Tuesday 26 May 2015

Perniagaan TASKA RUMAH

Nama & Teks  : Nor Azura Ismail
Foto : Carian goggle

Entri 38


Pengenalan TASKA Rumah

TASKA RUMAH ialah mana-mana premis@individu yang menjaga anak berumur bawah 4 tahun lebih daripada 4 orang dan tidak melebihi 10 orang  dalam satu-satu masa di premis sendiri dengan menerima upah.

Kesimpulannya:

·         Premis TASKA adalah rumah anda sendiri
·         Anda tidak perlu mengubahusai rumah kediaman anda seperti TASKA
·         TASKA perlu perlu berdaftar dengan JKM
·         TASKA perlu ada perakuan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
·    Boleh menjaga anak sehingga 10 orang dalam satu satu masa dan anda boleh  mengenakan bayaran atas jagaan tersebut.
·    Tidak wajib menggaji pekerja tambahan. Terpulang kepada diri anda sendiri, jika  anda perlukan pembantu, ambillah hanya seorang pekerja sahaja.
·         Perlu mematuhi syarat dan peraturan
·         Modal yang minima
·    Anda juga perlu ada sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA@ sekurangnya Sijil TASKA RUMAH.
·         Anda adalah boss dan anda juga adalah pekerja di rumah anda sendiri

Sekarang ini ramai betul kita dapati individu yang mengambil upah menjaga anak di rumah sendiri. .Kebanyakan mereka terdiri daripada para surirumah tangga. Pada asalnya mereka cuma ingin suka suka mengisi masa lapang di rumah.Mula mula jaga seorang kanak-kanak, selepas itu bertambah kepada 3 orang, 4 dan ada juga yang menjaga sehingga  sepuluh orang kanak-kanak dalam satu satu masa.

Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang menjaga anak jiran di rumah. Atau anda memang berniat utuk mengambil upah menjaga anak jiran
Atau anda pernah ditanya oleh jiran di sebelah rumah yg berkerja utk menjaga anaknya. Tapi anda masih was-was, samada perlu daftar atau tidak.

Sebenarnya wajib daftar dengan JKM dan wajib berdaftar dengan SSM.

Untuk memulakan TASKA Rumah ,hanya perlu bermula di rumah anda sendiri. Anda duduk di rumah sambil;
-          Jaga anak
-          Buat kerja rumah
-          Jalankan perniagaan sampingan
-          Tiada kos pengangukutan @ sewa rumah
-          Ada peneman anda.

Sama seperti usahawan TASKA Institusi , ciri berikut juga perlu ada pada usahawan TASKA Rumah. 
·         Minat
·         Sayangkan kanak-kanak
·         Mempunyai ilmu pengasuhan.
·     Mungkin anda tinggal seorang diri di rumah dan ingin jadikan anak-anak jagaan sebagai  peneman anda.
·     
    Anak anda semua telah dewasa jadi anda mempunyai banyak ruang dan masa untuk menjaga anak orang lain pula. Jadikan ia satu bisnes yang mulia.
·         Memahami kerenah anak-anak
·    Jika anda memang telah pun mula menjaga anak di rumah – merupakan satu kelebihan untuk meneruskan perniagaan TASKA Rumah ini mengikut prosedurnya.

Senelum bercadang memulakan  TASKA Rumah, anda perlu lihat pasaran semasa;
Cuba lihat di sekelililng kawasan tempat tinggal anda.  Ramaikah jiran –jiran anda yang suami isteri bekerja. Di manakah mereka meletakkan anak mereka sewaktu mereka bekerja. Adakah terdapat TASKA yang berdekatan.
Kalau ada, cukupkah keperluan TASKA  tersebut untuk menampung sejumlah kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan anda. Lihat pula pada charge yang dikenakan oleh TASKA sekitar. Lihat juga adakah TASKA  tersebut berdaftar dan memenuhi kriteria sebagai sebuah TASKA yang berkualiti. Lihat pula guru pengasuh di TASKA tersebut, .adakah mencukupi nisbah keperluan/permintaan ibubapa di sekitar.

