Sunday 22 July 2018

Pengasuh TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Agak viral baru-baru ini akan kisah kematian seorang bayi berumur 5 bulan di rumah pengasuhnya di mana mayat bayi tersebut telah dijumpai di dalam peti sejuk di rumah pengasuh tersebut. Suatu kematian kanak-kanak yang amat tragis dan mengemparkan para ibu bapa apatah lagi keseluruhan warga pengasuh dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.

Dari ibu bapa, pengasuh TASKA, masyarakat setempat hinggalah ke peringkat menteri memperkatakan isu pengasuhan dan keselamatan kanak-kanak di sesuatu premis penjagaan.

Apalah yang boleh diperkatakan lagi. Kematian bayi tersebut sangat memberi impak terutamana kepada ibu bapa bayi tersebut. 
Tempias negatif turut dirasai oleh semua pengasuh dari apa pun jua kategori TASKA


Apakah kriteria yang diperlukan bagi melayakkan seseorang menjadi pengasuh?

Tentunya sekali dari segi sikap, imej dan nilai diri pengasuh tersebut perlu mempunyai ciri-ciri seperti kasih sayang, keceriaan, sabar, prihatin, peka, bertanggungjawab , amanah dan banyak lagi.
Dari segi peraturan pula, kepada setiap yang ingin bekerja sebagai pengasuh samada di TASKA maupun di rumah perlulah didaftarkan sebagai pengasuh yang berdaftar.

ANTARA SYARATNYA:

Telah mengikuti dan lulus Kursus wajib yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan, iaitu Kursus Asuhan da Didikan Awal kanak-Kanak PERMATA. Senang dan mudah sekali rupanya. Setakat ini belum diwajibkan sebarang saringan fizikal maupun kesihatan dalam kelayakan sebagai pengasuh.

Ikuti slot temubual saya;



Titik sentuhan - Pengasuh Bertauliah



Lain-lain syarat, memang telah bersedia menghadapi cabaran sebagai pengasuh@pendidik kanak-kanak dalam apa jua hal sekali pun.
Cuba hadir ke kursus-kursus yang berkaitan.

Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.






Anak kita

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian Google



Andaikanlah.....
Anak kita....
Kita dapati anak kita sangat pintar  dan dia mempunyai kecerdikan minda serta  ingatan  yang sangat baik.
Andaikan dia seorang yang yang kita rasa genius budaknya hinggakan tanpa perlu menelaah dia pasti akan perolehi keputusan yang baik jika kecerdikannya itu sekadar diuji melalui helaian kertas peperiksaan.
Setiap kali exam, setiap kali mesti score A.
Apa kita rasa ??
Wahhh.!!.anak itu memang hebat kan....
Wahhh!!!  bangganya dengan anak itu...sentiasa membuatkan  kita sebagai ibu bapa senyum sinis lagi meleret melihat pencapaian keputusan peperiksaannya
Akan tetapi.....
Dari hari ke hari...kita mula dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan anak ini.
Dia seorang pelajar yang suka tidur dalam kelas, kurang displin dan selalu tidak siap homework yang diberi, ...hakikatnya dia mengaku kurang suka dengan apa yang dipelajari secara teori itu.
Dia suka duduk seorang diri menghadap hp dan main game berjam- jam lamanya sambil jari jemarinya pantas mengetik laju di atas skrin hp.
Dia mempunyai banyak masalah sikap ...tidak suka mencari idea dan jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak boleh terima tanggungjawab.
Dia suka menyakat adiknya tetapi dia bukan seorang yang sosial...lebih banyak duduk di rumah dan sangat kurang berkawan.
Sangat sukar berbincang dengannya.
Sangat sukar suka memahami apa yang diingininya.
Terdetik di dalam hati, inikah yang dikatakan 'behavioural disorder' atau keperluan tingkahlaku.
Aduhhh...kita celaru, pening jadinya,  ada sahaja masalah yang timbul dari dia..
Namun..
Dia memang sangat cerdik orangnya
Sekali lihat..seimbas di fikirkan...dia seorang yang normal sahaja tetapi jika ini yang kita dapati berlaku pada anak kita,  mungkinkah  anak ini boleh dikategorikan sebagai anak  bekeperluan khas.
Dia perlu dibimbing dan dibantu.
Masalah anak ini  sepatutnya perlu dikenalpasti, difahami dan didiagnos sedari awal usia lagi supaya kita sebagai ibu bapa boleh juga turut bantu lorongkan arah yang sesuai  ke arah potensi masa depan  si anak.
Sebenarnya...ramai di kalangan kita apatah pendidik maupun ibu bapa, kita tidak memahami tingkahlaku anak-anak.
Kita kan suka ikut kepala kita sahaja...
Kita kata...Anak nakallah..
Anak tak boleh duduk diamlah..
Anak degillah..
Anak tidak pandailah..
Dan macam- macam.
Betul tak?
Itu jelah pesepsi kita terhadap anak-anak tanpa kita tahu mungkin anak kita memang bertingkahlaku semulajadi seorang kanak-kanak atau mungkin juga  anak kita  ada masalah keperluan  yang perlu diberi perhatian.
Cuba fokus lihat anak kita , dan jangan menilai dia dari satu sudut sahaja..
Sangat penting untuk kita memahami dan mengenali tingkahlaku, sikap dan potensi serta bakat  seorang anak sedari awal usia lagi.
Samada kita adalah ibu bapa atau  pendidik, kita  perlu belajar memahaminya.
Apa kata..sebagai asasnya;
Jom Join Bengkel Kenali  Sikap dan Potensi Anak Kita.
- Fahami tingkahlaku@sikap semulajadi anak
- Ketahui tingkahlaku anak dari persepsi terapi kerja kanak-kanak.
- Kenali potensi@bakat anak.
Jika kita ibu bapa. Jika kita pendidik, pastikan kita mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan tingkahlaku kanak-kanak.




