Sunday 20 June 2021

CIRI=CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

 Oleh : Nor Azura ismail

pnnorazuraismail@gmail.com


1.   CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

i.        Kanak-kanak jenis visual

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Mereka suka menggambarkan sesuatu yang mereka fahami. Kanak-kanak ini akan menggambarkan sesuatu imej jika dia ingat pada sesuatu perkara. Sukakan gambar yang besar dan cepat merasa bosan jika tiada perancangan. Sebaliknya kanak-kanak visual cepat belajar sesuatu yang baru kerana mereka cepat fokus dan memahami gambaran yang diberikan serta mempunyai banyak idea. Kelemahan kanak-kanak jenis visual ialah mereka cepat rimas dengan perubahan masa, kurang minat membaca sesuatu perincian dan kurang minat mendengar taklimat atau arahan secara terperinci.

 

Cara mengendalikannya :

v  Elakkan dari memberi banyak maklumat serentak.

v  Beritahu dia tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu.

v  Ajak berbincang.

v  Menggunakan banyak warna dan bahan bergambar dalam mengendalikan aktiviti bersamanya.

v  Beri barangan atau permainan yang berwarna-warni

v  Berikan banyak buku bergambar

 

ii.       Kanak-kanak jenis Auditori

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak ini akan cepat ingat apa yang didengari satu persatu. Mereka banyak belajar melalui mendengar. Kanak-kanak ini suka bercerita dan bercakap sendiri. Mereka juga mempunyai banyak idea, boleh diajak berbincang dan suka menulis@menconteng serta menghasilkan tulisan kreatif. Kelemahan kanak-kanak jenis Auditori ini ialah mereka suka mengulangi ayat yang sama dan suka mendengar suaranya sendiri serta mudah marah jika ideanya tidak didengari. Mereka juga suka melompat dari satu idea kepada idea yang lain.

Cara mengendalikannya :

v  Berikannya langkah demi langkah dalam menyiapkan sesuatu aktiviti.

v  Tanya samada dia dengar atau tidak apa yang diperkatakan kepadanya.

v  Tanya pendapat dia tentang bagaimana dia harus membuat aktivitinya.

v  Jangan beri arahan yang panajng lebar kerana boleh membuatkannya hilang fokus.

v  Banyakkan pujian dan dorongan.

v  Banyakkan aktiviti berasaskan bunyian @ muzik

 

iii.      Kanak-kanak jenis Kinestetik

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak jenis ini biasanya suka bercakap dengan perlahan dan memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Kanak-kanak ini juga sukakan aktiviti luar yang mencabar dalam keadaan yang selesa.  Mereka banyak belajar melalui pengalaman. Mereka mempunyai kelebihan sukakan kerja berpasukan, pandai menjaga hati dan perasaan orang lain serta pandai menghiburkan dan menyenangkan orang di persekitarannya. Kelemahan kanak-kanank jenis Kinestatik ini pula ialah mereka sangat mudah terasa jika dipinggirkan dan suka mengelak. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjaga hati orang lain dan gemar menarik perhatian orang. Kanak-kanak ini juga sukakan keadaan yang berselerak.

 

Cara Menggendalikannya :

v  Elakkan daripada memberi terlalu banyak pilihan kepadanya.

v  Berikan sesuatu aktiviti dengan cara tersendiri dan menyeronokkan.Tanyakan samada dia selesa dengan cadangan aktiviti yang dinyatakan.

v  Tanyakan jika dia perlukan bantuan atau pertolongan.

v  Banyakkan pelukan dan sentuhan dan berikan dia kejutan

v  Banyakkan aktiviti fizikal

v  Buat aktiviti dalam kumpulan

 

 

iv.      Kanak-kanak jenis Digital

Antara ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak jenis ini;

Kanak-kanak jenis ini sukakan butiran secara terperinci tentang sesuatu dan mereka suka berfikir secara mendalam serta menghafal. Kanak-kanak ini suka merasa bermakna bagi orang disekelilinginya. Mereka juga perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu maklumat baru. Kelemahannya pula ialah sukar memberi kepercayaan kepada orang yang baru dikenali dan juga perlukan lebih masa untuk membuat keputusan. Mereka perlu diberi ulasan logik supaya mereka lebih faham.

