Friday 3 November 2017

MULA BISNES TASKA TADIKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Adakah anda bercadang memulakan sebuah perniagaan TASKA TADIKA atau anda memang sedang mengendalikan bisnes tersebut?


Seorang sahabat on line telah memberikan idea  tip ini kepada saya. Tip berjaya dalam bisnes anda.

Samada anda baru hendak mula bisnes TASKA  TADIKA atau anda ingin terus maju, elakkan suka memberi alasan.  Apa pun alasan akan menggagalkan usaha anda untuk mencapai matlamat. Buangkan alasan remeh, cari penyelesaian kepada masalah yang timbul, bukan cari alasan.


Berbisneslah sesuatu yang dapat  menyelesaikan masalah orang lain. Fikir-fikirkan, apa lagi yang mampu anda tawarkan kepada pelanggan.
Misalnya bisnes TASKA, anda bantu masalah ibu bapa untuk menjaga anak sementara mereka pergi bekerja.
Bisnes TADIKA , anda bantu ibu bapa yang tidak punya masa untuk memberi sedikit didikan ilmu kepada anak- anak.
Fikirkan, dalam bisnes TASKA TADIKA, apa lagi yang mampu anda tawarkan untuk selesaikan masalah ibu bapa.


Mulakan bisnes secara  kecil-kecilan
Jangan terfikir nak terus buat bisnes se gah mungkin. Hati-hati kerana  menurut kajian, hanya 10℅ bisnes sahaja akan berjaya, manakala lagi 90℅ akan gagal.
Misalnya,  jika belum benar-benar bersedia, mulakan TASKA anda secara kecil-kecilan dulu, buat TASKA di rumah dulu.
Tak perlulah nak sewa premis yang besar dan mahal untuk bisnes Tadika anda yang baru hendak bermula.


Jangan putus asa
Gagal adalah perkara biasa dalam bisnes. Hadapi ia dan jadikan ia guru terbaik buat anda. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Selalulah bersikap positif bukan mengalah dan mengundur diri.


Tambah ilmu.
Jangan malu, jangan berfikir-fikir , usah kedekut untuk labur sedikit duit untuk mendapatkan ilmu.  Anda perlu ada mentor untuk terus membimbing matlamat perniagaan anda. Carilah ilmu sebanyak mungkin untuk lebih memahirkan bisnes anda.
Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat bisnes anda.


Anda hendak memulakan perniagaan TASKA sendiri?
HUBUNGI SAYA.



Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)


Harga kini, RM 30










PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642





Saya Pendidik

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sewaktu  kecil, biasanya cikgu di sekolah akan bertanya, 'Apa cita -  cita awak? Spontan saya akan menjawab,
' Bila sudah besar, saya nak jadi cikgu'
Sewaktu di sekolah menengah,  saya mempunyai 'diari'  di mana dalam diari inilah saya akan lakarkan bakat terpendam kebolehan saya dalam menulis.  Biasanya dalam diari tu, ada ruang untuk biodata diri, maka di ruang cita- cita, saya akan tulis perkataan ' Pensyarah'  Dalam hati, memang  tersemat cita-cita ingin menjadi pensyarah bila dewasa kelak.
Ingat tak pula zaman mengisi autograph kawan-kawan? Pun...saya akan tulis cita-cita saya itu, nak jadi prnsyarah...........nak jadi pensyarah....
Inginnya saya menjadi seorang pendidik sehingga saya pernah menang dalam Pertandingan Syarahan ketika di  sekolah menengah dulu.  Boleh menulis boleh berbicara, lengkap pakej bakat  saya sebagai seorang pendidik,  kurniaan nikmat Allah kepada saya. Cuma, malangnya bakat saya tidak terlalu terserlah sebab tiada siapa nampak, tiada yang memberi dorongan dan sokongan apatah lagi yang ingin memuji.  Di tambah lagi,  peribadi dirii saya yang tidak suka menonjokan diri ,  lalu dirasakan tidak kesampaianlah cita-cita saya itu.
Bila difikir-fikirkan, setelah bertahun-tahun,  rupanya Allah mendengar kata hati ini.
Sahabat dan teman, rupa-rupanya apa yang kita fikirkan, kita sebut dan kita rasa atau yang kita ingin perolehi, ia tanpa disedari merupakan suatu doa tulus dari hati kita kepada Tuhan. Rupanya telah lama saya menitipkan doa untuk bergelar pendidik.
Alhamdullillah, cita-cita yang saya sebut dulu   perlahan-lahan menjadi realiti dalam kehidupan saya kini. Apa yang kita fikirkan, insyAllah itulah diri  kita.
Akhirnya kini, dengan takdir Allah, saya benar-benar telah menceburi dunia melebarkan ilmu dan kemahiran kepada orang lain. Benarlah kini, saya seorang pendidik yang saya sendiri pernah cita-citakan suatu ketika dulu.
Kesimpulannya, hendak mencapai sesuatu kena tetapkan matlamat dari awal  dan selepas itu berusaha dan  bertawakallah.
Saya suka kerjaya saya sebagai insan pemberi ilmu yang berterusan.
Saya Pendidik.


#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

Thursday 2 November 2017

Kanak-kanak trantrum

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Trantrum atau suka mengamuk adalah sifat semulajadi kanak-kanak sekitar umur 1 - 2 tahun. Antara sebab trantrum ialah bila anak.tidak dapat apa yang dikehendaki dan bila dia inginkan perhatian.