Anda boleh hubungi saya:


Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40


TERKINI, bersama pakej RPA PERKEMBANGAN, saya telah berjaya hasilkan EBOOK RPA BERTEMA, yang mempunyai 8 tema dulu.


HARGA RPA BERTEMA ( 35 RPA DENGAN 9 TEMA) - RM25




PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642




Terima kasih.





Wednesday 18 July 2018

Rasa Cinta Manusia

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraisamail@gmail.com

Assalamualaikum.
Pagi ini, sang penulis ingin menulis tentang rasa cinta.
Adakah anda sedang mencari cinta?

Manusia ini memang tidak pernah rasa puas kerana cinta samada mencintai atau ingin dicintai. Sebolehnya manusia ingin memiliki rasa cinta sepenuhnya.  Namun, mengapa selalu sahaja rasa cinta yang kita dambakan atau yang kita beri tidak memadai dan ada sahaja rintangannya.  Sememangnya memiliki rasa cinta adalah suatu pengorbanan perasaan yang sering diuji.
Ingat tak, semasa kita kecil dan sudah boleh memahami perasaan ingin disayangi dan dicintai oleh kedua ibu bapa kita. Namun, ingat tak, seringkali kita merunggut dan rasa tidak puas hati bila kita kena marah atau bila kita lihat ibu bapa kita seperti melebihkan adik beradik lain.  Mulalah kita sangka ibu bapa tidak sayangkan kita.  

Kita pun mula rasa sedih sendiri.
Ingat tak, bila kita mula menginjak usia remaja , perasaan ingin mencintai dan dicintai hadir dengan indahnya dalam jiwa muda kita.  Kata orang, zaman itu, cinta menjadi buta. Sanggup harungi apa sahaja kerana cinta.  Lalu, jadilah zaman itu, zaman cinta.monyet, cinta yang kekadang tiada hala tuju dalam kehidupan. Cinta yang mengusutkan hati dan fikiran. Sering juga, tanpa iman, cinta tersebut boleh jadi memusnahkan kehidupan kita. Sungguh, cinta zaman muda remaja tiada yang pernah rasa puasnya.

