Thursday 24 December 2020

RPA aktiviti pemakanan

Bagaimanakah  anda melaksanakan aktiviti Pemakanan bersama kanak-kanak di TASKA supaya InsyAllah objektif pemakanan dapat tercapai dengan mudah? 

Agaknya kalau kita cakap, begini dengan kanak-kanak,.

"Awak tahu tak apa khasiat buah epal?" 

"buah epal ini mengandungi serat dan anti oksida.
Full stop.πŸ€­πŸ€”

Budak-budak tu pun berkelip-kelip jer matanya pandang teacherπŸ˜…πŸ€£

Agak-agaknya budak umur 3 tahun maupun 4 tahun tu, boleh faham tak, apa kebaikan makan buah epal ni jika gitu caranya kita cakap dengan kanak-kanak. 

Cam ner yer..

Apa agaknya  kesalahan yang selalu peserta buat dalam menulis  RPA pemakanan maupun dalam pelaksanaan amalinya.

Antaranya...

1. Langsung tak sebut tentang khasiat, kebaikan ataupun amalan pemakanan

2. Ada sebut pada awal permulaan aktiviti sahaja, pastu terus tak mention lagi tentang kebaikan pemakanan, sebaliknya terus lebih fokus kepada objektif yang lain.

3. Sebut dengan cara@ayat tinggi, tapi buat seolah-olah budak - budak tu faham.

He.. He..
Kita yang tua ni pun ada yang tak faham apa maksud serat dan anti oksida tu tau.. 

Awak..

Sebenarnya, untuk RPA pemakanan, objektif utamanya ialah untuk nak galakkan kanak - kanak faham dan tahu kenapa kena makan sesuatu makanan yang berkhasiat itu, untuk apa.

Jadi, bila cikgu nak terangkan kepada kanak-kanak, gunakanlah pendekatan atau cara atau bahasa yang mudah kanak-kanak faham.

Guna pendekatan yang sesuai.
Beri penekanan kepada aspek kebaikan dalam pemakanan.

***
Kenapa adik kena makan roti?
Supaya adik boleh jadi kuat dan boleh lari laju...
Macam ni...

Tunjukkan lah gambar orang yang kuat.

Tak yah lah sebut perkataan karbohidrat tu pun. πŸ˜…

Selepas beritahu tentang khasiat makanan, kenalah ada langkah pengukuhan yang lain berkaitan khasiat pemakanan tersebut...

Selepas itu.. 
Barulah cikgu boleh mula buat langkah aktiviti yang merujuk kepada gabungjalin objektif yang lain pula. 

Di akhirnya, pastikan  semula yang kanak-kanak telah faham.

Tanya semula..
Kenapa yer kita kena makan buah epal?

Kena ingat juga.. 
Paling penting adalah proses kepada aktiviti ini, bukannya hasil.

RPA berkaitan pemakanan wajib cerita tentang khasiat, kebaikan atau amalan dalam pemakanan.
Ingat tu!!

Ok..
Adakah anda faham
Wahai peserta KAP semua.😊😊

Then.... 
Inilah cabaran KAP online.

Sejauh mana peserta benar-benar faham??

Catatan,
#Norazura
Trainer and Facilitator KAP

Anak anda buta huruf?

Adakah anda merupakan 
seseorang yang terlibat dalam industri pendidikan awal kanak-kanak? 

Jika ya..., semestinya jika 
kita faham pendidikan awal kanak-kanak dari akar umbinya, kita tidak akan bersetuju jika ada individu  menyatakan bahawa.... 

Kanak-Kanak yang tidak boleh membaca pada umur 6 tahun sehingga ke  Tahun 1 itu dikatakan buta huruf.

Merepek ler...

Setiap anak tak sama kadar potensinya. Ada yang cepat dan ada yang lambat sikit kebolehan atau pencapaiannya.
Jika mereka anak yang normal, insyAllah mereka akan boleh membaca juga secara semulajadi.

Kekadang.. kita orang dewasa yang suka sangat  mengwujudkan suasana persekitaran stress  yang merendahkan nilai diri seorang kanak-kanak pada satu-satu tahap umurnya. 

Mungkin perlukan sedikit usaha dan rangsangan serta pendekatan  yang sesuai untuk kanak-kanak ini.
Sabar... 

Pleaselah...

Jangan sebut..

Kanak kanak yang tidak boleh membaca lagi itu sebagai buta huruf.

Keterlaluan ok.

Mereka kan tetap kanak-kanak.

Catatan,
#Norazura.
#TrainerandFacilitator

Esok besar nak jadi apa?

Ibu bapa versi lama.......

Selalunya, ibu bapa ini akan berkata kepada anak-anaknya..

'Belajar pandai-pandai....
'Sekolah elok-elok...,  esok.... bila besar nanti boleh jadi doktor, boleh jadi lawyer, boleh dapat gaji besar😁

Namun.... 
Masa dan norma kehidupan telah merubah segalanya.

Sekarang mereka yang berpendapatan  besar bahkan ada yang dah kaya seperti yang diingini oleh para ibu bapa itu kebanyakannya yang berbisnes sendiri...
Bisnes offline/online gitu😁

Bahkan.. 
Kekadang....yang power bisnesnya tu pun....., Tak pandai pun masa zaman sekolah dulu.

Nak berpendapatan besar kini..., bukan lagi semestinya punya akademik tip top semua A,..., yang penting sekali mesti rajin, mesti kreatif, yakin berani dan ada aura tersendiri untuk terus maju ke hadapan tanpa jemu.

InsyAllah... 

Moral of the story.... 😊

Setiap anak, setiap orang ada potensinya sendiri, yang penting mahu berusaha... 

Betul tak?

Catatan,
#Norazura
#TrainerandFacilitator

Asyik bermain sahaja?

Seorang mummy bertanya kepada anaknya yang baru berusia 5 tahun.. 