 

Cara Mengendalikannya:

v  Tanya apa yang dia akan buat, bukannya memberi arahan.

v  Bila memintanya melakukan sesuatu, terangkan kenapa.

v  Tunjukkan yang pengasuh mempercayainya

v  Bagi dia masa yang secukupnya ketika membuat sesuatu aktiviti bersama.

v  Tanyakan samada dia faham apa yang diperkatakan oleh pengasuh.

v  Berikan penghargaan selalu

DUNIA KANAK-KANAK AWAL USIA

 

Oleh : Nor Azura Ismail

pnnorazuraismail@gmail.com

DUNIA KANAK-KANAK AWAL USIA

 

1.   PENGENALAN


Sejauh mana kita orang dewasa memahami dunia kanak-kanak awal usia?

   

   Dunia kanak-kanak awal usia banyak merujuk kepada bagaimanakah kanak-kanak awal usia bertingkahlaku dan sejauh mana kita memahami tingkahlaku dalam dunia kanak-kanak awal usia ini.



Kanak-kanak yang berumur 0 – 4 tahun mempunyai pelbagai kerenah dan tingkahlaku. Tanpa kepelbagaian tingkahlaku atau kerenah, kanak - kanak belum dikira menghayati dan meneroka sepenuhnya dunia mereka sebagai seorang kanak-kanak. Kebanyakan tingkahlaku dan kerenah kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka berada atau persekitaran tempat mereka membesar. Seperkara lagi, kebanyakan tingkahlaku kanak-kanak adalah untuk menarik perhatian mereka yang berada di sisinya yakni ibu bapa, orang sekeliling atau pengasuh jika kanak-kanak berada di TASKA.

 

Ada antara tingkahlaku kanak-kanak merupakan tingkahlaku semuajadi yang telah ada sejak lahir dan ada juga tingkahlaku kanak-kanak dibentuk melalui persekitarannya. Tingkahlaku juga boleh disebabkan oleh faktor baka yang berasal dari kedua ibu bapa kanak-kanak. Tingkahlaku atau kerenah kanak-kanak boleh merangkumi tingkahlaku yang positif@ baik dan tingkahlaku yang negatif. Tingkahlaku yang baik perlu dipupuk dan diberi galakan seterusnya oleh orang dewasa. Manakala tingkahlaku yang negatif memerlukan bimbingan sepenuhnya juga daripada orang dewasa. Tingkahlaku yang negatif perlu diubah secara perlahan-perlahan supaya menjadi tingkahlaku yang lebih positif.

 

 

Sepertimana di TASKA, tugas dan peranan pengasuh sangat besar dalam mengendalikan tingkahlaku dan kerenah pelbagai kanak-kanak ini. Justeru itu, pengasuh memerlukan ilmu dan kemahiran yang baik dalam mengendalikan dan menanggani setiap tingkahlaku kanak-kanak. Seorang pengasuh perlu mengetahui dan memahami tingkahlaku kanak-kanak supaya mudah untuk menguruskan kanak-kanak ketika melaksanakan rutin harian dan rutin aktiviti mereka di TASKA.  Dengan mengetahui dan memahami setiap tahap perkembangan kanak-kanak di setiap tahap umur, dapat membantu pengasuh memahami tingkahlaku yang biasa di kalangan kanak-kanak. Apabila seorang pengasuh tahu setiap tahap perkembangan kanak-kanak maka pengasuh juga boleh menerima pelbagai kerenah kanak-kanak dengan berlapang dada serta rasional dan tahu pula bagaimana untuk mengendalikan kerenah tersebut dengan berkesan.

 

Orang dewasa seperti ibu bapa maupun pengasuh di TASKA seringkali rasa stress dan merunggut jika berhadapan dengan masalah kanak-kanak yang suka menunjukkan tingkahlaku yang negatif. Disinilah pentingnya mereka perlu menerapkan kepercayaan dan keyakinan bahawa segala tingkahlaku kanak-kanak adalah perkara biasa dan semulajadi bagi seseorang kanak-kanak. Justeru, pengasuh di TASKA khasnya perlu yakin bahawa mereka boleh mengendalikan kanak-kanak dengan cara yang berkesan. Pengasuh mesti berkata di dalam hati bahawa mereka mampu untuk melaksanakan tugas dan peranan mereka sebagai seorang pengasuh di TASKA. Jika pengasuh ingin kanak-kanak mengubah kerenah negatifnya menjadi positif, antara cara yang utama ialah pengasuh dulu mesti mengubah cara dan corak asuhan dan didikannya supaya sesuai dan berkesan. Pengasuh sendiri wajib menjadi contoh ikutan yang baik kepada kanak-kanak yang diasuhnya.

