Friday 29 May 2015

Perkembanagan Emosi Kanak-Kanak

Nama dan Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi peribadi
Sumber & Rujukan  : Modul PERMATA  
#40

Catatan saya hari ini ialah mengenai perkembangan emosi kanak-kanak. Perkembangan Emosi kanak-kanak sudah boleh terbentuk sejak dari awal usia lagi.

Jom kita lihat makna EMOSI
Emosi ialah apa yang terlahir dari dalam iaitu perasaan yang ada yang dizahirkan serta dapat dikesan pada mimik muka, gerak badan, suara atau tingkahlaku.

Inilah contoh-contoh emosi :
·        Gembira/suka (joy,happiness)
·        Sedih/pilu (sadness)
·        Marah (anger)
·        Takut (fear)
·        Benci (disgust)
·        Bimbang (worry)
·        Cemburu (jeolousy)
·        Terkejut (surprise)

Contoh emosi sosial  :
·         Rasa malu (shame)
·         Rasa bersalah (guilt)
·         Rasa bangga (pride)
·         Rasa mesra dan sayang (warmth ang love)
·         Rasa simpati (sympathy)
·         Rasa empati (empathy)
 
Perkembangan emosi yang sihat perlu dipupuk sejak dari bayi lagi kerana emosi yang sihat dapat membentuk imej dan personaliti diri yang positif juga. Sekiranya anak-anak membesar dengan emosi yang negatif dikhuatiri anak-anak akan menjadi individu yang tiada keyakinan diri , kurang bersosial dan mempunyai kendiri negatif  dan seif-esteem yang rendah.
Bayi dan kanak-kanak juga mempunyai emosi sama seperti orang dewasa misalnya mereka boleh;
·            Senyum,ketawa dan menunjukkan gerakan badan (body gesture)
bila gembira
·            Mengerut muka apabila tidak selesa
·            Menangis apabila takut atau rasa tidak selamat dan sebagainya
    
Emosi yang kurang sihat boleh mempengaruhi tabiat dan rutin seseorang kanak-kanak itu. Biasanya kanak-kanak yang mempunyai   sosioemosi yang kurang sihat  akan menunjukkan ciri-ciri;
·   Masih kencing di tempat tiidur selepas 4 tahun
·   Menarik diri dari mengambil dalam apa jua bahagian
·   Tidak menunjukkan apa-apa perasaan apabila diketepikan
·   Tidak ada kawan
·   Perkembangan kurang maju
·   Mengalami mimpi buruk
·   Selalu kecewa
·   Menunjukkan perasaan tidak munasabah /Agresif
·   Merengek/ Menggigit/ Menghisap jari/ Merampas
·   Tiada selera makan/kurang makan

Apakah antara penyebab kepada masalah sosioemosi yang kurang sihat.
·      Masalah di rumah –selalu dimarahi, tiada aktiviti bermain di rumah, ibubapa sibuk
·           Masalah keluarga – ibubapa yang suka bertengkar @ ibubapa berpisah,
·           Masalah kesempitan hidup @ masalah kewangan ibubapa
·           Kurang kasih sayang
·           Kurang diberi perhatian
·           Masalah di TASKA – pengasuh garang, tiada aktiviti sesuai
·           Persekitaran TASKA tidak sesuai
·           Kurang keyakinan diri
·           Aktiviti TASKA tidak  menarik dan kurang  sesuai


Bagaimana ibubapa,pengasuh@pendidik boleh membantu menggalakkan sosioemosi yang sihat  : 
·     Beri kasih sayang
·     Menerima perasaan yang ditunjukkan oleh anak-anak secara positif
·     Memastikan keselamatan dari segi persekitaran dan emosi
·     Selalu dipuji dan beri galakan serta bimbingan kepada kanak-kanak
·   Menggalakkan tingkah laku positif @ menunjukkan sikapdan contoh teladan yang baik. Jadikan diri anda sebagai role model.

