Thursday 29 October 2015

Koleksi Idea kreatif Permainan Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com



Salam sejahtera semua,

EBOOK 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak  terhasil dari sedikit usaha saya mencari dan mendapatkan selain mencuba sendiri pelbagai idea untuk mencipta   permainan kanak-kanak dari sumber persekitaran yang mudah didapati.

Memandangkan  memang fitrah semulajadi dan kerja hakiki kanak-kanak adalah bermain,  jadi tidaklah dapat dinafikan  keperluan dan kehendak kanak-kanak kepada  alat@bahan permainan itu sendiri.  
Alat permainan dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan. Kebiasaannya apabila anda ke pasaraya dan ternampak alat permainan, pasti anda akan teringat anak di rumah ataupun anak-anak asuhan anda.

Apakah alat permianan yang sesuai untuk kanak-kanak? Perlukah alat permainan tersebut mahal dan berjenama  serta berkualiti? Jika begitu, perlukah anda sebagai ibubapa atau pengasuh@ pendidik di TASKA TADIKA mengeluarkan wang yang banyak semata  untuk membeli permainan yang diperlukan oleh kanak-kanak?  Apakah ciri penting alat permainan kanak-kanak?

Antara ciri alat permainan kanak-kanak ialah disamping kanak-kanak suka dapat bermain, ia perlu boleh menyumbang kepada  pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Mainlah apa sahaja alat permainan asalkan ianya dapat membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Ciri lain yang perlu di fikirkan ialah alat permainan tersebut sesuai mengikut umur anak dan ianya selamat untuk dimain oleh anak anda.



Tak salah membeli  permainan yang mahal kalau anda mampu. Tetapi memandangkan harga barangan yang kebanyakannya naik sekarang ini termasuklah juga alat permainan  kanak-kanak, apa kata anda belajar membuat permainan sendiri untuk anak anda. Persoalannya,  nak buat dari apa dan bagaimnana?

Inilah yang saya kongsikan untuk anda dalam Ebook 50 Koleksi  Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak. Saya bantu anda mendapatkan idea yang kreatif dengan mudah. Anda tak perlu bersusah payah berfikir. Anda dapat menjimatkan masa dari  sibuk  mencari idea  di carian google atau dalam laman web tertentu. Anda tak perlu juga mencari pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Senangnya sebab semuanya telah saya kongsikan dalam ebook ini.

Dimana pula saya mendapatkan pelbagai idea ini?
 Ini adalah antara sumber idea yang telah saya perolehi dan saya kumpulkan untuk kemudahan anda apatah lagi jika anda seorang guru, pengasuh atau pendidik kanak-kanak.

Sumber saya;
Carian  google
Kursus yang saya kendalikan
Idea saya sendiri & dengan 
Melihat kreativiti anak sendiri

Contoh alat permainan yang dikongsikan dalam ebook.





Saya rasa kita perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai permainan untuk anak-anak ini. Mudah-mudahan melalui ebook ini anda akan dapat mencuba dan membuat alat permainan bersama anak-anak. Mungkin juga anda sendiri akan dapat lebih idea yang pelbagai setelah anda membaca ebook ini.

Lepas ini, anda boleh mula kumpulkan kotak.



Telah terbukti bermain dan alat permainan sendiri banyak membantu perkembangan anak-anak secara positif. Mereka belajar pelbagai perkara lebih daripada jika anda sekadar menyuruh anak=anak belajar menulis  ABC atau mengajarnya mula membaca. Saya sendiri sangat teruja untuk mencuba pelbagai idea ini bersama anak bongsu saya Aqil dan juga bersama pelajar-pelajar kemahiran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di kelas saya.
   

Saya puas hati dapat menyumbang idea kreatif ini bersama-sama dengan anda yang memerlukannya.

Jom beri peluang anak-anak kita untuk bermain dan berimiginasi dengan lebih kreatif lagi. Bantu dan galakkan perkembangan mereka. 

