Showing posts with label Catatan pengalaman saya. Show all posts
Showing posts with label Catatan pengalaman saya. Show all posts

Monday, 22 July 2019

Kursus Asas Asuhan bayi dan kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Alhamdullillah,
Baru-baru ini saya mendapat undangan menjadi Jurulatih jemputan untuk program BAKAT Tentera. Ya, mereka telah merancang sekian lamanya untuk mengadakan kursus berkaitan asuhan kanak-kanak kepada warga ahli BAKAT. Rupanya ramai ahli BAKAT tentera ini yang terdiri dari para isteri  tentera ada mengasuh anak di rumah. Pendek kata mereka merupakan pengasuh di rumah, tetapi ramai yang tidak peka kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan jika nak mengasuh anak orang.


Jadi, saya berkesempatan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama mereka.

Apa yang saya kongsikan dalam program ini?

Antaranya ialah tentang potensi pengasuhan dalam industri ini, kaedah dan SOP rutin menggendalikan bayi dan juga berkaitan perancangan aktiviti perkembangan kanak-kanak. Semuanya adalah  ilmu dan kemahiran  yang perlu diaplikasi dalam pengasuhan kanak-kanak.

Insyallah, mereka  boleh jadi pengasuh yang professional selepas ini. Oleh itu, saya turut berkongsi ilmu berkaitan syarat dan pendaftaran TASKA di Rumah.


Kursus Asas Asuhan bayi dan Kanak-Kanak. 
2 siri telah pun berlangsung setakat ini. Rata-ratanya  mendapat sambutan yang menggalakkan. Ya, mereka sangat  teruja untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran asuhan ini.


Usai selesai mengendalikan Kursus asuhan bayi dan kanak-kanak anjuran BAKAT  baru-baru  ini, sesi bual-bual dan minum petang bersama-sama YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan barisan pengerusi jemaah tertinggi BAKAT. 
Semerbak mewangi seisi ruang dewan ini dengan haruman bunga rampai kesukaan Tengku Puteri.


Yang terujanya,  selain saya  diminta duduk dengan group VVIP ini, saya  juga teruja tengok betapa tingginya minat dan pengharapan VVIP ini dalam memajukan industri pengasuhan terutamanya di kalangan ahli BAKAT sendiri. Terbaiklah Tengku Puteri, Puan Sri dan Datin-Datin semua.
Saya  mengukir senyuman berbunga jer lah.


Alhamdullillah...
InsyAllah,  kita tunggu next kursus kendalian saya. 

Jom , kita terus belajar,

Kemahiran Pengasuhan dan Pendidikan awal kanak-kanak, sangat penting tau!

Ada yang nak menjemput saya?

NORAZURA
0167235080






Sunday, 21 July 2019

Kecederaan di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Saya tidak menguruskan TASKA TADIKA lagi tapi sebagai seorang yang suka berkongsi dan aktif menyelami industri ini, saya selalu juga terima keluhan dan aduan dari ibu bapa.

Ada yang whattapp, ada yang hantar emel pada saya. Baru-baru ini , ada ibu bapa kepada
 seorang bayi umur 10 bulan, dia tunjuk gambar baby dia penuh dengan bengkak-bengkak kecil di badan. Macam kena gigit sesuatu. Katanya selalu begitu.

What to say.., baby 10 bulan tu.

Katanya, selalu juga bayinya ada kesan-kesan bengkak di badan. Bila tanya pihak TASKA, jawapannya tidak perasan. Mungkin betul kena cubit dan kena gigit dengan kanak-kanak lain. Tentu yang gigit tu adalah anak umur setahun ke atas.

Saya lupa nak tanya, baby di TASKA anaknya itu, tidak diasingkan bilik bayi dengan ruang aktiviti kanak-kanak lain ker? Macamana boleh bayi dijaga bersama kanak-kanak lain?
Susah saya nak komen lebih sebab tak berapa jelas gambaran sebenarnya. Parents tu nak bawa anaknya jumpa doktor dulu. Saya nasihatkannya kalau rasa perlu, boleh buat aduan terus ke JKM atas sebab kecuaian penjagaan di TASKA.


