Sunday 29 April 2018

Perkembangan Pembelajaran Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
Rujukan : Modul PERMATA Negara


Apakah itu Perkembangan Pembelajaran Kanak-Kanak?
Tahukah anda bahawa potensi perkembangan pembelajaran seseorang kanak- kanak bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan lagi, malah ketika di dalam kandungan lagi. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak bukanlah juga hanya menjurus kepada sesuatu yang berbentuk akademik sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan aspek dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan kata lain, sepanjang menyusuri hari-hari awal usianya, kanak-kanak belajar pelbagai perkara dan benda baru. Uniknya, kebanyakan yang dipelajari oleh kanak-kanak diperolehi hanya melalui bermain. Bermain merupakan kerja hakiki dan sebahagian dari kehidupan normal seseorang kanak-kanak.
Pada peringkat awal, kanak-kanak mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini. sangat penting kanak-kanak mendapat pendedahan pembelajaran mengenai kehidupan  secara holistik atau menyeluruh. 

Personaliti dan sahsiah kanak-kanak terbentuk sejak dari dalam kandungan ibunya lagi. Personaliti dan sahsiah diri kanak-kanak dapat dikembangkan dan menjadi lebih positif lagi sekiranya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang betul daripada orang dewasa dan juga persekitarannya.


Perkembangan awal kanak-kanak bukanlah bermaksud pendidikan awal yang berbentuk akademik semata iaitu memastikan anak-kanak cepat pandai membaca , menulis dan mengira di awal usia. Sebaliknya pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bentuk pendidikan yang menekankan aktiviti yang antaranya bagi mencapai perkara-perkara berikut :



  • Membina emosi dan sahsiah diri yang sihat dan stabil serta positif dalam diri kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti yang berkait dengan tahap Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak. 
  • Menjadikan kanak-kanak pandai bersosial dan bergaul dengan baik serta positif bersama rakan-rakan sebayanya. 
  • Membimbing kanak-kanak agar boleh menggunakan bahasa percakapan yang baik, mempunyai keyakinan diri ketika berbual dan berkomunikasi dengan rakan sebaya atau dengan  orang dewasa melalui Perkembangan Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal. 
  • Menanamkan pengetahuan dan memberi bimbingan terhadap cara pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti perkembangan yang dapat membimbing kanak-kanak memilih menu makan yang baik lagi berkhasiat. 
  • Membina hubungan positif dengan  sesiapa sahaja di persekitaran kanakkanak. 
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, mencuba dan merasai pelbagai pengalaman dengan dunia persekitarannya melalui pebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bagi menggalakkan  Perkembanagan deria dan Pemahamana Dunia Persekitaran kanak-Kanak. 
  •  Mendidik kanak-kanak supaya boleh  berdikari seawal usia 3 – 4 tahun lagi dengan memberi peluang kepada kanak-kanak menguruskan keperluan biasa  diri sendiri seperti mandi sendiri, pakai baju dan kasut sendiri serta mengemas barang permainan selepas bermain. 
  • Menjadikan kanak-kanak seorang yang aktif, cergas dan sihat serta menguatkan perkembanagan moto kasar dan moto halus kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti berkaitan Perkembangan Fizikal kanak-kanak. 
  • Membantu kanak-kanak berfikir mengenai sebab dan akibat kepada sesuatu dan meningkatkan  keupayaan kanak-kanak mnenumpukan perhatian bagi merangsang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanakkanak. 
  • Memberi peluang kanak-kanak menghayati, menikmati dan menyusuri dunia awal kanak-kanak mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, ceria dan menarik. 




  • Pada dasarnya. perkara-perkara  di atas menunjukkan bahawa pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak apa yang penting ialah menggalakkan tahap-tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan pembelajaran yang dapat membantu mereka melalui kehidupan dengan mudah dan lebih bermakna di hari seterusnya mereka menempuh pengalaman kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.  




