Thursday 3 December 2015

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



TASKA ELIT
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

NAMA :
TARIKH                                 
MASA                                     
UMUR  :  3 TAHUN

BIL KANAK-KANAK :  6  orang

TAJUK                :          MARI BUAT PERGERAKAN BERSAMA

BIDANG PEMBELAJARAN FOKUS :      
PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA   :  Kanak-kanak sudah boleh bersungguh-sungguh melakukan aktiviti yang diminta.

OBJEKTIF   :
 1. Kanak-kanak boleh merasa seronok dan menunjukkan ekspresi wajah yang gembira ketika aktiviti bersama. (PSSEKR)
 2. Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan  seperti yang ditunjukkan oleh pengasuh. (PF)
 3.  Kanak-kanak boleh menyanyikan lirik lagu  ‘Kalau rasa gembira’ (PBKLA)                                                            
SENARAI BAHAN/PERALATAN :   Iringan Muzik

RUANG AKTIVITI     :      Ruang  Aktiviti Kanak-Kanak

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
1.      Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak terlebih dahulu
2.      Pengasuh meminta kanak-kanak untuk melakukan sedikit senaman ringan bersama-sama.
3.      Pengasuh mula memasang video lagu ‘Kalau rasa gembira’ dan meminta kanak-kanak cuba mengikut bersama pergerakan yang dibuat oleh pengasuh.
4.      Pengasuh juga meminta kanak-kanak mengikut menyanyi bersama lagu ‘kalau rasa gembira’
5.      Pengasuh menarik perhatian kanak-kanak dengan membuat aksi pergerakan mudah dan sekali lagi menggalakkan kanak-kanak mengikut dengan bersungguh-sungguh.
6.      Pengasuh meminta kanak-kanak terus mengikut pergerakan yang dilakukan bersama-sama.
7.      Pengasuh memberi galakan berterusan sekiranya ada kanak-kanak yang kelihatan malu.
8.      Pengasuh memberi pujian kepada kanak-kanak.
9.      Pengasuh memastikan kanak-kanak merasa seronok dan menzahirkan rasa gembira mereka melalui ekspresi wajah yang ceria.
10.  Pengasuh meminta kanak-kanak cuba ulang pergerakan yang diajar.
11.  Ucapan terima kasih kepada kanak-kanak

Refleksi : Kanak-kanak tekun, bersungguh dan gembira dengan aktiviti ini.  Mereka menunjukkan ekspresi wajah yang ceria, senyum dan gembira.  Kanak-kanak aktif membuat pergerakan bersama.





TASKA ELIT
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


TARIKH                                    
MASA                                      
UMUR :             3 TAHUN

BIL KANAK-KANAK  :  5 orang

TAJUK                                      :          MARI SUSUN BLOK TINGGI BERSAMA

BIDANG PEMBELAJARAN FOKUS :      
PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA     :          Kanak-kanak sudah boleh main susun blok sendirian.

OBJEKTIF   :       
1. Kanak-kanak boleh  susun blok bersama-sama kawan-kawannya.(PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh mengenal konsep tinggi dan  rendah. (PAMPLA)
3. Kanak-kanak boleh menyusun blok hingga tinggi. (PF)  
                                                           
SENARAI BAHAN/PERALATAN :           Blok pelbagai saiz yang diperbuat daripada
           kotak-kotak terpakai.
           Blok yang dibeli.

RUANG AKTIVITI                      :           Bilik Aktiviti Kanak-Kanak

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
1.      Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak terlebih dahulu
2.      Pengasuh meminta kanak-kanak duduk di atas tikar.
3.      Pengasuh mengeluarkan satu kotak yang mengandungi blok permainan. Pengasuh minta kanak-kanak ambil blok tersebut dan mula buat blok masing-masing.
4.      Pengasuh beri masa kepada anak-anak main blok sendiri.
5.      Pengasuh kemudian menarik perhatian kanak-kanak dengan mengeluarkan kotak yang mengandungi pelbagai saiz blok yang diperbuat sendiri daripada kotak-kotak terpakai.
6.      Pengasuh membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan dan minta mereka menyusun blok dari rendah ke tinggi dalam kumpulan.
7.      Pengasuh memberi galakan kepada kumpulan kanak-kanak untuk susun blok setinggi yang boleh.
8.      Pengasuh memberi pujian kepada kanak-kanak dalam kumpulan setelah berjaya menyusun blok bersama-sama.
9.      Pengasuh mengukur blok mana yang lebih tinggi sambil mengenalkan kepada kanak-kanak konsep tinggi dan rendah.
10.  Pengasuh meminta kanak-kanak terus menyusun blok dalam kumpulan dan lihat blok mana yang lebih tinggi.
11.  Pengasuh ucapkan terimakasih kepada kanak-kanak

Refleksi : Kanak-kanak tekun, bersungguh dan boleh bekerjasaam menyusun blok tersebut hingga menjadi tinggi. Kanak-kanak juga boleh tahu mana blok yang lebih tinggi.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA







Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com



19 comments:

  1. Berapa harga buku rpa taska dan 50 koleksi idea kreatif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi saya terus di 0167235080.
      Untuk makluman, buku RPA ini hanya dihasilkan dalam bentuk ebook pdf softcopy sahaja. Ia dihantar melalui emel kepada pembeli. Harga untuk kedua-duanya sekali RM 50.

      Terima kasih

      Delete
  2. Terima kasih...ianya banyk mbantu saya.

    ReplyDelete
  3. Assalam..boleh tahu berapa harga senaskah buku rpa taska tu?

    ReplyDelete
  4. assalam..nk tny mcm nk dptkn buku2 nie ye

    ReplyDelete
  5. hello.. nak tanya mcm mana nak dapatkan buku2 ne

    ReplyDelete
  6. Salam...saya nak tnya berapa harga buku rpa itu? saya brminat nk beli.

    ReplyDelete
  7. Salam...saya nak tnya berapa harga buku rpa itu? saya brminat nk beli.

    ReplyDelete
  8. hello... saya nak tanya harga buku rpa tu dan 50 koleksi idea kreatif? sya berminat nak beli..

    ReplyDelete
  9. Slm saya nk tnya brapa hrga buku RPA aktiviti taska...saya berminat.kedai mna saya boleh dptkn buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi saya terus di 0167235080.
      Untuk makluman, buku RPA ini hanya dihasilkan dalam bentuk ebook pdf softcopy sahaja. Ia dihantar melalui emel kepada pembeli. Harga untuk kedua-duanya sekali RM 50.

      Terima kasih

      Delete
  10. Replies
    1. Sila hubungi saya terus di 0167235080.
      Untuk makluman, buku RPA ini hanya dihasilkan dalam bentuk ebook pdf softcopy sahaja. Ia dihantar melalui emel kepada pembeli. Harga untuk kedua-duanya sekali RM 50.

      Terima kasih

      Delete
  11. Hi.. Nak tanya, buku ni masih di jual x?

    ReplyDelete
  12. Hi..nk tnye..buku ni masih di jual x?

    ReplyDelete