Monday 23 October 2017

Tip bisnes TASKA TADIKA

Assalamualaikum,
Adakah anda bercadang memulakan sebuah perniagaan TASKA TADIKA atau anda memang sedang mengendalikan bisnes tersebut.
Seorang sahabat on line telah memberikan idea  tip ini kepada saya. Tip berjaya dalam bisnes anda.
1. Samada anda baru hendak mula bisnes TASKA  TADIKA atau anda ingin terus maju, elakkan suka memberi alasan.  Apa pun alasan akan menggagalkan usaha anda untuk mencapai matlamat. Buangkan alasan remeh, cari penyelesaian kepada masalah yang timbul, bukan cari alasan.
2. Berbisneslah sesuatu yang dapat  menyelesaikan masalah orang lain. Fikir-fikirkan, apa lagi yang mampu anda tawarkan kepada pelanggan.
Misalnya bisnes TASKA, anda bantu masalah ibu bapa untuk menjaga anak sementara mereka pergi bekerja.
Bisnes TaDIKA , anda bantu ibu bapa yang tidak punya masa untuk memberi sedikit didikan ilmu kepada anak- anak.
Fikirkan, dalam bisnes TASKA TADIKA, apa lagi yang mampu anda tawarkan untuk selesaikan masalah ibu bapa.
3. Mulakan bisnes secara  kecil-kecilan
Jangan terfikir nak terus buat bisnes se gah mungkin. Hati-hati kerana  menurut kajian, hanya 10℅ bisnes sahaja akan berjaya, manakala lagi 90℅ akan gagal.
Misalnya,  jika belum benar-benar bersedia, mulakan TASKA anda secara kecil-kecilan dulu, buat TASKA di rumah dulu.
Tak perlulah nak sewa premis yang besar dan mahal untuk bisnes Tadika anda yang baru hendak bermula.
4. Jangan putus asa
Gagal adalah perkara biasa dalam bisnes. Hadapi ia dan jadikan ia guru terbaik buat anda. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Selalulah bersikap positif bukan mengalah dan mengundur diri.
5. Tambah ilmu.
Jangan malu, jangan berfikir-fikir , usah kedekut untuk labur sedikit duit untuk mendapatkan ilmu.  Anda perlu ada mentor untuk terus membimbing matlamat perniagaan anda. Carilah ilmu sebanyak mungkin untuk lebih memahirkan bisnes anda.
Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat bisnes anda.
Jom, jom hubungi saya jika berhasrat untuk join bengkel kreativiti bersama saya bulan Disember nanti. InsyAllah
#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

Friday 20 October 2017

Kualiti personel di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


TASKA adalah satu institusi di mana ia menawarkan perkhidamtan asuhan dan didikan awal kepada anak-anak sementara ibu bapanya keluar bekerja.  Peranan industri  TASKA sangat penting dalam membantu ibu bapa mendapatkan khidmat asuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  


Antara kriteria yang paling penting dalam memilih sesebuah TASKA ialah berkaitan kualiti personel di TASKA.  Personel TASKA terdiri daripada pengusaha, penyelia, pengasuh@pendidik maupun sesiapa sahaja yang bertugas di sesebuah TASKA.  Persoalannya, bagaimanakah kualiti personel di TASKA sediada kini?


Semua pihak samada ibu bapa atau pengusaha  TASKA menginginkan kualiti personel di TASKA yang terbaik.  Dari sudut perniagaan TASKA sendiri, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha bagi memastikan TASKA mereka dapat memberikan perkhidmatan asuhan yang berkualiti, antaranya tentunya dengan memastikan juga kualiti personel di TASKA.  Antara caranya, pengusaha mesti memastikan yang setiap personel di TASKA adalah terdiri dari mereka yang terampil dalam menjalankan tugas-tugas di TASKA, disamping mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi. 