  • Perlu diingat bahawa sememangnya  kanak-kanak sentiasa ingin belajar mengenai sesuatu yang baru dalam kehidupannya. Dan hakikatnya kanak-kanak belajar melalui bermain. Kanak-Kanak main apa sahaja yang disukainya tanpa mengetahui sebab dan akibat. Maka peranan pendidik ialah untuk merancang dan mengendalikan  aktiviti yang menyeronojkkan (persis seperti bermain) untuk kanakkanak. Seorang pendidik perlu memahami setiap tahap perkembangan dan tingkahlaku semulajadi kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di TASKA khasnya  secara tidak langsung dapat membantu merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak hanya pada aspek-aspek tertentu sahaja. 



Kanak-kanak tidak usah dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya misalnya memaksa kanak-kanak belajar membaca terlau awal. Perlu diketahui bahawa kanakkanak adalah individu yang unik. Mereka mempunyai keunikan sendiri sedari lahir lagi dan ia perlu dikembangakan bagi mengenalpasti potensi yang ada pada diri mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri yang berbeza antara satu sama  lain. Justeru itu pencapaian kanak-kanak dalam apa jua bidang, tidak sama antara satu sama lain. Dengan kata lain, setiap kanak-kanak mempunyai sesuatu potensi unik yang tersendiri dalam dirinya. Potensi itulah yang perlu dicari dan digilap oleh pendidik dan juga ibu bapa serta masyarkat di persekitaran kanak-kanak. 
 

Thursday 12 April 2018

Biarkan anak bermain

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Imej : Carian google

Seronoknya bermain bagi kanak-kanak.
Manakan tidak, mereka kelihatan gembira dan teruja ketika  bermain seolah tiada sebarang masalah dalam dunia kanak-kanak  mereka.
Lalu, biarkan anak bermain.  Itulah dunia dan kerja hakiki setiap anak yang dilahirkan di dunia ini.  Itulah hak mereka sebagai kanak-kanak iaitu BERMAIN.
Jadi, biarkan anak bermain.


Apa itu bermain? Sebut sahaja bermain, semua orang tahu yang perkataan itu sangat sinonim dengan kanak-kanak.
Bila sebut perkataan bermain, teringat masa kecil dulu, para ibu suka cakap begini dengan anak-anak

“ asyik main je...bila nak baca buku ni?"
“Itu lah, banyak main ni, sampai tak lulus periksa"
"Asyik main.... sampai tak ingat nak balik"
" Main...main ...tulah kerjanya."

Hmmm...dan macam-macam lagilah leteran sang ibu yang  seolah menunujukkan elemen negatif terhadap bermain.
Apakah banyak bermain menandakan seorang anak itu nakal atau memeningkan?

Rumah berselerak sebab anak-anak asyik main macam-macam....
TASKA TADIKA hingar bingar sebab kanak-kanak asyik dengan aktiviti bermain bebas.
Hati pendidik tak tenang sebab anak tak mahu fokus buat 'worksheet' dek kerana banyak bermain.
Otak ibu bapa berserabut sebab anak-anak tak boleh duduk diam, ada sahaja yang dia nak main.

Bagi saya, itu biasa sahaja. Biarkan anak bermain.

Kerana  bagi saya yang telah menceburkan diri dalam industri pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbi pengalaman lalu ini, apatah lagi dengan membesarkan anak-anak sendiri seramai 8 orang itu, sungguh bermain bukan sekadar menyeronokkan tetapi ia merupakan suatu kerja yang sangat bermakna dalam kehidupan anak-anak.

Tak percaya?

Jom, baca tulisan saya ini tentang impak bermain terhadap pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.  Sambil itu, biarkan anak bermain dan terus bermain.

Hah, rupanya bermain ini bukan sahaja dapat membantu menggalakkan  pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak,  namun ia juga dapat memperbaiki pencapaian akademik anak-anak apabila mereka mula memasuki dunia persekolahan sebenar nanti. Oleh itu, janganlah terlalu risau jika anak-anak di bawah umur 7 tahun bahkan 8 maupun 9 tahun masih banyak bermain.
Hmmm..anak saya yang berumur 11 tahun itu pun masih kuat bermain lagi. Tak sah kalau seharian tidak dapat bermain dengan kawan-kawannya.  Dengan adiknya pun boleh sahaja dia cipta suasana bermain yang menyeronokkan.

