Wednesday 9 November 2016

Anak-anak berjaya bukan semestinya cerdik akademik

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak-anak berjaya bukan semestinya cerdik akademik. Benarkah kenyataan saya ini?

Suatu waktu dulu, ketika saya mengusahakan perniagaan TADIKA sendiri, salah satu objektif penting untuk saya capai ialah memastikan  anak-anak didik yang rata-rata berusia antara 4, 5 dan 6 tahun ini boleh membaca dengan baik sebelum memasuki tahun satu di sekolah rendah. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, saya akan selalu latih tubi dan buat kelas tambahan untuk anak-anak ini. Ibu bapa pula akan menyambung latih tubi membaca di rumah bagi sama-sama merealisasikan objektif saya tadi.

Ketika itu, saya sangat baru dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Saya rasa itulah bentuk pendidikan yang terbaik untuk anak-anak awal usia. Tambahan lagi, ibu bapa sendiri sangat teruja untuk melihat anak-anak boleh membaca di awal usia.


Hari ini,usia pengalaman saya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini telah menjangkau lebih dari 17 tahun. Sungguh, saya tidak lagi mempunyai persepsi objektif seperti dulu. Kini, saya tidak lagi mengusaahkan TADIKA sebaliknya saya terjun ke bidang kemahiran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih luas lagi. Saya belajar memahami kanak-kanak sedari usia sejak dalam kandungan ibunya lagi. Saya juga memperolehi ilmu dan pengalaman yang lebih luas lagi melalui setiap pengalaman sebenar yang saya lalui sepanjang karier saya dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.

Rupa-rupanya anak-anak mempunyai pelbagai potensi dan kecerdikan yang perlu dilihat dan dinilai dari pelbagai sudurt dan aspek. Rupa-rupanya masih ramai lagi, kita orang dewasa tidak memahami maksud sebenar pendidikan awal kanak-kanak.

Tidaklah betul sama sekali, jika kita hanya menilai kebolehan dan kecerdikan anak-anak dari sudut pencapaian akademik sahaja atau jika di peringkat TADIKA, kita rasa anak yang cerdik adalah anak-anak yang pandai membaca. Realitinya tidaklah benar sama sekali. Itulah pandangan saya bahawa anak-anak berjaya bukan semestinya cerdik akademik.


Saya masih ingat lagi dulu, ketika saya buat kelas insentif membaca secara fonik, anak-anak akan 'one to one' duduk di sebelah saya dan saya akan latih tubi mereka  menyebut bunyi  huruf dalam setiap helaian buku fonik tersebut,  Anak anak akan diminta fokus pada sesi belajar dan  ulang sebut berulang kali hingga dapat. Hasilnya anak-anak ini memang boleh membaca  kerana otak anak-anak umpama span yang cepat menyerap apa sahaja ilmu yang diberi . Lalu, seronoklah dan turut teruja kita sebagai ibu bapa maupun pendidik bila anak boleh membaca seawal usia lagi.

Akan tetapi, kita lupa yang anak tersebut dapat kebolehan membaca tersebut dalam keadaan dipaksa dalam dalam emosi sebagai kanak-kanak  yang telah dicantas oleh kita sebagai orang dewasa. Contohnya,  anak didik  TADIKA saya itu memang boleh membaca, tapi dia jadi anak yang pendiam, malu berkata-kata, kurang keyakinan diri dan tak reti bergaul dengan kanwan-kawan sebaya  kerana dunianya hanyalah membaca.

Kadang-kadang kita tidak belajar menghormati hak kanak-kanak tetapi kita lebih ingin anak-anak jadi dan buat apa yang kita ingini.

Kebetulan saya terdengar tadi Menteri Pendidikan kita menyeru supaya pelajar-pelajar  di  Sekolah Berasrama Penuh(SBP)  perlulah cemerlang secara holistic (menyeluruh) iaitu perlu tunjuk kecemerlangan  dari pelbagai sudut dan aspek kemahiran kehidupan bukan hanya tunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik sahaja.


Anak-anak berjaya bukan semestinya cerdik akademik.
Yang pandai bukan hanya yang cerdik akademik.
Yang berjaya dalam hidup bukan hanya yang cemerlang dalam peperiksaan.
Yang pandai, yang berjaya ialah yang potensi dalam dirinya telah dikenalpasti dan digilap sedari kecil lagi.
Jom,samada kita sebagai ibu bapa atau pendidik sama-sama fikir dan renungkan.

Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25







Monday 7 November 2016

Anak-anak belajar melalui pengalaman

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kanak-kanak lebih belajar sesuatu perkara melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri sepanjang tempoh pembesarannya.  Oleh kerana anak-anak belajar melalui pengalaman maka orang dewasa perlu menjadikan setiap pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak sebagai satu proses pembelajaran yang menyeronokkan.

Fakta :
Kajian sains neuro menunjukkan bahawa kebanyakan daripada hubungan sinaps yang akan kekal sepanjang hidup ialah yang dibina semasa tiga tahun pertama umur kanak-kanak. Dalam 3 tahun pertama ini, kanak-kanak belajar atau gagal belajar bergaul, cara melerai konflik, cara berinteraksi, cara memujuk dan cara meneroka dunia persekitarannya. (Bredekamp & Copple 1997). Oleh itu, adalah penting kanak-kanak sejak lahir lagi diberikan pengalaman pembelajaran dan rangsangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal.