Jangan tunggu lagi, cepat whatapp  saya 016 7235080 atau emel terus kepada saya untuk tempahan yang segera.

Bersama saya memartabatkan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.


HARGA EBOOK CUMA RM 25.
WHATAPP SEGERA KE 016 7235080

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Thursday 22 October 2015

Tidur dan rehat untuk kanak-kanak di TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Tidur dan rehat adalah rutin harian yang penting yang perlu dimasukkan dalam jadual aktiviti harian kanak-kanak di sesebuah TASKA. Maksudnya kanak-kanak di TASKA perlu diberi  tidur @ rehat yang mencukupi setelah penat menjalankan pelbagai aktiviti di waktu paginya di TASKA.

Tidur@rehat yang mencukupi  akan dapat mencergaskan semula kanak-kanak yang keletihan, menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat dan juga boleh mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak dijangka  ketika menjalankan aktiviti kerana keletihan. Tidur dan rehat yang cukup juga dapat mengelakkan kanak-kanak terutamanya yang berumur 1- 2 tahun membuat kerenah atau meragam.

Kebiasaannya di TASKA rutin tidur dan rehat ditetapkan diantara pukul 12.30 tengahari ke pukul 3.30 petang. Jika anda pernah ke TASKA atau lalu di hadapan TASKA pada waktu ini, pasti anda akan dapati TASKA tersebut sunyi sepi dari suara kanak-kanak. Mengapa? jawapannya kerana semua kanak-kanak telah pun di tidurkan hinggakan dengan pengasuh pun mungkin turut tidur sekali.

Tidur dan rehat memang penting. Persoalannya, adakah tidur dan rehat menjadi rutin yang wajib di TASKA?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak TASKA dalam mengendalikan rutin tidur dan rehat untuk kanak-kanak di TASKA ini. Pihak TASKA perlu peka dan ambil tahu tentang hal ini. Antaranya,

1. Tidur bukanlah suatu perkara yang wajib. Dengan kata lain pihak TASKA TIDAK BOLEH memaksa kanak-kanak  untuk tidur apatah lagi jika kanak-kanak itu berumur  5 - 6 tahun. Saya pernah melihat situasi di mana pengasuh marah kepada kanak-kanak yang tidak mahu tidur. Pengasuh paksa anak-anak untuk pura-pura tidur dan tutup muka mereka dengan selimut. Pengasuh malah marah jika kanak-kanak cuba bangun dan ingin melakukan aktiviti sendiri.

Apa yang dilakukan oleh pengasuh ini adalah tidak betul sama sekali. Kanak-kanak yang lebih besar yang mungkin tidak mahu tidur sepatutnya diajak untuk merehatkan diri sambil melakukan aktiviti senyap di ruang lain atau di tempat tidur mereka yang tidak menganggu kawan lain yang sedang tidur. Kanak-kanak perlu diminta untuk tidur ATAU BEREHAT mengikut situasi keadaan mereka.

Anak saya yang  berumur 6 tahun dan sedang  mendapatkan perkhidmatan transit di TASKA sering mengadu dan mengeluh tidak mahu ke TASKA selepas waktu TADIKA. Bila di tanya mengapa, dia mengatakan sebaik tiba ke TASKA selepas diberi makan tengahari , cikgu memaksanya tidur dan tidak membenarkan anak saya untuk melakukan aktiviti lain walaupun melihat buku TADIKAnya. Kasihan kan kanak-kanak.




2. Walaupun TASKA telah menetapkan waktu tidur dan rehat dalam jadual, akan tetapi apakah yang patut pengasuh lakukan jika kanak-kanak  menunjukkan reaksi awal untuk tidur atau berehat.
Hal ini baisanya terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 1-2 tahun lebih-lebih lagi jika kanak - kanak tersebut baru sahaja memasuki  umur 1 tahun.