· Bentuk displin pada kanak-kanak dalam rutin hariannya seperti waktu tidur, makan dan sebagainya.
·     Berkongsi pengalaman bersama kanak-kanak- buat aktiviti bersama-sama
·     Perhatikan kanak-kanak

Saya kongsikan untuk anda TAHAP  PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI, atau dengan kata lain ialah apa yang kanak-kanak sudah boleh buat @tunjukkan  pada umur 0 -4 tahun dari segi emosinya
   (KANAK-KANAK 0-4 TAHUN)

Dengan mengetahui dan memahami tahap-tahap perkembangan emosi anak-anak ini, ibubapa boleh memahami tingkahlaku anak dan setetusnya merancang aktivit yang sesuia untuk menggalakkkan emosi yang sihat dan positif di kalangan anak-anak.
  
Tahap perkembangan sosioemosi bayi

0-3 BULAN
3-6 BULAN
6-12 BULAN
·  Boleh senyum
·  Boleh mengamati wajah apabila berada dalam jarak dekat
·  Boleh buat eye-contact jika didekatkan muka
· Boleh berhenti menangis apabila melihat mendengar suara atau merasai kehadiran orang yang rapat dengannya
· Suka dipegang/sentuh oleh orang yangrapat
· Boleh mengenali ibubapanya
· Ketawa apabila diagah
· Boleh mengzahirkan mood melalui ekspresi muka
· Boleh membuat bunyi apabila ketawa
· Boleh menunjukkan gembira melalui pergerakan kaki/tangan ekspresi muka
· Beri tindak balas positif terhadap kata lembut
· Boleh bezakan antara pendidik/ibu/pengasuh/dengan orang lain
· Boleh beri reaksi kepada bunyi
· Ketawa apabila ada sesuatu yang mencuit hati
· Boleh melihat diri dalam cermin,tahu nama sendiri dan respon apabila dipanggil
· Boleh meniru perlakuan orang lain
· Boleh mengikut arahan mudah


Tahap Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak mengikut
1-2 TAHUN
2-3 TAHUN
3-4 TAHUN
·  Boleh memeluk dan memberi ciuman
·  Boleh menunjukkan tantrum apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan
·  Boleh menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberi kepada orang lain
·  Boleh membantu mengutip mainan dan meletak mainan mengikut arahan
·  Boleh membezakan keadaan yang berbahaya
·  Suka melihat diri dalam cermin
·  Suka menunjukkan sikap membantah seperti tidak mahu pakai baju
·  Mula menunjukkan sikap berdikari.Contoh: hendak berjalan sendiri,tidak mahu didukung atau mahu makan sendiri
·  Mula menyedari perasaan orang lain
·  Boleh meneruskan semula aktiviti yang tertinggal sementara
· Boleh menyedari ketakutan dan kebimbangan orang lain terhadap dirinya
· Boleh menunjukkan kelangsangan fizikal bila kemahuannya tidak dipenuhi/kecewa atau marah
· Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan segera
· Boleh mengenali diri dalam gambar/video
· Memperhatikan dan meniru cara kanak-kanak lain bermain,turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian
· Boleh membina persahabatan dengan rakan sebaya
· Boleh mengikut kata,mendengar arahan dan mematuhi peratura yang ditetapkan oleh orang dewasa
· Suka bertanya dan sangat berminat untuk mendapat pengalaman baru.Misalnya sangat teruja jika melawat ke zoo
· Boleh menjangka kesan perbuatan sendiri
· Tunjukkan rasa kasih sayang dengan kata-kata
· Mula menunjukkan perasaan malu
· Mula mempelajari cara mengawal diri(displin) dengan bimbingan orang dewasa
· Mula memahami kuasa yang lebih Besar dan Agung (tuhan)
· Mula menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tugas yang diberikan
· Boleh mempamerkan sikap bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara
· Boleh menyesuaikan diri dalam situasi baru
· Mula mempercayai orang dewasa
· Boleh mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal emosi
· Sudah mempunyai sifat berani dan yakin diri
· Boleh menghormati harta benda/barang permainan
· Boleh berfikir cara menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya
· Mula menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang dewasa




Wednesday 27 May 2015

PERKEMBANGAN SAHSIAH KANAK-KANAK

Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : carian google
emel : pnnorazuraismail@gmail.com

entri 39
Rujukan : Modul PERMATA


Apakah yang dimaksudkan dengan Perkembangan Sahsiah  Kanak-Kanak?