"Tadi.. Kat school, adik belajar apa?" 

"Tak belajar, adik main jer.." 

"Ada belajar baca buku tak?" 

"Tak.., teacher bagi adik main jer.." 

"Aikk!
hari-hari main jer.., bila nak belajar?" πŸ™„

Mummy... 
Teacher said....
Play is one of the main ways in which children will learn a lot. πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ€—

So... 
Its true dear parents and dear early childhood practitioner.. 

Bermain dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan yang baik.

Melalui bermain, kanak-kanak akan cuba menyelesaikan masalah, mereka berkawan, bersosial malah main juga dapat meningkatkan kebolehan motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Lagi....kanak-kanak tentu akan menggunakan bahasa bila bermain. Mereka juga akan  luahkan idea dan kreativiti serta imiginasi pelbagai hanya melalui bermain.

Children will decide..
What to play...
How to play... 

Dengan kata lain..
Dengan bermain sahaja, kanak-kanak dapat meneroka, menguji dan memperoleh  kemahiran serta pengalaman bermakna dalam keadaan yang menyeronokkan.

Tak perlulah  stress kan kanak-kanak untuk baca itu, hafal itu.. kira itu.... tulis banyak-banyak..

No worksheet please!!

Mohon jangan ada buku latihan yang asyik latih  tulis ABC, 123 dan perkataan tu jer..

Jangan asyik suruh warna gambar jer.. 

Boring weihh..

Kita pun stress nak ajar seorang kanak-kanak yang secara semulajadi memang sangat suka bermain.

Maka.. lebih baik, ajar anak sambil bermain.. 
Mainlah apa sahaja asalkan  dalam persekitaran yang selamat.

Ibu bapa jangan marah kalau anak-anak asyik nak main jer..
Biarkan dia bermain sepuasnya..
Mereka tengah belajar lah tu....

Sampai bila nak fokus main jer?

Selagi dia merupakan seorang kanak-kanak yang normal.. 😁

Apakah pula peranan ibu bapa atau teacher dalam menyokong kanak-kanak untuk bermain?

Ya...

Sila sediakan dan pastikan persekitaran bermain yang kondusif.

Sediakan alat atau bahan permainan yang sesuai.

Beri kanak-kanak masa dan peluang untuk bermain.

Sediakan ruang-ruang bermain@sudut yang menarik.

Main bersama kanak-kanak.

Dan akhirnya.. berikan mereka galakan..

Bukan marah-marah bila mereka nak main.

Tapi.. Ingat tau!!
beri main handphone .. bukan dalam kategori main yang bermakna yer.. 
****

Children have a right to play!!

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF

Thursday 17 December 2020

 

KENALI TAHAP PERKEMBANGAN & KEBOLEHAN ANAK-ANAK

 


PENDAHULUAN

SIAPAKAH KANAK-KANAK?

 

Kanak-kanak ialah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar .Kanak-kanak telah mula belajar sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Mereka belajar melalui setiap tindakan ibunya termasuklah dari perasaan ibunya. Kanak-kanak atau anak-anak kita  akan mula belajar lebih cepat  dari satu tahap ke satu tahap sebaik  sahaja dia dilahirkan ke dunia ini. Segala apa yang di pelajari dan dilalui melalui pengalaman anak-anak akan mula membentuk sahsiah dan karakter serta tingkahlaku seseorang kanak-kanak itu.

 

Dengan kata lain apa sahaja yang dipelajari oleh kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan anak dan akan menjadikan siapa  dan bagaimana karektor kanak-kanak  itu apabila dia  dewasa kelak. Justeru itu, sangatlah penting mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak iaitu ibu bapa., pengasuh, pendidik dan komuniti di persekitaran kanak-kanak memahami dan mengenali hati nurani seseorang anak dan seterusnya mengetahui tahap demi tahap perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak itu. Mereka yang berada  di persekitaran kanak-kanak juga perlu memahami setiap tingakahlaku dan kerenah kanak-kanak, antaranya

Fahami mengapa kanak-kanak suka banyak bertanya

Fahami mengapa kanak-kanak suka mengamuk dan memberontak

Fahami mengapa kanak-kanak terlalu aktif

Fahami mengapa kanak-kanak suka usik itu dan ini

Fahami setiap aspek perkembangan kanak-kanak.

Kenali setiap sikap dan potensi kanak-kanak

Pastikan apa yang perlu dan tidak perlu pada setiap tahap umur kanak-kanak. Apakah kebolehan yang patut  sudah boleh dicapainya.

Bila kita tahu dan faham, barulah kita boleh menerima setiap tingkahlaku dan keperluan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Seterusnya kita akan tahu tahap-tahap perkembanagan normal seseorang kanak-kanak. Pastinya kita tidak akan menekan kanak-kanak di luar dari batas kemampuannya pada setiap tahap umur tertentu. Setelah faham,  bolehlah kita boleh membantu anak-anak,  antaranya dengan menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta penuh kasih sayang.

 

Perlu sangat untuk diingat bahawa kanak-kanak adalah seorang individu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sejak dia mula membuka mata , pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak boleh dikembangkan dan digalakkan  antaranya dari  segi fizikal, emosi, rohani, sosial dan intelek. Mari kita fikirkan, bagaimanakah kita sebagai orang dewasa dapat membantu mengembangkan potensi diri anak-anak, jawapannya kita perlu belajar dan tahu tahap-tahap perkembangan yang akan dilalui oleh kanak-kanak. Dengan kata lain, kita perlu tahu kebolehan yang harus dicapai oleh anak-anak pada usia tertentu. Dengan itu kita  bantu mereka untuk mencapai potensi yang ada dalam diri anak-anak ini mengikut tahap perkembangan dan kebolehan mereka..

