Wednesday 30 August 2017

Ayah, teman teman rapat anak perempuan

Kenapa ya agaknya, anak-anak remaja perempuan sekarang cepat sangat cari 'boyfriend' special.  Kekadang umur baru masuk 15 tahun atau mungkin lebih muda , sudah pandai ada teman special. Kata mereka, tak sah  atau tak gah lah kalau tak ada teman lelaki. Hmmm, kalau pandai jaga diri , satu hal juga. Namun tak semua begitu kan. Ramai yang leka mengikut buaian perasaan dan hawa nafsu dan akhirnya hingga jatuh ke dalam bibit-bibit dosa.

Saya  ada terdengar satu tip dari seorang pakar motivasi keluarga (kena ambil tip dari pakar, sebab tak lah mahir sangat dalam mengendalikan remaja ini). 
Kata pakar motivasi tersebut, orang yang perlu rapat dengan anak perempuan ialah ayahnya sendiri. Seorang ayah perlu ambil peranan untuk selalu mendengar luahan dan cerita dari anak perempuan.  Katanya, kalau nak tahu, lelaki  pertama yang anak perempuan akan rasa cinta ialah dengan ayahnya. Anak perempuan perlu rapat dengan ayahnya. Selalunya, anak perempuan ini akan rasa yang  ayahnya adalah seorang lelaki yang hebat. Lalu, dia akan sentiasa gembira bila si ayah selalu beri perhatian kepada dia.

Hah, ingat lah dalam islam pun ada menyebut, untuk memberi keutamaan kepada anak perempuan berbanding anak lelaki.

Jadi  bila anak perempuan rasa dirinya sangat disayangi dan selalu diberi perhatian oleh seorang lelaki  bergelar ayahnya, maka dia pasti tidak akan mengosongkan hatinya untuk sibuk mencari lelaki -lelaki misteri di luar sana.

Maka, insyAllah  anak perempuan remaja ini akan lebih tahu menjaga maruah diri dan maruah keluarga biar di mana pun dia berada.

Tip anak perempuan.
#Norazurachildcarepractitioner

Tuesday 29 August 2017

Hukum anak bila dia bersalah


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Hanif adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun. Dia seorang anak yang agak agresif dan suka melawan bila dimarahi oleh ibunya.  Kekadang bila situasi itu berlaku di depan orang lain, kelihatan Hanif seperti seorang anak yahg kelihatan ‘kurang ajar’ kepada ibunya.  Umur yang masih muda, adakah hanif memahami keburukan tingkahlakunya itu?

Kenapa anak-anak kekadang agak agresif, sukar ditunjuk ajar dan kekadang seperti melawan?
Jawapannya, mungkin  ada ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak mahu menghukum walaupun anak melakukan kesalahan.
Semasa anak awal usia sekitar 4 hingga 7 tahun, jika anak buat nakal , ibu bapa biarkan sahaja dan tak tegur pun.  Dalam erti kata lain, anak ini buat nakal tetapi ibu bapa buat tak kisah sahaja.  Misalnya lah ibu bapa bawa anak ke rumah orang, anak itu usik itu, usik ini tetapi ibu bapa tak tegur pun kenakalan anaknya.  Tentunya lah tuan rumah yang melihat, bagai nak gugur jantung memandang kenakalan anak tersebut.

Bila anak telah dewasa sikit sekitar 8 ke 10 tahun, bila anak buat salah, pun ibu bapa tidak  marah. Sebab rasa tak sampai hati nak beri hukuman. Manjakan anak sehinggalah apa yang anak buat boleh cover begitu sahaja.

Ada ibu bapa menyangka de­ngan membiarkan anak bebas melakukan apa saja, ia boleh membantu perkembangan anak tetapi ini tidak begitu tepat kerana anak juga perlu diajar sikap bertanggungjawab, berdisplin dan mematuhi peraturan apatah lagi jika anak telah faham arahan. Jika melakukan kesilapan mereka perlu diberi dihukum dengan sewajarnya mengikut umur mereka.

