Monday 20 August 2018

Antara hak kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Belajar sambil bermain hak kanak-kanak.
Kisah apa pula yang ingin saya kongsikan hari ini?  Tentunya berkait dengan fakta tajuk ini iaitu    'belajar sambil bermain hak kanak-kanak.

Baru-baru ini ada seorang pensyarah lelaki baru bekerja sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak di kolej tempat saya mengajar.  
Orang lelaki memang kumpulan minoriti dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Justeru itu, orang lelaki yang menceburi bidang ini, memang terdiri dari mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang pendidikaan awal kanak-kanak ini.

Sudah seminggu pensyarah itu  di kolej, baru hari ini saya  dapat berpeluang berbual-bual dengan anak muda yang baru berusia 26 tahun itu. Dia masih agak baru dalam bidang ini tetapi sebelum ini pernah mengajar di sebuah pusat perkembangan  kanak-kanak@TADIKA  swasta yang mengendalikan program franchise.
Panjanglah saya berbual, berbincang dan sempat juga berkongsi pengalaman dengan anak muda ini. Kelihatannya, dia pun sangat teruja selama berkecimpung dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Orangnya kecil molek dan memang berperwatakan seperti suka dikelilingi oleh kanak-kanak.

Hakikatnya, bukan semua orang suka dengan hingar bingar kanak-kanak tau.  Baru semalam saya bertanya pada seseorang, apa perasaan dia jika diberi peluang berada seketika di TASKA. Spontan dia mengelengkan kepala, seraya berkata
" jaga anak seorang pun pening, lagi lah tengok anak-anak berkejaran dan tak boleh duduk diam di TASKA tu"  saya pun tersenyum mendengar kata-katanya itu.

Lalu saya teringat suatu ketika dulu,  pejabat saya betul-betul di dalam TASKA.  Ada orang tanya, ' macamana puan boleh buat kerja-kerja dokumen dalam keadaan hingar bingar kanak-kanak bermain dan suara bayi menangis?', pun saya senyum  juga. 
Jawab saya, sudah terbiasa dengan suasana itu, sebenarnya, kekadang stress juga, tapi buat tak dengar saja lah.

Hah, berbalik kisah pensyarah lelaki muda tadi,  saya cuba korek pengalaman kerjanya ketika di TADIKA swasta dulu.   Saya tanya, apa pandangan  dia tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di TADIKA.
Saya ingat tentu dia akan cerita pada saya bagaimana cikgu-cikgu TADIKA mengendalikan pelbagai aktiviti menarik dengan kanak-kanak disamping memastikan kanak-kanak belajar mengikut modul yang ditetapkan.
Akan tetapi, sebaliknya dia berkata apa yang dia rasa .   Katanya agak stress dengan cara cikgu-cikgu di TADIKA franchise mengajar anak-anak.  Selalu marah-marah, selalu jerit-jerit suruh anak-anak buat itu buat ini.  

Kesimpulannnya, anak-anak TADIKA yang kebanyakannya berumur seawal 3 tahun itu mesti siapkan worksheet yang di beri, hantar homework dan fokus ketika dalam kelas.
Pensyarah muda itu kata, dia tidak faham mengapa cikgu-cikgu TADIKA menafikan hak seorang yang bergelar kanak-kanak untuk bermain dan merasa seronok ketika berada di TADIKA.  Saya termenung berfikir sebentar, lalu bagaimana dengan trademark ayat  'belajar sambil bermain hak kanak-kanak' ?  Adakah ia sekadar ayat yang hanya disebut tetapi tidak diaplikasikan sepenuhnya?
Kelihatanlah dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, walaupun ada tema 'play school'   &  'learn through play'  tapi hakikatnya tidak di aplikasikan sebaiknya, sebaliknya kanak-kanak TADIKA belajar persis seperti di sekolah rendah.
Jadi, bagaimana ya?


Adakah anda juga pendidik di TADIKA?
Tolong fahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar ya, itu saja yang ingin saya ingatkan.
Mungkin ibu bapa pun tidak faham, maka peranan kitalah insan yang dikatakan  berpengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, kitalah yang seharusnya memaklumkan atau educate ibu bapa.