 

 

6 BIDANG PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KOGNITIF  -  Awal Sains

 

Kandungan modul pembelajaran mengikut perkembangan ( sesuaikan untuk umur 2 – 5 tahun)

1.     Penggunaan 5 deria asas dalam memahami dunia persekitaran kanak-kanak.

 

DERIA

KEGUNAAN

AKTIVITI CADANGAN

MATA

MELIHAT

Nature walk – jalan-jalan melihat persekitaran

MULUT/LIDAH

MERASA

Merasa masam , manis, pahit, masam

TELINGA

MENDENGAR/FUNGSI

Mendengar bunyi di persekitaran

Mengecam bunyi haiwan

Mengecam bunyi objek berdekatan

HIDUNG

MENGHIDU

Bau wangi dan busuk

KULIT

MERASA/SENTUHAN

Merasa permukaan  kesat atau licin

2.     Kanak-kanak mengunakan konsep meneroka, menguji dan membina pengalaman dalam memahami dunia persekitaran

 

3.     Aktiviti yang berasaskan sains dan kemahiran saintifik – eksperimen sains, contoh aktiviti;

Main air & buat buih sabun

Eksperimen tenggelam timbul

Sudut sains di TASKA

-          Sediakan sudut sains@ meja sains dan teknologi

-          Menyiasat , meneroka dna membuat ujikaji

-          Memaparkan carta dan hasil projek sains

-          Menyediakan bahan rujukan, pamerkan bahan sains

Eksperimen dengan warna

Mencambah bji benih/kacang hijau

Memasak

Membuat pelangi

Lukisan minyak

Bahan larut dan tidak larut

Eksperimen telur

Tindakbalas cuka dan soda bikarbonat

Memelihara binatang

Tanaman sayur

4.     Teknologi dan ICT

i.                Memperkenalkan komputer kepada kanak-kanak

ii.              Alam digital

iii.             Kegunaan telefon bimbit

iv.             Teknologi di persekitaran kanak-kanak

 

 

 

5.     Alam sekitar kanak-kanak

Alam Fizikal

Saiz, corak, pergerakan, alat dan mesin, kereta, kapalterbang,  traktor, keretapi, komputer, blok, magnet, bangunan, pengangkutan,

Kejadian semulajadi – angin, hujan, guruh dan kilat, timbul dan tenggelam,

Basah dan kering, panas dan dan sejuk, cahaya dan bayang, bunyi dan irama, jarak dan ukuran

Alam Bahan

Makanan, Minuman, Rempah ratus dalam masakan

Bahan cucian badan, Cecair pencuci

Batu, air, Udara, Tanah, Pasir

Susu, Tepung, Gula, Garam

Kertas, Kain, warna

Alam Hidupan

Haiwan, tumbuhan, manusia, Kenali anggota badan

Nature walk, Eksperimen sains, Lawatan luar

Bercucuk tanam, Buah-buahan , Sayur sayuran

Serangga

Meneroka alam

Alam Semesta

Bukit, Gunung-ganang, Lautan, sungai dan tasik

Angin dan hujan, Matahari, Bulan dan bintang, Planet

Musim sejuk dan musim panas, Awan


 

PERKEMBANGAN KOGNITIF – Awal Matematik  & Pemikiran Logik

 

Awal Matematik – pemahaman awal tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi/kedudukan, corak, masa, awal nombor, dan operasi nombor awal

Pemikiran Logik- proses berfikir iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara @ kesan terhadap sesuatu perkara.

BENTUK

BENTUK

Mengaitkan bentuk objek dan benda yang terdapat dalam persekitaran seperti empat segi, segitiga, bulat, kiub, selinder, kon, dll. Juga dalam bentuk seperti roda, donut, botol payng dan sebagainya

KONSEP

SAIZ ( besar – kecil)

Pelbagai saiz seperti besar, kecil, tinggi, rendah, sangat besr, sangat kecil

Ruang (luar –dalam, atas bawah)

Permainan lompat keluar dan masuk gelung

Merangkak melalui terowong

PARTS AND WHOLE

Sebuah, separuh, sebiji, setengah, secebis, semua

Cantuman

Bahagikan

PERBANDINGAN DAN PENGELASAN

Mengumpulkan benda mengikut sesuatu ciri atau kriteria

Membandingkan benda yang sama seperti selipar, sarung tangan

Mengelaskan blok mengikut warna

PADANAN SATU DENGAN SATU

Menyusun ikut persamaan

Padanan kasut stoking

Membilang objek dengan bilangan

SERIASI DAN POLA

Menyusun mengikut urutan

Urutan dari besar ke kecil

PENGUKURAN DAN SUKATAN

Mengukur menggunakan sesuatu cara kasar atau guna alat ukur tertentu

Main air, Main pasir

Memasak, Buat doh

Membandingkan ketinggian kanak-kanak

KONSEP MASA

Mengenal rutin di TASKA

Mengaitkan peristia dengan hari dan bulan

Memperkenalkan masa dengan aktiviti contoh pagi –sarapan, petang –pulang

Memperkenalkan nama hari dan calendar

Bercerita tentang peristiwa atau hari kejadian

MEMBILANG & MENOMBOR

Mengira nombor

Bermain teng –teng

Nyanyi lagu bilangan nombor

 

 

TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF  - Awal Matematik  & Awal Sains


Umur

Tahap Perkembangan Awal Matematik

Tahap Perkembangan Awal Sains

0 – 6  bulan

·       Melihat objek mengikut arah objek yang bergerak

·       Menumpu perhatian terhadap objek bergerak

·       Suka warna warna terang

·       Memegang dan menggigit objek.

 

·       Memusingkan kepala kearah sumber cahaya

·      Merenung arah objek yang terletak lebih kurang 20 – 25 sm daripadanya.

·      Fokus pada objek dekat.

