Monday 27 June 2016

KURSUS ASUHAN PERMATA - OKT


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Adakah anda masih mencari Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA yang terkini dan pada tarikh yang terdekat ini?





Kursus Asuhan PERMATA - Kursus yang wajib dihadiri oleh para pengendali TASKA -pengusaha dan juga pengasuh@pendidik TASKA.


MAKLUMAT KURSUS:

TARIKH : 20 OKTOBER 2016 - 20 NOVEMBER  2016( KELAS SEPENUH MASA)
MASA : 08.00 PAGI - 04.30 PETANG

TAMBAHAN : 5 HARI PRAKTIKAL DI TASKA ( TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN)

TEMPAT : DUAL TRAINING INSTITUTE, NO. 1, JLN SRI PINANG 1/1, TAMAN SRI PINANG, JALAN LABU, SEREMBAN.

BAYARAN : RM 900 dan RM 100 untuk BUKU MODUL PERMATA



KEMUDAHAN :

- Bayaran ansuran mudah
- Asrama disediakan dengan bayaran RM 100 sepanjang tempoh kursus.
- Bilik kursus yang kondusif




UNTUK DAFTAR, HUBUNGI NORAZURA 016 7235080 / 019 2115642

Idea Bisnes TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Anda ingin memulakan perniagaan TASKA tetapi tidak tahu bagaimana ingin memulakannya atau tidak tahu dimana anda perlu bermula.

JOM bersama saya dalam Sesi Bual Santai memulakan bisnes TASKA. 
TIADA TARIKH TERKINI

Kita berbual-bual santai sambil mendapatkan ilmu dan idea perniagaan TASKA ini.

Apa yang akan dibualkan?

Tentulah antaranya mengenai perkara-perkara berikut:
- Bagaimana mencari premis yang sesuai
- kursus apa yang perlu diikuti
- cara mendaftarkan permit TASKA
- cara memperolehi lesen perniagaan TASKA
- bagaimana mencari pasaran TASKA yang sesuai
- idea menyediakan persekitaran TASKA yang kondusif
DAN pelbagai perkara lagi yang perlu diketahui..

JADI, jika anda berhasrat memulakan bisnes TASKA atau anda baru sahaja memulakan bisnes TASKA, bolehlah bersama berbual santai bersama saya.


YURAN saya cuma RM 60 sahaja termasuk makan.
HUBUNGI SAYA  , NOR AZURA 0167235080 / 019 2115642


*****************************************************



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




RM40





HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642


Bengkel Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Kali ini saya ingin berkongsi bengkel-bengkel kendalian saya selepas cuti hari raya 2016 nanti.


Bengkel ini dikendalikan oleh saya sendiri.

Siapa saya?
Saya merupakan seorang pengajar kemahiran yang telah ditauliahkan sebagai Pakar Pengajar dalam Direktori Pakar Industi Negara khas dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal kanak-Kanak.
Antara kerjaya saya dalam bidang pendidikan Awal Kanak-Kanak ini ialah sebagai pengajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Sudah berapa lama saya mengajar dan membimbing pelajar SKM ini?

Secara umumnya saya mempunyai pengalaman lebih dari 16 dalam bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara komersial. Kalau diikutkan sebelum itu lagi saya telah mempunyai pengalaman menjaga anak-anak kecil sendiri di rumah termasuklah juga mengasuh anak jiran.

Fokus dalam kemahiran,  tahun ini sudah masuk tahun ke lapan saya menjadi pengajar kemahiran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Hendak tahu apakah bezanya kemahiran dengan pendidikan akademik khas dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini?
Bezanya kemahiran dalam pendidikan awal kanak-kanak ini berbanding dengan program akademik ialah semua modul yang diajar dan dibimbing kepada pelajar menekankan kerja dan kemahiran yang dibuat. Objektif pembelajaran ialah untuk memastikan pelajar terampil atau tahu buat sesuatu tugas harian terutamanya di TASKA.

Lapan tahun mengajar SKM, hasilnya kebanyakan bekas pelajar SKM saya telah bekerja di TASKA bahkan mereka mahir serta tidak kekok menjalankan kerja-kerja rutin di TASKA.



Untuk bengkel Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak saya ambil modul SKM daripada Unit Kompetensi yang bertajuk 'Child Grooming' dimana saya fokus pada penjagaan bayi di TASKA.

Berikut adalah kemahiran yang bakal dipelajari:


  1. Menyambut kedatangan Bayi di TASKA
  2. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Bayi
  3. Membuat persediaan persekitaran yang kondusif untuk persiapan diri Bayi
  4. Memandikan Bayi
  5. Mengurut Bayi
  6. Mempersiapkan Bayi

Bengkel yang seterusnya;





Bengkel seterusnya ialah Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif. 
Bengkel ini akan memberikan  pelbagai idea kepada para pengasuh@pendidik TASKA TADIKA mengenai aktiviti kreativiti dan juga pelbagai idea pergerakan kreatif  melalui nyanyian yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak di TASKA.

JADI, sekiranya anda merupakan pengusaha TASKA TADIKA, jom sertai bengkel-bengkel saya ini.
DAN jangan lupa bawa sekali pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA anda,
SEBAB saya sediakan diskaun untuk penyertaan berkumpulan.