Jika tidak diberi hukuman, dan dibiarkan begitu sahaja, kesannya, anak-anak akan tidak  dengar cakap dan jadi agak agresif  apatah lagi bila di depan orang lain.  Ditegur pun tak ada respon positif. Nakal dan kekadang seperti raja.  Manjanya pun terlebih-lebih. Pantang dimarah, mesti melawan dan baling-baling barang.  Semasa kecil, bolehlah diterima lagi iika melawan cakap. Namun , bila sudah dewasa, bagaimanalah ya.?

Sepatutnya, dalam mendidik anak-anak dari kecil  ibu bapa perlu bertindak tegas tetapi adil. Tegas bermaksud ibu bapa tidak terlalu mengalah kepada anak dan membiarkan mereka bermaharajalela tanpa kawalan dan kesan akibat kelakuan mereka.  Anak-anak perlu didisplinkan dengan peraturan dan diajar apa yang boleh buat serta apa yang tidak boleh buat.  Ibu bapa perlu maklumkan bentuk hukuman yang anak-anak akan  terima jika tidak ikut aturan yang ditetapkan.

Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa juga perlu dengar penjelasan dari anak, beri peluang dia bela diri sebelum member hukuman setimpal.  Jadi anak akan tahu yang dia telah bersalah. Sebarang hukuman kepada anak dilakukan penuh berhemah, rasional dan mengambil kira bentuk kesalahan serta umur anak.


Anak-anak perlu belajar melalui kesilapan yang telah di buat dan berjanji tiadak ulangi lagi.  Jangan terlalu menangkan anak yang berbuat salah.  Akibatnya nanti, anak akan sentiasa rasa dia betul dalam apa sahaja yang dilakukan,serta sukar mendengar nasihat.   Dengan kata lain, manjakan anak berpada-pada.  Memanja jangan sampai membina imej negatif dalam diri anak.  Jadilah ibu bapa yang memberi contoh teladan terbaik kepada anak-anak.




Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          








RM 40     / RM 30





Kanak-kanak, belajar sambil bermain

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Belajar sambil bermain hak kanak-kanak.
Kisah apa pula yang ingin saya kongsikan hari ini?  Tentunya berkait dengan fakta tajuk ini iaitu    'belajar sambil bermain hak kanak-kanak.
Baru-baru ini ada seorang pensyarah lelaki baru bekerja sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak di kolej tempat saya mengajar.  
Orang lelaki memang kumpulan minoriti dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Justeru itu, orang lelaki yang menceburi bidang ini, memang terdiri dari mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang pendidikaan awal kanak-kanak ini.
Sudah seminggu pensyarah itu  di kolej, baru hari ini saya  dapat berpeluang berbual-bual dengan anak muda yang baru berusia 26 tahun itu. Dia masih agak baru dalam bidang ini tetapi sebelum ini pernah mengajar di sebuah pusat perkembangan  kanak-kanak@TADIKA  swasta yang mengendalikan program franchise.
Panjanglah saya berbual, berbincang dan sempat juga berkongsi pengalaman dengan anak muda ini. Kelihatannya, dia pun sangat teruja selama berkecimpung dalam indusrti pendidikan awal kanak-kanak ini. Orangnya kecil molek dan memang berperwatakan seperti suka dikelilingi oleh kanak-kanak.
Hakikatnya, bukan semua orang suka dengan hingar bingar kanak-kanak tau.  Baru semalam saya bertanya pada seseorang, apa perasaan dia jika diberi peluang berada seketika di TASKA. Spontan dia mengelengkan kepala, seraya berkata
" jaga anak seorang pun pening, lagi lah tengok anak-anak berkejaran dan tak boleh duduk diam di TASKA tu"  saya pun tersenyum mendengar kata-katanya itu.
Lalu saya teringat suatu ketika dulu,  pejabat saya betul-betul di dalam TASKA.  Ada orang tanya, ' macamana puan boleh buat kerja-kerja dokumen dalam keadaan hingar bingar kanak-kanak bermain dan suara bayi menangis?', pun saya senyum  juga. 
Jawab saya, sudah terbiasa dengan suasana itu, sebenarnya, kekadang stress juga, tapi buat tak dengar saja lah.
Hah, berbalik kisah pensyarah lelaki muda tadi,  saya cuba korek pengalaman kerjanya ketika di TADIKA swasta dulu.   Saya tanya, apa pandangan  dia tentang suasana pengajaran dan pembelajaran di TADIKA.
Saya ingat tentu dia akan cerita pada saya bagaimana cikgu-cikgu TADIKA mengendalikan pelbagai aktiviti menarik dengan kanak-kanak disamping memastikan kanak-kanak belajar mengikut modul yang ditetapkan.
Akan tetapi, sebaliknya dia berkata apa yang dia rasa .   Katanya agak stress dengan cara cikgu-cikgu di TADIKA franchise mengajar anak-anak.  Selalu marah-marah, selalu jerit-jerit suruh anak-anak buat itu buat ini. 
Kesimpulannnya, anak-anak TADIKA yang kebanyakannya berumur seawal 3 tahun itu mesti siapkan worksheet yang di beri, hantar homework dan fokus ketika dalam kelas.
Pensyarah muda itu kata, dia tidak faham mengapa cikgu-cikgu TADIKA menafikan hak seorang yang bergelar kanak-kanak untuk bermain dan merasa seronok ketika berada di TADIKA.  Saya termenung berfikir sebentar, lalu bagaimana dengan trademark ayat  'belajar sambil bermain hak kanak-kanak' ?  Adakah ia sekadar ayat yang hanya disebut tetapi tidak diaplikasikan sepenuhnya?
Kelihatanlah dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, walaupun ada tema 'play school'   &  'learn through play'  tapi hakikatnya tidak di aplikasikan sebaiknya, sebaliknya kanak-kanak TADIKA belajar persis seperti di sekolah rendah.
Jadi, bagaimana ya?
Adakah anda juga pendidik di TADIKA?
Tolong fahami maksud pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar ya, itu saja yang ingin saya ingatkan.
Mungkin ibu bapa pun tidak faham, maka peranan kitalah insan yang dikatakan  berpengalaman dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, kitalah yang seharusnya memaklumkan atau educate ibu bapa.
Anak-anak umpama dedaun yang berguguran  di tiup angin dari sebatang pokok yang besar.  Bila ditiup angin, dedaun akan berterbangan ke sana ke mari. Ada berterbangan tinggi, ada yang berterbangan rendah, ada ke hulu, kehilir, namun matlamatnya tetap sama, iaitu semua daun akan turun mendarat ke tanah. Yang bezanya, cepat atau lambat mencecah ke tanah.
Begitu jugalah diibaratkan kanak-kanak, mereka semua sama seperti daun, mempunyai bentuk , corak dan warna yang sama.  Mereka adalah kanak-kanak normal yang mampu mencapai pelbagai tahap perkembangan cuma potensi pencapaiannya berbeza antara satu sama lain.  Hakikatnya setiap kanak-kanak mempunyai potensi unik yang berbeza antara satu sama lain. Namun, objektifnya tetap  sama, suatu hari nanti mereka akan mencapai tahap maksima pada potensi dalam diri mereka jika diberi galakan dan sokongan berterusan secara semulajadi dalam persekitaran kondusif yang menyeronokkan dan menepati fakta ' belajar sambil bermain hak kanak-kanak'.
Jadilah pendidik kanak-kanak yang berwibawa.
Catatan pandangan saya

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          







RM 40     / RM 30

Thursday 17 August 2017

Bengkel Perniagaan TASKA

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




BENGKEL PERNIAGAAN TASKA

Tahukah anda definisi TASKA?

TASKA adalah man-mana premis yang menjaga kanak-kanak di bawah umur 4 tahun lebih dari 4 orang dalam satu-satu masa dan menerima upah dari jagaan tersebut.

Terdapat 4 kategori TASKA :

1. TASKA Institusi
2. TASKA Di Rumah
3. TASKA Di tempat kerja
4. TASKA Komuniti


Dalam tinjauan pemerhatian saya, ramai betul individu yang berminat untuk memulakan perniagaan TASKA ini. Tengok orang lain usahakan TASKA, kita pun teringin nak usahakan TASKA. Nampak seperti mudah sangat memulakan perniagaan TASKA, tapi benarkah ia mudah?

Seperti saya nyatakan tadi, ramai individu terutama wanita, bercadang untuk berhenti bekerja dengan majikan dan mula memikirkan perniagaan yang paling sesuai dengan mereka. Pilih punya pilih, ramailah yang terfikir idea mengusahakan perniagaan TASKA. Tapi, bagaimana nak mula, itulah persoalan paling utama yang perlu difikirkan.