Kes gigit dan cubit ni memang biasa berlaku di TASKA apatah lagi dalam usia tertentu terutama diperingkat umur 1, 2, mungkin hingga 3 tahun, anak-anak memang suka mencubit dan menggigit.
Pengasuh kenalah peka. Ni bila ditanya, asyik angkat bahu tanda tidak tahu. Berbincang selalu dengan ibu bapa. Sebolehnya pengasuh berjaga sepenuhnya agar tiada kejadian seperti itu. Tapi saya tahu, bab menggigit ni,  kekadang spontan jer berlaku.

Tengok tengok anak dah nangis kena gigit. Nampaknya parents yang buat aduan pada saya tu sangat kesal sebab dah banyak kali berlaku perkara ini.
Ada yang nak bagi pandangan?


Norazura

Wednesday, 17 April 2019

Bersama Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia




Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image may contain: Nor Azura, text

Kata - kata yang diungkapkan oleh seorang insan ini membuatkan saya merasa teruja..
Pinjam jap ungkapannya ini..
Katanya;


*****
Andai kita sudah bersayap, mengapa perlu kita merayap.
Andai kita mampu terbang tinggi, mengapa perlu kita bertenggek.
Andai kita boleh memberi, mengapa kita perlu tunggu lagi.
***

Hebat sungguh kiasan kata-katanya.
Ia sinonim umpama pesan manusia terhebat di dunia, Nabi Muhammad saw:

"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"

Jadi.. Andai kita tahu, andai kita ada ilmu, ada kemahiran, andai ada yang baik-baik.. Jom kita kongsi-kongsikan bersama. Andai kita ada usaha, andai potensi kita kian tersalah, teruskan melangkah ke depan . Opps, Jangan sesekali mengundur lagi!!
Mudahan kita menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan yang lain pula.





Suatu masa yang diizinkan Allah, saya sempat berkongsi-kongsi ilmu dan kemahiran 
Bengkel - 'Pengasuh Sihat, Asuhan Positif' bersama  ahli  Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia (KRPM) yang sangat sporting dan awasome. HEBAT.!!

Andai kita boleh memberi, jangan kita tunggu lagi...., itulah saya.




Antaranya saya ingin sekali menghargai para pengasuh pembimbing awal kanak-kanak ini.

Saya yakin,  pendidik awal kanak-kanak merupakan  insan yang mempunyai kepelbagaian seni kemahiran dalam mengendalikan kanak-kanak. Tentunya sebagai pengasuh dan pendidik awal, mereka ibarat;


Sang ibu prihatin penganti ibu bapa sebenar.. 
Penglipur lara cerita sicilik...
Penyanyi walaupun merapu...
Penari penghibur sang kanak-kanak..
Pereka bahan mainan..
Penulis lirik secara spontan..
Komunikator hebat tika berbicara..
Pengawal kerenah sikecil yang pelbagai ragam..
Kaunselor hebat penenang jiwa kanak-kanak..
Guru dan pembimbing..
Chef penyedia menu si kecil..
Ahli sains meneroka bersama kanak-kanak..
Wahhh.. Multiple intelligent betul tu!! ðŸ¤©
Masya-Allah..
Hanya dengan kesabaran dan ketekunan serta minat kesungguhan yang tinggi, mereka mampu berdaya saing menjadi pembimbing awal kanak-kanak yang sentiasa dirahmati Allah.

Image may contain: Siti Asa and Nor Azura, people smiling, people standing and indoor

Sekitar slot saya bersama KRPM, 
Dikala itu, langkah saya ke hulu ke hilir, kiri kanan dan tanpa disedari entah seolah berapa kilometer  saya telah bergerak dalam linkungan terhad itu. Namun,  tika itu, jiwa seolah sedang berkobar berbicara, walau sesekali dalam hati tercetus juga sedikit debaran.