JIKA anda seorang ibu dan bapa, tiadalah salahnya untuk menghadirkan diri sambil pertingkatkan kemahiran keibubapaan anda.
JOM JADI IBU BAPA yang mahir dan terbaik dalam mendidik serta mengasuh anak sendiri


UNTUK BENGKEL KREATIVITI DAN PERGERAKAN KREATIF ini, yurannya juga RM70.
DAN ada diskaun untuk penyertaan berkumpulan.


OLEH ITU, jika anda berminat menghadiri bengkel di atas, Whatapp atau sms nombor saya 0167235080 /019 2115642.

Terima kasih.

***********************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25






HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642


Wednesday 15 June 2016

Latih Anak Berpuasa

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi Peribadi



Salam Ramadhan Ya Kareem. Alhamdullillah, hari ini hari yang kesebelas  umat Islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Alhamdullillah juga, seisi rumah saya, semuanya berpuasa, anak-anak dari yang paling sulung hinggalah yang bongsu semuanya berjaya menunaikan ibadah puasa.

Teringat suatu ketika dulu, sewaktu saya masih mengendalikan perniagaan TADIKA.
Kanak-Kanak di TADIKA terdiri dari umur 4, 5 dan 6 tahun. Saya praktikkan juga latihan puasa ini untuk anak-anak di TADIKA. Bagaimana ya, latih anak berpuasa?

Saya fokuskan latihan  puasa  ini untuk anak-anak yang berumur 6 tahun . Praktikkan latih anak berpuasa sekadar  sepanjang waktu TADIKA sahaja  iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengahari.
( Dalam tiga setengah jam sahaja) Balik dari TADIKA nanti, kalau tak tahan berpuasa, bolehlah berbuka, itulah pesan saya pada anak-anak di TADIKA dulu.

Bila di TADIKA senang nak latih anak-anak 6  tahun ini berpuasa sebab kebanyakannya akan cuba berlatih berpuasa. Pihak TADIKA  pun tak sediakan menu makan ketika waktu rehat sebaliknya saya minta anak-anak yang tak larat berpuasa itu untuk bawa bekal dari rumah. Tapi, anak-anak ini, bila kawan-kawan sebaya berpuasa, mereka pun senang dilatih berpuasa juga.

Dalam latih anak berpuasa (anak 6 tahun)  di TADIKA, saya juga  akan  buat sesi bercerita dengan anak-anak mengenai apa itu  puasa, kelebihan  dan pelaksanaannya  di bulan Ramadhan serta  kaitkan dengan  apa yan perlu dilakukan ketika bulan puasa. Tapi, biasalah cerita 'style' kanak-kanak , yang paling penting mereka diberi pendedahan awal. Mungkin puasa untuk waktu sarapan pagi sahaja atau hingga tengahari.

Apa pun,  pendidik maupun ibu bapa perlu diingat bahawa anak-anak ini tidaklah perlu di paksa. Hakikatnya berpuasa di bulan Ramadhan belumlah menjadi kewajipan untuk kanak-kanak. Mungkin ada juga anak-anak memang susah nak faham tentang puasa, jadi usah dera anak-anak dengan memaksa mereka berpuasa dan tidak menyediakan makanan seperti biasa kepada mereka. Kasihanilah anak-anak.

Berbalik kisah saya di rumah tadi, memang semuanya berpuasa termasuklah yang bongsu yang berusia 7 tahun. Dia pun dah mula berpuasa sejak umur 6 tahaun. Saya tak paksa pun cuma galakkan sahaja. Lagipun bila semua abang dan kakak berpusa, dia pun jadi seronok dan teruja untuk berpuasa bersama. Senang sahaja saya latih anak berpuasa dari anak sulong hingga yang bongsu ini.

Biasanya di rumah saya dulu,  jika ada anak-anak yang masih kecil dan belum boleh berpuasa, ( 3- 6 tahun) apabila tiba waktu berbuka puasa, suami saya tak benarkan anak-anak 'join' waktu berbuka puasa. Dia kata tunggu orang selesai bang azan maghrib,   baru boleh 'join' orang berbuka puasa. Sengaja tak nak anak-anak ini mengacau orang lain berbuka puasa. Tetapi sebelum waktu berbuka tu, jangan lupa bagi mereka makan dulu. Secara tidak  langsung jika anak-anak sudah umur 6 tahun dia akan rasa tercabar untuk berpuasa supaya boleh berbuka dengan orang lain.

Memang benarlah anak-anak usah dipaksa berpuasa kerana belum wajib bagi mereka. Cuma sekadar melatih tiada lah salahnya. Dalam latih anak berpuasa perlulah sentiasa bersikap  rasional dan tolak ansur. Jangan ada unsur paksaan sama sekali. Ingat fitrah anak-anak, mereka melihat dan mereka ingin mencuba, lalu biarkan mereka mencuba berpuasa mengikut kemampuannya sendiri.



Gambar anak-anak ( 7 dan 9 tahun) tertidur selepas makan sahur.  Maklumlah mengantuk dan bukan senang hendak kejut bangun dari tidur yang nyenyak sekadar untuk bersahur. Tetapi anak-anak hero kecil saya ini, alhamdullillah, tak pernah miss bersahur. 
Tetapi, sesakali makan dalam keadaan mata terpejam.


Terima kasih kerana membaca.



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642