Apa yang pernah saya lihat, sebolehnya pengasuh tidak mahu kanak-kanak tidur di luar waktu yang ditetapkan . Alasannya kerana nanti bila tiba  waktu tidur yang telah ditetapkan, kanak-kanak tersebut tidak mahu tidur lagi. Pengasuh tidak mahu bersusah terpaksa melayan kanak-kanak yang tidak mahu tidur.

Sepatutya, apabila kanak-kanak telah tunjukkan reaksi seperti keletihan atau meragam kerana mengantuk, pengasuh perlu bawa kanak-kanak tersebut ke ruang rehat atau tidurkan anak itu sebentar.

3. Seperkara lagi yang ingin saya utarakan ialah peranan pihak TASKA untuk menyediakan persekitaran tempat tidur dan rehat yang kondusif untuk kanak-kanak ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kondusif? Maksudnya persekitaran tidur dan rehat tersebut perlulah sesuai, selesa dan selamat untuk kumpulan umur kanak-kanak.

Contohnya jika kanak-kanak sekadar ditidurkan atas tilam, pastikan tilam diletakkan atas ,'soft mat' yang sesuai apatah lagi jika lantai TASKA sejuk. Pada TASKA yang mempunyai kemampuan , bolehlah menyediakan 'stackle cot' ini.

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com




Sunday 18 October 2015

Tip mengasuh dan mendidik anak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Foto : simpanan peribadi dan carian Google
Rujukan bergambar : Buku' Anakku Hebat, Anakku Soleh -Ust Zahazan Mohamed.



Mrngikut Kurikulum PERMATA  yang digunapakai sebgai panduan di TASKA yang berdaftar, perkembangan pembelajaran kanak-kanak terdiri dari pelbagai aspek yaitu;
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan kerohanian
Perkembangan Fizikal
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Kreativiti dan Estetika


Hasil Lukisan anak saya, Aqil sewaktu umur 5tahun.
Biarkan anak-anak bebas berimiginasi



Saya sangat teruja dengan kata-kata di atas ini.

Benarkah, sistem pendidikan prasekolah  kita sekarang ini seperti memaksa kanak-kanak yang baru  berusia 5 tahun yang belum bersedia menerima pembelajaran akademik secara formal??

Ingatlah firah dan kerja hakiki anak-anak ini,
bukannya untuk pandai membaca, mennulis dan mengira di awal usia
tapi hakikatnya mereka hendak bermain dan bermain.


Kalau ingin memberi hadiah pada anak, carilah hadiah yang sesuai mengikut umur, minat dan tentu sekali mengikut jantina anak. jangan tersalah beli pula dan sjangan sesekali pilih kasih dalam memberi hadiah pada anak.



Inilah kesan terlalu memanjakan anak
Siapa yang susah??
Tepuk dada tanya pada diri sendiri



Jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak
Banyakkan mendidik dengan anda melakukan sendiri perkara yang baik di hadapan anak-anak dan kurangkan bercakap dam membebel.



Sekian, semoga perkongsian ini memanfaatkan anda yang singgah ke blog ini. Wassalam.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com




Friday 16 October 2015

Hijrahku melangkah pergi


Hijrahku melangkah pergi
16 Oktober 2015

Lamanya aku di situ
mencurah  bakti
melebur keringat
menghulur tangan
memikul beban pelbagai rasa
hanya.....
atas satu tanggungjawab
sebagai insan yang diamanahkan.....

Namun,,...
bila akhirnya
aku terpaksa jua pergi..
bukan kerana keinginan untuk pergi
akan tetapi...
kerana...
telah tiba waktunya
cukuplah selama ini..
terbeban dengan pelbagai onak
tertusuk duri  ranjau yang ada
cukuplah sampai di sini...