Bermain boleh berlaku bila-bila masa sahaja bahkan kanak-kanak akan bermain di mana-mana sahaja  tanpa mengira waktu dan keadaan. Bermain tidak semestinya memerlukan ruang yang luas dan tidak semestinya perlu ada bahan permainan yang sempurna.  Anak-anak yang kreatif ini, mampu sahaja mencipta suasana dan bahan permainan sendiri mengikut kerativiti dan imiginasi mereka.   Secara tidak  langsung , bermain secara bebas dapat  membantu meningkatkan kebolehan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

Namun apabila di TASKA maupun TADIKA ataupun di sekolah, kanak-kanak mula terikat dengan peraturan.  Adakalanya  pendidik mula marah bila kanak-kanak asyik bermain. Di rumah, bersama ibu bapa pun begitu.  Ibu bapa mula rimas bila anak asyik main dan tidak tahu duduk diam.

Hakikatnya bermain adalah tugas dan modul utama kanak-kanak walaupun ketika di premis pendidikan dan penjagaan bahkan di rumah sekalipun. Oleh sebab itu juga, para pendidik awal jangan lupa memasukkan elemen bermain dalam setiap aktiviti.  Para ibu bapa juga boleh bersama memberi idea permainan yang bernas kepada kanak-kanak.

Mereka yang terlibat dalam dunia kanak-kanak ini, mestilah membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan kanak-kanak membina ruang dan peluang untuk bermain.   Lainlah jika anak-anak yang memang dibesarkan di kampung di mana persekitaran bermain lebih semulajadi dan menyeluruh.


Biarkan anak bermain.
Sekali lagi ditekankan bahawa bermain mempunyai pengaruh yang sangat besar yang dapat membina  dan menjana perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak termasuk dari aspek sosial, bahasa dan kognitif.  Dengan kata lain, dengan bermain dapat membentuk sikap, diri, intelektual, karektor dan imej peribadi seseorang kanak-kanak apabila telah dewasa kelak.  Bermain sangat membantu anak-anak dalam melalui setiap tahap perkembangannya sebagai kanak-kanak.

Cuba fikir...
Pernah tak anda duduk bersama kanak-kanak yang sedang bermain.  Misalnya dia main doktor-doktor. Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak? Tentunya kanak-kanak akan main doktor-doktor berdasarkan pengalaman mereka melihat sesuatu berkaitan. Mungkin pengalaman mereka sendiri berjumpa doktor atau melihat di kaca TV.  Ketika bermain,  rupanya kanak-kanak melakar  semula pengalaman yang telah dilaluinya atau yang dilihatnya. Bermain memberi peluang kepada anak-anak menghayati setiap watak yang dimain, meneroka ,mencuba dan seolah-olah merasai pengalaman sebenar.  Anak-anak bebas dalam dunia bermainnya sambil mencipta kreativiti dan imiginasi sendiri. Seronoknya bermain bagi kanak-kanak. Lalu, biarkan anak bermain.
Abaikan anak-anak yang comot dan kotor ketika bermain.
Ada berani?

Bagaimanakah bermain membantu aspek perkembangan  yang lain?

Perkembangan Sosial 
Apabila kanak-kanak bermain, di suatu peringkat umur mereka akan mula mencari kawan bagi meningkatkan keseronokan ketika bermain.  Sedangkan di peringkat seawal, umur  1 -2 tahun kebanyakan kanak-kanak suka bermain sendirian. Ketika itu mereka lebih suka memonopoli sesuatu, mereka berimiginasi sendirian ketika bermain.
Keupayaan untuk bermain bersama kawan-kawan menjadi lebih besar ketika kanak-kanak berada di TASKA maupun di TADIKA.  Oleh itu pendidik awal mesti memikirkan aktiviti bermain yang bermakna yang melibatkan hubungan serta interaksi bersama rakan-sebaya.  Kanak-kanak yang memunyai peluang bermain bersama kawan-kawan akan dapat membantu  membentuk keyakinan diri dan rasa berani di dalam personaliti kanak-kanak tersebut.
Jika di rumah, mainlah bersama anak jiran atau adik beradik. Dilarang sama sekali terperuk di rumah sambail asyik bermain game atau menggunakan handphone.