Ada kalanya minda yang ingin berbicara spontan, terus terkaku hilang seketika, lalu tetiba teringat pesan sifu komunikator saya, tolong jangan panik, saya bukan keseorangan di situ. Begitulah selalu reaksi yang saya lalui. Sambil menarik nafas dalam-dalam, himpunkan keyakinan baru. Saya akui  saya masih juga dalam proses belajar.

Tatkala kaki dan tangan saya telah mula digamit kelenguhan usai selesai sahaja setiap slot saya, ia seolah juga merungkai sebuah kepuasan dalam berbicara. Lega dapat berkongsi segalanya. Itulah matlamat bicara saya dalam setiap slot.  Walau terasa  letih jua segala fizikal dan minda,  namun hati saya pula kian kuat ingin melebarkan sayap.

Selagimana ada kudrat, insan boleh berusaha...
Apa...?
Ingat semudah itu menjadi insan yang berkongsi ilmu melantun bicara di depan ramainya orang.
Saya yang tidak terkecuali. Setiap langkah menujunya saya tempuhi jua.


Imbas kembali..peluang yang satu ini...
Tatkala orang kuat Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia(KPRM) seolah jatuh hati lalu melamar saya untuk slot program mereka, tika itu hati saya teruja bercampur baur dalam debaran. Bukankah debaran itu sesuatu yang normal bagi seorang pelantun bicara, itu kata sifu saya. Tetiba kala itu, saya juga persis seorang pengkaji. Beberapa buku dan laman web saya terjah menelaah isi kandungannya. Bimbang kut ada ilmu yang mula pudar dari fikiran yang kian sibuk akhir-akhir ini. Mulalah saya sibuk pula menatap video-video sifu melantunkan bicara penuh hemah lagi profesional.

Alhamdullillah, dengan izin Allah,  medan program KRPM yang hebat itu antara pentas latihan saya.
Pengasas KRPM Puan Siti Azha Say dan timbalannya Puan Siti Asa, kedua-dua sang Siti yang berfikiran luas. Saya salute dengan kelab ini. Usai mendekati kedua-duanya, terserlah selalu sikap positif dan kesungguhan mereka. Sekalung penghargaan atas peluang dan kepercayaan puan-puan berdua kepada saya.
InsyAllah.. saya teringat juga kata-kata ini..
'What you give you get back'
InsyAllah, maka medan bicara saya bakal  diteruskan lagi.
Image may contain: 5 people

Ada yang ingin menjemput saya berbicara dan berkongsi ilmu?
Sila emel kepada saya.


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 12 tema.


HARGA RPA BERTEMA ( 50 RPA DENGAN 12 TEMA) - RM28




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA



** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

Friday, 1 February 2019

Saya dan Pendidikan awal kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kata-kata yang terpancar dari mulut dan dilontarkan buat perkongsiaan bersama itu suatu rezeki..
Tidak semua orang mampu melantun bicara di hadapan audience yang pelbagai....
Inilah sebahagian dari diri saya.. sesungguhnya bukan lahir sendiri dari diri ini tetapi semuanya adalah anugerah dari ALLAH.
Berbicara berkongsi idea menyusuri pengalaman sebenar sesuatu yang sangat istimewa untuk dipersembahkan.

Saya  seorang jurulatih, pengajar dan fasilitator dan saya sedia hadapi apa jua cabaran mengharungi minat dan kerjaya ini walau dimana sahaja saya dicampakkan.
Inilah rentetan kisah seorang jurulatih@pengajar  pendidikan awal kanak-kanak.




Saya dan Pendidikan awal kanak-kanak, dari dulu hingga sekarang.


Catatan,
#Norazura


Anda boleh hubungi saya:

Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Wednesday, 13 June 2018

Dia suami saya.