Aku pergi jua dari situ
walau masih ada kecintaan dalam hati..
walau masih rindu memori bersama...
namun aku pergi jua....
dan aku beremosi sendiri...
benarlah....
tatkala harga diri masih tinggi....
mungkin keringatku sangat diharapkan
tatkala tiada siapa yang menghulur.
mungkin tanganku  yang dicari..
untuk aku mulakan segalanya
dari yang tiada kepada yang ada...
dari yang kecil menjadi besar...
aku susur segalanya..
dengan kepenatan
dengan keletihan
dengan kesabaran...
dan...
sering jua berendam rasa
mencubit emosi dalam diri..
namun aku akur dan pasrah...
tapi..
bila aku benar-benar perlu pergi...
pergi aku tidak dihargai...
pergi aku...
dipandang sinis
pergi aku...
tanpa kata -kata indah...
pergi aku...
begitu saja...
namun
aku tetap pergi jua..
kerna aku pasti..
inilah ketetapan tuhan
yang tersirat dan tersurat
dari ketentuanNya
benar tiada rezeki lagi aku di situ..
aku pergi jua...
membina jati diri
di ruang lain...
membuka lembaran cerita baru
dengan semangat hijrahku
hijrahku melangkah pergi
hijrah ke satu persada lain..
buat...
mencari pengertian lain...
buat  diriku sendiri....

norazura
pnnorazuraismail.blogspot.com

Wednesday 7 October 2015

AMALAN ASUHAN YANG POSITIF UNTUK BAYI

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspotcom




- BAYI anda satu anugerah dan juga satu amanah dari Tuhan untuk dijaga, dikasihi, dibelai, diasuh dan dididik dengan sumpurna supaya mereka membesar menjadi individu yang hebat di atas muka bumi ini.

Satu cara utama untuk menjadikan bayi sebagai individu yang hebat bila dewasa kelak ialah melalui amalan asuhan yang positif yang mereka perolehi dari anda sebagai ibu bapa@pengasuh yang menjaganya. Nilai amalan asuhan yang positif untuk bayi  juga sangat perlu diaplikasikan oleh semua pengasuh@pendidik di TASKA. Ini selari dengan peranan pengasuh@pendidik untuk mengasuh,  membimbing dan mendidik bayi sepanjang mereka berada di TASKA. Amalan asuhan yang positif untuk bayi sangat memberi kesan yang positif kepada perkembangan bayi sedari awal lagi..

Mereka yang paling dekat dengan bayi iaitu ibu dan juga pengasuh bayi adalah mereka yang paling utama menerapkan amalan asuhan yang positif untuk bayi ini.

Apakah nilai-nilai  amalan asuhan yang positif yang boleh diamalkan di TASKA maupun di rumah? Antara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :

- Berikan žKASIH SAYANG yang sepenuhnya kepada bayi - Bayi sangat memerlukan dakapan, pelukan dan sentuhan anda  setiap masa.

- Sentiasa memastikan segala keperluan asas bayi dipenuhi dengan baik.

- Berlaku adil kepada semua bayi yang di jaga terutamanya untuk bayi yang diasuh di TASKA.

ž- Jangan lupa untuk berinteraksi dengan bayi semasa mengendalikan bayi, Contoh waktu mandi atau ketika beri bayi makan. Berinteraksilah  melalui bercakap, membaca dan bercerita.

ž- Anda perlu sentiasa buat eye contact dengan bayi,  bersuara dengan nada suara yang lembut dan kasih sayang.Jjangan sesekali menjerit pada bayi. 

- žMemberi pujian atas usaha bayi, contoh apabila bayi berjaya melakukan sesuatu aktiviti. 

ž- Sentiasa menyanyi bersama bayi, Bacakan @ perdengarkan selawat dan zikir sewaktu hendak tidur. Bayi memang sangat sukakan bunyi-bunyian yang lembut dan menenangkan.


- Merangsang pemikiran kreatif dan logik bayi . Anda boleh jalankan pelbagai aktiviti bersama bayi. Anda bukan sekadar mengasuh bayi tetapi anda perlu membantu menggalakkan aspek perkembangan bayi.

