Friday 30 December 2016

Permainan DIY untuk Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Permainan DIY untuk Kanak-Kanak. DIY - (Do it yourself)
Bermain merupakan kerja hakiki kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak belajar pelbagai perkara baru dan yang menyeronokkan dalam kehidupannya. Bermain akan lebih bermakna dan menyeronokkan jika ada alat@bahan permainan. Disebabkan kanak-kanak mempunyai daya imiginasi yang tinggi dan juga kreatif, kanak-kanak mampu mencipta dan mengadakan bahan permainannya sendiri.

Permainan DIY untuk kanak-kanak.
Alat permainan tidak semestinya perlu di beli. Ia boleh dicipta atau dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di persekitaran kanak-kanak atau pun menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak atau botol minuman. Yang pentingnya setiap bahan permainan yang dibuat sendiri adalah sesuai dan selamat untuk bermain. satu lagi, bahan permainan tersebut sebaiknya boleh membantu menggalakkan aspek perkembangan kanak-kanak.

Pastikan juga, bahan permainan yang disediakan mencukupi untuk keperluan jumlah kanak-kanak yang ada.

Di bawah ini, saya beri sedikit idea menyediakan bahan permainan yang di buat sendiri.
Sedikit idea Permainan DIY untuk Kanak-Kanak



Permainan mengasingkan kenderaan mengikut warna kotak




Permainan memadankan bentuk pada kotak besar


Buat mainan begini menggunakan kotak, tak perlu dibeli



Gunakan bahan ini untuk sesi bercerita

Dapatkan lebih banyak idea bahan permainan DIY untuk kanak-kanak melalui EBOOK saya di bawah ini:




Pelbagai idea permainan aktiviti dikongsikan dalam EBOOK ini.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM30









Bengkel latihan TASKA TADIKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat melangkah ke tahun baru 2017. Adakah anda merupakan pengusaha, pengasuh atau pendidik di TASKA TADIKA? Adakah anda rasa anda perlu meningkatkan kemahiran dan kualiti diri supaya anda terus terampil sebagai individu yang memberikan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang terbaik kepada anak-anak.
Antara cara yang boleh anda lakukan ialah dengan mengikuti pelbagai bengkel latihan TASKA TADIKA  yang berkaitan.

Saya merupakan seorang pengajar kemahiran penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dan juga merupakan seorang jurulatih serta pembimbing kepada mereka yang bergiat dalam industri ini.

Berapa lamakah anda telah berada di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini? Adakah anda rasa anda perlukan lebih lagi latihan yang berterusan.

Ya, supaya anda menjadi pengasuh atau pendidik yang berkualiti, tidaklah sekadar cukup dengan apa yang anda telah perolehi selama ini. Jika anda merupakan pemegang Diploma atau Ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak, anda masih memerlukan banyak lagi latihan 'hands on' atau kemahiran mengendalikan kanak-kanak. tentulah sangat berbeza sama sekali ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan pengalaman melaksanakannya.

Sebagai seorang pengajar kemahiran, saya menjalankan bengkel latihan TASKA TADIKA berpandukan kepada standard kemahiran yang terdapat dalam Persijilan Kemahiran Malaysia untuk bidang berikut;

1. Pendidikan dan Penjagaan Awal kanak-Kanak
2. Pra sekolah


Berikut adalah kandungan standarad kemahiran kebangsaan yang menjadi panduan dalam setiap pelaksanaan bengkel saya,

Untuk TASKA

1. Child Receiving and Returning
2. Child Grooming
3. Child  Meals Serving
4. Child Holistic Developmental
6. Child Guidance
7. Child care operation
8. Child care personnel training
9. Child caring services


Untuk TADIKA

1. Pre school Teaching and Learning
2. Pre school Classroom Management


Bengkel Latihan TASKA TADIKA  yang ditawarkan, anda boleh menjemput saya untuk mengendalikan bengkel latihan di tempat anda

Tarikh dan masa : Mengikut perbincangan dan persetujuaan bersama

Cadangan bengkel latihan TASKA TADIKA:

1. Bengkel Kreativiti Kanak-Kanak
2. Bengkel Kreativiti dan Pergerakan Kreatif.
3. Bengkel Pengasuhan Bayi
4. bengkel Pengasuhan kanak-Kanak
5. bengkel Penyediaan Menu kanak-Kanak
6. Bengkel Pendidik@Pengasuh berkualiti


Hubungi saya, untuk perbincangan . 0167235080 /0192115642


Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25











Thursday 29 December 2016

TASKA berkualiti

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Pengusaha TASKA adalah tonggak utama pengurusan sesebuah perniagaan TASKA  berkualiti.  Manakala  pengasuh@pendidik di TASKA  adalah diibaratkan sebagai tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur.  Perkhidmatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pengurusan dan pekerja yang berkualiti serta berpotensi bagi mencapai objektif menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.  Bagaimana kualiti perkhidmatan pengurusan dan  pengasuhan yang ditunjukkan oleh setiap individu berkaitan, bakal menaikkan atau menjatuhkan imej perniagaan sesebuah TASKA.  Bagaimana antara kriteria untuk melahirkan sebuah TASKA berkualiti?

Antaranya, kriteria sebagai seorang  pengusaha TASKA  yang professional sangat penting bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan lancar.  Kriteria professional juga diperlukan oleh seorang pengasuh@pendidik, memandangkan mereka  juga mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini.  Personnel di TASKA perlu memahami tanggungjawab dan kewajipan mereka terhadap keberkesanan perjalanan keseluruhan operasi rutin di TASKA yang perlu dilaksanakan mengikut garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan.  Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencerminkan kecekapan dan kebolehannya menjalankan semua tugas-tugas di TASKA.  Hakikatnya profession sebagai personnel di TASKA ini adalah satu profession yang patut dipandang tinggi oleh semua pihak yang terlibat dengan operasi TASKA khasnya dan seluruh masyarakat amnya.


            Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajibkan menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)  yang ditetapkan dalam akta berkenaan.  Mempunyai Persijilan Kemahiran Malaysia, Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pengasuh memandangkan mereka merupakan pekerja mahir yang telah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.  Terbaru, kenyataan yang dipetik dari laporan BERNAMA bertarikh 11 Oktober 2016 daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak. Mungkinkah syarat baru ini ditetapkan bagi melahirkan TASKA berkualiti?

Sehubungan itu, keperluan bagi setiap personnel TASKA memiliki sekurang-kurangnya Diploma telah menjadi wajib dan secara langsung menunjukkan bahawa setiap personnel berkaitan wajib mengikuti latihan atau program bagi tujuan tersebut.


Profesionalisma seseorang personnel TASKA itu diukur berdasarkan minat masing-masing dalam mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.  Justeru itu, untuk menepati kriteria yang dinyatakan tadi dan seterusnya bagi meningkatkan lagi kemahiran pengasuhan dan pendidikan yang sedia, sangatlah penting setiap individu berkaitan memastikan yang mereka senantiasa berusaha meningkatkan professionalism diri antaranya melalui pelbagai program atau kursus dan bengkel pengasuhan yang berkaitan.  Apabila setiap personnel TASKA benar-benar berketerampilan, kualiti perkhidmatan TASKA dengan sendirinya akan meningkat dan kanak-kanak sendiri dapat menerima asuhan dan didikan yang terbaik sepanjang peninggalan  mereka di TASKA. Di sini lah TASKA dapat beroperasi sebagai sebuah TASKA berkualiti yang diharapkan oleh semua ibu bapa yang mendapatkan perkhidmatan TASKA ini. 

Mudahan industri TASKA dapat berkembang dengan baik sebagai satu industri yang professional dan dipandang tinggi oleh setiap individu maupun masyarakat.

Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25









Wednesday 28 December 2016

kongsi rezeki


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

KLIK AMAN PALESTIN

Tulisan saya hari ini sekadar ingin berkongsi rasa atas nikmat memberi sesuatu kepada orang lain. Memberi bukan sekadar perlu beri wang tapi ada pelbagai barang @ perkara yang boleh di beri di mana bila kita memberi ia memanfaatkan orang yang menerima.
Bila mana kita rasa rezeki  kita sedang melimpah ruah, rajin-rajinkan diri menghulur dan memberi sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Bak kata bijak pandai agama, pada rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, ada bahagian insan lain yang perlu kita ingat dan sumbangkan. Apa sahaja rezeki yang Allah kurniakan , semuanyaa milik Allah jua, kita sekadar mentadbirkannya.

Bila mana mungkin rezeki yang kita terima sederhana sahaja, belajar juga memberi sedikit untuk menafat insan lain

Mengapa saya katakan memberi itu suatu nikmat kerana insyAllah apabila kita memberi  kelak di suatu saat yang tidak dijangka, kita pula akan menjadi penerima dari seseorang tanpa di sangka.

