Sunday 4 October 2015

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - PERLUKAH ANAK PANDAI MEMBACA SEAWAL 7 TAHUN?

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca? 

Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?  

Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami  anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak.

Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan  dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah  boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat,  adakan  sesi belajar  ‘one to one’  dengan anak-anak kecil ini ,  adakan kelas tambahan membaca.  Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini  untuk belajar.  Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja,  lalu  ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga.  Itulah yang diimpikan ibu bapa.

Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun.  Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan  anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.


Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.  Saya perasan itu semua.

Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?

Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai  tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal  yang boleh dibentuk di peringkat  awal usia anak-anak.  Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi  kanak-kanak. 

Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak  di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.

Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak andalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud  memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan  dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti  potensi diri anak  dan membantu  mengilap potensi tersebut.

Justeru itu,  saya dan anda sebagai  pendidik  maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek  tahap perkembangan kanak-kanak supaya  kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.

Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?

Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani
Perkembangan  bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi
Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
Perkembangan  kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai


Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak  ialah perkembangan sahsiah  - belajar bergaul  dan komunikasi  serta literasi awal.  


Bagaimana  pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.

Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja.  Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut  hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak  bermain.

Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
Anak main  pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.
Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran
Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.

Jad, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk  ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa  pihak TADIKA perlu stress ajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.


Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum  masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak  di  tahun 1. Kalau  kebetulan jika  anak 6 tahun  itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula  ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan.  Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.

Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun.  Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’  dari guru TADIKA nya. Cikgu post  jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.
Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana  kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.

Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini  tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan  yang telah saya nyatakan tadi.  Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.  


Teringat saya  pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun sahaja.

Berbeza dengan sistem pendidikan  kita yang telah  diwarisi begini, bila  nak masuk  tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh  membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca.  Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca.  Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi,  anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan. 

Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa  anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.

Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya  yang tidak boleh  membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik  ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun),  dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia  bakal  pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga.  Satu ketika dulu, ketika di sekolah  rendah dia tidak  pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.

Apa yang penting, biarlah anak-anak  kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan  mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan.  Apa yang penting,  kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza.  Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa.


CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS. 
CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com






33 comments:

  1. Sy sgt setuju. Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..imam shafie menghafal al quran ketika 9 tahun...mungkin salah ibu/bapa/ guru yang mendidik mereka kut? Nabi Isa a.s boleh bertutur dgn lancar ketika 7 hari dalam buaian, mungkin cerita dongeng kut? Ajaran org-org barat lebih bijak drp org-org berugama kut? Pastinya dalam setiap ugama "membodek berlebih-lebih" demi keuntungan dunia amat tercela!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ye, perkongsian yang menarik 👍 dan sangat setuju !

    ReplyDelete
  4. Desakan sistem pendidikan negara kita memaksa kita sebagai mak bapak terikut2 anak kena membaca plg lambat pon 7 tahun. Sebab tgk saja la buku2 tahun 1 sekarang dah kene buat ayat.

    ReplyDelete
  5. Desakan sistem pendidikan negara kita memaksa kita sebagai mak bapak terikut2 anak kena membaca plg lambat pon 7 tahun. Sebab tgk saja la buku2 tahun 1 sekarang dah kene buat ayat.

    ReplyDelete
  6. Insaf seleoas baca artikel puan.. tadi dah marah2 anak sebab tak kenal abc and cikgu dia ckp anak sy masih tak kenal abc walaupun dah hantar tadika sedari 4thn.tahun ni bakal 5 tahun bulan 10 ni..sedih sy bila cikgu dia ckp dia masih tak kenal abc..saya pun baru nak ajar dia..baru ajar huruf A, bila suruh ulang itu huruf apa dia lupa..banyak kali pulak tu..sudahnya kena marah lah dgn sy..lepas baca artikel puan,tersentuh hati and insaf..huhu.. terima kasih puan kerana telah menyedarkan sy sblm sy terbabas lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan anak saya lelaki pun begitu.... tapi bila masuk 5thb kr 6thn dia terus boleh mrnguasaai... cuma kita di rumah kena ulang benda yang di ajar di sekolah... bila masuk darjah 1 insyallah boleh membaca dan mengeja... cuma kadang2 anak lelaki dan perempuan berbeza... lelaki agak lambat berbanding girl...