- Urutan sangat baik untuk mendekatkan anda dengan bayi selain ia turut mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk bayi anda. Oleh itu, jangan lupa žmengamalkan urutan bayi  mengikut kesesuaian dan kesediaan bayi. Urutlah bayi setiap kali selepas mandi dengan teknik urutan yang betul.
- Menjadi tanggungjawab anda sebagai pengasuh dan ibu bapa untuk menyediakan žpersekitaran yang kondusif untuk asuhan dan didikan bayi anda. Kondusif maksudnya persekitaran bayi diasuh perlulah sesuai, selesa dan selamat untuk bayi membesar.
ž
- Sesekali bawa bayi bersiar-siar di luar rumah maupun di luar TASKA. Beri peluang bayi menikmati dan meneroka  persekitaran luar rumah @ TASKA.
ž
ž- Adalah juga menjadi tanggungjawab anda sebagai pengasuh apatah lagi sebagai ibu bapa untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan pemakanan seimbang


ž- Dalam memberi pendidikan awal kepada bayi, pengasuh dan ibu bapa perlu tahu aktiviti yang sesuai untuk membantu menggalakkan perkembangan bayi anda. Apa yang penting bukan sejauh mana objektif aktiviti dapai dicapai oleh bayi tetapi penekanan perlu pada proses aktiviti tersebut dijalankan.

ž- Tidak memaksa bayi melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Contoh ada ketikanya bayi tidak mahu diurut, jadi janganlah anda menganngu emosi bayi dan terus juga mengurut bayi walaupun bayi menunjukkan ketidakselesaan.
ž
ž- Banyakkan aktivitii melalui bermain untuk membantu menggalakkan perkembangan, bakat dan potensi bayi. Bayi akan banyak belajar melalui bermain
ž
Ok, telah saya kongsikan beberapa amalan asuhan yag positif untuk bayi anda. Ada banyak lagi amalan positif untuk bayi yang boleh anda amalkan ketika anda mengasuh dan mendidik bayi. Semuanya terpulang kepada kemahuan anda.
ž
Sebagai pengasuh dan ibu bapa memperbanyakkan lagi ilmu kemahiran pengasuhan dan pendidikan anak-anak ini supaya anda boleh terus mengaplikasikan pelbagai lagi amalan yang positif ini demi untuk kebaikan bayi anda.

Terima kasih kerana membaca teks ini.



Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

Monday 5 October 2015

SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 0 - 4 TAHUN


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sumber : Buku Modul Asuhan PERMATA

Setiap pendidik dan pengasuh mestilah memahami  dan mengetahui tahap demi tahap perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umur merka supaya dapat menjangka dan membantu perkembangan bahasa mereka.

Setelah mengetahui tahap perkembangan tersebut, tugas pendidik@pengasuh seterusnya ialah untuk menyemak sejauh mana pencapaian tahap perkembangan bahasa setiap kanak-kanak. Bagaimana nak semak? 
Saya kongsikan di sini senarai semak perkembangan bahasa kanak-kanak 0 - 4 tahun yang boleh digunapakai di TASKA maupun di rumah. Perhatikan kanak-kanak ketika mereka sedang membuat sesuatu aktiviti   dan gunakan senarai semak ini bagi mengenalpasti tahap perkembangan bahasa mereka.

Kenalpasti samada anak-anak telah mencapai tahap tersebut pada umur tertentu. Jika belum capai, beri mereka galakan, dorongan dan cadangkan aktiviti yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan bahasa anak-anak.


