Sunday 10 May 2015

Tip keselamatan di TASKA


Nama : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

Entri 30
Rujukan/Sumber :   Kertas Penerangan, SKM ‘Childcare’ disediakan oleh Nor Azura
                                Akta TASKA 1984 & Peraturan TASKA 2012
           Buku Modul PERMATA


TASKA adalah sebuah premis yang telah mendapat perakuan dari agensi penguatkuasaan (JKM)  untuk menjaga, mengasuh dan mendidik kanak-kanak dengan sebaik mungkin. TASKA yang baik dan berkualiti ialah TASKA yang menitikberatkan selain dari aspek asuhan dan didikan juga sangat menekankan tentang aspek keselamatan di premisnya. 

Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak telah menetapkan garis panduan keadaan sesuatu bangunan atau premis yang hendak digunakan untuk perkhidmatan TASKA. Berikut garis panduannya:


(a) bangunan atau premis TASKA di tempat kerja, komuniti dan institusi perlu     memenuhi syarat undang-undang, peraturan dan undang-undang pihak berkuasa yang berkaitan.
(b) Pengusaha TASKA di rumah mesti menjalankan operasinya di rumah sendiri.
(c) Premis TASKA di rumah perlu memenuhi syarat undang-undang, peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
(d) Bangunan atau premis yang digunakan sebagai TASKA perlu sistem pengudaraan yang mesra kanak-kanak dan sistem pencahayaan yang baik.



Secara umumnya, yang dimaksudkan  dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana;

  • Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.
  • Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA  atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.
  • Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA.
  • Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa dan selamat.
  • Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses     pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah JKM, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba  dan Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.
  • Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan dijaga di TASKA.
  • Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya.
  • Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi.


Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan keselamatan  dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak. Mempunyai emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;


  • Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil.
  • Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.
  • Memastikan kanak-kanak  memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka.
      Peranan pengasuh pula;

  • Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak.
  • Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan.
  • Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang.


Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA:

-       Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui

-       Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.

-       Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran

-       Mempunyai pagar keselamatan

-       Mempunyai CCTV jika perlu

-       Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup

-       Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar


Keselamatan lokasi Taska:

-      Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk.

-      Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital dan balai polis.

-      Lokasi yang dipilih  perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan              untuk beroperasi di sesuai


Lagi  aspek keselamatan lain;

  • Kawasan dapur adalah kawasan larangan untuk kanak-kanak. Penggunaan dapur memasak di dapur perlulah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

  • Penjagaan kebersihan dan keselamatan terhadap perabot, perkakasan dan TASKA perlu diberi perhatian. 
  • Kawasan tempat makan perlu bersih dan selamat dari sebarang bahan atau racun yang merbahaya.
  • Begitu juga tentang keselamatan di tempat tidur kanak-kanak.- peralatan tidur dan persekitaran keselamatan di tempat tidur.
  • Memastikan kanak-kanak hanya diserahkan kepada ibubapa atau penjaga atau sesiapa yang diberi kuasa oleh ibubapa ketika waktu menjemput kanak-kanak balik dari TASKA.
  • Menyimpan semua bahan pencuci dan bahan racun@kimia di tempat yang selamat dan tidak boleh diambil oleh kanak-kanak.
  • Menyediakan polisi insuran yang sesuai untuk melindungi kanak-kanak semasa berada di TASKA.

  • Kawasan persekitaran aktiviti di luar dan di dalam TASKA perlu bebas dari segala faktor yang boleh mendatang kemudaratan atau kecederaan kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak.
  • Tidak membenarkan sebarang pelawat ke TASKA kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak pengurusan TASKA.
  • Menutup semua plug point.
  • Memastikan semua peralatan elektrik boleh berfungsi dengan baik dan tidak merbahaya digunakan.

LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN DI TASKA
         
  • Alat kebakaran ( fire extinguisher) perlu disediakan. Pastikan alat kebakaran berfungsi dengan baik.
  • Latihan kebakaran dengan mengosongkan (evacuation) bangunan di TASKA  perlu diadakan sebagaimana yang disarankan dalam Akta dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak yang antaranya menyatakan:

o   Merancang latihan mengosongkan bangunan sekiranya berlaku kebakaran di TASKA.

o    Memastikan latihan mengosongkan bangunan di premis termasuk menggunakan semua      pintu keluar dilakukan oleh pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak, pengasuh                berdaftar dan pekerja sekurang-kurang sekali setiap tiga bulan.

o   Latihan mengosongkan bangunan hingga keluar dari bahagian lantai  bawah bangunan.

o   Sentiasa mengemaskini rekod latihan dan masa yang diambil semasa mengosongkan          bangunan.

o   Memastikan setiap laluan keluar dari TASKA bebas dari sebarang halangan pada setiap      masa.Pencegahan untuk mengawal keselamatan daripada berlaku kebakaran di TASKA      adalah amat penting. Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak telah menetapkan garis          panduan untuk mencegah kebakaran sama ada TASKA di tempat kerja, institusi, dan            komuniti.


PENYEDIAAN PETI KECEMASAN DI TASKA

  • Peti kecemasan perlu sentiasa ada dan dikemaskini peralatan ubatan yang terdapat di dalamnya. Pastikan setiap peralatan tidak lupus tarikhnya.
  • Peti kecemasan juga perlu di letakkan di tempat yang selamat , mudah dilihat dan senang diperolehi apabila diperlukan. Selain itu ia juga perlu diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  • Mengikuti peraturan  yang telah menetapkan sekurang-kurangnya sebuah peti kecemasan di TASKA.

Sekian, semuga nota di atas memanfaatkan anda.


** Pada anda yang memang merancang menubuhkan perniagaan TASKA, pastikan semua aspek keselamatan di atas dipatuhi. nak dapat lebih info mengenai perniagaan TASKA, dapatkan ebook ini.




PANDUAN PERNIAGAAN TASKA. Klik Borang Tempahan ini.
HARGA : RM 30
ACC PEMBAYARAN :
NOR AZURA ISMAIL
MAYBANK 155126919215
CIMB 7612806903

5 comments:

  1. Tq for information..saya boleh buat kerja saya dengan information ini

    ReplyDelete
  2. adakah cuma e-book sahaja yang available?

    ReplyDelete
  3. Thanks you for the information to bless you sir but download link not working.
    Try This Link
    Also Free Download All resetter Epson l3110 Resetter Download Or Epson Free All Resetter Download free And more Epson resetters

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula kalau taska tersebut lantai tile, bilik berhawa dingin, tapi kanak2 berkaki ayam dalam kelas.
    Saya cadang lantai ada carpet yg tidak berbulu, atau anak asuhan hanya dibenarkan stokin yang non slip

    ReplyDelete