Budget@Kos memulakan TASKA Rumah dengan kos yang minima.
Mengikut perkiraan kasar saya;
*********
Kos bahan permainan : RM 200.00
Kos pendaftaran TASKA : RM 250.00 ( Untuk 5 Tahun)
Kos dokumen : RM 100.00
Kos pendaftaran SSM : RM 30.00
Kursus PERMATA : Rm 400.00
Jumlah : RM 980.00
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bulanan TASKA Rumah:
·       Menjaga 10 orang kanak-kanak @ 350.00 sebulan =  RM 3500.00   Semuanya untuk anda. Kos Cuma untuk makan sahaja.
·         Kos makan@ lain-lain kos  untuk 9 orang kanak-kanak – RM 500.00

Pendapatan bersih anda, hanya dengan menjaga anak orang di rumah sendiri ialah RM 3,000.00 sebulan.


Sekiranya terdapat banyak permintaan untuk TASKA RUMAH anda, maka anda sudah boleh merancang untuk menubuhkan TASKA INSTITUSI pula iaitu anda sudah boleh mencari premis yang dibenarkan untuk meneruskan operasi TASKA anda.

Nak dapat lebih info mengenai perniagaan TASKA, dapatkan ebook saya ini.

PANDUAN PERNIAGAAN TASKA


Untuk tempahan klik BORANG TEMPAHAN

12 comments:

  1. Assalamualaikum puan... dalam buku tu ada segala details pasal panduan membuka taska rumah ke?

    ReplyDelete
  2. salam Puan,, saya bercadang nak buka rumah transit untuk kanak umur 7-14 tahun,, adekah syarat2 dan keperluan nya sama seperti nak buka tadika/taska?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan..harga kursus Asuhan Permata ni tahun bila ye??maaf bertanya..tahun lpas sy pergi kursus ni dengan harga rm950
    Lagi satu kursus taska rumah lain ke dari kursus Asuhan Permata??

    ReplyDelete
  4. Salam bagaimana dgn kami yg tinggal dirumah sewa. Contoh saya menyewa di rumah Semi D
    RM1500. Rumah yg besar tanggungan bil air dan bil letrik juga tinggi.
    Sementara kursus Asuhan Permata yuran RM950
    Fasilitis asas termasuk kemudahan alat permainan.
    Saya juga menawarkan mengajar kanak-kanak Asas Membaca (BM) dan Asas Komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Cina. Dalam 1 jam ke 1 1/2 jam pengajaran AlQuran.
    Boleh tak saya kenakan yuran berasingan 1 kepala RM100
    Berikut adalah perkiraannya:
    1) kos bahan permainan - RM200
    2) kos pendaftaran taska - RM250
    3) kos dokumen - RM100
    4) kos pendaftaran SSM - RM30
    5) Kursus Permata - RM950
    Jumlah 1530.00
    Tawaran kurikulum - RM100
    Total semua : RM1630
    kalau jumlah kanak-kanak 10 org bermakna
    RM3500 tolak duit makan RM500
    RM3000. Rasanya tak menepati dgn kos yg dikeluarkan.
    Boleh tak saya kenakan yuran RM400 + RM100
    Jumlah yuran RM500 sebulan
    MOHON PENCERAHAN

    ReplyDelete
  5. Bolehkah taska dirumah yg sedia ada, kemudian ambil juga 3 org kanak2 transit
    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  6. hubungi saya untuk mencari pengasuh area ampang mewah 0173699924(nadya)menerima kanak2 2thn ke atas

    ReplyDelete
  7. kursus permata rm400.. kalau ada sudah sijil permata , perlu lagi ka bayar kursus permata rm400 tu?

    ReplyDelete
  8. apa kelebihan sijil taska rumah dan sijil permata?

    ReplyDelete
  9. bagaimana caranya serta langkah2 yg perlu di buat utk melayakkan isteri saya membuka taska di rumah.

    ReplyDelete
  10. Buku tu ade update yg terbaru ke..???

    ReplyDelete
  11. Bagaimana cara utk kita brdftar sebagai pengasuh tska d rmh?

    ReplyDelete
  12. Bagaimana cara untuk saya berdaftar sebagai pengasuh kanak2 dirumah n dlm masa sama sy nk ajar awal pendidikan kanak2 3 tahun.

    ReplyDelete