Kemahiran berbahasa

Siapa sangka, hanya melalui bermain yang dilihat entah apa -apa itu, seorang kanak-kanak akan mula mereka dan mengada-adakan cerita spontan yang  berdasarkan imiginasi mereka. Tak perlu guna skrip, lancar sahaja kanak-kanak berbual bersama kawan-kawannya bila sedang bermain.

Apabila bermain bersama kawan-kawan, anak-anak akan mula berkomunikasi dan berbual bersama secara tidak langsung.  Jika di TASKA TADIKA, pendidik awal boleh menyediakan persekitaran aktiviti drama@teater sebagai salah satu cara memberi peuang kanak-kanak untuk mengasah  kemahiran berbahasa  mereka.  Aktiviti terancang dapat membenarkan kanak-kanak menggunakan lebih banyak tatabahasa atau sebutan perkataan yang baru yang bersesuain dengan aktiviti yang dijalankan.   Maksudnya kanak-kanak lebih banyak menguasai penggunaaan sebutan bahasa selain dari perbualan rutin biasa setiap hari.

Misalnya jika main jual-jual di pasaraya, kanak-kanak akan meniru bahasa yang digunakan ketika urusan jualbeli di pasaraya.


Perkembangan Kognitif

Apakah permainan yang boleh dikaitkan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak?
Sangat banyak sekali, misalnya anak-anak mereka atau menyusun sesuatu, atau ketika bermain di luar kawasan rumah.

Bermainlah apa sahaja yang memberi ruang dan peluang kanak-kanak belajar mengenai sesuatu yang baru dimana kanak-kanak mula berimiginasi dan cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah ( contoh, bagaimana nak , susun blok hingga  tinggi).  Semua aktiviti bermain yang berkaitan dapat membantu merangsang otak kanak-kanak untuk berhubung secara aktif dan positif.


Pendidik awal dan juga ibu bapa di rumah perlu sedar akan kepentingan bermain terhadap aspek perkembangan kanak-kanak. Pastikan bermain ada dalam jadual seharian kanak-kanak.   Dengan kata lain, tdak mahulah anak-anak hanya diminta fokus dan terarah kepada aktiviti akademik sahaja. Berilah mereka peluang dan ruang sebebasnya untuk menghayai seronoknya bermain.
Elakkan handphone yang keterlaluan di tangan kanak-kanak.

Secara kesimpulannya, kepentingan dan manfaat bermain adalah seperti berikut;
1.  Meningkatkan keupayaan berfikir
2. Kemahiran menggunakan bahasa
3. Meningkatkan kreativiti kanak-kanak
4. Menzahirkan dan meluahkan emosi pelbagai, selalunya keseronokan
5. Meningkatkan fizikal dan kecergasan kanak-kanak melalui bermain yang aktif yang menggunakan motor kasar dan pergerakan.
6. Meningkatkan kemahiran sosial dan berkawan

Dengan itu, wahai ibu bapa, wahai para pendidik awal kanak-kanak.

BIARKAN ANAK BERMAIN.





Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner

#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA

#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:








RM 20                                          










RM 40     / RM 30






HUBUNGI SAYA DI 0167235080


Wednesday 11 April 2018

Bisnes TADIKA, inillah permulaannya

Oleh : Nor Azura Ismail
Catatan cerita 1.