      Delete
  7. Insaf seleoas baca artikel puan.. tadi dah marah2 anak sebab tak kenal abc and cikgu dia ckp anak sy masih tak kenal abc walaupun dah hantar tadika sedari 4thn.tahun ni bakal 5 tahun bulan 10 ni..sedih sy bila cikgu dia ckp dia masih tak kenal abc..saya pun baru nak ajar dia..baru ajar huruf A, bila suruh ulang itu huruf apa dia lupa..banyak kali pulak tu..sudahnya kena marah lah dgn sy..lepas baca artikel puan,tersentuh hati and insaf..huhu.. terima kasih puan kerana telah menyedarkan sy sblm sy terbabas lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga puan anda lebih memahami anak pn selepas ini , mengenalpasti potensi dalam dirinya serta memberi peluang kepadanya untuk mencuba, meneroka dan mendapatkan pelbagai pelbagai pengalaman melalui pelbagai aktiviti yang disukainya selain daripada pembelajaran secara formal. Sentiasa berikan dia masa.

      Delete
    2. puan sy berminat ngan buku ebook puan 50 koleksi permainan kanak2 boleh share pd sy..whatsup no 0197251575

      Delete
    3. Assalam Pn Siti Azlin, mohon sangat2 puan yang whatapp kepada saya yer di 0167235080. terima kasih

      Delete
  8. Terima kasih. Amat bermanfaat

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian..saya pun dulu pernah marah2 dan stress juga bila anak2 tak reti kenal huruf dan menyebut suku kata seawal umur 4 tahun.tapi sekarang saya biarkan saja anak2 belajar mengikut perkembangan mereka sendiri yang penting bagi saya asal mereka sudah mengenal huruf2 pn memadai.

    ReplyDelete
  10. Setuju seratus peratus. Puan buat satu memo utk kementerian agar mendengar tulisan puan. Biar mereka faham dan merangka dasar yg betul. Pelajar yg tak boleh baca di tahun 1 di katakan LINUS. GAGAL MEMBACA DAN MENULIS MENGIRA. SEKOLAH SUDAH JADI MINI MILITARY. KEJAM!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.

    Terima kasih kerana berkongsi.

    Satu ketika dahulu saya juga risau anak sulung saya belum pandai membaca mass daftar darjah 1. Walaupun sudah bertadika sejak umur 4thn dah kenal huruf sejak 4thn. Tapi masih membaca dengan sukukata sampai lah awal darjah 1.


    Alhamdulillah. Hujung tahun 1, beliau boleh membaca BM rumi & jawi dengan baik. Dan kini Di tahun 2, boleh membaca BI dengan baik juga.

    Kami tidak memaksa, cuma memberi galakan tanpa jemu.

    InshaAllah semoga terus berjaya dunia & akhirat.


    Sedikit perkongsian mengenai beliau http://asyrafanisah.blogspot.my/2017/01/sawan-demam-buat-ibu-bapa-risau.html?m=0

    ReplyDelete
  12. Minta maaf.. ini betul tp it doesnt apply in our education system. Nak masuk sekolah ada periksa. Nak masuk sekolah prestasi tinggi lagi susah.. budak sekarang ramai yg pandai2. Klu parents ambil acuh tak acuh anak sendiri yg akan ketinggalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang expectation parents tinggi sangat.anak2 yg tertekan. Malu kt anak jiran sebelah??

      Delete
    2. bukan malu kat anak jiran, kalau anak lambat membaca ini kesannya seperti tek yang ditulis olah penulis tu sendiri (dalam blog "kakitular.com") “kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi. Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.”

      hmm, penulis ni ada misi yg tersendiri...cubalah baca tek yg ditulis berulang-kali.

      Delete
  13. Anak saya masih belum lancar membaca wpun dah 7 tahun. sedih kalau difikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikan anak masa, ruang dan peluang. Insyallah. Boleh ajar anak membaca dengan kaedah yang menyeronokkan. Mudahan... doakan anak..

