main apa-apa pada waktu-waktu tertentu.  Maka akan terkebil-kebil lah mata si anak, terpaksa pula  duduk diam kalau tidak pengasuh marah. Dalam konteks ini, sebenarnya cikgu di TASKA tersebut telah mendera emosi  anak-anak yang fitrah serta kehendaknya ialah untuk bergerak dan bermain.

Tiada istilah nakal untuk anak-anak yang aktif dan tidak boleh duduk diam ini. Cuma sebagai ibubapa, pengasuh atau pendidik, peranan anda ialah untuk mengawal dan peka pada setiap tingkahlaku kanak-kanak serta anda perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif untuk anak-anak ini.  Seperkara lagi anda perlu menyediakan serta memastikan juga persekitaran anak-anak bermain adalah kondusif iaitu sesuai, selesa dan selamat untuk anak-anak.
Tindakan memarahi anak-anak serta melarang anak-anak main dan bergerak bebas adalah perkara salah yang telah kita  lakukan.  Jadi, belajarlah untuk   tukar persepsi anda terhadap  tingkahlaku anak-anak.  Sangat penting untuk anda belajar juga memahami tingkahlaku dan jiwa anak-anak kecil ini. Jika kita tidak faham, kita akan cepat merasa stress melihat tingkahlaku anak-anak walhal itulah tingkahlaku semulajadi mereka.

Sekali lagi saya tekankan bahawa anak yang cerdik dari pelbagai aspek ,  anak yang cerdas serta mempunyai keyakinan diri yang positif  adalah anak yang aktif dan  tidak boleh duduk diam malah ada saja yang ingin dilakukannya.
Sebaliknya jika anak-anak tidak aktif, tidak pandai bermain dengan kawan-kawan dan suka berkepit dengan ibubapa atau pengasuhnya adalah perlu untuk  dirangsang perkembangan emosi dan sahsiahnya.

Justeru;
Biarkan anak-anak terus bermain.
Biarkan mereka terus berlari.
Biarkan mereka mencuba.
Biarkan mereka bebas meneroka.
Kerana itu sifat semulajadi seorang kanak-kanak.
Maka;
Jangan memarahi mereka.
Usah mencantas apa yang ingin kanak-kanak tahu.
Peranan anda cuma
Beri mereka galakan
Beri  peluang.
Beri idea aktiviti yang kreatif.
Pastikan persekitaran yang  kondusif untuk anak-anak terus berimiginasi dan mengecapi keseronokan dunia  kanak-kanaknya.

Kena ingat bahawa zaman kanak-kanak hanyalah sekali seumur hidup. Usah dinafikan hak kanak-kanak untuk merasa seronok  bermain dan terus bermain.

Anak-anak anda,  anak yang pintar, cergas dan bijak.
BERIKAN MEREKA PELUANG SECUKUPNYA.

NAK CARI IDEA PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK;
DAPATKAN EBOOK INI.

50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
CUMA RM 25.
TEMPAH SEKARANG.

JADILAH IBUBAPA, PENGASUH DAN PENDIDIK YANG BIJAK DAN KREATIF.





NAK MAHIR MENDIDIK ANAK, JOM DAPATKAN PULA EBOOK 

PANDUAN MENDIDIK ANAK INI.
CUMA RM 30.
JADILAH IBUBAPA YANG MAHIR DAN CEKAP MENDIDIK ANAK-ANAK.


Friday 10 July 2015

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK & PEMIKIRAN LOGIK - RPA

Oleh : Nor Azura Ismail



Assalam dan salam sejahtera.

Lagi contoh Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang boleh digunakan oleh para pendidik@pengasuh di TASKA bagi merancang aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.

SELAMAT MELAKSANAKAN AKTIVITI!!

BIDANG PEMBELAJARAN : PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 1 : MENYUSUN BLOK

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 2   tahun
Bil Kanak-Kanak
2  orang
Tema

Tajuk
Menyusun blok
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh  membezakan blok yang berlainan .
Objektif
1.       Kanak2 boleh mengasingkan blok  mengikut  warnanya.
       (Perk. AM&PL)
1.       Kanak2 boleh menyusun blok dari bawah ke atas. (Perk. Fizikal))
2.       Kanak-kanak boleh sebut nama warna (Perk. BK&LA)
 (Perk.  SSE&K))
Senarai bahan/alat
1.       Pelbagai blok kecil yang diperbuat daripada kotak terpakai (balut dengan beberapa kertas warna)