Jika dapat dikenalpasti kelemahan dari aspek tersebut, maka pengusaha TASKA perlu mendapatkan latihan yang berterusan untuk semua personel di TASKA.  Inilah antara pendekatan yang dilaksanakan  untuk menjaga kualiti personel di TASKA supaya sentiasa berada di tahap yang baik dan memuaskan semua pihak terlibat terutama ibu bapa. 


 Hakikatnya, kelemahan penyediaan latihan dan kekurangan latihan berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya beberapa insiden di TASKA akibat dari kecuaian dan kurangnya latihan yang diperolehi oleh pengasuh@pendidik di TASKA.  Pihak pengurusan TASKA lebih-lebih lagi, perlu menyedari hakikat ini dan berusaha memastikan pekerja mereka mendapat latihan yang diperlukan sebagai seorang personel TASKA yang professional. Terdapat juga pengasuh@pendidik TASKA kurang berminat dengan pekerjaan mereka menyebabkan mereka tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran diri melalui latihan tertentu.  


Adakah anda tergolong dalam individu yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan TASKA?   Maka, anda sebagai bakal pengusaha TASKA juga perlu memastikan kualiti personel di TASKA yang bakal anda tubuhkan.


Bagi individu yang merancang memulakan perniagaan TASKA  juga perlu membuat perancangan dan persediaan asas yang awal dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka.  Mereka tidak boleh sama sekali menganggap bahawa perniagaan TASKA adalah satu perniagaan yang mudah dan semudah itu boleh dimulakan pada bila-bila masa tanpa asas pengetahuan dan kemahiran yang jitu dan kukuh.  


Dari segi pemantauan operasi TASKA, pihak yang berkuasa perlu kerapkali turun ke TASKA bagi memastikan semua personnel TASKA mematuhi peraturan TASKA yang telah di tetapkan.  Dengan ini, sangatlah di harapkan industri TASKA dapat menyumbang kualiti perkhidmatan pengasuhan yang baik sejajar dengan peningkatan pertumbuhan perniagaan TASKA dewasa ini.  Mudahan industri pengasuhan di pandang tinggi oleh semua pihak yang berkaitan.


Berikut, dinyatakan cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti personel di TASKA

  1. Pihak agensi penguatkuasaan ke atas premis dan operasi TASKA mewajibkan pengurus , pengasuh mengikuti latihan yang ditetapkan beberapa kali dalam setahun.  Tetapkan cadangan kursus yang wajib dihadiri dari semasa ke semasa. Latihan boleh dijalankan oleh pihak berkuasa sendiri ataupun melalui pelbagai agensi latihan swasta yang diiktiraf.

  1. Pihak pengurusan TASKA mengadakan latihan ‘in house’ sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Sentiasa membuat penilaian terhadap prestasi kerja pengasuh.  Latihan ‘ in-house’ boleh sahaja diberi secara tidak formal kepada setiap personnel di TASKA.  Cadangan adalan latihan wajib   pada hari Sabtu dalam minggu tertentu di TASKA.  Adakan juga rekod penyertaan latihan kepada personnel berkaitan.  Bagi meningkatkan motivasi pekerja di TASKA, pihak pengurusan boleh memberi ganjaran kepada personnel yang menunjukkan kualiti kerja yang baik.

  1. Saya menggalakkan semua yang terlibat untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-Kanak.  Setiap personel di TASKA perlu diberi pendedahan mengenai SKM dan mereka boleh mendapatkan SKM ini secara Pengiktirafan pengalaman Terdahulu (PPT). Dengan adanya pengiktirafan SKM kepada personel TASKA yang layak, adalah di harap imej personel dan profesyen TASKA akan lebih dipandang tinggi oleh masyarakat. Personel TASKA sendiri dapat memberikan perkhidmatan terbaik sejajar dengar pengiktirafan yang telah mereka terima