Sedetik ke depan, kita mula dianugerahkan rasa cinta suci sepasang insan bergelar suami isteri.  Sepenuhnya, kedua pasangan cuba memberi dan menerima cinta sebaiknya.  Namun, cinta yang halal ini tak kurang juga rintangan, pengorbanan dan ujian  yang harus dilalui bersama.  Ada saja rasa kurang sempurna antara kedua insan ini.  Ada juga cinta yang tidak pandai dihargainya oleh si dia. Sering kedua pihak sangat menginginkan cinta yang sejati antara keduanya. Ada kalanya, sukar meramal apa yang ada dalam.hati pasangan kita. Ada tikanya, cinta yang halal ini juga sering tidak dijaga dengan baik, malah ada juga yang selalu dikhianati.  
Cinta halal ini sepatutnya membawa ke syurga.

Lihat pula, cinta yang dinantikan oleh si ibu bapa dari anak-anak yang telah dewasa.  Bila telah tua, cinta dari anak sangatlah didambakan. Tetapi, andai terlalu mengharap ketulusan cinta dari anak-anak, takut kelak meruntun hati sendiri. Cinta dan.sayang anak-anak terhadap orang tuanya sangatlah sukar dijangka. Sejauh mana rasa ikhlas anak-anak ini, mereka sahaja yang mengetahui.

Lalu, aku sang penulis ini berfikir dan bermuhasabah  sejenak.
Dimanakah cinta yang benar-benar suci dan ikhlas?
Ah, cinta dunia memang begitu.  Kekadang penuh tipu daya. Cinta dunia sering di uji.  Cinta dunia sukar diramal dan ditelek keikhlasannya.

Lalu, perlahan-lahan aku sedar. Ku bukakan minda, akal dan hati ini seluasnya, memohon dan mengharap CINTA yang satu.
Cinta pada DIA , ALLAH tuhan semesta alam di mana DIA jugalah yang telah menzahirkan rasa cinta dalam hati setiap insan. DIA yang Maha mendengar rintihan rasa cinta kita.  Cinta DIA yang pasti setia abadi tak akan pudar selamanya. 
Lalu,  Jadilah hamba yang mencintai dan dicintai oleh DIA.  Itulah hakikat cinta maha agung cinta hakiki dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Realitinya, Cinta manusia akhirya akan pudar dan layu  jua jika tiada dibajai rasa cinta kerana ALLaH.

Alhamdullillah.

Catatan pandangan saya;
#Norazurachildcarepractitioner

Friday 13 July 2018

Didik Anak dengan Akhlak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


DIDIK ANAK DENGAN AKHLAK.

Jemput baca jika ada anak kecil;
Pada cuti hari raya baru-baru ini, saya telah berkunjung ke beberapa rumah sedara mara yang mempunyai anak-anak awal usia antara bayi hingga ke peringkat sekolah rendah. Macam-macam lah kerenah anak-anak yang terlihat sepanjang semua bercuti hari raya bersama keluarga masing-masing. Saya sendiri pun tidak mempunyai anak kecil lagi kecuali anak bongsu saya yang berumur 8 tahun dan abangnya yang berumur 10 tahun.  Itulah yang paling kecil dan sangatlah aktif dengan pelbagai aktiviti menyeluruh ketika di rumah.   Melihat kerenah anak-anak sedara mara ni, lalu memang benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.

Al kisah saya telah melihat beberapa senario apabila ibu bapa berhadapan dengan kerenah anak-anak. Kalau anak masih di bawah umur 4 tahun atau masih di awal usia, mungkin banyak perkara kita boleh beri perhatian atau bagi muka.  Tetapi, kalau anak-anak yang sudah besar, yang sudah berumur 5, 6, 7, 8 hatta 12 tahun sekalipun,  bagaimana? Adakah  kita patut melayan setiap kerenah@permintaan anak.
Adakah setiap apa yang anak ingini kita akan bagi?  Atau ibu bapa terima sahaja apa yang anak-anak ingin katakan.

Jika di usia anak sudah agak besar, akan tetapi apa yang anak ingini kita kotakan, maknanya kita sedang mendidik anak untuk tidak pandai merasa susah atau tidak tahu erti sabar atau kepayahan dalam mendapatkan sesuatu. Lalu benarlah, anak-anak, ibu bapa mencorakkannya.