Ruang aktiviti
Ruang aktiviit  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2  ke ruang aktiviti  TASKA .
2.       Pengasuh minta kanak-kanak duduk di atas tikar yang disediakan
3.       Pengasuh bermesra sambil berbual dengan kanak-kanak.
4.       Letakkan blok kotak di hadapan kanak-kanak secara berselerak.
5.       Tanya pada kanak-kanak “ Siapa tahu apa inii?” Beri kanak-kanak main kotak tersebut secara bebas sebentar.
6.       Pengasuh minta kanak-kanak asingkan kotak mengikut warna.
7.       Beri galakan dan dorongan kepada kanak-kanak.
8.       Puji jika kanak-kanak Berjaya lakukan.
9.       Bila kanak-kanak telah dapat asingkan kotak, minta kanak-kanak susun kotak dari atas ke bawah.
10.   Biarkan kanak-kanak terus susun blok yang sama warnanya.
11.   Cuba Tanya kepada kanak-kanak warna kotak dan minta kanak-kanak sebut warna tersebut beruang kali.
12.   Puji bila kanak-kanak Berjaya sebut warna.
13.   Ucapkan terima kasih pada kanak-kanak.

Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviti  TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak





RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 2 : MELIHAT WAJAH DALAM CERMIN


Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 2   tahun
Bil Kanak-Kanak
2  orang
Tema

Tajuk
Melhat wajah dalam cermin
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh  melihat dirinya dalam cermin .
Objektif
1.       Kanak2 boleh mengetahui bentuk wajah sendiri ketika melihat ke dalam cermin.
       (Perk. AM&PL)
2.       Kanak2 boleh menyebut anggota mukanya. (Perk. BK&LA))
3.       Kanak-kanak boleh merasa gembira ketika melihat wajahnya di dalam cermin
 (Perk.  SSE&K))
Senarai bahan/alat
1.       Cermin muka
2.       2. Flash kad anggota muka.
Ruang aktiviti
Ruang aktiviit  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2  ke ruang aktiviti  TASKA .
2.       Pengasuh minta kanak-kanak duduk di atas tikar yang disediakan
3.       Pengasuh bermesra sambil  menyanyi dengan kanak-kanak lagu berkaitan anggota muka.. (menyanyi sambil memegang anggota muka yang disebut dalam lagu)

Saya sentuh muka saya
Rambut dan telinga saya
Hidung saya
Bibir saya
Pipi dan dagu saya

4.       Pengasuh  tunjukkan flash kad gambar anggota muka sambil menyebut nama anggota muka satu persatu.
5.       Pengasuh keluarkan cermin muka dan minta kanak-kanak melihat wajah mereka dalam cermin.
6.       Sekali lagi minta kanak-kanak nyanyi lagu tadi  dengan gembira sambil menunjuk kepada anggota muka yang disebut.
7.       Pengasuh biarkan kanak-kanak membuat aksi gembira di depan cermin.
8.       Pengasuh sebut anggota muka dan minta kanak-kanak tunjukkan anggota mukanya.
9.       Pengasuh beri galakan dan dorongan untuk kanak-kanak sebut.
10.   Pengasuh puji kanakk-kanak bila kanak-kanak Berjaya tunjuk dan sebut anggota mukanya dengan betul.
11.   Ucapkan terima kasih pada kanak-kanak.
Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviti  TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak




RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3 : BENTUK APA

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 4   tahun
Bil Kanak-Kanak
2  orang
Tema

Tajuk
Bentuk apa?
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh  membezakan bentuk objek yang berlainan .
Objektif
1.       Kanak2 boleh memadankan bentuk dengan acuannya..
       (Perk. AM&PL)
2.       Kanak2 boleh mengenal dan menamakan bentuk. (Perk. BK&LA))
3.       Kanak-kanak boleh menjalankan aktiviti  mengikut giliran.
 (Perk.  SSE&K))
Senarai bahan/alat
1.       Papan bentuk yang diperbuat daripada kotak. (Bulat, segiempat sama, segiempat tepat, , sifar dan segitiga)
2.       Puzzle nombor
Ruang aktiviti
Ruang aktiviit  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2  ke ruang aktiviti  TASKA .
2.       Pengasuh minta kanak-kanak duduk di atas tikar yang disediakan
3.       Pengasuh bermesra sambil   berbual dengann kanak-kanak.
4.       Pengasuh Tanya kepada kanak-kanak mengenai bentuk yang mereka tahu.
5.       Pengasuh keluarkan papan bentuk dan beritahu pada kanak-kanak aktivit yang akan dijalankan.
6.       Pengasuh meminta kanak-kank memadankan bentuk ke dalam lubang acuannya pada papan bentuk tadi secara bergilir-gilir.
7.       Pengasuh bberi galakan jika kanak-kanak tidak Berjaya padankan bentuk ke dalam acuannya.
8.       Beri peluang kepada kanak-kanak sebut nama bentuk. Jika kanak-kanak tidak tahu, pengasuh boleh mengatakan, contoh ; “Itu bentuk bulat”
9.       Beri pujian kepada kanak-kanak yang Berjaya melakukannya.
10.   Bila kanak-kanak telah Berjaya, beri kanak-kanak  setiap seorang puzzle nombor dan biar kanak-kanak padankan puzzle nobor tersebut pula.
11.   Tanya sekali lagi kepad kanak-kanak tentang bentuk-bentuk tadi.
12.   Ucapkan terimakasih pad kanak-kanak.

Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviti  TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak




RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) : MENEROKA OBJEK DALAM KOTAK

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 8 – 11 bulan
Bil Kanak-Kanak
1  orang
Tema

Tajuk
Meneroka objek dalam kotak
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Bayi mempunyai keinginan untuk tahu.
Objektif
1.       Bayi boleh meneroka pelbagai objek dalam kotak
       (Perk. AM&PL)
4.       Kanak2 boleh memegang dan menggengam objek dalam kotak. (Perk. Fizikal))
5.       Kanak-kanak boleh mengeluarkan suara ketika menjalankan aktiviti.
 (Perk.  BK& LA))
Senarai bahan/alat
1.       Kotak@bakul kecil
2.       Pelbagai permainan berlainan bentuk dan saiz.
Ruang aktiviti
Ruang aktiviit  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa bayi  ke ruang aktiviti  .
2.       Pengasuh bermesra dan bermain tepuk amai-amai dengan bayi sambil bertepuk tangan.
3.       Pengasuh keluarkan bahan aktiviti.
4.       Pengasuh masukkan bahan permainan ke dalam kotak di hadapan bayi.
5.       Pengasuh biarkan bayi melihat apa yang pengasuh buat.
6.       Pengasuh letak kotak berisai mainan berdekatan dengan bayi.
7.       Biarkan bayi meneroka objek dalam kotak.
8.       Apabila bayi memegang objek, tepuk tanggan tanda bayi Berjaya mengambil objek dari kotak.
9.       Biarkan bayi terus meneroka.
10.   Beri pujian kepada bayi
11.   Beri galakan kepada bayi.

Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviti  TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak





RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) : MENGENAL WARNA

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 4 tahun
Bil Kanak-Kanak
3  orang
Tema

Tajuk
Mengenal warna
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-kanak sudah boleh kenal warna  asas ( merah, biru kuning)
Objektif
1.       Kanak-kanak boleh tahu warna lain selain warna asas (Perk. AM&PL)
2.       Kanak-kanak boleh membina perbendaharaan kata mengenai warna  (Per. BKLA))
3.       Kanak2 boleh meningkatkan kemahiran melompat (Perk. Fizikal))

Senarai bahan/alat
1.       Paracut @ kotak yang mempunyai bahagian-nahagian berwarna tertentu.

Ruang aktiviti
Ruang halaman TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2 ke ruang halaman TASKA  .
2.       Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak sambil membuat senaman ringan.
3.        Pengasuh parachute @  menghamparkan kotak besar yang mempunyai nahagian berwarna tertentu.
4.       Pengasuh beritahu pada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan.
5.       Pengasuh meminta kanak-kanak melompat secara bebas ke dalam parachute atau hamparan kotak.
6.       Pengasuh mengenalkan kepada kanak-kanak warna-warna asas  yang terdapat pada parachute@ kotak iaitu merah, biru dan kuning
7.       Pengasuh bertanya adakah warna yang dalam parachute@kotak selain dari warna asas.
8.       Pengasuh kenalkan pula warna-warna yang lain.
9.       Pengasuh meminta kanak-kanak berdiri disekeliling parachute  sambil menyebut “merah lompat ke dalam”
10.   Kanak-kanak yang berdiri disebelah warna merah akan melo,pat ke atas parachute warna merah.
11.   Meneruskan dengan kanak-kanak melompat warna yang lain.
12.   Meminta kanak-kanak ubah kedudukan mereka dan ulang semula.
13.   Beri peluang, galakan dan pujian kepada kanak-kanak.

Perhatian
1.       Pastikan ruang  laman TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak



RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) : KOTAK KECIL KOTAK BESAR

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 3 tahun
Bil Kanak-Kanak
4  orang
Tema

Tajuk
Kotak kecil kotak besar
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-kanak sudah boleh faham konsep  ruang.
Objektif
1.       Kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran menganggar saiz dan ruang (Perk. AM&PL)
2.       Kanak-kanak boleh  menghias kotak mengikut kreativitinya. (perk. Kreativiti)
4.       Kanak2 boleh menyebut perkataan ruang besar dan ruang kecil(Perk. BK&LA))