CONTOH PERKARA DALAM SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Umur
Perkara
Ya (Bila/Tarikh)
Catatan
0     - 3 bln
v  Suka pada suara
v  Boleh didiamkan apabila mendengar suara
v  Menangis apabila tidak selesa
v  Menghasil tangisan yang berbeza apabila lapar atau sakit
v  Menghasilkan bunyi di tekak
v  Menghasilkan bunyi (ah, uh)
v  Meneran (grunt) dan mengeluh (sigh)
v  Menyembur
v  Berkukur (cooing- bunyi vocal)


3 – 6 bln
v  Menoleh kepala dan mata ke arah objek atau suara yang biasa didengar
v  Bertindak ballas ke atas suara
v  Bertiindakbalas apabila mendengar pelbagai bunyi
v  Boleh mengesan ke arah bunyi
v  Mendengar kea rah bunyi
v  Babbles – tahap yang lebih tinggi
v  Babbling meningkat – menggunakan pelbagai bunyi secara berulang-ulang dan sebagainya.
  01 sept 2015
 Bila pengasuh membunyikan kelentong dekat dengan anak, dia akan toleh ke arah bunyi kelentong tersebut.

6 – 9 bulan
v  Bertindakbalas kepada perkataan ‘jangan’ dengan menghentikan aktiviti
v  Bertindakbalas apabila dipanggil namanya
v  Meniru bunyi
v  Membuat bunyi ma-ma atau da-da
v  Mengulang perkataan


9-12 bln
v  Menunjuk ke arah barang yang diinginkan
v  Suara tinggi dan rendah seperti bercakap
v  Bersuara balik kepada orang yang bercakap dengannya
v  Menggunakan intonasi suara yang berbeza seperti marah, meminta dan sebagainya.
v  Menunjukkan reaksi apabila nama mereka dipanggil
v  Bertindak balas dengan perkataan ‘jangan’
v  Menyebut 4 – 5 perkataan
v  Menconteng di atas kertas selepas ditunjukkan


12 – 18 bln
( 1- 1 ½ tahun)
v  menunjuk kearah barang yang diinginkan
v  suara tinggi dan rendah seperti bercakap
v  bersuara balik kepada yang bercakap dengannya
v  menggunakan intonasi suara yang berbeza seperti marah, meminta dan sebagainya.
v  Menunjuk reaksi apabila nama mereka dipanggil
v  Bertindak balas dengan perkataan’ ‘ jangan’
v  Menyebut 4 – 5 perkataan
v  Menconteng di atas kertas selepas ditunjukkan


1 ½   -2 thn
v  Suka mendengar apabila dibacakan
v  Boleh menyelak muka surat buku
v  Menggunakan namanya untuk rujukdiri
v  Boleh menyebut lima hingga sepuluh perkataan
v  Membuat ayat mengandungi dua perkataan
v  Minta benda dengan menyebut nama objek
v  Menyatakan nama objek apabila ditanya ‘ ini apa’?
v  Mengikut arahan apabila diminta mengambil atau membuat sesuatu yang mereka biasa.
v  Menconteng atau membuat tanda di atas kertas atau meja.
v  Respon apabila ditunjukkan objek seperti mainan, buku, ahli keluarga dan sebagainya.


2-3 thn
v  Menyelak muka surat buku satu persatu
v  Menunjuk dan manamakan objek dalam buku
v  Menggunakan 2 -3 perkataan dalam ayat.
v  Menamakan sebahagian anggota badan
v  Minta benda/objek dengan menyebut nama objek tersebut.
v  Menyebut sekurang-kurangnya 50 perkataan
v  Mengambil objek yang betul apabila diminta
v  Memberitahu sesuatu dalam frasa yang membawa makna
v  Boleh menconteng
v  Meniru bulatan
v  Meniru garisan melintang
v  Meniru garisan menegak


3-4 thn
v  Tahu bahagian tubuh badan
v  Faham dan boleh ikut ayat yang mengandungi dua arahan
v  Menamakan haiwan
v  Menyanyikan rhymes dan melodi
v  Guna ayat tiga perkataan. Tanya soalan
v  Bercerita tentang hasil  lukisan.


4-5 thn
v  Boleh tiru bulatan dan pangkah
v  Ulang ayat mengandungi lima hingga enam perkataan
v  Boleh menjawab soalan
v  Bercerita tentang peristiwa yang berlaku kepadanya
v  Melukis dan malabel lukisan



 Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA

Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com