Anak-anak umpama dedaun yang berguguran  di tiup angin dari sebatang pokok yang besar.  Bila ditiup angin, dedaun akan berterbangan ke sana ke mari. Ada berterbangan tinggi, ada yang berterbangan rendah, ada ke hulu, kehilir, namun matlamatnya tetap sama, iaitu semua daun akan turun mendarat ke tanah. Yang bezanya, cepat atau lambat mencecah ke tanah.
Begitu jugalah diibaratkan kanak-kanak, mereka semua sama seperti daun, mempunyai bentuk , corak dan warna yang sama.  Mereka adalah kanak-kanak normal yang mampu mencapai pelbagai tahap perkembangan cuma potensi pencapaiannya berbeza antara satu sama lain.  Hakikatnya setiap kanak-kanak mempunyai potensi unik yang berbeza antara satu sama lain. Namun, objektifnya tetap  sama, suatu hari nanti mereka akan mencapai tahap maksima pada potensi dalam diri mereka jika diberi galakan dan sokongan berterusan secara semulajadi dalam persekitaran kondusif yang menyeronokkan dan menepati fakta ' belajar sambil bermain hak kanak-kanak'.
Jadilah pendidik kanak-kanak yang berwibawa.


Catatan pandangan saya
#Norazurachildcarepractitioner

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Saturday 11 August 2018

Rezeki kita rezeki orang

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Catatan Murah Rezeki...

Rezeki kita rezeki orang..
Kita selalu berdoa agar Allah murahkan rezeki kita kan...
Hakikatnya, Rezeki boleh datang dalam kehidupan kita melalui pelbagai cara namun rezeki juga perlukan pelaburan dari kita.

Antaranya melalui meringankan hati untuk memberi. Ia adalah magnet yang insyAllah mampu menarik rezeki tanpa kita sedari ke dalam kancah kehidupan kita. Yang penting kena yakin, kena selalu bersyukur...
Memberi tidak semestinya hanya melalui duit sama seperti rezeki....tidak semestinya ia datang dalam bentuk duit juga.

Rezeki kita rezeki orang lain juga.
Memberi senyuman kepada orang lain...
Memudahkan insan lain..
Berkongsi memberi idea, bimbingan  dan maklumat....Membantu insan lain.
Itu rezeki orang lain melalui kita
Inilah kiasan memberi...asalkan ia penuh dengan keikhlasan.

Memberi dan menerima tanpa kita sangka. Sungguh ajaibnya kuasa memberi. Tetiba ada saja  orang  yang bantu memudahkan urusan kita. Tetiba ada saja  orang yang belanja kita makan. Tetiba ada saja  orang yang penuh mesra melayan kita sebagai tetamu...bertutur dengan baik dengan kita..
Tetiba saja, mudahnya cadangan kita diterima oleh orang lain. Hahah..tetiba juga duit masuk dalam akaun. 

Saya percaya itu semua ...saling memberi lalu menerima.
Rezeki kita rezeki orang lain jua..
Anda?

Ini cerita saya..
Minggu ini minggu penuh kesibukan buat saya. Kut boleh saya request tambahan jam dalam sehari...rasanya tidak cukup 24 jam untuk saya menyusuri pelbagai urusan dalam rentetan tanggungjawab saya ini. Samada sebagai insan maupun sebagai hamba Allah.


Ada orang kata saya ibarat super woman. Manakan tidak... seawal pagi berkereta bersendirian, berkejaran  dari rembau ke nilai, kemudian  rembau ke puchong sambil itu sempat juga membelah kesibukan bandaraya kuala lumpur . Tujuannya tiada lain, hanya  ia satu tanggungjawab tugasan , ia juga umpama untuk memberi memudahkan urusan orang lain.Terasa sungguh kepenatan menyelinap di hujung  diari harian kehidupan saya.

Alhamdullillah...dalam kalut beberapa hari ini ke hulu ke hilir demi tugas, saya rasa ramai pula insan lain yang memudahkan urusan saya.
Terima kasih semua.
Terima kasih insan-insan yang baik hati.

