Monday 25 April 2016

Sembilan keinginan asas kanak-kanak



Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Salah satu sifat semulajadi kanak-kanak ialah  meneroka dan mencuba sesuatu. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh seorang kanak-kanak bila berasa di sesuatu persekitaran.
Kenapa?  Jawapannya ialah kerana kanak-kanak adalah individu yang mempunyai minat, keinginan dan kecenderungan untuk melakukan apa sahaja yang diingini tanpa mengetahui baik buruk, selamat atau sebaliknya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, pengasuh atau pendidik kepada kanak-kanak kitalah yang   harus memberi bimbingan @ galakan serta dorongan kepada kanak-kanak dalam apa jua minat serta kecenderungan atau aktiviti yang ingin dilakukannya.

Kita juga harus sentiasa memberi kanak-kanak pelbagai peluang di samping memastikan apa yang kanak-kanak lakukan adalah di persekitaran yang selamat serta sesuai dengan kanak-kanak.


Seorang rakan seperjuangan saya dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, Pn,Nor Hanam Sulong, seorang pengusaha TASKA dan juga jurulatih pendidikan awal kanak-kanak,  telah berkongsi  tip ini;

'Sembilan keinginan asas kanak-kanak'  dalam bengkel kendali kami bersama baru-baru ini
 - Bengkel Seni dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak.

Apakah keinginan asas kanak-kanak atau dengan kata lain apakah yang ingin kanak-kanak perolehi dalam dunia kehidupan mereka sebagai seorang kanak-kanak.



1. Diterima  oleh kelompok - kanak-kanak ingin menjadi perhatian dan paling diterima di dalam sesuatu kelompok misalnya di kalangan rakan sebaya di TASKA atau di kalangan keluarga.

2. Bergerak - Ingin dapat bebas bergerak dalam sesuatu persekitaran

3. Berjaya dan diperkenankan - Kanak-kanak ingin boleh dan berjaya melakukan sesuatu. Dia akan mencuba dan berusaha untuk berjaya dalam melakukan sesuatu aktiviti

4. Mengetahui - Ingin ambil tahu atau sentiasa ingin mengetahui sesuatu- sebab, apa @ mengapa

5. Kepuasan Kreativiti - Kanak-kanak ingin bebas berkreativiti mengikut imiginasi mereka sendiri misalnya mereka ingin menconteng, melakar, membuat garisan dan sebagainya

6.Ingin bersaing - sentiasa ingin menang dan berada di hadapan bila di kalangan rakan sebaya dan adik beradik

7. Memperoleh kecergasan fizikal - ingin sentiasa cergas dan boleh melakukan pelbagai aktiviti motor kasar.

8. Memperoleh daya penarik - ingin menjadi perhatian orang lain

9. Mengembara  - ingin dan suka pergi barjalan luar dari persekitaran biasanya.



Justeru, kerana kanak-kanak mempunyai keinginan asas seperti di atas, maka pastikan kita orang dewasa belajar memahami keinginan asas anak-anak ini dan menyediakan persekitaran dan aktiviti yang sesuai  supaya 9 keinginan asas anak-anak ini dapat dipenuhi dan direalisasikan.




Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25





Saturday 23 April 2016

Bengkel Seni Kreatif Kanak- Kanak

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi peribadi 
( dilarang menggunakan semua image dalam entri ini tanpa kebenaran penulis)




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.  Adakah anda seorang pengasuh, pendidik, ibu bapa yang peka pada pendidikan awal kanak-kanak....

JOM SERTAI BENGKEL INI...


BENGKEL SENI kreatif Kanak-Kanak  

Apakah yang akan diperolehi melalui bengkel ini?
Sebelum itu anda perlu tahu maksud Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak.

Perkembangan  Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak merangkumi seni visual, kraf, nyanyian, drama dan pergerakan kreatif kanak-kanak. Perkembangan ini   penting untuk  diterapkan pada anak-anak di TASKA, TADIKA maupun di rumah dimana ianya bukanlah hanya tertumpu pada  seni visual, kraf atau nyanyian bahkan ianya  merangkumi keseluruhan aspek dalam perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak.

Contohnya; bila seorang pendidik mengajar anak-anak di TASKA TADIKA menggunakan warna air untuk menghasilkan pelbagai corak yang menarik, secara tidak langsung anak-anak belajar menggunakan kemahiran moto halusnya  untuk menggerakkan berus lukisan pada kertas, kanak-kanak mula bercerita tentang corak yang terhasil dan kanak-kanak juga belajar mengenali pelbagai jenis warna air.
Justeru itu, supaya aktiviti kreativiti dapat  menarik minat kanak-kanak, adalah penting juga pengasuh@pendidik dan juga ibu bapa  mempunyai pelbagai idea, berinovasi  dan sentiasa kreatif.

Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak  sebagai pilihan untuk memberi peluang kepada  para pendidik@pengasuh  TASKA TADIKA dan juga ibu bapa yang berminat untuk mengumpul dan mencuba pelbagai idea kreatif yang dapat  menggalakkan Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak.