      Delete
  14. hai...pn sy menghadapi msalah..ank sy umur 6thn dan bersekolah di prasek..waktu belajar dia x boleh fokus..dia hanya boleh fokus dalam 5minit sahaja dan lps tu dia akan mula bermain..ank sy jgk berckp masih pelat...tp dia boleh mengenal huruf 1 hingga 10 dan A,B,C dgn baik..adakah itu normal bg seorg kanak2.ckgu prasek dia sudah menganggap dia seorg kanak2 yg bermasalah dan minta sy rujuk pd pakar kanak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puan..x rugi puan rujuk pd pakar seawal mungkin. Guru di tadika umpama 'pengganti' ibu ayah di rumah-dpt mengesan 'abnormality' anak kecil ini krn mrk mguasai kmahiran asas merangsang perkembangan awal kanak2 kecil ini.

      Pd usia 6 tahun dr segi 'percakapn' sepatutnya sudah settle bab pelat ni.

      Teruskan usaha 'bercakap dgn betul'(jgn diajuk cakap pelatnya) dgn anak puan dan terbaek jumpa segera pakar utk diagnos yg lebih tepat.

      Puan akan lbh tenang dgn rumusan pakar dan akn mendapat bimbingan yg lebih baik dlm membantu anak puan.

      Kalau x kita ibuayah yg bantu anak sendiri..siapa lagi?

      Delete
    2. Assalam pn iza, setiap anak akan melalui tahap perkembangan yang sama tetapi mungkin berbeza dari segi masa pencapaian kebolehannya dalam sesuatu perkara. Namun, berpandukan pada tahap perkembangan normal setiap anak, dia perlu boleh lakukan sesutu kebolehan dalam lingkungan umur yang tertentu. Misalnya, pada umur 3- 4 tahun, anak mesti sudah boleh bercerita menggunakan ayat penuh. Namin, jika pada usia itu, anak masih belum boleh bercakap atau masih pelat, amatlah wajar anak dirujuk pada pakar terapi kerja. Mungkin anak ada masalah yang kita tidak ketahui. Rujuklah pada pakar berkaitan. dan lakukan tindakan demi perkembangan positif diri anak.

      Delete
    3. Assalam pn iza, setiap anak akan melalui tahap perkembangan yang sama tetapi mungkin berbeza dari segi masa pencapaian kebolehannya dalam sesuatu perkara. Namun, berpandukan pada tahap perkembangan normal setiap anak, dia perlu boleh lakukan sesutu kebolehan dalam lingkungan umur yang tertentu. Misalnya, pada umur 3- 4 tahun, anak mesti sudah boleh bercerita menggunakan ayat penuh. Namin, jika pada usia itu, anak masih belum boleh bercakap atau masih pelat, amatlah wajar anak dirujuk pada pakar terapi kerja. Mungkin anak ada masalah yang kita tidak ketahui. Rujuklah pada pakar berkaitan. dan lakukan tindakan demi perkembangan positif diri anak.

      Delete
  15. setuju dengan post ini. silabus pembelajaran terlalu menekankan aspek akademik tetapi kurang tumpuan pada aspek sahsiah. Contoh pelaksanaan sukatan KBAT dsb ibarat melepaskan batuk di tangga, kerana ini akan memperlihatkan jurang pendidikan mengikut IQ, walhal kesinambungan hidup juga perlu pada EQ. tidak hairanlah masih ramai cikgu menghadapi masalah anak murid tidak hormat cikgu kerana pada perspektif anak murid, cikgu ibarat 'pemeriksa kerja rumah'. kasihan para guru sekarang, sedangkan pada zaman saya (90-an) cikgu diibaratkan rakan sebaya dan disegani lebih2 lagi cikgu disiplin.

    saya menyarankan agar dibuat petisyen PIBG untuk merombak sistem pendidikan kita sehingga ke akar umbi. Saya juga hampir tidak percaya masa depan anak saya diperjudikan oleh pak menteri yg menggunakan anak2 kita sebagai 'tikus makmal' untuk menyerlahkan pencapaian KPI mereka.

    ReplyDelete
  16. 1)Seruan Allah dlm surah al alaq-"Bacalah..".
    Utk menjadi hambaNya yg berjaya di dunia dan akhirat, WAJIBlah kita berilmu.

    Membaca umpama pintu ke Gedung Ilmu. Sekiranya anak kita berpeluang dan berkebolehan utk menguasai kemahiran membaca di usia awal..maka syukurlah banyak2.