Memang ramailah di luar sana yang telah menghubungi saya secara peribadi bagi mengetahui langkah memulakan perniagaan TASKA ini.  Saya sendiri telah menghasilkan satu EBOOK berkaitan langkah-langkah awal memulakan perniagaan TASKA ini.  Ramai sekali peminat EBOOK ini.




Namun, mungkin ada yang sangat menginginkan untuk menyertaikan sebarang Bengkel berkaitan. Saya telah pernah pun mengendalikan beberapa sesi Bengkel Perniagaan TASKA sebelum ini.

Untuk yang baru teringin menceburi industri perniagaan TASKA ini, sekali lagi, saya akan adakan Bengkel Perniagaan TASKA ini. 

Hmmm, jadi,  jangan risau ya, untuk puan-puan atau mungkin ada tuan-tuan yang juga berminat, nantikan bengkel kendalian saya ini;


Hubungi saya segera untuk pendaftaran awal.

YURAN BENGKEL SATU HARI HANYA RM 150. Yuran termasuk sijil dan sarapan pagi sahaja. 

BENGKEL PERNIAGAAN TASKA

Tarikh : 29 Oktober 2017.

Tempat: Ulu kelang, K.Lumpur.
Masa: 09.30 am ,- 0500 petang.

Tempat terhad ya.

Hubungi saya 0167235080



Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          






RM 40     / RM 30



HUBUNGI SAYA DI 0167235080







Wednesday 16 August 2017

Aktiviti Perkembangan Awal Matematik

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Aktiviti Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik.

Assalam.
Mungkin ada pendidik TASKA yang tiada idea untuk jalankan aktiviti bersama kanak-kanak berkaitan Perkembangan awal matematik dan Pemikiran Logik.  Di sini, saya kongsikan 2 aktiviti yang perkembangan berkaitan yang boleh dijalankan bersama kanak-kanak berumur 2 - 4 tahun di TASKA.  Bergantung kepada umur kanak-kanak, adalah penting pendidik menyesuaikan cara aktiviti dijalankan ikut kebolehan mereka.

Sebelum buat aktiviti ini, fahami dulu secara asas konsep Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik ini. (PAMPL)

Berikut adalah antara konsep yang berkaitan PAMPL:

1. Ruang
2. Perbezaan warna
3. Saiz
4. ketinggian
5. Kedudukan
6. Masa
7. Nombor
8. Bentuk
9. Seriasi
10. Turutan 
12. Perbandingan

PAMPL juga berkaitan kaitan sesuatu perkara dengan objek dalam persekitaran.  Misalnya , jika hari hujan, memerlukan payung.


AKTIVITI 1 : CANTUMKAN PUZZLE BESAR





Bahan-bahan : Kotak dan warna air sahaja.





AKTIVITI 2 :  MENCUCUK BUNGA PADA TAPAK MENGIKUT WARNA YANG SAMA.



Bahan-bahan : Kotak, kertas warna dan lidi sahaja




Untuk makluman, bahan aktiviti di atas adalah dari bahan buat sendiri yang dihasilkan oleh pelajar saya yang mengikuti program:

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  Tahap 3 - Pendidikan dan penjagaan Awal kanak-Kanak



Pelajar yang mengikuti program ini belajar 70% latihan 'hands on' dan hanya 30% sahaja berkaitan teori.  mereka adalah pelajar yang bakal digilap hingga berketerampilan sebagai seorang pendidik di TASKA.

Ada sesiapa yang ingin belajar SKM ini?


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          







RM 40     / RM 30



HUBUNGI SAYA DI 0167235080


Motivasi diri

Tip penting untuk sentiasa rasa bersemangat dalam hidup ini.

Perlu selalu ada rasa yang diri kita ini berguna dan penting kepada  yang ada di sekeliling kita.  Jadinya, untuk rasa diri  berguna, tolong mesti ada rasa tanggungjawab  terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Ingat tu...
" Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

So, aktifkan diri dan bergerak maju ke hadapan.

#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

Cerita remaja

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraisamil@gmail.com

Cerita remaja.
Sekadar berkongsi cerita remaja yang terdengar tadi, berkenaan beberapa orang anak muda pelajar lelaki berusia antara 17 tahun dan awal 20an. Kesian pun ada. Ditangkap dan ditahan polis sejak bulan Ramadhan lalu, dan hingga kini berada di penjara atas kesalahan dadah.