ALLAH JUA YANG MAHA MEMBERI SEGALANYA.

Syukur....semuanya juga  cetusan rasa dan ilham yang Allah gerakkan dalam hati saya dan hati- hati insan lain. Sepertimana saya dengar seorang ilmuan telah berkata, bahawa;

Manusia yang paling beruntung ialah yang panjang umurnya dalam keadaan berbuat baik dan sentisa memberi manfaat kepada orang lain. Sebaliknya mereka yang rugi ialah yang panjang umurnya tetapi selalu berbuat mungkar dan menyusahkan orang lain.

Nah..pilihan di tangan kita sendiri!
Memberi lah dan menerima...
Jadilah insan pemurah yang menarik rezeki masuk.
Sungguh...
Rezeki kita rezeki orang lain jua..


Catatan;
#Norazura
Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Friday 10 August 2018

Fahami minat anak kita


Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Fahami minat anak kita...
Sekiranya kita mendapati anak kita mula menunjukkan minat mendalam dalam melukis.. dan dia boleh melukis dengan bersahaja...
Maknanya;  Ciri-ciri bakat dan potensi dalam dirinya telah mula terserlah sedari kecil lagi.
Jadinya....jangan mencantas dan mengekang  minatnya.  Fahami minat anak kita. Jangan menafikan atau memandang sinis kebolehannya. Berikan sokongan dan dorongan serta tunjukkan dia jalannya.
Hahah...misalnya saya nak cerita sedikit tentang anak saya Salman Al Fikri,  insyAllah, bakal mengikut jejak abangnya Nabil Al Hakim, seorang Designer yang berketerampilan kini.
Alhamdullillah , tika kecilnya.. itu jerlah kerjanya... melukis dan melukis tanpa jemunya yang akhirnya itulah kerjaya pilihannya kini.
Fahami minat anak kita..
Kesimpulannya,  Anak- anak akan  lebih berjaya jika ibu bapa beri dorongan atas sesuatu yang diminatinya.
Jadinya, mohon  ibu bapa jangan kalut yer...


Catatan;
#Norazura


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Kita seorang pendidik

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Apabila kita seorang pendidik..
Tadinya... saya menerima message dari seorang ibu kepada salah seorang bekas pelajar saya. Katanya, anaknya telah lama tidak menghubunginya , anaknya telah lama tidak balik ke rumah.
Hmmm... saya mrmang telah dapat menangkap bicara si ibu dan saya tahu cerita tentang pelajar remaja  yang baru berumur 16 tahun itu. Semuanya bermula apabila dia mula berkenalan dengan sang lelaki di luar kolej. Apakan daya kita untuk mengawal segala pergerakannya.

Apabila kita seorang pendidik..
Rupanya menjadi seorang pendidik kepada golongan remaja bukanlah suatu bidang kerjaya yang mudah. Remaja sangat mudah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial. Remaja sangat lancar menuturkan kata- kata tidak sopan tanpa menghiraukan persekitaran, tanpa fikir dengan siapa mereka berbicara.  Kekadang mereka seronok dan. leka dengan alam remaja yang mencabar dalam keseronokan.

Saya sempat menegur dia tadi di dalam group whatapp pelajar sebelum dia left dari group tersebut. Saya minta dia.fikir.....sedari kecil ibu dan ayah bersusah membesarkan dia, tetiba setelah usia remaja, senangnya dia mengikut rasa hati dek kerana orang lain yang tidak pasti jujur atau tidak.  Aduh... Lancang sekali dia membalas kata- kata saya tidak pintas dikaitkan dengan.umurnya yang baru 16 tahun itu.