  1. Personel TASKA digalakkan menyertai persatuan TASKA yang boleh membantu setiap personel di TASKA dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di TASKA. Dengan bersama persatuan, mereka boleh berkongsi idea dan menyelesaikan masalah isu semasa bersama-sama demi untuk industri TASKA.   Selain itu, personel TASKA perlu peka pada kursus @ bengkel luar yang dikendalikan oleh agensi-agensi latihan dan mengambil inisiatif untuk menyertai pelbagai bengkel modul yang ada. Personel tidak  boleh sekadar merasakan apa yang mereka tahu telah mencukupi bagi menjadikan diri mereka sebagai personel TASKA yang professional.  Bakal pengusaha TASKA sendiri perlu tahu dengan jelas mengenai operasi dan pengendalian TASKA sebelum memulakan perniagaan TASKA ini.

  1. Pengusaha TASKA hanya mengambil pengasuh@pendidik yang benar-benar berminat sahaja untuk bekerja dengan mereka.   Dengan minat pengasuh@pendidik ini boleh dibentuk dan dilatih menjadi personnel TASKA yang berkualiti.  Adakan sesi temuduga dan penilaian supaya hanya individu yang layak di beri tugas sebagai personel di TASKA.



KESIMPULANnya,  menunjukkan kepentingan dan keperluan bagi setiap individu yang terlibat dengan peniagaan TASKA untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan tugasan masing-masing melalui saluran latihan, bengkel atau kursus.  Setiap personel TASKA tidak boleh merasa selasa dengan prestasi yang sedia ada.  Perkhidmatan pengasuhan yang baik dan berkualiti tentu sekali dapat meningkatkan lagi prestasi dan kualiti industri TASKA dalam negara. 


Masyarakat semasa yang pada dasarnya selalu memandang rendah dan sepi pada industri pengasuhan , tentunya akan mula membuka dan bersama memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat di dalam industri ini. Hakikatnya, buat masa ini, sejauh mana  kualiti personel di  TASKA   merupakan masalah yang telah menjadi akar umbi dalam industri TASKA sekian lama.  Memang sukar untuk memastikan pengasuh@pendidik khasnya,  bekerja mengikut etika dan peraturan yang sepatutnya.  Masih ramai lagi tidak menunjukkan minat yang mendalam, bahkan menjadikan pekerjaan di TASKA umpama sandaran semata sebelum mendapat pekerjaan lain.   


Hal ini perlu di atasi dengan memastikan mereka yang berada di dalam industri TASKA terus diberi pengetahuan beserta kemahiran yang mendalam lagi.  Tentunya kualiti pengasuhan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak di TASKA. Justeru itu, sangat tidak boleh dinafikan bagi melahirkan personel TASKA professional, perlu berilmu dan berkemahiran yang boleh diperolehi melalui latihan berterusan.
Pencapaian kanak-kanak juga banyak bergantung kepada faktor kualiti personel di TASKA.


*******************************************************************************************************
MEMILIKI Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) MELALUI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (MY PPT)


Apa itu SKM melalui PPT?
Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang diperolehinya melalui pengalaman kerja berdasarkan National Occupational Skills Standards (NOSS) untuk dipersijilkan dengan :

SKM Tahap 1, 2 dan 3
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan kemahiran Malaysia.



Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 



Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
Personel Persijilan kemahiran Malaysia#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30











Keselamatan persekitaran, penderaan dan pengabaian kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak-anak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah  harapan dan cita-cita negara di masa akan depan. Bakal kepada corak kepimpinan dan lakaran kejayaan negara di masa depan boleh dilihat melalui generasi kanak-kanak masakini.  Malangnya telah sering didengari dan dilaporkan kini, kanak-kanak kerap terdedah kepada pelbagai bahaya samada kerana kecuaian penjaga@ibu bapa, menjadi mangsa penderaan dan turut diabaikan oleh ibu bapa sendiri.  Segalanya mungkin boleh bermula dari rumah kanak-kanak itu sendiri.