Mari mulakan menjadi seorang pemberi.

Tidak tahu di mana mahu memberi.

KLIK SINI  , mari lah bersama menyumbang dan memberi.

AMAN PALESTIN




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25





RPA PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 
Nama Pendidik

Minggu
Tarikh:
Hari:
Masa:
Umur
  6 – 12 bulan
Bil. Kanak-Kanak : 2
Tema

Tajuk
Mainan lembut
Bidang Perkembangan
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Pengetahuan sedia ada
Bayi sudah boleh meramas mainan lembut.
Objektif
1.    Bayi sudah boleh meramas pelbagai mainan lembut. (PF)
2.    Bayi boleh merasa tekstur mainan yang lembut. (PDPDP)
3.    Bayi boleh merasa teruja dan seronok dikelilingi pelbagai mainan lembut. (PSSEKR)

Tempat/Ruang
Bilik Bayi
Bahan
Bola lembut pelbagai
‘Soft Toys’  lembut.
Kain Lembut.
Plastik lembut
Ruang
Bilik Bayi
Langkah pelaksanaan
1.    Pendidik membawa bayi ke bilik bayi.
2.    Pendidik bermesra dengan bayi terlebih dahulu dengan berkomunikasi dengan bayi.
3.    Pendidik mengajak bayi menyanyi bersama –sama.
4.    Pendidik keluarkan pelbagai mainan lembut di hadapan bayi.
5.    Pendidik biarkan bayi bersama-sama dengan pelbagai mainan lembut di keliling bayi.
6.    Pendidik beri rangsangan untuk bayi meramas mainan lembut dengan berbuat demikian terlebih dahulu.
7.    Pendidik beri galakan kepada bayi merasa tekstur mainan lembut tersebut dengan berbuat demikian terlebih dahulu.
8.    Pendidik memuji bayi dengan menepuk tangan sekiranya bayi mengambil mainan lembut.
9.    Pendidik  terus beri galakan dan rangsangan  berterusan kepada bayi untuk terus bermain
10. Pendidik ucapkan terima kasih dengan memeluk bayi.
Perhatian
1.    Pastikan ruang aktiviti  bayi bersih dan selamat.
2.    Pastikan bayi sihat  dan telah bersedia sebelum aktiviti
3.    Pastikan peralatan yang digunakan untuk aktiviti sesuai untuk bayi.
4.    Pastikan keperluan bayi telah dipenuhi sebelum aktiviti.
Refleksi Pendidik





Refleksi kanak-kanak







Simple sahaja RPA untuk aktiviti bayi ini.

Jika hendak lihat atau rujuk banyak lagi contoh RPA, sila dapatkan ebook di bawah ini.

RM 40








Tuesday 27 December 2016

Menyediakan Persekitaran TASKA yang kondusif

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi peribadi - Kelas ECCE


Hujung2 tahun ni, kebanyakan TASKA semua sibuk 'set up' sudut ruang persekitaran yang baru untuk TASKA, tapi saya sebagai pengajar sibuk juga 'set up' 'additional mock-up room' untuk pelajar2 Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak2.
Pelajar diberi peluang belajar dalam suasana persekitaran TASKA  yang sebenar.
Di sinilah rahsia keterampilan pelajar SKM. Mereka bukan hanya tahu buat tetapi mereka BOLEH BUAT.


Di kesempatan ini, saya akan berkongsi idea untuk mewujudkan persekitaran TASKA yang kondusif.

Apakah yang dimaksudkan dengan Persekitaran TASKA yang kondusif? Secara umumnya, ia bermaksud persekitaran yang sesuai, selesa dan selamat.

Sesuai - Setiap ruang atau sudut perlu disediakan mengikut keperluan atau kegunaan sesuatu ruang dan sesuai mengikut mengikut tahap umur kanak-kanak. Begitu juga bahan dan peralata

Selesa - Persekitaran mestilah selesa dari segi pengudaraan, pencahayaan, kebersihan, kekemasan dan saiz setiap ruang. Peralatan yang disediakan juga memberi keselesaan kepada kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.

Selamat - Persekitaran TASKA yang kondusif adalah persekitaran yang selamat dari segala sudut dan aspek. Tiada bahan dan peralatan  merbahaya dan tiada sebarang gangguan dan ancaman  yang boleh menggugat keselamatan kanak-kanak di TASKA.





Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25