 

Pengasuh juga perlu tahu bahawa ibu bapa adalah contoh ikutan yang paling baik kepada anak-anaknya sendiri. Ibu bapa adalah model semulajadi kepada anaknya sendiri. Jangan terkejut jika sebahagian dari tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, dipelajarinya dari ibu bapanya sendiri.

 

Justeru itu, sangatlah penting untuk pengasuh juga perlu selalu menjalinkan komunikasi yang baik dan mengadakan perbincangan berkaitan secara berterusan dan berhemah bersama ibu bapa.

 

Kanak-kanak sering mempunyai persepsi atau anggapan yang kadang-kadang jauh berbeza dari pandangan kita sebagai seorang pengasuh di TASKA. Mungkin kita suka dan kita hendak kanak-kanak banyak terdedah kepada bahan bacaan ringan di TASKA namun bagi kanak-kanak pula, mereka lebih suka hanya membelek gambar-gambar yang berwarna- warni. Mendengar bacaan sangat membosankan bagi kanak-kanak tetapi seolah suatu kemestian pula bagi kita orang dewasa. Pengasuh sepatutnya mesti cuba duduk di dalam kasut kanak-kanak untuk memahami sesuatu yang disukai atau diperlukan oleh kanak-kanak pada satu-satu masa. Put yourself in their shoes. Bab ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai tingkahlaku kanak-kanak dan bagaimana pengasuh perlu belajar memahaminya.

 

2.   CIRI-CIRI SEMULAJADI KANAK-KANAK

Untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak, seseorang pengasuh perlu tahu apakah tingkahlaku semulajadi atau normal yang ada pada kanak-kanak dan bagaimana cara mengendalikannya.

 

i.   Sangat aktif

Kanak-kanak yang normal selalunya aktif dan tidak boleh duduk diam. Dia akan bergerak atau melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengenal letih dan jemu. Di fikiran kanak-kanak, mereka hanya tahu dan peka pada keinginan untuk bermain dan melakukan apa sahaja aktiviti yang dirasakan menyeronokkan. Jadi, jika kanak-kanak memang tak reti duduk diam - diam, maka biarkan sahaja. Kita cuma perlu pantau atau jika di TASKA, pengasuh boleh bimbing aktiviti kanak-kanak sambil berikan peraturan yang sesuai mengikut tahap umur dan kebolehannya.

 

ii.  Suka meniru perbuatan orang lain

Pada peringkat awal usia kanak-kanak, mereka akan mudah mengikut atau meniru apa yang selalu dilihatnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang yang selalu berada di persekitaran kanak-kanak akan mudah ditiru oleh kanak-kanak yang melihatnya. Bukan itu sahaja, bahkan kanak-kanak mudah meniru apa yang dilihat di dalam televisyen atau skrin telefon bimbit. Justeru itu, pengasuh perlu sentiasa memastikan apa sahaja yang dilihat oleh kanak-kanak adalah sesuatu yang baik yang boleh memberikan pula impak yang baik kepada kanak-kanak. Pengasuh di TASKA maupun ibu bapa di rumah merupakan role model utama ikutan kanak-kanak.

 

iii. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang salah

Kanak-kanak merasakan mereka bebas berbuat apa sahaja yang dikehendaki. Ini kerana tahap kefahaman mereka belum begitu sempurna. Kanak-kanak berbuat apa sahaja tanpa dapat memahami yang betul atau sebaliknya. Pada pemahaman kanak-kanak, semua yang dibuatnya adalah betul dan dia tetap berhak melakukan sesuatu yang disukainya. Tahap kebolehan untuk kanak-kanak awal usia membezakan apa yang betul dan apa yang salah bergantung kepada umur dan kebolehan perkembangannya. Justeru itu, para pengasuh perlu sentiasa memberi bimbingan berkaitan apa yang baik dan sebaliknya secara sedikit demi sedikit kepada kanak-kanak. Jalankan sesi aktiviti yang memberi yang pengajaran yang baik. Bimbing kanak-kanak memahami kenapa sesuatu perkara itu tidak baik.