·      Ikutpergerakan objek

·      Merenung gambar pada buku dan cuba sentuh

·      Memindahkan pandangan

·      Tertarik pada bunyi terutama suara orang.

6 – 12 bulan

 

·       Memahami konsep

·       Mengenali saiz, warna dan bentuk objek

·       Membelek objek dan menjatuhkan objek ke lantai

·       Faham konsep kedalaman

·       Faham konsep pengekalan objek

·       Memadan bentuk dengan acuan.

 

·       Boleh beza wajah orang yang dikenali atau tidak.

·       Mengikut dengan mata  objek yang bergerak secara melintang atau menegak.

·       Mengesan dan mengutip objek halus

·       Boleh beza warna asas, warna terang

·       Boleh beza objek besar kecil

·       Meneroka objek sekitar

·       Masuk objek dalam mulut

1 – 2 Tahun

 

·       Memahami rutin harian

·       Memahami hubungan antara dua objek.

·       Mengingat perkara yang telah berlaku.

·       Membezakan kuantiti.

·       Menyebut konsep

·       Berfikir pada peringkat pra logik

·       Boleh menyusun ikut urutan

·       Membuat padanan satu ke satu.

·       Mengikut dengan mata pergerakan objek  dalam bentuk bulatan besar.

·       Membezakan jarak

·       Kenal perubahan pada objek.

·       Beza warna sekunder

·       Meneliti objek

·       Meneliti, meneroka dan peka pada persekitaran

·       Membezakan tekstur.

 


 

Umur

Tahap Perkembangan Awal Matematik

Tahap Perkembangan Awal Sains

2- 3 tahun

 

·       Selalu bertanya apa, mengapa

·       Selalu minta dicerita perkara yang dia ingin tahu

·       Bertanya berulang kali

·       Cepat membuat aktiviti padanan

·       Sebut 1 hingga 5

·       Faham kuantiti

·       Mengenali bentuk

·       Memahami saiz dan perbezaan bentuk

 

·       Memberi sebab kepada kejadian

·       Suka bermain dan bina blok

·       Meneliti, meneroka, peka dan membuat pilihan dari persekitaran.

·       Membezakan jarak dan ruang.

·       Mengenali perubahan yang berlaku pada satu objek.

·       Membezakan pelbagai rasa

·       Bertindakbalas pada ransangan deria

·       Mengesan perbezaan antara bentuk

·       Membina bangunan guna blok

3 – 4 tahun

 

·       Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik

·       Rasa ingin tahu yang mendalam

·       Mengenali persamaan, perbezaan dan corak.

·       Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan isipadu

·       Boleh buat seriasi

·       Boleh buat representasi nombor yang lebih besar.

·       Boleh membilang 1 – 10 dalam bahasa Melayu dan Inggeris

·       Mengira jari dan objek sekurang-kurangnya 1 hingga 5 atau 10.

·       Kenal angka dan menulis angka.

·       Memahami lebih banyak bentuk dan saiz

·       Faham konsep kuantiti – banyak sedikit, tinggi –rendah, jauh-dekat, lambat –cepat dan lain-lain.

·       Boleh berfikir secara logik misalnya air jika dituang akan mengair ke dalam bekas dan memenuhi bekas.

·       Membuat operasi mudah mencampur nombor-nombor kecil.

·       Memberi sebab dan akibat misalnya kuman boleh menyebabkan penyakit.

 

·       Menguasai kemahiran- memperhatikan dengan penggunaan semua deria.

·       Boleh mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai pengalaman warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam penyelesaian masalah.

·       Suka bertanya mengapa dan bagaimana.

·       Mengambarkan cirri persamaan dan perbezaan objek

·       Membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri ciri.

 

 

 

4 - 5 tahun

·       Dapat menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk menyelesaikan masalah.

·       Boleh berfikir dan menggambarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan objek yang berlainan.

·       Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan, corak dan pola.

·       Boleh memadan dan mengelas objek.

·       Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik.

·       Boleh membuat pilhan dan keputusan.

·       Awal nombor – boleh membilang nombor 1 hingga 20.

·       Boleh membuat rumusan dan pemerhatian.

·       Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.

·       Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz, berat ringan dan isipadu.

·       Boleh membilang

·       Boleh mengira objek dan fahan banyak sedikit.

·       Boleh berfikir secara logik.

·       Boleh beri sebab dan akibat dengan jelas.

·       Boleh menaakul sesuatu kejadian dengan lebih baik.

·       Telah mencapai [eringkat awal logic dengan baik.

·       Boleh membuat keputusan yang mudah dengan alasan.

·       Boleh guna deria untuk memproses maklumat.

·       Boleh membuat pemerhatian, klasifikasi, penerokaan, eksperimen,penaakulan, ramalan dan anggaran.

·       Boleh meneroka sebab dan akibat sesuatu kejadian.

·       Boleh mengunakan alat teknologi mudah.

·       Boleh jelaskan ramalan dan penyiasatan yang dibuat.

·       Boleh guna alat dalam membuat pemerhatian dan eksperiemen.

·       Boleh mengaitkan maklumat yang diperoleh untuk membuat rumusan.