Saya terlihat suatu situasi apabila seorang anak merengek-rengek sesuatu dengan ibunya. Ibunya berkata dengan lembut beberapa kali, sambil memeluk si anak: "nantilah dulu, mama tengah cakap dengan auntie, nanti mama belikan"   Anak itu seperti tidak faham, tetapi  terus merenggek persis mengada-ngada.  Si ibu sebenarnya sedang berbual-bual bersama saya. Secara tiba-tiba anak yang merenggek itu memukul-mukul paha ibunya lalu menghantuk kepalanya ke dinding sambil  berkata;
"Ibu tak faham, ibu saja tak nak dengar"  Anak itu berusia lingkungan 8 tahun. Memang terperanjat saya melihat situasi tersebut. Si ibu terus spontan  memeluk si anak sambil mengelak si anak dari terus menghantuk kepalanya ke dinding. Si ibu juga berjanji akan bagi apa yang anak minta.  Aduhai, kenapa jadi begitu, si anak seperti sedang protes atau sedang menggugut si ibu untuk segera memenuhi permintaannya.

Satu lagi situasi yang saya lihat.  Si anak juga berumur dalam 7 atau 8 tahun.   Si ibu telah tertumpahkan air dan mengenai baju gaun si anak. Si anak terus secara spontan berkata,
"Apa ni, adik nak makan pun tak senang lah. habis baju adik"   Si ibu cepat-cepat minta maaf pada si anak.  Hmmm, apa kata kalau situasi itu dibuat oleh anak dewasa kepada si ibu yang telah tua.  Di usia anak  yang masih muda, mungkin si ibu tidak rasa hati atau rasa apa- apa. Tetapi, jika berterusan bercakap begitu, bagaimanakah akhlak anak apabila dewasa kelak.  Si ibu itu tidak marah atau tidak menegur pun tingkah anak itu. Adakah si ibu sedang mendidik anak menjadi kurang ajar.  Benarlah, anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya.

Ada lagi situasi yang saya lihat bila si ibu sentiasa menangkan anaknya walaupun anak berbuat salah yang terang nyata.   Marahnya dan tegurannya sikit sangat tetapi memanjakan anak begitulah melimpah ruahnya. ( Jika ayat inilah yang boleh saya gunakan)

Baru semalam saya dengar di radio IKIM , mengatakan bahawa kajian dibuat terhadap anak-anak zaman it yang terdedah kepada gadget sejak awal usia lagi. Antaranya,  anak-anak ini tidak fokus ketika bercakap dengan ibu bapa  apatah lagi jika mereka sejak main game di telefon bimbit.  Kekadang anak bercakap dengan ibu bapa,  tetapi matanya asyik memandang skrin telefon bimbit.  Dan jangan terkejut bila ada ibu bapa yang memberikan anak-anak seawal umur 10 hingga 12 tahun  dengan telefon bimbit yang penuh dengan data internet.  Tidak terfikirkah apa yang anak-anak boleh search di alam maya?

Macam-macam yang saya fikirkan.. Menurut apa yang saya dengar dari pendapat bijak pandai, gadget sangat mendidik anak menjadi generasi yang tidak menghormati orang tua dan yang tidak pandai berkomunikasi dengan berkesan.
anak-anak, ibu bapa yang mencorakkannya. Corakkan ia dengan corak terindah dan terbaik.  Corakkan ia dengan ungkapan dan warna-warna akhlak yang mulia.
Anak-anak ibarat kain putih di mana yang mencorakkannya tentulah ibu dan bapanya. Justeru itu, bagaimanana acuan yang digunakan, begitulah corak yang bakal terhasil.

Wahai ibu, wahai bapa, penting sangat untuk didik anak-anak dengan akhlak,  adap dan perilaku yang baik apatah lagi bila berurusan dengan ibu bapa atau orang tua.  Siapa dan apa sikap anak bila dewasa kelak, kitalah jua para ibu bapa yang memulakannya.  Jom, bersama kita fikirkan.


Catatan saya
#Norazurachildcarepractitioner

Thursday 12 July 2018

Panduan SKM Childcare

Bincang bual.
Ada orang bertanya kepada saya, apakah itu SKM DKM melalui Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT) bagi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Lalu, saya terangkan.
Ia adalah satu bentuk persijilan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),  yang memberi  pengiktirafan kepada  mana-mana individu layak  dalam industri berkaitan, di mana individu tersebut perlu membuktikan pengalamannya  menepati standard keterampilan dalam persijilan ini.