Hmmm..apalah daya saya untuk menasihat lagi. Jika diikutkan hati, peduli apa.saya...dia bukan pun anak saya, maka suka hatilah nak terlingkup  atau apa sekali pun.
Kannn...
Namun ..
Jauh di sudut hati...
Peranan saya sebagai pendidik bukanlah hanya mengajar dan menjadi pemudahcara bagi pelajar ini dalam mengikuti sesi latihan dan pembelajaran bahkan peranan saya lebih dari itu.
Sayalah pengajar dan saya jugalah ibarat kawan dan ibu ganti  kepada pelajar saya.
Sangat- sangat sedih bila ada pelajar saya yang mula hilang pedoman hidup lalu melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.
Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah  dan menjauhi anak~ anak ini dan anak~ anak saya dari segala kemudaratan dalam kehidupan remaja mereka. Amin.


Apabila kita seorang pendidik...
Jelas sekali.. pendidikan juga bermula dengan si pendidik awal.kanak- kanak di premis TASKA TADIKA.
Bagaimana kita pendidik awal membantu mencorakkannya...??


Catatan;
Madam.
#Norazura


Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

TADIKA masakini

Oleh:Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Program hari ini.
Jalan -jalan survey TADIKA, sekadar nak dapatkan situasi semasa pelaksanaan program TADIKA dalam industri.
Saya singgah ke sebuah premis pendidikan awal kanak -kanak katanya. Apa yang saya lihat?
Dalam kelas kanak-kanak umur 4 dan 5 tahun, penuh dengan tampalan perkataan dan elemen-elemen pembelajaran akademik semata, tiada pun unsur keceriaan atau sesuatu gambar yang menarik untuk tahap kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak sedang meniru apa yang ditulis oleh cikgu di papan putih. Mereka kelihatan fokus menulis dan mendengar cikgu Tadika mengajar persis seperti di sekolah. 
Ada banyak kelas di situ, dan semua kanak-kanak di dalam kelas tersebut sedang menghadap buku kerja.

Apa yang sudah terjadi ?
Inikah bentuk pengajaran dan pembelajaran sebenar di Tadika kita.
Mana dia kreativiti cikgu dalam mengendalikan kelas?
Tidak kelihatan pun sebarang aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
Saya tercari-cari pula bahan pembelajaran yang menarik, mana?
Terdengar pengendali menerangkan objektif permis pendidikan awal kanak-kanaknya,   iaitu untuk memastikan anak-anak TADIKA pandai baca seawal 3 tahun. Dari mula dia asyik bercakap tentang keupayaan akademik kanak-kanak.  Saya membisu membiarkan dia berkata-kata. Kalau saya bersuara, tentu habis-habisan saya sekolahkan dia semula. 


Hakikatnya, bila pengamal pendidikan awal kanak-kanak sendiri tidak benar-benar memahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya......,
Lalu, jadilah anak-anak di TADIKA umpama produk laris laku yang kualiltinya dinilai dari sudut kebolehan boleh baca dan boleh mengira semata.

Dalam hati, saya menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan corak pembelajaran begini. Kesiannya anak-anak dan malangnya ibu bapa yang juga kurang faham.
Pendidikan awal kanak-kanak.

Biarkan mereka bermain dengan bermakna.
Biarkan mereka berfikir, meneroka, mencuba dan mendapatkan pengalaman
Biarkan mereka belajar dalam persekitaran menyeronokkan.
Setiap kanak-kanak adalah individu unik yang mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza. Ingat tu.


Catatan pandangan saya.
#Norazurachildcarepractitioner
Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.

Friday 3 August 2018

Bisnes TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Bagaimana memulakan Bisnes TASKA ini?
Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Mereka whatapp saya dan ada yang emel, ingin tahu bagaimana langkah awal untuk memulakan  bisnes TASKA ini.
Ya, ia memang nampak mudah, namun usah memudahkannya kerana macam2 yang sudah kita dengar.

TASKA tidak berdaftar, TASKA Haram, TASKA tidak ikut peraturan.
Jangan begitu yer...
Nahhh....bengkel ini bukan selalu.....ia hanya muncul sesekali mencuri ruang-ruang waktu kelapangan saya. 

InsyAllah saya berkongsi pengalaman, kemahiran  dan pengetahuan sambil  tunjukkan cara.
Bengkel Mula Bisnes TASKA

Hubungi saya 0167235080