Perkembangan Sahsiah kanak-kanak ialah merujuk kepada proses pembinaan akhlak dan bagaimana memupuk pembinaan peribadi kanak-kanak . Pada dasarnya, apa yang terzahir dan terlihat@terbentuk  pada sikap@diri seseorang individu telah bermula sejak dari awal kehidupan individu tersebut dan dipengaruhi juga dari faktor persekitaran dia membesar dan mendapat asuhan@pendidikan.


Sahsiah  yang ada pada  diri anak-anak  adalah berbeza antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak lain . Mengalakkan  dan membentuk  sahsiah  yang positif dan sihat perlu diterapkan@dibina di awal usia  lagi demi untuk melahirkan individu berakhlak dan  berkeperibadiaan yang mulia. Sahsiah juga boleh disebut sebagai personaliti iaitu ciri dalaman seseorang yang unik yang ada pada dirinya yang dapat dilihat dari sikap dan tingkahlakunya.

Dengan kata lain, sahsiah bermaksud akhlak atau peribadi  @ cara berfikir kanak-kanak  yang ditunjukkannya melalui tingkahlaku. Sahsiah sangat penting bagi membentuk personaliti dan kualiti hidup seseorang kanak-kanak.. Sahsiah sangat  mempengaruhi aspek perkembangan lain kanak-kanak. Sebagai contoh;

Sahsiah yang baik dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh berfikir secara positif. 
Sahsiah yang baik juga dapat melahirkan kanak-kanak yang boleh berinteraksi dan berkomunikasi dangan baik. 
Sahsiah yang baik membantu kanak-kanak mengurus diri dan kehidupan. 
Paling penting sahsiah yang baik juga dapat mewujudkan hubungan yang baik juga dengan Tuhan.



Apakah pula  yang membentuk sahsiah@personaliti diri  kanak-kanak?  Jawapannya ialah konsep kendiri  iaitu bagaimana seseorangkanak-kanak  menilai dirinya sendiri dan konsep penghargaan diri  (self esteem) iaitu bagaimana perasaan kanak-kanak dalam menghargai diri sendiri.

Maksudnya;
Konsep kendiri ialah  bagaimana seseorang kanak-kanak merasa siapa dirinya, itulah yang akan membentuk personalitinya. Contohnya jika kanak-kanak berasa tidak yakin maka mungkin dia akan membentuk personaliti sebagai seorang kanak-kanak yang pemalu.

Contoh lain untuk kanak-kanak yang mempunyai kendiri yang positif bila kanak-kanak mengatakan  

‘Saya lah yang paling kuat’ atau ‘Saya yang paling cantik’

 Manakala konsep Penghargaan diri (self esteem) pula ialah bagaimana perasaan kanak-kanak dalam menghargai diri sendiri,  iaitu bagaimana kanak-kanak merasa @memikirkan mengenai dirnya sendiri. 
Contonya kanak-kanak selalu rasa dirinya dihargai @disayangi oleh orang sekeliling atau kanak-kanak selalu merasakan dirinya serba kurang.


Apakah peranan ibubapa, pengasuh@pendidik dalam membantuk mengalakkan sahsiah positif dan membentuk personaliti  yang baik pada kanak-kanak?

Tip yang mudah untuk membentuk konsep kendiri dan penghargaan diri  yang positif pada kanak-kanak ialah dengan memberikan mereka banyak pujian dan galakan dalam jua aspek. Sebaliknyajika kanak-kanak sering dimarahi atau sering menerima kritikan yang negatif maka tidak mustahil kanak-kanak ini akan membentuk konsep kendiri negatif juga dan seterusnya melahirkan personaliti yang negatif juga.

Jika sekiranya seseorang kanak-kanak ada   menunjukkan kendiri dan self esteem yang negatif, ibubapa, pengasuh@pendidik perlu memahami faktor yang berkaitan dan mesti cuba untuk memulihkan kanak-kanak tersebut. Jika tidak, dikuatiri kanak-kanak tersebut akan membesar dengan pelbagai personal yang rendah@negatif.