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Hari ini .... 04 Jun 2018.
24 tahun sudah berlalu...
Saya menulis kerana menulis merupakan  suatu terapi minda tatkala saya suka, saya rasa duka maupun tika saya rasa  ingin kongsi perasaan saya. Sungguh ia suatu kepuasan suatu terapi yang penting, tulis yang baik-baik sahaja.


Jadi, yang membaca tulisan   saya kali ini kenalah fikir  positif yer ...
Sebabnya.... kali ini, saya nak tulis tentang saya dan dia.

Siapa dia? 
Dia suami saya.
Dia kawan baik saya dunia dan akhirat, siapa lagi lah kan..... jika bukan lelaki yang telah berikrar atas nama Allah untuk menjaga saya sebaiknya. Saya kan amanah dari Allah.
Janji Allah kan....yang memelihara amanah ini dengan baiknya, insyAllah tunggulah juga balasan baik  dari Allah.


Dia.....
Dia suami saya.
Saya selalu melihat  dia  dari satu sudut betapa besarnya peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul  oleh  dia  sebagai  seorang suami. Yelah...bukan mudah membentuk seorang manusia bergelar isteri apatah lagi membimbing zuriat-zuriat yang juga diamanahkan ini.
Bukankah juga  telah diingatkan oleh Allah kepada  para suami ;

'Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari azab api neraka'


Besarkan tanggungjawab itu.
Justeru itu, .redhakan diri ini  untuk berganding bahu,  saling ingat mengingati sesama kita  dalam melayari  bahtera ini. Susah dan senang tetap bersama.
Kita suami maupun isteri...saya maupun dia... Kita pun bukanlah insan  yang begitu sempurna buat pasangan kita. Ada kala kita silap jua.
Segala kekurangan kelebihan ..kita terima seadanya.
Hah...inilah tip untuk menanamkan rasa..seperti baru semalam saya dan dia  diijapkabulkan....he..he.


Dia suami saya.
24 tahun sudah...
Yang penting...dia ibarat nakhoda dalam bahtera pelayaran ini.
Dialah yang mengemudi bahtera ini...
Dialah juga yang telah menyusun strategi dan perancangan bagi memastikan pelayaran ini menyusur lalu dengan baik dan selamat .hingga tiba ke destinasinya.
Tak pernah ada masalah atau rintangan??
Ehhh...siapa kata tiada...!!
Macam- macamlah..
24 tahun lah kann...
Lama tu...
Datanglah ribut atau ombak yang mengganas...nescaya dia  tetap teguh setia serta cekal mengemudinya.

Dia suami saya.
24 tahun bersama dia...
Pelayaran ini masih panjang lagi...selagi diizinkan Allah.
Untuk dia..
Terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah merahmati kita.


#Norazura
Trainer & Fasilitator Kemahiran.
Pendidikan & Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Wednesday, 7 February 2018

Isteri dan ipar

Ketika saya sedang luangkan masa membaca buku tulisan Ustaz Zul Ramli ini, saya teringat secebis bingkasan kehidupan pahit yang diceritakan kepada saya oleh seseorang yang  bergelar kakak ipar.
Kisahnya beberapa tahun lewat yang lalu;
Katanya, dia pernah difitnah dan dipulaukan seketika oleh adik beradik suaminya sendiri.
Suatu tuduhan tidak berasas dilemparkan oleh salah seorang adik iparnya kepada dia seorang isteri  yang ketika itu bersusun anak-anaknya  yang masih kecil.
Katanya, entah bila agaknya si adik ipar itu tinggal  serumah dengan dia sehingga dia sanggup mengatakan bahawa si isteri  hanya kelihatan baik bila di depan suami sahaja tetapi bila di belakang suami  dia lah isteri yang telah berbuat perkara jahat. ( Tidak dinyatakan apa)