 

 

 

 

 

PERKEMBANGAN   BAHASA 

i.                Penggunaan bahasa - Bunyi bahasa dari awal usia

ii.              Keupayaan berkomunikasi – dengan rakan atau sesiapa sahaja di persekitaran kanak-kanak

iii.             Literasi Awal – kemahiran membaca

Konsep literasi – keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis , mendengar dan bertutur

 

AKTIVITI BAHASA & KOMUNIKASI

-        Bercerita

-        Berbual bersama rakan sebaya/ Bersoal jawab

-        Story Telling ( BM/ English)

-        Cerita dan Nyanyian

-        Memberi dan mendengar serta ikut arahan

-        Sebut bunyi / sukukata

 


AKTIVITI LITERASI AWAL

KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR

Mendengar dan mengajuk bunyi sekeliling

Mengecam bunyi di persekitarannya, Mendengar nama objek

Memahami nama objek di persekitarannya

Menyebut perkataan dengan jelas

Berbual menggunakan objek

Menyanyi, Story telling@ bercerita

KEMAHIRAN AWAL BACAAN

Shared reading – membaca satu cerita mudah berulang kali dalam kumpulan kecil sambal melihat teks bacaan

Membelek buku, Memperkenalkan buku yang pelbagai, Membaca bersama

KEMAHIRAN AWAL TULISAN

Menguli atau membuat rekaan guna doh

Mengoyak kertas, Menggunting kertas, Menguntai manik

Menyepit objek, Memindahkan objek guna penyepit

Melakar objek, Contengan awal, Contengan terkawal, Lakaran bernama

LITERASI AWAL

Menyebut huruf , Membunyikan huruf dengan objek

Melabel nama objek dalam kertas, Mengecam huruf’

bermain dengan huruf, fonik huruf

menyanyi berkaitan fonik huruf

 

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA

Umur

Tahap Perkembangan

0 - 6 bulan

 

·       Boleh menghasilkan bunyi seperti ’oooh’ dan ’ aaah’ untuk berkomunikasi

·       Mengeluarkan bunyi huruf seperti ’m’ , ’b’

·       Menggabung bunyi dan mencantum vowel , konsonan ”ba-ba-ba”, ”da-da-da”

6 -12 bulan

 

·       Mengeluarkan bunyi suku kata bila rasa gembira

·       Faham bila dikata “ tak boleh”

·       Menjerit untuk menarik perhatian

·       Menggeleng tanda “ tidak”, dan mengangguk tanda “ ya”.

·       Meniru bunyi yang didengar

·       Suka mengulang bunyi yang didengar berkali-kali seperti “ma-ma-mam” 

1-2 tahun

 

·       Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas sepert “mama”.

·       Boleh sebut perkataan yang biasa didengar contoh “meow” , “cucu” (susu), “acik” (nasi), “bas” , “bye bye”.

·       Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut.

·       Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya.

2-3 tahun

 

·       Boleh sebut 5-6 patah perkataan seperti “letak barang mainan tu”

·       Boleh memahami sehingga 50 patah perkataan.

·       Faham dan mampu mematuhi arahan atau peraturan yang mudah

·       Berminat untuk berbual dan tahu mengikuti giliran bercakap dalam perbualan

·       Mula meluahkan keinginan dengan menggunakan perkataan tertentu bersama gerakan badan

·       Bila ditanya, dia boleh menunjuk kepada sesuatu yang ia biasa dengannya.

·       Menggunakan bahasa isyarat seperti menunjuk dengan jari, atau menarik sesuatu dengan tujuan menarik perhatian.

·       Mencuba untuk turut serta menyanyi bila mendengar lagu.

·       Suka mendengar cerita dan membelek buku seolah membaca.

3-4 tahun

 

·       Percakapannya lebih jelas

·       Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif

·       Boleh menjawab soalan mudah

·       Suka membelek buku dan membuat cerita tentang gambar dalam buku

·       Faham konsep bahan bercetak dan simbol yang selalu dilihat

·       Kenal dan tahu beberapa abjad

·       Faham cerita dalam buku

·       Faham tujuan tulisan

·       Boleh meniru/menulis bentuk huruf dan perkataan

·       Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan lisan

·       Faham abjad mempunyai bunyi

·       Meneroka penggunaan symbol,abjad,huruf dan bunyi

·       Meluahkan emosi

·       Boleh mempengaruhi tingkah laku orang

·       Mencuba untuk menulis atau melukis untuk bercerita atau dengan kata-katanya.

·       Boleh membezakan di antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan.

 

Umur

Tahap perkembangan

4 -5 tahun

 

·       Mengendalikan buku dengan berhati-hati

·       Tahu buku mempunyai cir-ciri kulit depan,belakang,tajuk,penulis dan pelukis.

·       Mengaitkan bentuk huruf dengan objek.

·       Bilangan perbendaraan kata semakin banyak.

·       Awal bacaan

·       Menamakan huruf abjad

·       Mengaitkan bunyi abjad

·       Membunyikan abjad dalam huruf-huruf

·       Suka meneroka perkataan baru

·       Mengaitkan bunyi huruf dengan perkataan mudah

·       Membaca suku kata, perkataan mudah,frasa, ayat tunggal yang mudah

·       Membaca ayat dengan intonasi yang sesuai

·       Mula menyedari jalan cerita

·       Meramal akhir cerita

·       Awal tulisan

·       Boleh guna/pegang alat tulis dengan cara betul

·       Boleh tulis nama sendiri, nama benda atau label

·       Guna kemahiran fonik untuk belajar menulis huruf, suku kata, perkataan.

·       Guna tanda bacaan dalam tulisan

·       Kemahiran berfikir

·       Merekacipta cerita, lagum irama, muzik dan puisi

·       Boleh bertanya dan berbincang mengenai cerita yang dibaca

·       Dapat beza emosi, situasi melalui bahasa verbal dan nono-verbal

 

 

 

 

 

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Menekankan aspek asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor halus dan moto kasar kanak-kanak

 

AKTIVITI

PERTUMBUHAN

Tinggi kanak-kanak, Berat kanak-kanak, Saiz badan kanak-kanak

MOTOR HALUS

Memegang objek

MOTOR KASAR

Berjalan lurus, Berjalan ikut garisan, Berjalan zig zag

Berlari kearah tertentu

Melompat dua kaki, Melompat satu kaki, Menjengket sebelah kaki

Menyambut bola, Membaling bola

KOORDINASI MATA DAN TANGAN

Menghisap jari

MOTOR HALUS

Manupulasi @menggentel doh, Menguntai manik atau objek

Mengoyak kertas menjadi cebisan kecil, Menggumpal kertas menjadi bola,

Memotong, Mengunting kertas, Menyepit objek kecil

Menyusun puzzle, Menuang air dalam bekas

KESEIMBANGAN MAKAN

Berjalan dengan mata tertutup, berjalan bawa objek, Berjalan atas papan@ titi

Berlari bawa objek, Melompat sebelah kaki

 