Dunia Pendidikan  Awal Kanak-Kanak.
Bermulanya perjalanan ini.
18 tahun yang lalu, ketika bergelar  surirumah yang diulit dengan anak-anak yang masih kecil lagi yang menjadikan faktor utama saya mendapat gelaran ini.
Tetiba, ketika itu, hati meronta-ronta ingin bekerja semula. Tetapi, kerja apa yang boleh dilakukan dengan keadaan anak-anak kecil sekeliling pinggang ini. Puas difikir, akhirnya Allah memberi ilham untuk saya memulakan perniagaan  dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. 
Dengan.penuh tekad, saya bermula dengan mengusahakan sebuah TADIKA dengan hanya berbekalkan pengalaman mendidik anak sendiri dan dengan usaha mencari sendiri sedikit ilmu asas awal yang diperlukan dalam bisnes ini.
Dengan perasan teruja, penuh semangat,   seronok dan berkobar- kobar saya mulakan bisnes ini bersama harapan dan cita - cita besar. Paling penting ketika itu, anak- anak kecil saya seramai 4 orang itu, masih tetap bersama saya di mana sahaja saya berada.
Alhamdullillah, Dia Allah, mengizinkan saya meneruskan cabaran demi cabaran awal dalam bisnes ini. Namun, disebalik keterujaan menjadi seorang usahawan TADIKA, saya diuji dengan pelbagai kerenah samada dari badan penguatkuasa, pekerja dan ibu bapa dan juga persekitaran. Saya yang ketika itu,  hakikatnya agak kurang ilmu berkaitan bisnes dan juga agak cetek ilmu serta kemahiran mengenai pendidikan awal kanak kanak, Lalu, saya sering teruji dan terusik dengan masalah dan cabaran semasa. Saya menjadi kurang tabah, sesekali  menjadi lemah dan lemas dengan persekitaran perjalanan awal bisnes  ini.
Aduhai bukan mudah sebenarnya mengharungi segalanya.  Inilah titik tolak saya mula melangkah masuk ke dunia penuh cabaran, mendidik anak- anak awal usia. Sempatlah saya merasa indahnya menjadi usahawan TADIKA. Panggilan cikgu yang dilantunkan dari mulut anak-anak maupun ibu bapa laksana butiran permata sebuah penghargaan.
Sesungguhnya pengalaman awal ini, biar pun penuh dugaan yang sesekali kelihatan perit dan pahit, namun ia tetap menjadi titik tolak untuk saya terus maju ke depan. Sering dulu, saya rasakan, siapalah saya ketika itu, seorang insan, seorang usahawan baru yang mula berjinak -jinak dalam industri ini. Kesimpulannya, untuk terjun dalam industri pendidikan awal kanak- kanak ini bukan boleh dibuat mudah semudah menulis abc. Segala persedian awal dari setiap sudut perlu sempurna,  lenglap lagi mencukupi. 
Allah lah perancang kehidupan yang terbaik. Setiap jalan kehidupan  tersirat  pelbagai pengalaman dan  pengajaran bagi setiap insan yang menyedari dan menghargainya.
Setakat ini dulu cerita 1 saya. 
Tunggu cerita seterusnya.
#sebuahpengalaman
#Norazurachildcarepractitioner

Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:



RM 20                                          


RM 40     / RM 30


HUBUNGI SAYA DI 0167235080


Sunday 1 April 2018

Mendidik remaja

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Menjadi seorang pendidik kepada golongan remaja bukanlah suatu bidang kerjaya yang mudah. Remaja sangat mudah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial. Remaja sangat lancar menuturkan kata- kata tidak sopan tanpa menghiraukan persekitaran, tanpa fikir dengan siapa mereka berbicara.  Kekadang mereka seronok dan. leka dengan alam remaja yang mencabar.
Peranan saya sebagai pendidik bukanlah hanya mengajar dan menjadi pemudahcara bagi pelajar ini dalam mengikuti sesi latihan dan pembelajaran bahkan peranan saya lebih dari itu.
Sayalah pengajar dan saya jugalah ibarat kawan dan ibu ganti  kepada pelajar saya.
Sangat- sangat sedih bila ada pelajar saya yang mula hilang pedoman hidup lalu melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.
Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah  dan menjauhi anak~ anak ini dan anak~ anak saya dari segala kemudaratan dalam kehidupan remaja mereka. Amin.
#Norazurachildcarepractitioner



Siapa saya?

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          


RM 40     / RM 30


HUBUNGI SAYA DI 0167235080