Tomahan dan tuduhan fitnah tersebut seolah ingin mengharapkan si  suami untuk melepaskan si isteri. Untuk apa, kerana apa , si isteri juga tidak pasti.  Entah apalah mungkin silap si isteri sebagai kakak ipar, justeru itu dia meminta ipar-ipar yang lain juga memulaukannya. Memang pedih rasanya ketika itu tidak seseronok perasaan orang yang melemparkan tuduhan. Alhamdullillah si suami sentiasa berfikiran waras dalam membuat pertimbangan.
Kisah itu telah lama berlalu. Si isteri tidak lagi di pulaukan oleh ipar-ipar lain  namun si penuduh tidak pernah pula menuturkan kemaafan.
Ternyata, jauh di sudut hati si isteri tadi, sukarnya melupakan segalanya begitu sahaja. Masih ada rupanya cebisan rasa marah dan sakit hati bila terkenangkan peristiwa itu.
Kata Ustaz Zul Ramli dalam coretan buku  R&R kehidupan di lebuhraya, menyatakan bahawa kita sebagai manusia mempunyai pilihan.
Jika kita memilih untuk tidak memaafkan, maka boleh sahaja kita menadah tangan memohon doa agar Allah membalas semula kejahatan fitnah tersebut sambil hati kita juga berterusan merasa kesan sakitnya.
Namun jika kira memilih meredhakannya sahaja sambil nembuang segala rasa sakit dalam hati, itulah pilihan yang lebih baik. InsyAllah hati akan lebih merasa tenang.
Pengajarannya, jauhilah fitnah menfitnah kerana ia dapat meleraikan hati dan memporak perandakan sebuah institusi kekeluargaan.
Kita semua adalah pendosa.
Hanya kepada Allah segalanya.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger






Kuching, mengamit kenangan

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kuching , mengamit kenangan
Saya di sini.
Walau telah berkali ke daerah ini,  tempat ini banyak mengamit kenangan dan memori zaman kecil saya bersama ayah, arwah mak dan adik beradik saya. Lama saya menetap di sini dulu, di persekitaran yang jauh dari saudara mara.
Dulu tidak seperti hari ini. Kalau nak guna telefon, dail ke semenanjung  pun, kosnya agak tinggi juga.
Kalau nak balik ke semenanjung pun kena berkira-kiralah agaknya sebab dulu tiada penerbangan murah seperti sekarang.
Kuching mengamit kenangan
Teringat sekolah rendah saya dulu, di sini ramai anak orang dari semenanjung.
Teringat sekolah menengah saya dulu. bersekolah dengan kawan-kawan berbilang etnik dan budaya.
Teringat zaman kecil saya di sini, masih merasa suasana dunia kemeriahan bermain seorang kanak-kanak walaupun keluarga saya menetap di kawasan perumahan.
Teringat kisah kelurga saya dan beberapa keluarga kenalan ayah, serombongan pergi ke Pantai Santubong dan Bako hanya menaiki ..entah..bot ker atau sampan besar mengharungi Sg Rejang itu. ( Dulu tiada jalan darat ke situ)
Pabila melihat bandar ini, paling tersentuh , sangat teringat dengan kenangan dibesarkan di sini oleh arwah mak.
Teringat berderet-deret (adik beradik saya 5 orang) jalan-jalan di bandar Kuching dengan mak ayah.
Saya pesan pada hati, rupanya,  tatkala seseorang itu telah tiada dalam hidup kita, tika itilah dia jadi insan yang paling mengamit memori kita.
Benar, daerah kuching mengamit kenangan saya.
Apapun, saya ke sini sekadar kerana tugas.
Yang di rumahku syurgaku itulah, harta paling bernilai kini.
Ampuni kami dan sejahterakan kami semua wahai Allah.
Doa buatmu yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi.
@Norazura



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
- Pelaksanaan RPA TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
#Blogger