Persijilan ini juga membolehkan seseorang yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian sebelum ini untuk  memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini.

Justeru itu,
Berapakah minima tahun pengalaman yang diperlukan yang menjadi pra syarat kelayakan  bagi memohon persijilan ini?

SKM - 3 tahun
SKM DKM - 5 tahun.

Memandangkan kini, begitu ramai sekali individu yang berlumba-lumba bagi mendapatkan persijilan ini,
Jadi, pastikan mana-mana individu yang layak, benar-benar menepati tahun pengalaman yang ditetapkan.
Jangan tipu-tipu ya.
Pastikan juga anda benar-benar memahami perjalanan  persijilan ini.

Ini bagi memastikan tahap kualiti persijilan SKM DKM  ini sentiasa terpelihara.

Bagi yang layak memohon, jangan risau, anda akan dibimbing oleh personel lantikan yang diiktiraf dalam  melalui sesi ini sehingga anda berjaya memperolehi SKM DKM.

Alhamdullillah, dengan adanya pengiktirafan seperti ini, mudahan industri ini akan lebih meriah dengan ramai pengiat industri yang memiliki keterampilan yang diiktiraf.

#Norazuraskmpractirioner
#Norazurapersonelkemahiran

Latihan untuk pengasuh

Dulu kan.....
Apabila bekas majikan saya memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan,  tidaklah saya merunggut untuk menghadirinya. Malah saya rasa teruja kerana dipilih oleh majikan. Saya fikirkan yang positif sahaja. Tanpa menoleh ke belakang, saya terus pandang luas pelbagai peluang masa depan.  Pada saya ketika itu, saya perlu rebut segala ilmu yang berada di depan mata.  Positif dan terus positif selalu walau pelbagai cabaran yang dihadapi.

Alhamdullillah, hasil dari semua kursus dan latihan serta peluang pengalaman  dulu, kesan positifnya sangat-sangatlah terserlah pada hari ini.  Terima kasih kepada bekas majikan saya dulu.

Syukur-syukur, dengan izinNYA, saya terus mengorak langkah dalam industri ini.

Jadi, sekadar pesanan saya kepada pendidik yang bekerja di TASKA TADIKA khasnya, tolong fikir dan renungkan;
tolong rebut apa sahaja  peluang yang pengusaha berikan, misalnya ada pengusaha beri peluang kepada pekerja untuk dapatkan SKM atau ikut Kursus Asuhan PERMATA.  Tolong jangan merunggut dan mengalah jika anda juga ingin jadi individu yang berjaya dalam industri ini.  Usaha, doa dan positif selalu. InsyAllah.

Saya;
Pakar Pengajar Kemahiran
Jurulatih Bengkel Latihan Kemahiran
Penulis Ebook TASKA
Panel Persijilan Kemahiran Malaysia
Perunding TASKA TADIKA
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Wednesday 11 July 2018

Rekod TASKA

Pengendalian rekod-rekod yang betul  tersusun lagi teratur di premis TASKA menunjukkan keprofessionalan pengurusan sesuatu TASKA.
Setuju tak?

Kebetulan, saya sedang kendalikan sesi pembangunan portfolio calon- calon Diploma Kemahiran Malaysia , bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak- Kanak melalui kaedah Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu. (PPT).  Melalui kaedah PPT calon perlu kumpulkan semua bukti-bukti kerja yang telah dijalankan di TASKA.
Tahu tak, apa masalahnya?

Kebanyakan calon saya, personal TASKA ini, tidak ada menyimpan sedia ada dokumen atau rekod yang diperlukan di TASKA seperti Rekod Pemeriksaan Fizikal, Rekod Ubatan, Rekid semak barangan Peribadi, Rekod Aduan ibu bapa dan sebagainya. Ramai yang tidak dapat sediakan dokumen- dokumen ini sebagai bukti.

Kesimpulannya, jika TASKA ada catatan buku Log Harian Kanak-kanak, itu adalah milik ibu bapa. TASKA sendiri perlu keluarkan semua item tersebut dalam rekod-rekod sendiri.utk rujukan TASKA. Jangan lupa, rekod pengurusan, pentadbiran dan pekerja TASKA. Barulah boleh jadi  TASKA professional.

Jom, buat SKM/DKM