Bagaimana pula jika isu tersebut berlaku di TASKA atau di TADIKA, tempat di mana kanak-kanak sepatutnya mendapat asuhan dan didikan awal yang sempurna.  Tidak dinafikan, hal ini juga turut dilihat ada berlaku di premis TASKA@TADIKA  dimana kanak-kanak sepatutnya diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang dalam aspek persekitaran yang kondusif. Namun, ada yang berlaku sebaliknya tanpa disedari oleh sesiapa.

Mari kita rujuk kepada akta berkaitan kanak-kanak, Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 adalah suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan berkenaan dengannya.  Dengan kata lain, akta ini diwujudkan bagi memberi perlindungan dan menjaga keselamatan kanak-kanak. Berdasarkan akta  tersebut juga menunjukkan mereka yang mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak perlu memastikan kanak-kanak selamat dari pelbagai aspek seperti kecuaian, penderaan dan juga pengabaian.


Kecuaian juga boleh berlaku samada di TASKA maupun di rumah apabila persekitaran yang disediakan untuk kanak-kanak tidak kondusif dari pelbagai aspek.  Maksudnya tempat di mana kanak-kanak bermain dan diasuh tidak selesa, tidak sesuai dan tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk kanak-kanak. Ruang TASKA TADIKA sempit, sedangkan kanak-kanak kelihatan begitu ramai.  Bagaimana pula dari aspek pemberian makanan?  Adakah kanak-kanak di premis pendidikan awal tersebut diberi makanan yang seimbang.  

Justeru, peraturan operasi bagi premis tersebut diwartakan untuk dipatuhi oleh setiap individu yang ingin menjalankan operasi TASKA TADIKA ini. 

Seringkali juga terdengar berlaku kecuaian di premis TASKA khasnya. Akibat kecuaian tersebut, kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan  berlaku terhadap kanak-kanak.   Selain dari itu, penderaan juga   boleh berlaku samada disedari atau tanpa disedari.  Penderaan yang berlaku dari rumah mungkin disebabkan pelbagai masalah yang wujud dalam kelurga kanak-kanak tersebut. 
Manakala penderaan turut berlaku secara fizikal maupun emosi di TASKA TADIKA akibat kekerangan kesedaran di kalangan personel dalam TASKA TADIKA tersebut. Hakikatnya,   penderaan berbentuk emosilah yang didapati banyak berlaku di TASKA TADIKA  tanpa disedari. 


Dari aspek pengabaian pula , jika dikaitkan di TASKA TADIKA berlaku apabila pihak berkaitan tidak menyediakan keperluan yang mencukupi serta sesuai kepada semua kanak-kanak yang  mendapat perkhidmatan di TASKA TADIKA.  Pemeriksaan fizikal yang dijalankan setiap hari di TASKA misalnya, boleh mengesan sebarang kecederaan, kesan penderaan atau unsur pengabaian pada diri kanak-kanak.



 Isu keselamatan kanak-kanak bukan hanya dirujuk kepada aspek persekitaran bahkan juga kepada aspek penderaan dan pengabaian yang berlaku secara tidak sedari pada diri kanak-kanak. Dari aspek keselamatan persekitaran , didapati masih terdapat kurang kesedaran dan kepekaan dikalangan personel TASKA dalam memastikan langkah keselamatan diaplikasi sepenuhnya setiap masa.  Personel yang leka dan cuai menyebabkan berlaku kemalangan kecil yang boleh dielakkan jika personel lebih berhati-hati.  Umum mengetahui isu semasa di mana di dapati pelbagai kemalangan berlaku di TASKA akibat kecuaian pengendali di TASKA.Wujudnya kemalangan kerana kecuaian pengasuh dalam memastikan semua langkah keselamatan di TASKA dipatuhi dan diikuti sewajarnya.