Friday, 3 November 2017

Saya Pendidik

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Sewaktu  kecil, biasanya cikgu di sekolah akan bertanya, 'Apa cita -  cita awak? Spontan saya akan menjawab,
' Bila sudah besar, saya nak jadi cikgu'
Sewaktu di sekolah menengah,  saya mempunyai 'diari'  di mana dalam diari inilah saya akan lakarkan bakat terpendam kebolehan saya dalam menulis.  Biasanya dalam diari tu, ada ruang untuk biodata diri, maka di ruang cita- cita, saya akan tulis perkataan ' Pensyarah'  Dalam hati, memang  tersemat cita-cita ingin menjadi pensyarah bila dewasa kelak.
Ingat tak pula zaman mengisi autograph kawan-kawan? Pun...saya akan tulis cita-cita saya itu, nak jadi prnsyarah...........nak jadi pensyarah....
Inginnya saya menjadi seorang pendidik sehingga saya pernah menang dalam Pertandingan Syarahan ketika di  sekolah menengah dulu.  Boleh menulis boleh berbicara, lengkap pakej bakat  saya sebagai seorang pendidik,  kurniaan nikmat Allah kepada saya. Cuma, malangnya bakat saya tidak terlalu terserlah sebab tiada siapa nampak, tiada yang memberi dorongan dan sokongan apatah lagi yang ingin memuji.  Di tambah lagi,  peribadi dirii saya yang tidak suka menonjokan diri ,  lalu dirasakan tidak kesampaianlah cita-cita saya itu.
Bila difikir-fikirkan, setelah bertahun-tahun,  rupanya Allah mendengar kata hati ini.
Sahabat dan teman, rupa-rupanya apa yang kita fikirkan, kita sebut dan kita rasa atau yang kita ingin perolehi, ia tanpa disedari merupakan suatu doa tulus dari hati kita kepada Tuhan. Rupanya telah lama saya menitipkan doa untuk bergelar pendidik.
Alhamdullillah, cita-cita yang saya sebut dulu   perlahan-lahan menjadi realiti dalam kehidupan saya kini. Apa yang kita fikirkan, insyAllah itulah diri  kita.
Akhirnya kini, dengan takdir Allah, saya benar-benar telah menceburi dunia melebarkan ilmu dan kemahiran kepada orang lain. Benarlah kini, saya seorang pendidik yang saya sendiri pernah cita-citakan suatu ketika dulu.
Kesimpulannya, hendak mencapai sesuatu kena tetapkan matlamat dari awal  dan selepas itu berusaha dan  bertawakallah.
Saya suka kerjaya saya sebagai insan pemberi ilmu yang berterusan.
Saya Pendidik.


#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

Sunday, 7 May 2017

Bisnes dan Syariat



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Baru-bari ini saya ke Had-yai dan saya telah berjalan-jalan di sebuah 'Shopping Mall - Central Festival Mall'  yang besar dan moden terletak  di tengah-tengah bandar Had-yai.Tiada apa yang begitu menarik  di 'Mall' tersebut kerana ianya sama sahaja persis seperti 'dan moden ' besar di Malaysia.

Saya ke sana kerana mencari tempat untuk makan tengahari yang halal  sementara menunggu waktu untuk ke sempadan balik ke Padang Besar. ( Saya sedang bercuti bersama keluarga ketika itu)

Mencari tempat makan yang halal pun bukanlah perkara yang sukar di Hadyai kerana ramai orang Islam yang berniaga makanan termasuklah di Mall tersebut. Kelihatan di food court yang disediakan memisahkan ruang antara makanan halal dan makanan tidak halal. Terpampang perkataan 'Muslim Food' di kaunter makanan halal di mana kebanyakan pekerjanya juga menutup aurat.


Alhadullillah,  kenyang makan di situ. Tempatnya bersih dan makanan yang disediakan memang class dan sedap walaupun sekadar makan di Fourt Court. Tiada lah pula kelihatan warga asing seperti Nepal, Mynmar dan sebagainya yang  menjadi perkerja di Food court tersebut. Memang berbeza dengan  di Malaysia.

Pernah suatu ketika dulu saya ingin makan di Food Court di  EON Jusco tapi membatalkan niat tersebut apabila saya confuse dengan warga yang menyediakan makanan tersebut apatah lagi untuk rasa yakin dengan agama mereka. Islam kah? Adalah caa penyediaan makaann yang dikatakan halal mengikut syariat Islam?