Bercucuran airmata tatkala dikunjungi keluarga dan kawan-kawan. Umur muda yang diisi perkara tidak berfaedah, akibatnya diri sendiri yang menanggung segala perit jerih susah payah menjadi penghuni muda di dalam penjara. Berderai airmata kini mungkin menyesal, mungkin juga tidak tergambar rasa siksanya hidup kini.

Aduhai anak-anak muda, usia muda bukan untuk buat sesuatu ikut hawa nafsu dan jiwa muda. Justeru itu, berhati-hatilah dalam memilih kawan. Pilihlah kawan yang senantiasa boleh memimpin tangan kita ke jalan yang benar. Pilihlah kawan yang sentiasa ada matlamat dan inisiatif untuk menjadi insan positif yang berjaya di dunia dan akhirat.

Kasihani pada kedua ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan hidup anak-anaknya.
Sentiasalah muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik.
Doa yang baik untuk semua anak-anak sendiri dan anak-anak didik ku.


#Norazurachildcarepractitioner


Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          







RM 40     / RM 30



HUBUNGI SAYA DI 0167235080



Wanita dan pengorbanan

Oleh :  Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Wanita dan pengorbanan.
Adakah pengorbanan kita wanita,  sebagai isteri dan ibu sekuat pengorbanan Siti Hajar wanita syurga?
Sanggupkah kita berkorban seperti Siti Hajar yang ditinggalkan sendirian bersama anaknya Ismail, di tanah yang kering kontang?

Aduhai, kami wanita, mungkin tidak mampu berkorban sekuat seperti Siti Hajar, namun kami tetap mempunyai niat dan tekad untuk menjadi seperti dia, Siti Hajar penghuni syurga.
Niat kami kerana Allah.
Lihatlah kami, para wanita.
Betapa setia dan taatnya kami wanita sebagai isteri, rela berkorban apa sahaja kerana suami tercinta yang telah Allah rencanakan untuk kami. Sanggup kami bersusah payah dan senang bersama, tanpa mengira apa jua keadaan.

Maka, kasihilah dan hargailah kami sepenuh hatimu wahai yang bergelar suami.
Betapa peritnya kami wanita, melahirkan zuriat amanah Allah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa.  Jerih dan  penat lagi membesar dan mengasuh anak hingga mereka menjadi insan yang sempurna. Maka, ingatilah  kami dan doakan kami ibu mu, wahai anak-anak.
Demi keluarga tercinta, demi kehidupan keluarga yang lebih sempurna, lalu kami wanita ini, sanggup keluar rumah, berpenat lelah, berhempas pulas, tekun berusaha bersama para suami mencari rezeki kehidupan bersama tanpa keluh kesah. Apa yang kami perolehi, semuanya untuk keluarga kami juga, bukan untuk yang lain, jauh sekali untuk keperluan kami semata. Tidaklah pernah kami berkira dalam berkongsi mencari nafkah bersama, walau bukan itu tanggungjawab kami.
Lalu....., lelaki yang bergelar suami,  insan yang bergelar anak, ingatilah dan hargailah sepenuh jiwamu, perit jerih pengorbanan kami ini, para wanita.

Sesungguhnya, kami sedar,  tidaklah sebesar manapun pengorbanan kami jika dibandingkan dengan pengorbanan wanita bernama  Siti Hajar.
Namun, inilah kami.....
wanita, isteri dan ibu yang sanggup berkorban segalanya demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta.
Tiada apa yang di pinta  kerana Allah jua yang mengetahui keikhlasan hati kami.
Justeru itu, dengarkan lah rayuan hati kami,  wahai para suami yang kami cintai kerana Allah, tolong jangan khianati hati wanitamu ini.
Lalu para anak pula, tolong jangan sesekali disakiti hati ibumu ini.

Wahai Allah, rahmati kami , hamba-hambaMU ini.
Siti Hajar,  lambang pengorbanan seorang wanita solehah.



Catatan pandangan seorang wanita
#Norazurachildcarepractitioner





Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          






RM 40   /   RM 30

HUBUNGI SAYA DI 0167235080