 

iv. Suka bertanya soalan

Secara semulajadinya, kanak-kanak suka banyak bertanya soalan itu dan ini. Dia akan bertanyakan soalan berdasarkan apa yang dilihatnya atau apa yang difikirkannya. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan emosi yang sihat akan terus bertanya sesuatu soalan dalam usaha untuk dia memahami sesuatu perkara baru yang dilihatnya. Justeru, setiap persoalan kanak-kanak perlu dijawab segera oleh pengasuh menggunakan bahasa dan gaya yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

 

Pengasuh tidak boleh menunjukkan sikap menepis dan menafikan kerenah kanak-kanak yang suka bertanya soalan. Dengan suka bertanya banyak soalan, kanak-kanak sedang cuba belajar banyak perkara di persekitarannya juga.


v.  Ingatan yang tajam

 Kanak-kanak akan sentiasa ingat apa sahaja yang diberitahu kepadanya oleh orang dewasa atau oleh pengasuh di TASKA. Pengasuh boleh memberitahu adap dan perkara yang baik selalu kepada kanak-kanak kerana mereka akan ingat. Setiap perkara yang dijanjikan oleh pengasuh kepadanya juga akan diingatinya dan  dituntutnya. Oleh itu, pengasuh perlu menunaikan setiap perkara yang telah dijanjikan kepada kanak-kanak. Misalnya jika kanak-kanak berbuat sesuatu yang baik dan pengasuh berjanji untuk memberikan ganjaran maka pengasuh perlu tunaikan segera.

 

vi. Suka ganjaran dan sokongan.

Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran dan pujian dari orang dewasa atau pengasuh di TASKA. Kanak-kanak akan lebih bersemangat melakukan sesuatu aktiviti jika ada sokongan, galakan, pujian dan juga ganjaran.  Mereka suka dipuji dan diberikan ganjaran atas apa yang dilakukannya. Kanak-kanak seolah sangat merasa dihargai jika dia diberikan ganjaran atau hadiah. Justeru itu, untuk membentuk sikap yang baik atau untuk menggalakkan sesuatu perkembangan dalam diri kanak-kanak, jadikan galakan, sokongan, pujian, ganjaran dan seumpamanya sebagai suatu perkara yang wajib pengasuh lakukan dalam mengendalikan kanak-kanak.

 

vii.    Suka bermain

Bermain adalah kerja hakiki seorang kanak-kanak. Main dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan sama sekali. Sebaik celik dari tidur,  pastinya dalam kepala kanak-kanak hanya ada perkataan main. Hakikatnya kanak-kanak belajar pelbagai perkara baru di persekitarannya hanya melalui bermain. Oleh itu, pengasuh perlu merancang pelbagai aktiviti bermain yang menyeronokkan.

 

 

Pengasuh mesti senantiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermain dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk tujuan tersebut.  Jangan sesekali menafikan hak kanak-kanak untuk terus bermain.


viii.   Suka bersaing bersama rakan sebaya atau adik beradik

Kanak-kanak suka menunjukkan kebolehannya. Dia akan terdorong untuk merasakan dan menunjukkan yang dia boleh buat lebih baik berbanding orang lain. Jadi, bimbing kanak-kanak untuk bersaing secara positif. Elakkan dari perkara yang menyebabkan kanak-kanak bergaduh.

 

ix.  Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi

Kanak-kanak mempunyai perkembangan emosi yang pelbagai bergantung kepada persekitarannya. Kanak-kanak akan mudah marah, mudah merajuk dan juga memberontak. Daya sensitiviti mereka terhadap sesuatu perkara yang berlaku adalah sangat tinggi. Justeru, pengasuh perlu sentiasa peka dan faham serta bertindak segera  kepada sebarang perubahan emosi kanak-kanak.