Berbalik cerita tadi, selesai makan, saya berjalan-jalan seketika di bebara paras di Mall yang besar itu.  Sedang berjalan, tiba-tiba kaki saya terhenti di salah sebuah kedai salon rambut yang kelihatan moden. Kelihatan juga  di dalam salon tersebut, seorang pekerja muslimah bertudung litup, memakai pakaian longgar dan memang menutup aurat dengan sempurna sedang bersama-sama rakan sekerjanya, non - muslim memakai skrit) memberikan perkhidmatan dandanan rambut kepada pelanggan salon. Asyik sekali si muslimah pekerja salon mendandn rambut pelanggan yang saya rasa juga seorang non-muslim.




Saya memang sangat teruja melihat ada seorang muslimah yang aurat dengan sempurna sedang bekerja di sebuah salon rambut yang moden dan canggih. Sedang saya terintai-intai dan sempat pula mengambil gambar di situ, seorang anak muda menerpa saya dan suami saya. Oh dia adalah pengusaha salon tersebut.
Saya juga sempat berbual-bual  dengan tuan punya salon, seorang anak muda Thailand beragama Islam dan memang fasih berbahasa Melayu, juga sempatlah meminta kebenaran dia bergambar bersama suami saya.



Sungguh saya terkesima, bergegas ingin mengambil gambar bukti.
Mengapa?

Kerana;
1. Orang Islam boleh menjalankan satu bisnes di sebuah Shopping mall yang besar dan moden.
2. Salah seorang pekerja salon yang ditemui menjaga dan menutup aurat sepenuhnya ketika bekerja. Tidak perlu pun memakai pakaian glamour dan berhias berlebih-lebihan.


Apabila saya kongsikan pengalaman penemuan ini dengan kawan-kawan, ada seorang rakan alam maya saya beragama kristian memberi komen;

Katanya, di Kota Kinabalu ( dia tinggal di situ) fenomena memakai tudang adalah biasa sebagai pekerja islam di salon. Persoalannya adakah mereka menutup aurat dengan pengertian yang sebenar dan menepati kehendak syariat.


Kalau di Malaysia, di salon-salon moden selalunya saya lihat pekerjanya;

Tutup rambut tapi menampakkan bahagian dada,
Tutup rambut tetapi seluarnya ketat.
Tutup rambut tapi menonjolkan semua bahagaian anggota badan.

Jadi, saya beritahu kepada kawan saya yang beragama kristian itu, bahawa dalam Islam menutup aurat bukan sekadar tutup rambut sahaja bahkan lebih dari itu. Barulah dia faham kenapa saya teruja.

Kesimpulanya, orang Islam juga boleh berjaya tanpa meninggalkan syariat Islam.
Orang Islam juga boleh berbisnes tanpa membuka auratnya.



Tahniah, wahai anak muda (lupa nak tanya nama dia)

Saya belajar sesuatu pengalaman kehidupan hari ini di Hatyai Thailand.


Nor Azura Ismail

Friday, 14 April 2017

Bisnes TADIKA, suka dan duka

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Catatan cerita 2.
Pelbagai ragam, perencah pengalaman.

Dunia pendidikan awal kanak-kanak, bermulalah episod suka dan duka.
8 tahun meniti sebuah perjalanan dalam perniagaan TADIKA ini,  saya gagahi jua hingga ke hujungnya.  8 tahun perasaan ini bercampur baur, antara suka, gembira, duka dan nestapa tetap saya harungi jua.

Mengapa hanya 8 tahun sahaja? Mungkin itulah tempoh pembelajaran kehidupan yang telah ditetapkan untuk saya.
Siapalah yang tahu dan yang memahami selama 8 tahun saya berada di persada industri TADIKA ini. Tidaklah pernah sesekali saya mensiakan hasrat dan harapan setiap ibu bapa yang menghantar anak ke TADIKA saya. Sebolehnya saya pastikan semua anak- anak menjadi pandai lalu tercapailah hasrat si ibu si bapa.
Ketika itu minda saya juga berkata, pendidikan awal  ialah mendidik anak-anak awal usia menjadi cepat pandai. Saya sama juga seperti ibu bapa yang lain, teruja untuk melihat anak-anak TADIKA cepat pandai baca, tulis dan kira.