Akibat kekurangan kesedaran berkaitan aspek keselamatan kanak-kanak, timbul  beberapa isu utama yang berikut:

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kecuaian adalah kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalikan aspek keselamatan di TASKA.  Di dapati personel TASKA TADIKA  tidak mengaplikasi secara bersungguh peraturan yang di tetapkan dalam usaha mengelakkan kemalangan di TASKA TADIKA.  Sesetengah pengasuh mempunyai pengetahuan berkaitan langkah kecemasan seperti rawatan kecemasan tetapi masih terlalu rendah kemahiran mengendalikannya.  Begitu juga dari aspek keselamatan lain seperti latihan kebakaran, keselamatan ruang tertentu dan keselamatan penggunaan bahan dalam sesuatu aktiviti.  Personel sering bersikap acuh tidak acuh terhadap keperluan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak setiap kali kanak-kanak datang ke TASKA misalnya.  Ini bagi memastikan atau pengesan langkah awal jika terdapat kecederaan atau sebarang unsur pengabaian dan juga penderaan terhadap diri kanak-kanak.   Di TASKA TADIKA  sendiri ada masanya wujud pengabaian dari segi memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi samada dipenuhi oleh ibu bapa maupun pihak TASKA TADIKA.  Keperluan asas kanak-kanak seperti makanan yang berkhasiat dan keperluan diri kanak-kanak perlu dipastikan mencukupi dan memenuhi keperluan kanak-kanak. Penderaan secara tidak langsung juga boleh dikatakan berlaku jika tidak wujud sikap dan nilai yang positif dalam diri pengasuh ketika mengendalikan kanak-kanak.


Kanak-kanak akan sentiasa berada di dalam persekitaran yang selamat sekiranya wujud kerjasama di antara personel TASKA TADIKA dan juga ibu bapa. 
Namun di dapati kerana kesibukan mengejar masa, ada kalanya ibu bapa cuai dengan keperluan kanak-kanak. Pihak TASKA TADIKA  sukar mencari ruang bagi berbincang dengan ibu bapa dalam bersama memastikan semua aspek keselamatan kanak-kanak dipenuhi.


Apapun, keselamatan kanak-kanak di premis TASKA TADIKA adalah tanggungjawab kita sebagai orang dewasa dan semua pihak yang berkaitan dengan kanak-kanak.






Thursday 19 October 2017

MAKLUMAT PENUBUHAN TADIKA

oLEH : nOR aZURA iSMAIL

LANGKAH PENUBUHAN TADIKA BERDAFTAR DENGAN KPM

1.    Berhubung Dengan pegawai unit swasta, KPM dan maklumkan bersurat permohonan penubuhan TADIKA dengan menyatakan lokasi TADIKA yang dicadangkan.  ( KPM Seremban)
2.    Mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling dari pegawai KPM
3.     KPM akan mengeluarkan surat sokongan permohonan awal.
4.    KPM juga akan mengeluarkan 3 surat kepada agensi berikut untuk dihantar oleh pemohon bagi tindakan lanjut.

i.              SSM – daftarkan nama TADIKA
ii.             Majlis Perbandaran – lesen Perniagaan
iii.            Jabatan Bomba – Lesen Perniagaan
iv.            Jabatan Kesihatan – Lesen Perniagaan

5.    Permohonan permit TASKA dibuat dengan menggunakan borang secara manual yang diperolehi dari unit swasta KPM.
6.    Submit kertas kerja permohonan penuh ke KPM beserta dengan permohonan permit mengajar guru.
7.    Lawatan dari pegawai KPM


Makluman berkaitan penubuhan TADIKA.
1.    Dibuka di rumah lot tepi, bangunan sebuah atau lot kedai (untuk TADIKA di tempat kerja)
2.    Modal asas –  from 20k
3.    Kurikulum asas – Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaaan (KSPK)
4.    Penambahan kurikulum boleh dibuat mengikut modul TADIKA sendiri.
5.    Kumpulan umur kanak-kanak TADIKA – 4, 5 dan 6 tahun.
6.    Susunatur ruang TADIKA
-       Ruang kelas 6 tahun
-       Ruang kelas 5 tahun
-       Ruang kelas 4 tahun
-       Dapur@ ruang penyediaan makanan
-       Bilik sakit@rehat
-       Pejabat
-       Playground
-       Tandas
v  Ruang perlu mencukupi mengikut bilangan kanak-kanak