 

TAHAP PERKEMBANGAN FIZIKAL

Umur

Tahap Perkembangan

0 – 2 tahun

·       Angkat kepala bila diletakkan di bahu

·       Angkat kepala dan dada bila meniarap

·       Pusing kepala ke kiri ke kanan bila meniarap

·       Ikut objek bergerak dengan mata

·       Genggaman tak kemas

·       Akan mengenggam kelentong yang diberikan

·       Wiggle & menendang

·       Duduk dengan bantuan

·       Duduk dengan tegak

·       Bangun dan berpaut pada perabut

·       Berdiri dengan sendiri

·       Berjalan sendiri

·       Berjalan turun tangga

·       Melompat/ menendang bola

·       Membina bangunan dengan dua blok

·       Tegak kepala jika duduk dengan bantuan

·       Mencapai objek

·       Main dengan kaki

·       Pegang botolsendiri semasa minum susu

·       Meneroka dengan memasukkan objek ke mulut

·       Mengetuk-ngetuk objek

·       Mengalihkan mainan dari satu tangan ke tangan lain

·       Megoncang kelentong

·       Boleh didudukkan jika ada orang yang  tarik tangannya

·       Boleh duduk sendiri dengan bantuan yang kurang

·       Boleh duduk atas bangku tinggi

·       Menggolekkan badan

·       Melompat apabila didirikan

·       Minum menggunakan cawan dengan bantuan

·       Suap sendiri dengan jari ketika makan makanan.

·       Genggam objek kecil guna ibu jari ,jari telunjuk @ kelingking

·       Guna jari tunjuk cucuk sesuatu

·       Masukkan objek dalam bekas dan keluarkan semula

·       Mengetuk dua blok serentak

·       Dua sendiri tanpa sokongan

·       Merangkak guna lutut dan kaki

·       Berdiri sambil memegang kerusi atau perabot

·       Berdiri sekejap tanpa sokongan

·       Berjalan dengan tangan dipegang dengan bantuan

·       Bekerjasama pakai baju

·       Suka tarik tolak dan longgokan/buang objek

·       Buka topi,stoking, sarung tangan sendiri

·       Buka helaian buku

·       Susun binaan blok – 2 blok

·       Dukung mainan – anak parting, teddy bear

·       Menconteng gunakan krayon

·       Berjalan tanpa sokongan

·       Berlari tetapi masih tak kompeten

·       Minum menggunakan straw, Makan menggunakan sudu

·       Cuci tangan dengan bantuan

·       Masuk tangan ke lenggan baju

·       Buat binaan 3 -4 blok, Baling atau golek bola  besar

·       Buka laci, almari dan kotak

·       Boleh bermain dengan permainan mekanikal

·       Membongkok apabila nak kutip sesuatu sesuatu tanpa jatuh

·       Naik tangga dengan bantuan

·       Melangkah ke belakang

 

 

Umur

Tahap Perkembangan

 

2 - 5 tahun

·       Makan sendiri

·       Buka pintu

·       Pegang gelas dengan satu tangan

·       Pegang krayon dengan baik

·       Cuci dan keringkan tangan sendiri

·       Lipat kertas bila ditunjukkan

·       Buat binaan dengan 4 -5 blok

·      Baling bola ke atas

·      Cuba tangkap bola besar

·      Cuba tangkap bola besar

·      Pakai kasut

·      Pakai baju sendiri dengan bantuan

·      Pergi tandas dengan bantuan

·      Naik tangga dengan kaki kiri bertentangan

·      Jalan berjengkit jika ditunjukkan

·      Berjalan dengan lurus

·      Tending bola ke hadapan

·      Melompat menggunakan kedua dua kaki

·      Mengayuh basikal tiga roda , Boleh kayuh basikal

·      Makan sendiri kurang tumpah

·      Cuba guna sudu dan garpu

·      Pegang pensil, Ikat tali kasut

·      Keseimbangan lebih baik dan tersusun

·      Boleh skate dan boleh seimbangkan badan

·      Menulis huruf huruf yang mudah

 

·      Cuba tulis nama sendiri

·      Melukis menggunakan keseluruhan lengan

·      Lukis bulat dan wajah orang

·      Potong kertas guna gunting tumpul

·      Cuba buka butang sendiri walau masih perlu bantuan

·      Boleh buka baju sendiri jika mudah untuk dibuka

·      Berus gigi dengan bantuan dan petunjuk

·      Buat binaan 7 – 9 blok

·      Cantum puzzle mudah 4 – 12 keping

·      Tuang air

·      Guna bilik air sendiri

·      Skipping

·      Tangkap bola sedang melantun

·      Turun tangga guna kaki sambil memegang

·      Naik bauian dan menghayun sendiri

·      Hops dan skips

·      Pakai baju tanpa bantuan

 

 

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

 

Bidang perkembangan sosioemosi berkait dengan sahsiah, emosi serta perasaan kanak-kanak serta cara kanak-kanak menzahirkan perasaan dan kehendak ketika bersama dengan orang@rakan di persekitaran mereka.

 

Aspek perkembangan sosioemosi sangat penting dan ia dapat digabungjalinkan dalam semua aktiviti perkembangan kanak-kanak secara tidak langsung.

 

Aktiviti perkembangan sosioemosi berkait dengan ;

 

Sahsiah – pembentukan akhlak@peribadi kanak-kanak – suatu proses pembinaan peribadi kanak-kanak melalui penyediaan aktivti pembelajaran yang dapat membantu membina konsep diri dan self esteem yang tinggi dalam diri kanak-kanak.