    Satu pintu ke Gedung Ilmu sdh dimiliknya.

    2)Kanak2 dan bermain-berpisah tiada.
    Org dewasa dan tua pun msh suka bermain..cuma kanak2 tentulah lebih2 lg.

    Mendorong kanak awal usia(8 tahun dan ke bawah) utk membaca PASTIkan spy suasananya gembira dan mendorong- elakkan suasana yg boleh menimbulkan STRESS. Cthnya masa yg lama, boring, ugutan, garang, rotan, cemuhan dgn membuat perbandingan dgn adik beradik lain misalnya.

    Selami lah dunia seorang kanak2, dari situ kita sedar banyak kesilapan yg telah kita lakukan.

    Jomm..kenali dunia seorang kanak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar sekali. Anak memang mudah serap apa sahaja di awal usia termasuklah kemahiran membaca.
      Apabyang penting, janfan guna paksaan dan berikan anak masa. Membaca pelu dijadikan suatu aktiviti yang seronok bukan aktiviti yang menakutkan anak. Hakikatnya, Apapun...potensi dan kelebihan setiap anak adalah berbeza antara satu sama lain

      Delete
    2. Ya, benar sekali. Anak memang mudah serap apa sahaja di awal usia termasuklah kemahiran membaca.
      Apabyang penting, janfan guna paksaan dan berikan anak masa. Membaca pelu dijadikan suatu aktiviti yang seronok bukan aktiviti yang menakutkan anak. Hakikatnya, Apapun...potensi dan kelebihan setiap anak adalah berbeza antara satu sama lain

      Delete
  17. Assalamualaikum puan...

    Terima kasih di atas perkongsian..saya ada seorang anak berumur 5 thn.Masa umur 4thn sy dh hntr tadika.Tadika sama yang dia belajar sekarang.masa umur 4thn dia sgt suka ke sekolah..macam seronok sgt-sangat..bila balik ada je yg dia cerita..Tetapi tahun 2018,minggu ni cikgu ada maklumkan pada sy anak sy bila dlm kelas awl2 belajar ok tp lepas tu jd macam blur.xtau apa2...cikgu suruh tulis dia tulis sikit je.lepas tu dia dh mula xnak buat dah..sy perasaan sekarang ni dia bl bangun pg nak ke sekolah tu mmg bermasalah...kadang2 buat drama dlu pg2...sy terfikir, munkin dia dh boring kat sekolah tu, alternatifnya saya akan tukarkan dia ke tadika lain.mungkin persekitaran yng baru, kawan baru, cikgu baru InsyaAllah semangat nak belajar tu akn dtg balik...Ikhtiar dan usaha yang terbaik untuk anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar perkongsian...

      Tingkahlaku anak2 kecil mmg sgt dipengaruhi oleh sekitaran UTAMAnya. Utk seorg anak kecil yg terhad 'destinasi' nya..tentu sj 'rumah dan suasananya' boleh menjadi penyebab utama perubhan tingkah laku..

      Mungkin jg 'sekolah tadika dan persekitarannya'.

      Saranan saya puan mesti cuba sedaya upaya 'mendapat jawapan tulus' dr anak puan sendiri(tanpa menimbulkan stress trhdp diri mrk) SEBELOM membuat andaian dan justifikasi.
      Kena kreatif dalam 'mengorek rasa dan perasaan' mrk..elakkn close-ended question..ini mematikn strategi 'meneroka perasaan' anak. Cthnya: " Nape Along x nak gi school? Cikgu garang ye? @ kawan2 x best ye?(soalan bgini hy memberi anak2- 2 pilihn jawapn yes or no SHJ..
      Penerokaan GAGAL disini dan puan mungkin akan mengambil tindakan lanjut yg 'salah'.
      Apapun selamat mencuba.

      No harm to try right..
      Ia menajamkn skill komunikasi puan dgn anak2 kecil.

      Tak mudah ok!

      Delete
  18. sharing yg menarik dnbermanfaat...btw.sy nak share saja..jika ada adik2 yg nak mendalami bidg pendidikan awal ni..bole lah mencuba memohon program diploma PAKK under UPSI selama 2 tahun..dibuka utk pelajar spm,stpm dan individu..utk info wsp sy 011-16930576

    ReplyDelete