PERHATIAN!!!  SAYA MENGUMPUL PENDAFTARAN BERMULA SEKARANG;


JOM KUMPUL PELBAGAI IDEA kreativiti.......


BENGKEL SENI  kreatif 
Kanak-Kanak

TARIKH : ikut permintaan kumpulan

MASA : 9.00AM – 05.00 PM

TEMPAT

BAYARAN : RM 70




SIAPAKAH YANG BOLEH MENGHADIRI BENGKEL INI?

PENGASUH @PENDIDIK TASKA
GURU TADIKA
IBU BAPA
INDIVIDU YANG BERMINAT

NAK JOIN BENGKEL INI, DAFTAR...KLIK DI SINI


Kreatifnya semua;







LAGI  YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KREATIVITI;
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayan seseorang untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti memerlukan daya imiginasi yang tinggi dan inovasi yang melahirkan pelbagai hasil  idea yang menarik.

Perkembangan Kreativiti dan Estetika perlu digalakkan di kalangan kanak-kanak seawal usia kerana kreativiti dapat dilihat sebagai pemangkin kepada kecerdasan dan bakat seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menunjukkan kreativitinya sendiri dari awal usia lagi. Pengasuh@pendidik TASKA TADIKA atau pun ibu bapa berperanan untuk menggalakkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak. 

Bagaimana?  Antara caranya ialah pengasuh@pendidik dan juga ibu bapa perlulah jadi lebih kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea serta inovasi baru  untuk dicuba bersama kanak-kanak.

Maka, pelbagai idea seni dan kraf yang akan dikongsi dalam 


BENGKEL SENI kreatif Kanak-Kanak  



Aktiviti Bengkel :
  • Contengan pensil, krayon, berus lukisan dan sebagainya
  • Pelbagai corak lakaran
  • Capan @ cop/tanda @ kesan dari pelbagai permukaan
  • Cop tapak tangan, tapak kaki dan jari
  • Tampalan bergambar
  • Kreativiti sains
  • Kreativiti  dengan tepung
  • Pelbagai kreativiti melalui alam semulajadi
  • Lipatan @origami @ anyaman
  • Kolaj dari pelbagai bahan
  • Kolaj dari alam semulajadi
  • Mewarna pelbagai bahan
  • Lukisan pemandangan @ 'back ground' sesi bercerita
  • Nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif kanak-kanak
  • bunyi muzik untuk bayi
  • Bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
  • Bermain alat muzik DIY
  • Meniru gaya pergerakan muzik
  • Pelbagai pergerakan badan serentak mengikut irama muzik
  • Menyanyi pelbagai lagu kanak-kanak



INILAH ANTARA HASILNYA;









Pelbagai  idea kreativiti , muzik dan pergerakan akan dikongsikan selama sehari hanya dalam bengkel ini.

JOM SERTAI.......


Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak



TERKINI, .... belum ada tarikh



DAFTAR SEGERA DENGAN KLIK DI SINI 



Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.





BAYARAN BENGKEL CUMA RM 70 SAHAJA. 


SEMUA BAHAN DISEDIAKAN.

PERCUMA EBOOK  50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK





 HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.

TEMPAT TERHAD, KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR.












Wednesday 13 April 2016

Aktiviti perkembangan kanak-kanak



Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Antara ciri seorang pendidik@ pengasuh TASKA TADIKA, mereka perlulah seorang yang kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea yang spontan dalam merancang sesuatu aktiviti perkembangan pembelajaran untuk kanak-kanak di TASKA TADIKA

Dalam blog saya kali ini, saya ingin kongsikan satu aktiviti yang dapat menggalakkan beberapa aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Aktiviti saya sediakan hasil dari carian saya di google yang kemudiannya saya minta pengasuh laksanakan di TASKA yang pernah saya kendalikan dulu.
Rupanya aktiviti ini sangat menarik perhatian kanak-kanak. Saya sasarkan aktiviti ini untuk kanak-kanak 3 - 4 tahun.



Anda dikehendaki mencari kotak, mempunyai sebatang pen marker, stiker untuk melabel dan bolehlah beli kereta-kereta kecil yang murah. Kalau anda rajin, anda boleh menghasilkan kereta-kereta kecil sendiri daripada kotak. 

Cuba dapatkan kotak yang lebar. Saya gunakan kotak bekas laptop. Kebetulan pada waktu itu saya baru membeli sebuah laptop. Saya lebarkan kotak tersebut.

Jom mulakan melukis petak-petak parkir di atas lembaran kotak tadi. jangan lupa labelkan petak tersebut termasuk juga perlu labelkan kereta mainan tadi.

Sekarang, kanak-kanak boleh mula bermain parkir kereta.
Anda boleh minta kanak-kanak parkir kereta mengikut label warna atau pun mengikut nombor yang sama. Terpulanglah bagaimana anda ingin anak-anak bermain sambil berfikir.
Memang seronak anak-anak main parkir kereta dengan kawan-kawannya. 
Bolehlah cuba buat di TASKA TADIKA anda.