Senarai bahan/alat
1.       Kotak besar
2.       Kotak kecil
3.       Kertas untuk kolaj
4.       Gam
Ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2 ke ruang aktiviti TASKA  .
2.       Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak
3.        Pengasuh keluarkan bahan aktiviti.
4.       Pengasuh tunjukkan kotak besar dan kotak kecil.
5.       Pengasuh Tanya kotak mana yang lebih besar.
6.       Pengasuh minta kanak-kanak masuk ke dalam kotak dan kira  orang yang boleh masuk dalam kotak kecil dan lkotak besar.
7.       Pengsuh beritahi pada kanak-kanak beza kotak kecil dan kotak besar.
8.       Pengasuh minta kanak-kanak sebut perkataan  ruang besar dan ruang kecil
9.       Pengasuh kemudiaannya meminta kanak-kanak menampal kolaj pada  kotak ikut kretivitnya sendiri.
10.   Pengasuh Tanya dan ulang semula apa yang telah dipelajari.
11.   Pengasuh beri galakan dan pujian kepada kanak-kanak
12.   Ucapkan terima kasih.
13.   Pengasuh beritahu pada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan.
14.    
Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviitiTASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak






RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) : BERMAIN CONGKAK

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 4 tahun
Bil Kanak-Kanak
2  orang
Tema

Tajuk
Bermain congkak
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-kanak sudah  boleh mengira secara bebas.
Objektif
1.       Kanak-kanak boleh belajar mengira sambil bermain congkak(Perk. AM&PL)
3.       Kanak-kanak boleh belajar menunggu giliran (perk.  SSE&K)
5.       Kanak2 boleh menyebut  nombor dengan jelas(Perk. BK&LA))

Senarai bahan/alat
1.       Congkak buat sendiri
2.       Guli

Ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2 ke ruang aktiviti TASKA  .
2.       Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak
3.        Pengasuh keluarkan bahan aktiviti dan beritahu pada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan.
4.       Pengasuh  minta kanak-kanak masukkan guli dalam setiap lubang secara bergilir.
5.       Pengasuh tunjukkan cara jika kanak-kanak tida tahu.
6.       Sambil mengisi guli ke dalam lubang, pengasuh minta kanak-kanak membilang 1 – 9
7.       Jika kiraan tidak betul, tida mengapa. Minta kanak-kanak ulang kira.
8.       Bantu kanak-kanak kira jumlah guli
9.       Beri galakan dan pujian kepada kanak-kanak kerana mencuba.
10.   Minta kanak-kanak ulang sebut nombor 1 – 9.
11.   Nyanyi lagu berkaitan nombor dengan kanak-kanak
12.   Ucapkan terimakasih.
13.   .
14.    
Perhatian
1.       Pastikan ruang  aktiviitiTASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak






RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) : MENGENAL WARNA & BENTUK DOH

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 4 tahun
Bil Kanak-Kanak
2  orang
Tema

Tajuk
Mengenal warna dan bentuk dengan doh
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan  Awal matematik dan Pemikiran Logik
Pengetahuan sedia ada
Kanak-kanak sudah  boleh  tahu warna-warna asas.
Objektif
1.       Kanak-kanak boleh   membuat bentuk dari doh mengikut warna asas, (Perk. AM&PL)
4.       Kanak-kanak boleh menguli doh (perk.  Fizikal))
6.       Kanak2 boleh menyebut warna dan bentuk dengan jelas(Perk. BK&LA))

Senarai bahan/alat
1.       Acuan bentuk
2.       Bahan untuk doh
3.       Pewarna asas
4.       apron

Ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2 ke ruang aktiviti TASKA  .
2.       Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak
3.       Pakaikan kanak-kanak dengan apron
4.        Pengasuh keluarkan bahan aktiviti dan beritahu pada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan.
5.       Pengasuh berbual mengenai warna asas yang kanak-kank tahu.
6.       Pengasuh tunjukkan cara menyediakan doh.
7.       Setelah doh siap, pengasuh minta kanak-kanak warnakan doh dengan warna asas yang disebut tadi.
8.       Pengasuh minta kanak-kanak terap bentuk bulat guna doh warna merah, bentuk segiempat guna doh warna hjau dan bentuk segitiga guna doh warna kuning.
9.       Pengasuh galakkan kank-kanak bercerita mengenai warna dan bentuk yang mereka terap.
10.   Bersihkan tangan kanak-kanak dengan sabun selepas selesai aktiviit.
11.   Ucapkan terimakasih.


Perhatian
2.       Pastikan ruang  aktiviitiTASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
3.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
4.       Pastikan bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak
5.       Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviit.



NAK DAPATKAN IDEA AKTIVITI KANAK-KANAK MELALUI BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK ?

DAPATKAN PELBAGAI IDEA MELALUI

ebook 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK






Dapatkan EBOOK RPA yang lengkap sekarang.