7.    Tenaga pengajar@guru
-       Telah dilantik sebagai guru TADIKA
-       Perlu mempunyai permit mengajar sementara daripada KPM
-       Perlu mengikuti Kursus Kurikulum Standard Pra sekolah (KSPK) anjuran KPM dalam tempoh pengajaran.
-       Mempunyai kelulusan atau sijil yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak

8.    Peralatan dan bahan Asas di TADIKA
-       Meja dan kerusi kanak-kanak
-       Rak bahan dan peralatan untuk kanak-kanak
-       Whiteboard@ easel
-       Bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
-       Bahan keciaran kelas
-       Meja guru
-       Peralatan dan kemudahan di pejabat
-       Peralatan dan kemudahan keselamatan
-       Permainan luar kanak-kanak
-       Peralatan dan perkakasan penyediaan makanan
-       Katil kanak-kanak untuk bilik sakit
-       Buku kanak-kanak

9.    Yuran asas di TADIKA
-       Yuran Pendaftaran
-       Yuran Bulatan
-       Yuran program
-       Pembelian keperluan kanak-kanak


1Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
Personel Persijilan kemahiran Malaysia#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30



Masalah semasa pentadbiran TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


I.       Personel TASKA terutamanya pengasuh kurang mahir dan kurang berketerampilan dalam bidang pengasuhan kanak – kanak  seperti yang tersedia dalam diskripsi tugas sebagai pengasuh@pendidik di TASKA.  Sesetengah pengasuh hanya mempunyai pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak (mempunyai pendidikan akademik) tetapi sama sekali kurang pengetahuan tentang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. 

II.            Sesetengah personnel TASKA, telah pun mengikuti Kursus Asuhan PERMATA, tetapi tidak mengaplikasi sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari kursus tersebut.  Mereka tidak bersungguh untuk menjadikan bidang pengasuhan sebagai satu jawatan yang professional dan beretika.Justeru itu, sangatlah penting setiap personel TASKA menilai diri sendiri dan memperbaiki setiap kelemahan yang perlu untuk menjadi personel TASKA yang benar-benar professional.  Kualiti kerja perlu dipertingkatkan melalui bengkel dan latihan kemahiran yang berterusan.

III.           Pengusaha TASKA  tidak berkesempatan menyediakan latihan ‘in-house’ kepada pengasuh.  Ada juga sesetengah pengusaha pula tidak sanggup mengeluarkan modal yang banyak atau mungkin tidak mempunyai modal yang cukup untuk mendapatkan  latihan kepada pekerja mereka.   Terdapat juga pengusaha yang hanya memikirkan keuntungan tetapi tidak peka untuk memberikan latihan kemahiran yang berterusan kepada personnel TASKA bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik setiap masa.  
  

IV.          Ibu bapa masa kini semakin bijak untuk memilih TASKA terbaik untuk anak-anak mereka.  TASKA yang baik tentunya mempunyai personnel yang berkualiti.  Aspek keselamatan anak – anak mereka merupakan asperk yang paling penting bagi setiap ibu bapa. Keadaan TASKA yang selamat dan kondusif kepada anak – anak mereka menjadi salah satu kriteria utama pemilihan TASKA bagi mereka. Kebanyakan ibu bapa sangat mementingkan kriteria dan etika personnel TASKA yang professional. Ibu bapa semakin cerewet tentang mutu perkhidmatan pengasuhan dan mereka inginkan kualiti yang benar-benar memenuhi standard perkhidmatan di TASKA. Hakikatnya, Ibu bapa masakini telah bijak untuk memilih TASKA yang berkualilti dari segi pengurusan amnya  dan pengendalian anak-anak khasnya.  




Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
Personel Persijilan kemahiran Malaysia#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30