 

Emosi – bagaimana mengalakkan kanak-kanak mengawal dan menunjukkan emosi yang ositif

 

Sosial – bagaimana kanak-kanak bergaul dan membentuk rasa ingin berkawan di kalangan rakan sebaya

 

 

Sosioemosi dapat menzahirkan preassan kanak-kanak ketika bersama dengan kawan-kanak di mana sahsiah yang baik turut diterapkan.

TAHAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

 

0-3 BULAN

· Boleh senyum

· Boleh mengamati wajah apabila berada dalam jarak dekat

· Boleh buat eye-contact jika didekatkan muka

3-6 BULAN

· Boleh berhenti menangis apabila melihat mendengar suara atau merasai kehadiran orang yang rapat dengannya

· Suka dipegang/sentuh oleh orang yangrapat

· Boleh mengenali ibubapanya

· Ketawa apabila diagah

· Boleh mengzahirkan mood melalui ekspresi muka

· Boleh membuat bunyi apabila ketawa

· Boleh menunjukkan gembira melalui pergerakan kaki/tangan ekspresi muka

6-12 BULAN

· Beri tindak balas positif terhadap kata lembut

· Boleh bezakan antara pendidik/ibu/pengasuh/dengan orang lain

· Boleh beri reaksi kepada bunyi

· Ketawa apabila ada sesuatu yang mencuit hati

· Boleh melihat diri dalam cermin,tahu nama sendiri dan respon apabila dipanggil

· Boleh meniru perlakuan orang lain

· Boleh mengikut arahan mudah

 

 

TAHAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

 

1-2 TAHUN

 

· Boleh memeluk dan memberi ciuman

· Boleh menunjukkan tantrum apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan

· Boleh menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberi kepada orang lain

· Boleh membantu mengutip mainan dan meletak mainan mengikut arahan

· Boleh membezakan keadaan yang berbahaya

· Suka melihat diri dalam cermin

· Suka menunjukkan sikap membantah seperti tidak mahu pakai baju

· Mula menunjukkan sikap berdikari.Contoh: hendak berjalan sendiri,tidak mahu didukung atau mahu makan sendiri

· Mula menyedari perasaan orang lain

· Boleh meneruskan semula aktiviti yang tertinggal sementara

2-3 TAHUN

 

· Boleh menyedari ketakutan dan kebimbangan orang lain terhadap dirinya

· Boleh menunjukkan kelangsangan fizikal bila kemahuannya tidak dipenuhi/kecewa atau marah

· Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan segera

· Boleh mengenali diri dalam gambar/video

· Memperhatikan dan meniru cara kanak-kanak lain bermain,turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian

· Boleh membina persahabatan dengan rakan sebaya

· Boleh mengikut kata,mendengar arahan dan mematuhi peratura yang ditetapkan oleh orang dewasa

· Suka bertanya dan sangat berminat untuk mendapat pengalaman baru.Misalnya sangat teruja jika melawat ke zoo

· Boleh menjangka kesan perbuatan sendiri

3-5 TAHUN

 

· Tunjukkan rasa kasih sayang dengan kata-kata

· Mula tunjukkan perasaan malu

· Mula mempelajari cara mengawal diri(displin) dengan bimbingan

· Mula memahami kuasa yang lebih Besar dan Agung

· Mula menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan tugas yang diberikan

· Boleh mempamerkan sikap bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu  

· Boleh menyesuaikan diri dalam situasi baru

· Mula mempercayai orang dewasa

· Boleh mengenali perasaan sendiri dan dapat kawal emosi

· Sudah mempunyai sifat berani dan yakin diri

· Boleh menghormati harta benda/barang permainan

· Boleh berfikir cara menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya

· Mula menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang dewasa

 

 

AKTIVITI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

EMOSI

Cara kanak-kanak memahami dan mengurus perasaan sendiri

 

Perasaan – gembira, suka, sedih, marah, takut, benci, bimbang, cemburu, terkejut

 

Mempamerkan keyakinan diri

Menghargai diri sendiri

 

Diri saya

Cuci tangan wangi abunya

Saya sayang diri saya

Perasaan saya

Rumah saya

Wajah saya

Mengenali diri saya

Saya boleh buat

Mari menabung

SOSIOEMOSI

Perasaan kanak-kanak ketika berhubung dengan orang lain di persekitarannya

Rasa malu, Rasa bersalah,Rasa bangga, Rasa mesra dan sayang

Rasa simpati, Rasa empati

Sikap ketika bersama kawan – berkongsi, ikut giliran, main sama-sama, bentu membantu, bertolak ansur

Ikut giliran

Jom main bersama

Buat bersama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA

 

Kreativiti adalah terdiri daripada seni kraf  dan juga muzik, drama dan pergerakan.  Ia juga merupakan suat bakat yang tinggi dalam meghasilkan sesuatu rekacipta maupun idea atau pandangan.

 

Kanak-kanak dapat menunjukkan kebolehan kreativiti mereka dari seawall usia lagi melalui penyediaan pelbagai bahan dan alat permainan yang dapat merangsang kreativiti mereka.

 

 

 

Seni kreatif adalah termasuk : 

Seni lukis dan seni visual

Sni kraf seperti anyaman , lipatan , kolaj

Seni muzik seperti nyanyian, irama, bermain alat muzik, penghasilan pelbagai bunyi

Pergerakan kreatif termasuk tarian, lakonan, pergerakan ikut muzik

 

Estetika adalah penghayatan terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau ciptaan.