Namun apabila anak-anak sudah berumur 4, 5,6, 7, 8 tahun dan seterusnya, patutkah lagi mereka menunjukkan trantrum atau mereka protes bila tidak dapat sesuatu?
Jawapannya, sangat tidak patut.

Jadi, apakah peranan dan tindakan ibu bapa jika anak-anak.masih lagi suka mengamuk?
Layankah saja?
Beri perhatian?
Beri muka?

Salah siapa jika anak suka trantrum walaupun dah besar!
Andakan ibu bapa ! jadi.... didiklah  anak dengar cakap anda bukan anda yang kena ikut setiap permintaan anak.
Bagaimana acuan begitulah bentuknya. Ingat tau!

Kanak-Kanak , belajar membaca atau bermain lebih utama?

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kanak-kanak, belajar membaca atau bermain lebih utama?

Letakkan 2 pilihan ? Mana lebih utama untuk anak-anak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun, ajar hingga pandai membaca atau latih hingga boleh bercakap dengan lancar serta membina keyakinan diri?


Bagaimana seorang anak misalnya seusia 3 atau 4 tahun,  boleh  cepat dapat@pandai membaca dengan lajunya, kekadang tanpa nada titik koma mahupun noktah berhenti.  Adakah mereka tahu@faham apa yang di baca?  Sebagai orang dewasa samada ibu bapa atau pendidik, tentulah teruja melihat anak seusia 3, 4, 5 dn 6 tahun sudah boleh baca buku.  Wah, siapakah yang berjaya mendidik anak tersebut hingga begitu awal boleh mambaca? Diam-diam orang dewasa tersebut merasa diri hebat dan merasa teruja kerana telah menyebabkan anak-anak awal usia boleh membaca.
Bagaimana anak-anak boleh pandai membaca?
Jawapannya , tentulah ia telah diajar@dilatih tanpa henti.  Mana mungkin seorang kanak-kanak begitu cepat boleh baca tanpa diajar.  Jadi, persoalannya, kaedah  atau pendekatan apakah yang orang dewasa terutamanya pendidik awal kanak-kanak telah gunakan sehingga kanak-kanak awal usia boleh membaca buku?  Adakah kaedah atau pendekatan pembelajaran awal bacaan tersebut menepati hak atau emosi seorang kanak-kanak? Apakah tujuan ingin anak seawal 3 atau 4 tahun boleh membaca?  Adakah itu kemahuan kanak-kanak ataupun kehendak orang dewasa?

Cubalah jawab semua persoalan di atas dengan telus dan tulus?  Hakikatnya , bagi membolehkan anak-anak seawal 3 atau 4 tahun boleh membaca,  anak-anak perlu di latih tubi, mereka perlu diminta fokus dan perlu perlu belajar dengan serius serta lebih kerap.  Tak kisahlah melalui apa jua pendekatan, point nya bila dilatih tubi, maka anak-anak ini akan dapat apa yang dipelajari.  Anak-anak adalah ibarat span yang menyerap segala ilmu dengan cepat walaupun ketika proses itu,  emosi  mereka mungkin  terganggu.

Manakan tidak, cuba berikan anak  di bawah 4 tahun, hatta di bawah 7 tahun sekalipun,  berikan anak pilihan,  belajar baca atau bermain?  Manakah yang akan dipilih oleh kanak-kanak?
Jawapannya tentu, satu pilihan orang dewasa sendiri yang inginkan , maka yang pilihan satu lagi  itu tetap dipilih oleh hati  naluri seorang kanak-kanak.
Lalu, orang dewasa, fikirkan bersama dan putuskan sesuatu kehendak dengan menyelami jiwa dan hak seorang kanak-kanak di zaman kanak-kanaknya.


Tahukah orang dewasa, antara sifat semulajadi seorang anak ialah bermain.  Banyak bermain tidak memungkinkan anak awal usia cepat baca buku.  Namun banyak bermain pelbagai permainan semulajadi yang bermakna dalam kehidupan anak, sangat memungkinkah anak-anak belajar tentang ilmu kehidupan secara tidak langsung.  Dengan bermain , kanak-kanak beroleh pengalaman. 

Bermain mewujudkan emosi yang sihat, positif dan ceria dalam diri dan jiwa anak.  Kerana hanya itu yang anak-anak tahu. Mereka tidak seharusnya diberatkan dengan tanggungjawab untuk belajar hingga pandai.  Mereka itu, kanak-kanak di tahap TASKA dan TADIKA, di mana , naluri utama mereka adalah bermain.  Maka jadikan bermain satu modul pembelajaran yang utama di TASKA TADIKA.

Jangan ingat dengan bermain kanak-kanak tidak belajar.  Sangat salah jika berfikiran sedemikian,  Mungkin anak lambat baca tapi kerana banyak bermain , mereka akan banyak bergaul dengan kawan-kawan , kanak-kanak menjadi petah dan lancar berbicara sepetah usianya.  Kanak-kanak jadi seorang individu yang yakin serta berani.  Tiada apa yang mengganggu emosinya kerana yang dia tahu ialah bermain dan terus bermain.  Maka sebagai pendidik awak maupun ibu bapa , fahamilah hakikat ini dan jadikan bermain satu modul utama dalam pembelajaran formal atau tidak formal seorang kanak-kanak samada di TASKA  TADIKA maupun di rumah.