Ibubapa, pengasuh@pendidik boleh menyediakan pelbagai aktiviti perkembangan pembelajaran yang dapat membina konsep kendiri yang positif, self estem yang tinggi, jati diri yang berdisplin serta melahrkan kanak-kanak yang boleh berfikir dengan baik.

Saya kongsikan di sini , bagaimana seseorang kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif .

Yakin, berani dan tidak mudah kecewa
Aktif dan cuba mencuba dan mengambil risiko
Mempunyai imej diri yang baik dan suka bersosial
Mudah berkawan dan murah hati
Puas hati dengan pencapaian diri
Suka memuji orang lain
Berdisplin dan ceria
Puas hati walau tidak berjaya
Tidak risau atau cemas

Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula  akan mempunyai personaliti berikut:

Tidak yakin dan mudah kecewa
Pasif, kurang berani mencuba dan takut mengambil risiko
Simpati kepada diri
Berasa diri kekurangan daripada orang lain
Selalu menunjukkan kasihan dan mencari simpati
Suka menyalahkan orang lain
Suka berangan-angan@risau dan bimbang
Suka minta tolong
Selalu beri komen yang menyingung
Selalu tidak puas hati

Kanak-kanak mempunyai Penghargaan diri (self esteem yang tinggi@positif)

Berasa dirinya dihargai
Bangga dengan apa yang berjaya dilakukan
Bertindak dengan bebas
Suka terima tanggungjawab
Suka pada cabaran
Dapat mengahadapi rasa kecewa dengan baik
Merasa diri ada kebolehan

Kanak-kanak mempunyai Penghargaan  diri (self esteem  yang  rendah@negatif)   

Berasa diri tidak dihargai, tiada kebolehan dan kemahiran seperti orang lain
Suka menyesali diri
Memandang rendah pada diri sendiri
Suka salahkan diri sendiri
Selalu gelisah, takut dan bimbang
Pemalu dan tidak berani
Suka menyendiri

Kesimpulannya, bagaimana sahsiah yang terbentuk kepada kanak-kanak banyak juga bergantung kepada bagaimana kita orang dewasa mengasuh dan juga mendidik kanak-kanak . Justeru itu sangalah  penting ibubpa,  para pendidik @pengasuh  juga mempunyai sahsiah diri yang baik dan menjadi  role model terbaik untuk anak-anak sendiri atau anak didik kita.


Saya pendidik professional, Ebook pilihan saya PANDUAN MENDIDIK ANAK.

DAPAT EBOOK DI SINI.


Tuesday 26 May 2015

Perniagaan TASKA RUMAH

Nama & Teks  : Nor Azura Ismail
Foto : Carian goggle

Entri 38


Pengenalan TASKA Rumah

TASKA RUMAH ialah mana-mana premis@individu yang menjaga anak berumur bawah 4 tahun lebih daripada 4 orang dan tidak melebihi 10 orang  dalam satu-satu masa di premis sendiri dengan menerima upah.

Kesimpulannya:

·         Premis TASKA adalah rumah anda sendiri
·         Anda tidak perlu mengubahusai rumah kediaman anda seperti TASKA
·         TASKA perlu perlu berdaftar dengan JKM
·         TASKA perlu ada perakuan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
·    Boleh menjaga anak sehingga 10 orang dalam satu satu masa dan anda boleh  mengenakan bayaran atas jagaan tersebut.
·    Tidak wajib menggaji pekerja tambahan. Terpulang kepada diri anda sendiri, jika  anda perlukan pembantu, ambillah hanya seorang pekerja sahaja.
·         Perlu mematuhi syarat dan peraturan
·         Modal yang minima
·    Anda juga perlu ada sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA@ sekurangnya Sijil TASKA RUMAH.
·         Anda adalah boss dan anda juga adalah pekerja di rumah anda sendiri

Sekarang ini ramai betul kita dapati individu yang mengambil upah menjaga anak di rumah sendiri. .Kebanyakan mereka terdiri daripada para surirumah tangga. Pada asalnya mereka cuma ingin suka suka mengisi masa lapang di rumah.Mula mula jaga seorang kanak-kanak, selepas itu bertambah kepada 3 orang, 4 dan ada juga yang menjaga sehingga  sepuluh orang kanak-kanak dalam satu satu masa.

Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang menjaga anak jiran di rumah. Atau anda memang berniat utuk mengambil upah menjaga anak jiran
Atau anda pernah ditanya oleh jiran di sebelah rumah yg berkerja utk menjaga anaknya. Tapi anda masih was-was, samada perlu daftar atau tidak.

Sebenarnya wajib daftar dengan JKM dan wajib berdaftar dengan SSM.

Untuk memulakan TASKA Rumah ,hanya perlu bermula di rumah anda sendiri. Anda duduk di rumah sambil;
-          Jaga anak
-          Buat kerja rumah
-          Jalankan perniagaan sampingan
-          Tiada kos pengangukutan @ sewa rumah
-          Ada peneman anda.

Sama seperti usahawan TASKA Institusi , ciri berikut juga perlu ada pada usahawan TASKA Rumah. 
·         Minat
·         Sayangkan kanak-kanak
·         Mempunyai ilmu pengasuhan.
·     Mungkin anda tinggal seorang diri di rumah dan ingin jadikan anak-anak jagaan sebagai  peneman anda.
·     
    Anak anda semua telah dewasa jadi anda mempunyai banyak ruang dan masa untuk menjaga anak orang lain pula. Jadikan ia satu bisnes yang mulia.
·         Memahami kerenah anak-anak
·    Jika anda memang telah pun mula menjaga anak di rumah – merupakan satu kelebihan untuk meneruskan perniagaan TASKA Rumah ini mengikut prosedurnya.

Senelum bercadang memulakan  TASKA Rumah, anda perlu lihat pasaran semasa;
Cuba lihat di sekelililng kawasan tempat tinggal anda.  Ramaikah jiran –jiran anda yang suami isteri bekerja. Di manakah mereka meletakkan anak mereka sewaktu mereka bekerja. Adakah terdapat TASKA yang berdekatan.
Kalau ada, cukupkah keperluan TASKA  tersebut untuk menampung sejumlah kanak-kanak di sekitar kawasan perumahan anda. Lihat pula pada charge yang dikenakan oleh TASKA sekitar. Lihat juga adakah TASKA  tersebut berdaftar dan memenuhi kriteria sebagai sebuah TASKA yang berkualiti. Lihat pula guru pengasuh di TASKA tersebut, .adakah mencukupi nisbah keperluan/permintaan ibubapa di sekitar.

Budget@Kos memulakan TASKA Rumah dengan kos yang minima.
Mengikut perkiraan kasar saya;
*********
Kos bahan permainan : RM 200.00
Kos pendaftaran TASKA : RM 250.00 ( Untuk 5 Tahun)
Kos dokumen : RM 100.00
Kos pendaftaran SSM : RM 30.00
Kursus PERMATA : Rm 400.00
Jumlah : RM 980.00
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bulanan TASKA Rumah:
·       Menjaga 10 orang kanak-kanak @ 350.00 sebulan =  RM 3500.00   Semuanya untuk anda. Kos Cuma untuk makan sahaja.
·         Kos makan@ lain-lain kos  untuk 9 orang kanak-kanak – RM 500.00

Pendapatan bersih anda, hanya dengan menjaga anak orang di rumah sendiri ialah RM 3,000.00 sebulan.


Sekiranya terdapat banyak permintaan untuk TASKA RUMAH anda, maka anda sudah boleh merancang untuk menubuhkan TASKA INSTITUSI pula iaitu anda sudah boleh mencari premis yang dibenarkan untuk meneruskan operasi TASKA anda.

Nak dapat lebih info mengenai perniagaan TASKA, dapatkan ebook saya ini.

PANDUAN PERNIAGAAN TASKA


Untuk tempahan klik BORANG TEMPAHAN