 

x.   Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi

Secara semulajadinya kanak-kanak memang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Bersesuaian dengan umur dan tahap kebolehan mereka, kanak-kanak akan cuba meneroka dan menguji serta memanupulasi sesuatu sekadar untuk ingin tahu kenapa, mengapa dan bagaimana.  Dengan pengalamannya melalui sesuaitu aktiviti, kanak-kanak dapat jawapan kepada perasaan ingin tahu tersebut. Mereka akan terus belajar dan belajar pelbagai perkara baru asbab dari perasaan ingin tahu tersebut. Oleh itu adalah menjadi tugas pengasuh untuk menrancang dan membimbing pelbagai aktiviti menarik kepada kanak-kanak.


xi.  Mempunyai daya imiginasi dan kreativiti yang tinggi

Kanak-kanak sangat kreatif. Mereka sentiasa mempunyai idea untuk melakukan sesuatu. Jika kanak-kanak diberi bahan yang minima atau jika tiada bahan sekali pun, kanak-kanak masih boleh menggunakan imiginasinya untuk melakukan sesuatu menghasilkan sesuatu aktiviti. Oleh itu, pengasuh perlu memberi peluang untuk kanak-kanak menterjemahkan daya imiginasi dan kreativiti yang tinggi tersebut melalui pelbagai aktiviti kreatif yang menarik di TASKA.

 

xii.      Perkembangan bahasa yang cepat

Kanak-kanak sangat mudah mempelajari bahasa tertentu dengan cepat merujuk kepada bahasa pertuturan apa yang didengarinya setiap hari. Jadi, untuk kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan mudah, pengasuh hendaklah menggunakan bahasa yang betul dan sesuai kepada kanak-kanak. Ibu bapa di rumah juga berperanan membentuk perkembangan bahasa dikalangan kanak-kanak berdasarkan bahasa apa yang mereka gunakan sebagai pertuturan di rumah.

 

 

Rujukan Tingakahlaku semulajadi kanak-kanak - 

Modul Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak PERMATA

Sunday 6 June 2021

SKM PPT mengiktiraf kemahiran anda

Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com



😊CONTOH
CONTOH

MEMILIKI Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) MELALUI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (MY PPT)

Apa itu SKM melalui PPT?
Seseorang diiktiraf secara rasmi bagi kepakaran atau kemahiran yang diperolehinya melalui pengalaman kerja berdasarkan National Occupational Skills Standards (NOSS) untuk dipersijilkan dengan :

SKM Tahap 1, 2 dan 3
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan kemahiran Malaysia.

DAPATKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)  DALAM BIDANG BERIKUT :

PENJAGAAN  DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS


HANYA MELALUI 
KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (MY PPT).

Anda akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  yang akan mengiktiraf pengalaman dan kemahiran anda selama ini dalam industri   pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak serta pusat jagaan.


MENGAPA ANDA PERLUKAN SKM MELALUI PPT DALAM BIDANG DI ATAS?

Anda akan memperolehi Sijil dalam masa yang singkat tanpa perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian. ( proses 2 ke 4 bulan)

Peluang peningkatan diri dan imej dalam bidang di atas.

Kemahiran yang anda ada akan diiktiraf dan diperakui.


TANPA PERLU HADIR KELAS 
HANYA PERLU 
KEMUKAKAN BUKTI PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN 
ANDA SELAMA INI


SYARAT UMUM PERMOHONAN:
  • Berumur 17 tahun ke atas
  • Mempunyai pengalaman dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak lebih dari 3 tahun.
  • Mempunyai sijil KAAK @ KAP @ KSPK suatu kelebihan.

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON
  • Pengusaha TASKA
  • Pengusaha TADIKA
  • Pengusaha PUSAT JAGAAN
  • Jurulatih @ Fasilitator Pendidikan awal kanak-kanak
  • Pengasuh TASKA
  • Pendidik@guru TADIKA
  • Penjaga@guru PUSAT JAGAAN
  • Guru2 pra sekolah 

BAGAIMANA CARANYA?

SAYA SEDIAKAN KHIDMAT BIMBINGAN BERTERUSAN SEHINGGA ANDA MEMPEROLEHI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA.




Untuk dapatkan perkhidmatan saya, sila klik pada BORANG TEMPAHAN ini.

 CALL 019 2115642 ATAU WHATAPP SAYA DI  016 7235080



Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.



Terima kasih