Hakikatnya saya juga kurang faham definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya lalu saya gagal juga fahamkan ibu bapa yang tidak sabar-sabar melihat anak cepat pandai. Lalu, jadilah matlamat TADIKA saya sama seperti TADIKA lain, bersaing menunjukkan TADIKA mana yang cepat menjadikan anak pandai.
Sememangnya bila anak pandai, sebakul pujianlah yang akan diterima. Jika sebaliknya, kelulah lidah untuk menjawab;
'kenapa ya cikgu, dah 4 bulan di TADIKA, anak saya masih tak pandai baca, cikgu ajar apa ya?'
Tertekan betul dengan jangkaan ibu bapa terhadap prestasi anak-anak awal usia ini.

Saya juga tidak lari dari masalah dan cabaran semasa sebagai seorang usahawan TADIKA. 
Saya dan keluarga hampir selalu menjadi perhatian masyarakat sekitar TADIKA. Rimasnya bila mereka sibuk nak tahu mengapa saya perlu memiliki anak yang ramai , sibuk lihat saya tinggal di mana, saya bawa kereta jenama apa, di mana anak saya bermain, apa pekerjaan suami saya dan macam-macam lagi. Macam pelik tetapi itulah hakikatnya.
Saya tidak boleh lari dari melayan pelbagai kerenah ibu bapa yang ada sahaja komen negatif yang tidak mampu saya tangkis berbekalkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang agak cetek dalam diri saya ketika itu.

Bergelumang pula dengan masalah pekerja; ada yang lari membuka TADIKA sendiri sambil membawa lari bersama pekerja lain dan anak-anak TADIKA.  Pekerja ini ibarat madu dan racun; menjadi madu kerana mereka tulang belakang TADIKA. Boleh juga menjadi racun yang menghancurkan majikannya.

Sungguh banyak emosi saya yang terganggu oleh kerana terlalu sangat ingin menuruti kehendak pekerja dan pandangan ibu bapa. Teringat kata seorang pakar motivasi, jika hendak jadi orang berjaya abaikan kata-kata dan pandangan negatif orang lain. Pandang dan lihat dalam diri sendiri dan belajar hargai kebolehan serta kelebihan diri kita sendiri.

Ketika ini saya suka membuat kesimpulan, untuk mengharungi cabaran bisnes dalam TADIKA atau TASKA,  yang mana produk kita adalah hasil kanak-kanak dan pelanggan kita adalah ibu bapa yang pelbagai ragam, kita sebagai pengusaha perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang mendalam berkaitan pendidikan awal kank-kanak. Kita sama sekali tidak boleh ambil mudah sesuatu perkara berkaitan.

Kesimpulannya juga, saya belajar menjadi orang bisnes kini hasil dari ketandusan ilmu dan kegagalan masa lalu. Kata bijak pandai, kegagalan adalah guru terbaik buat kita.

Apa pun, cukuplah pengalaman lalu mengendalikan TADIKA  menjadi modul pengalaman kehidupan yang bermakna buat saya.  Saya tidak mungkin akan mengusahakan TADIKA lagi, bukan kerana serik tetapi kerana saya ingin gali dan sedang menyusur ebih jauh lagi ke dalam industri ini.

Kita perlu belajar dan terus belajar untuk berjaya. Jadilah insan berilmu dan berkemahiran dalam industri yang sedang kta ceburi ini.

Pendidikan dan penjagaan awal kanak,-kanak, suatu kerjaya yang mulia. Mari kita teruskan.


#Catatanbukupengalaman
#Norazurachildcarepractitioner


SIAPA SAYA

Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642