Sumber dari : Buku Modul Kursus Asuhan PERMATA


Merujuk kepada fakta di atas, sebaik sahaja anak-anak lahir ke dunia, adalah penting untuk anak-anak ini  didedahkan kepada pengalaman dan aktiviti yang pelbagai yang dapat membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan yang lebih pesat.

Dengan kata lain, samada anak-anak diasuh  di rumah oleh ibu bapa sendiri atau oleh pengasuh di rumah atau mendapat asuhan di TASKA, sangatlah penting anak-anak diberi pelbagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan lebih-lebih lagi antara umur lahir sehingga 3 tahun.

Berdasarkan fakta tadi, pada ketika ini sipnaps sedang terbentuk dan mula berkembang pesat. kanak-kanak mudah menyerap apa sahaja pengalaman yang diperolehi pada waktu umut ini. Pada ketika ini juga pembentukan kecerdasan bermula. Pengalaman awal memberi pelbagai kesan samada positif atau negatif kepada anak-anak.

Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa atau pengasuh, sediakan persekitaran dan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Anak-anak yang dibeasarkan dalam persekitaran yang ceria dan menyeronnokkan serta penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan kreatif akan membesar dengan perkembangan yang baik dan sempurna.  Hakikat anak-anak belajar pelbagai perkara dalam kehidupan hanya melalui pengalaman sebenar yang dilaluinya setiap hari.


Oleh itu, samada kita adalah ibu bapa yang mengasuh anak sendiri, pengasuh atau pendidik di TASKA atau pengasuh rumah, perlu sentiasa kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea dalam merancang aktiviti dan program menarik untuk kanak-kanak. Jangan lupa juga sediakan persekitran yang kondusif iaitu yang sesuai, selesa dan selamat untuk anak-anak terus meneroka, mencuba dan memperolehi pelbagai pengalaman menyeronokkan.



Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25













TASKA dan Sijil Kemahiran Malaysia

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahukah anda apa itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

SKM adalah satu sijil yang menunjukkan seseorang itu mempunyai kemahiran yang diiktiraf dan telah terampil  melakukan sesuatu tugasan@kerja dalam sesuatu bidang@industri.
Dengan kata  lain, seorang individu yang memiliki SKM adalah individu yang mahir yang boleh melalakukan sesuatu kerja mengikut standard pekerjaan yang sebenar.


Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kaitan TASKA dan Sijil Kemahiran Malaysia. (SKM) dalam bidang Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Rata-rata samada pengusaha, pengasuh@pendidik di TASKA tidak memiliki sebarang sijil yang boleh mengiktiraf kemahiran mereka dalam mengendalikan tugas-tugas di TASKA.  Saya tekankan di sini ialah SIJIL KEMAHIRAN bukan Sijil Akademik.
Ada kalangan mereka telah bekerja bertahun-tahun di TASKA dan tentunya mereka sangat mahir dalam mengendalikan operasi harian di TASKA. Mungkin mereka juga  sekadar mempunyai Sijil wajib iaitu Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA. (KAP)


Untuk makluman, sebenarnya setiap kemahiran dan pengalaman samada yang dimiliki oleh pengusaha, pengasuh@pendidik di TASKA boleh diiktiraf dan  diterjemahkan ke dalam bentuk persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaeadah Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu.(PPT)

Mengapa TASKA dan Sijil Kemahiran Malaysia perlu berkait rapat?
Sudah samapi masanya  untuk  mengiktiraf setiap personnel di TASKA dan membantu mereka mendapatkan satu sijil yang membuktikan keterampilan dan kebolehkerjaan mereka sebagai personnel di TASKA.  Secara tidak langsung persijilan ini juga membantu pengusaha dan pengasuh@pendidik khasnya meningkatkan kualiti dan imej professional  dalam industri TASKA.


Bagaimanakah perlaksanaan SKM secara Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT)?

Calon (pengusaha, pengasuh@pendidik di TASKA) hanya perlu mengumpul bukti-bukti pengalaman mereka selama ini di TASKA dimana calon akan dibimbing untuk membangunkan portfolio atau projek berdasarkan pengalaman mereka. Calon seterusnya perlu menghadiri sesi penilaian dan temuduga. Mudahkan.
Kalau bukti kukuh dan lengkap, senang sahaja untuk memperolehi SKM ini.


Apakah contoh bukti yang boleh dikumpul?
Antaranya ialah sijil-sijil kursus yang pernah dihadiri berkaitan TASKA., rekod-rekod yang dikemaskini di TASKA, log harian kanak-kanak di TASKA dan apa sahaja bukti dokumen yang berkaitan TASKA.


Sememangnya TASKA dan Sijil Kemahiran Malaysia harus diperluaskan dalam industri TASKA ini memandangkan syarat yang telah dimaklumkan kini iaitu semua personnel di TASKA perlu memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  Beri pilihan kepada setiap personel untuk memiliki persijilan kemahiran ini.
Untuk makluman, SKM boleh diteruskan sehingga ke peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)


Berminat untuk dapatkan SKM, boleh menghubungi saya di 016 7235080 untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Berapa yuran daftar SKM? Hanya RM 300 untuk setiap tahap.

Tahap 3 - SKM
Tahap 4 - Diploma Kemahiran Malaysia
Tahap 5 : DIploma Lanjutan kemahiran malaysia.


Persijilan Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.


Sekian.



Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak mengiktiraf kemahiran dan pengalaman  anda.
Anda boleh hubungi saya:



Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner


Siapa saya?



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25