 

Contoh aktiviti kreativiti

 

Menconteng dengan pensil

Lukisan berus gigi

Lukisan percikan api

Cap jari

Aktiviti corak minyak

Campuran warna

Menconteng dengan krayon

Tiupan straw

Objek dari suratkhabar

Capan tumbuhan

Kolaj tumbuhan

Seni garam

Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan

Lukisan lelehan

Bina objek dari pasir

Kolaj tisu

Tampalan

Mengecop

Melukis objek

Lukisan span

Membentuk doh

Kolaj kertas

Main pelbagai tepung

Campuran tepung jagung

Mewarna

Contengan warna bebas

Menghasilkan buku kraf

Kolaj bijian

Kolaj pasir

Lukisan magik

Menguli doh membentuk objek

Membuat lipatan

Menghasilkan kolaj bahan

Menggambar objek

Main tepung jagung

Hiasan kotak

 

 

 

 

 

PERKEMBANGAN ESTETIKA

Satu cara kanak-kana melahirkan atau meluahkan perasaan secara tidak langsung melalui muzik dan nyanyian serta pergerakan ikut irama

 

 

Menyanyi berirama

Bergerak mengikut irama lagu

Membuat alat muzik

Bergerak mengikut iringan muzik

Rhymes

Cipta lagu sendiri

 

 


 TAHAP PERKEMBANGAN  KREATIVITI DAN ESTETIKA

 

0-    6 BULAN

6 – 12 BULAN

1 – 2 TAHUN

·       Boleh mengeluarkan dan menghasilkan bunyi yang  pelbagai.

·       Suka mendengar muzik, rhymes dan zikir

·       Minat buku bergambar

·       Suka pada mainan berwarna warni

·       Suka melihat wajah dan gambar yang berwarna warni

·       Suka kepelbagaian bunyian muzik dan nada suara

·       Boleh kenal lagu ringkas dan liriknya jika didengar berulang kali

·       Boleh hasilkan bunyi yang pelbagai

·       Boleh mengecam pelbagai rentak bunyi

·       Boleh mengerakkan badan ikut rentak bunyi

·       Boleh mengecam nada  rentak muzik

·       Boleh buat pergerakan kreatif

·       Suka permainan atau aktiviti kreatif

·       Boleh menconteng atau melakar di atas kertas atau tanah

·       Boleh menghasilkan pelbagai lagu walaupun sekadar meniru gerak mulut atau membisikkan perkataan

·       Suka bersolek dan main olok-olok

·       Suka jika dibawa bersiar-siar

·       Beri respond pada bentuk dan warna

·       Suka buku bergambar

2 -3 TAHUN

3- 4 TAHUN

 4 TAHUN+

·       Suka main olok-olok

·       Boleh berimiginasi

·       Boleh hasilkan rekaan sendiri

·       Suka cerita fantasi

·       Mendengar dengan teliti bunyi atau perkataan yang menarik minat

·       Boleh hasilkan muzik dari objek

·       Boleh hasilkan kad rekaan sendiri dengan bimbingan

·       Boleh membentuk boneka jari dengan bimbingan

·       Suka mengecop tangan dan jari

·       Boleh lukis sesuatu tanpa berfikir

·       Suka meneroka alat-alat muzik

·       Suka bunyi ciptaan sendiri

·       Tahu menghayati kecantikan alam

·       Menunjukkan kreativiti melalui lukisan, capan, kraf, muzik, lakonan dan pergerakan kreatif.

·       mencipta@menghasil sesautu rekaan baru

·       menunjukkan daya imiginasi dan estetika yang tinggi

·       mengumpul, memilih dan menyusum bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti sendiri

·       boleh turut serta mendengar cerita

·       boleh bercerita semula secara kreatif

·       boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar

·       boleh memilih prop yang sesuai untuk main peranan

·       boleh  melakonkan peranan

·       boleh main alat muzik

·       boleh mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru

·       menghayati dan menghargai lukisan

·       menghayati keindahan ciptaan Tuhan

·       menunjukkan kreativiti melalui lukisan yang bermakna

·       meneroka warna, tekstur, bentuk dan ruang dalam dua atau tiga dimensi

·       bertindakbalas dalam pelbagai cara kepada apa yang dilihat, didengar, hidu, bau, sentuh dan rasa

·       menggunakan imaginasi dalam lukisan, reka bentuk, muzik, tarian, main peranan dan bercerita

·       berkongsi idea dan perasaan melalui imiginatif

·       boleh kenalpasti nada bunyi

·       menyanyi algu mudah

·       mengenalpasti bunyi yang berulang dan bunyi pola

·       membentuk simbol untuk menunukkan konsep

·       mempunyai kebolehan untuk mengaitkan anatara objek, symbol dan garis yang dilukis

·       menghargai hasil kerja sendiri dan rakan

·       membina model tiga dimensi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIHATAN, MORAL & KEROHANIAAN

 

MORAL & KEROHANIAAN

Pembentukan keperibadian dan sikap

Berbuat baik, Akhlak mulia, Mari belajar syahadah, Mengingati Allah, Sayangi ibu bapa

Apa yang Allah jadikan

Nasyid

Mari menabung, Sikap rajin

Ucapkan terima kasih, Bersalam

Membaca bismillah

Membaca doa, Membaca ayat lazim

Hormat pada guru

Bercakap baik, Menerapkan nilai murni

Belajar berselawat, Amalan dan doa

Cerita nabi

 

Hafalan ayat lazim yang mudah

Al fatihah,  Al Ikhlas, An-Naas, Al Falaq

 

Simulasi Solat

Pergerakan Soalt

Bacaan mudah dalam solat

 

Simulasi haji

Buat model kaabah

Sesi bercerita

Tayangan video haji

 

 

Kata seorang pakar kanak-kanak;

 

‘In the first 3 years of life, children learn, or fail to learn, how to get along with others, how to resolve dispuste peacefully, how to use language as a tools of learning and persuasion, and how to explore the world without tear. Brain research reveals that most of the connections that will obtained throught life are formed during childhood’