Kesimpulannya,  jadilah pendidik@pengasuh TASKA TADIKA yang kreatif,

Antara bengkel yang telah saya kendalikan:





ANDA BOLEH DAPATKAN JUGA, EBOOK  50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK

 DAN



EBOOK RPA TASKA



HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.

TEMPAT TERHAD, KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR.



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Memahami Tahap Perkembangan Kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



APA ITU TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK?
MENGAPA PERLU MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN  ANAK-ANAK?


SIAPAKAH PULA KANAK-KANAK? Kanak-kanak ialah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar .Kanak-kanak telah mula belajar sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Mereka belajar melalui setiap tindakan ibunya termasuklah dari perasaan ibunya.

Kanak-kanak atau anak-anak kita  akan mula belajar lebih cepat  dari satu tahap ke satu tahap sebaik  sahaja dia dilahirkan ke dunia ini. Segala apa yang di pelajari dan dilalui melalui pengalaman anak-anak akan mula membentuk sahsiah dan karakter serta tingkahlaku seseorang kanak-kanak itu.

Dengan kata lain apa sahaja yang dipelajari oleh kanak-kanak sudah tentu akan mempengaruhi perkembangan anak dan akan menjadikannya  siapa  dan bagaimana karektor kanak-kanak  itu apabila dia  dewasa kelak.

Justeru itu, sangatlah penting mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak iaitu ibu bapa., pengasuh, pendidik dan komuniti di persekitaran kanak-kanak memahami dan mengenali hati nurani seseorang anak dan seterusnya mengetahui tahap demi tahap perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak itu.

Mereka yang berada  di persekitaran kanak-kanak juga perlu memahami setiap tingakahlaku dan kerenah kanak-kanak, antaranya;

Fahami mengapa kanak-kanak suka banyak bertanya;
Fahami mengapa kanak-kanak suka mengamuk dan memberontak;
Fahami mengapa kanak-kanak terlalu aktif;
Fahami mengapa kanak-kanak suka usik itu dan ini,
Fahami segalanya tentang betapa unik dan istimewanya insan yang bernama anak ini.

Bila kita tahu dan faham, barulah kita boleh menerima setiap tingkahalaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Seterusnya kita akan tahu tahap-tahap perkembanagn normal seseorang kanak-kanak.
Dengan itu, bolehlah kita boleh membantu anak-anak,  antaranya dengan menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta penuh kasih sayang.

Perlu sangat untuk diingat bahawa kanak-kanak adalah seorang individu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sejak dia mula membuka mata , pelbagai aspek perkembanagn kanak-kanak boleh dikembangkan dan digalakkan  antaranya dari  segi fizikal, emosi, rohani, sosial dan intelek.



Mari kita fikirkan, bagaimanakah kita sebagai orang dewasa dapat membantu mengembangkan potensi diri anak-anak, jawapannya kita perlu belajar dan tahu tahap-tahap perkembangan yang akan dilalui oleh kanak-kanak. 
Kita samada seorang ibu bapa, pengasuh atau pendidik kanak-kanak wajib memahami tahap perkembangan kanak-kanak secara umumnya.
Dengan kata lain, kita perlu tahu kebolehan yang harus dicapai oleh anak-anak pada usia tertentu. Dengan itu kita  dapat membantu mereka untuk mencapai potensi yang ada dalam diri anak-anak ini mengikut tahap perkembangan dan kebolehan sedia ada mereka .

Berikut adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang wajib kita kenal pasti;

1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembanagan Kognitif
3. Perkembangan Sosioemosi
4. Perkembangan Kreativiti
5. Perkembangan Bahasa



Mengikut kurikulum PERMATA pula, komponen perkembangan pembelajaran untuk kanak-kanak di TASKA adalah seperti berikut;

1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
3. Perkembangan Deria & Dunia Persekitaran
4. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
5. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
6. Perkembangan Kretiviti dan Estetika

Kesimpulannya, setiap ibu bapa, pengasuh dan pendidik kanak-kanak perlu memahami tahap perkembangan kanak-kanak di atas  dengan bersungguh-sungguh  dan seterusnya merancang aktiviti atau program yang sesuai yang dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan serta mempertingkatkan  potensi dirinya secara menyeluruh dari semua aspek perkembangan yang dinyatakan di atas.

Kalau anda ingin dapatkan butiran setiap tahap perkembangan di atas, boleh lah tinggalkan emel di blog ini. Tunggu, saya emelkan EBOOK PERCUMA untuk anda.


Selain itu sebagai pengasuh dan pendidik anak-anak, tingkatkan lagi kemahiran anda dalam bidang ini. Anda boleh hadiri pelbagai bengkel mengenai pendidikan awal kanak-kanak. 
Antaranya, anda boleh sertai bengkel saya SEPERTI  di bawah ini.

1. BENGKEL KREATIVITI KANAK-KANAK
2. BENGKEL PENGASUHAN BAYI
3. BENGKEL RPA
4. BENGKEL PENYEDIAAN MENU KANAK-KANAK

DAN PELBAGAI LAGI.


DAPATKAN JUGA EBOOK SAYA;

RM25

RM40



HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.





Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak