Thursday 29 March 2018

Dunia pendidikan awal kanak-kanak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Menyusuri pelbagai pengalaman suka duka dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, rasanya begitu banyak cerita yang boleh dibuat coretan menjadi cebisan kisah sebuah kehidupan.
Ia mungkin sahaja boleh dijadikan sebuah kenangan kehidupan, bahkan diharap mampu pula memberi inspirasi kepada mereka yang baru ingin berjinak dalam industri ini.
Bukan mudah berdiri hari ini tanpa perlu jatuh bangun mengharungi pelbagai ranjau cabaran.
Inilah dunia industri pendidikan awal kanak- kanak yang tidak pernah terfikir oleh minda bahawa di suatu hari, bidang inilah antara lakaran pilihan dalam kehidupan ini.
Bukan tiada rintangan, bukan tiada airmata dan keringat yang jatuh.
Bukan sedikit sentapan jiwa dan raga mengharungi pelbagai kerenah dan ragam manusia.  Semuanya  telah diharungi dengan semangat jiwa kental tabah diri ini.
Pandanglah matlamat hidup dengan jelas dan positif.
Biarlah apa kata mereka. Biarlah mata menilai, mulut menuturkan bicara negatif, ketana semua itulah guru paling dekat buat mengajar diri  untuk terus bangun dan bangkit.
Tiada lagi kenal erti gagal, teruskan menyusuri perjalanan dalam industri ini bersama hati dan jiwa yang ikhlas.
Sebuah kisah pengalaman hidup dalam industri pendidikan awal kanak- kanak ini pasti akan datang pula sebagai motivasi mewarnai persada ini.
Tunggu.
InsyAllah.
#Norazurachildcarepractitioner
Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner

#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA

#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:








RM 20                                          










RM 40     / RM 30






HUBUNGI SAYA DI 0167235080



Tuesday 27 March 2018

Potensi diri


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Assaalamualaikum.
Kenali potensi diri.
Jika ingin jadi orang berjaya, perlu tahu kebolehan atau potensi diri sendiri. Seterusnya orang yang tahu potensi dirinya akan pandai menghargai kebolehan diri sendiri.
Katakan selalu pada diri;
'saya boleh lakukan, saya ada kebolehan itu, saya pasti boleh buat. Saya akan hadapi segala cabaran supaya saya berjaya melakukan dan membuktikan kebolehan diri saya.'
Orang yang tahu menghargai potensi dirinya sendiri tidak mudah melatah atau terusik  apabila mendengar pandangan negatif orqng lain terhadap dirinya sendiri.
Biarlah orang lain memandang sepi dan kosong pada kebolehan kita. Abaikan dan jauhi mereka. Duduklah dalam.kumpulan mereka yang positif.
Hakikatnya,  kita tahu apa yang kita manpu buat dan kita berusaha menuju ke arah kejayaan tersebut. Inilah potensi diri anugerah Allah pada diri kita.
Kita tahu dan Allah lagi Maha Tahu.
Berusaha dan bertawakallah.
Dengan izin Allah, inilah saya kini.
#Norazurachilscarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner
#Norazuratrainingandconsultancy
Fasilitator Kemahiran
Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner

#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA

#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:








RM 20                                          










RM 40     / RM 30






HUBUNGI SAYA DI 0167235080







Thursday 22 March 2018

Didik anak remaja berdikari

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Adakah anda tergolong dalam ibu bapa yang telah berjaya didik anak remaja berdikari?
Sila baca catatan pandangan saya ini.

Apabila tiba harijadi anak?
Atau apabila anak melakarkan sesuatu kejayaan dalam akademik, misalnya.
Atau memang saja-saja suka.


Belikan anak remaja sebuah kereta baru, yang harganya berpuluh-puluh ribu itu?
Apa pandangan anda?
Hmmm.....pada saya, tiada salahnya jika memang ibu bapa mampu berbuat demikian. Namun dari segi nilai pengajaran hidup, ibu bapa telah menafikan aspek belajar berdikari dalam kehidupan si anak. Alangkah bagusnya jika anak dididik dan dibentuk dalam aspek berdikari dari muda remaja lagi.
Hatta, dari awal usia pun sudah boleh didik anak berdikari,  antaranya dengan belajar  urus diri sendiri dan membantu ibu bapa dalam kerja-kerja mudah di rumah.

Akan tetapi...
Apabila anak minta apa sahaja, semuanya senang dapat.
Minta hanphone dapat iphone.
Minta duit, sekali dapat beratus ringgit.
Minta top up, boleh berapa sahaja.
Minta sahaja anytime
Minta motor, dapat motor baru ( tak reti sebut model motor)
Minta kereta,  dapat Myvi baru, tak nak lah kereta second hand.
Minta emas, lengkap satu badan.
Minta apa sahaja selain keperluan hidup, kiranya memang senang dapatlah.
Memang ibu bapa sayangkan anak.
Memang tak sampai hati melihat anak  yang meminta dengan penuh pengharapan.
Lalu..jadilah ibu bapa umpama
menatang minyak yang penuh.......anak dipastikan tidak susah sedikit pun.
Memang tak salah pun.
Anak kita, suka hatilah kita nak bagi apa pun. Itu kata sebahagian ibu bapa.
Adalah menjadi hak anak dan tanggungjawab ibu bapa bagi memelihara kesejahteraan hidup anak. Memang benar sekali.

Akan tetapi...jika semuanya  yang diminta, mudah sekali didapati, umpama tadah tangan sahaja, bilalah anak akan belajar berdikari berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu.

Saya teringat waktu saya kecil dulu,  hatta hingga kini pun, ayah saya didik saya bersusah dan berjimat dalam berbelanja. Saya dan adik beradik lain  tidaklah dimewahkan tetapi ayah ajar belajar rasa kesederhanaan. Kami diajar memahami getir seorang ayah bekerja untuk menyara keluarganya.   Justeru, kami memang tidak reti meminta-minta dibelikan sesuatu.
Bila saya sudah bekerja, saya beli sendiri apa yang saya nak.
Ketika kecil , hati saya memberontak juga, kenapa anak orang lain dapat apa sahaja dengan mudah,  tetapi saya tak dapat.
Kenapa anak orang lain ada basikal satu sorang tetapi saya terpaksa kongsi basikal dengan adik beradik lain.
Bila telah dewasa saya faham sebabnya. Rupanya, Itulah pengalaman pendidikan  yang sangat bermakna dalam kehidupan saya sehingga kini.


Justeru anak-anak saya sendiri( yang remaja ada 5 orang) kami ( saya dan suami) tidak pernah belikan mereka handphone atau kenderaan. Memang nampak seperti kejam.Bukan tak boleh beli tapi kau nak beli, kena belikan untuk semua, barulah adil. Banyak belanja tu kalau kena belikan untuk semua anak.
Namun, anak-anak remaja saya bagai telah faham dan telah terdidik dari kecil lagi, tidaklah dibesarkan sangat dalam kemewahan.
Justeru itu..
Mereka ada handphone tapi dlibeli dari duit raya mereka.
Sama juga bila nak beli basikal setiap seorang.
Ada yang beli motor second hand, tetapi beli dengan duit yang dikumpulkannya sendiri hasil dari bekerja waktu cuti.
Anak saya belajar memandu pun guna duit mereka sendiri. Saya dan suami hanya tolong top-up sahaja
Anak saya ada kereta, tapi kereta lama saya yang saya pinjamkan.
Jadi, adil   semua beli barang tersebut dengan duit sendiri.

Didik anak remaja berdikari.
Paling penting, mereka belajar berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diingini tanpa perlu minta dari ibu bapa semudah itu sahaja.
Kelak nanti, bila mereka bergelanggang dalam kehidupan, mereka tidak panik bila susah. Mereka akan jadi  individu yang cekal berusaha.


Paling saya terkedu, saya perasan, anak- anak remaja saya tidak pandai meminta itu ini, dan bila saya offer untuk belikan sesuatu , mereka akan memiih betul-betul sambil pastikan harga barangan tersebut berbaloi untuk dibeli
Anak- anak mesti dididik sedikit dengan erti  kesusahan agar kelak mereka tidak mudah kecundang apabila menempuh onak duri dalam kehidupan sendiri.


Didik anak remaja berdikari.
Pandangan saya.
#Norazura



SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com         
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40






PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642


Tuesday 20 March 2018

Anak dan HP

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Saya perhatikan sahaja anak itu.
Lama saya perhatikan......
Badannya tegak kurang bergerak....
matanya fokus tidak berkedip...
Suaranya tidak kedengaran...
Bila dipanggil dia tidak mengendahkannya.
Dia di dalam dunianya sendiri.
Hakikatnya...
Kognitifnya kurang terangsang.
Mindanya kelam...
Moto halusnya tidak diuji.
Matanya tidak meneroka.
Fizikalnya seperti terikat.
Emosinya tiada berperasaan..
Deria telinganya seperti tidak peka ..
Suaranya seperti terkunci..
Apa yang terjadi kepada anak itu?
Anak itu sedang leka dengan skrin gadget yang besar.
Benar dia duduk diam dan kelihatan tekun sekali di depan skrin....
Gadget dan skrin itu adalah aktiviti yang ibu bapa sarankan..
Aktiviti senang dan mudah pada pandangan ibu bapa..
Terapi untuk anak duduk diam.
Namun ...
Dimanakah dunia meneroka, mencuba dan mendapatkan pengalaman sebenar...
Anak yang sepatutnya bermain secara semulajadi..
Anak itu kini  tenggelam bersama potensi yang sepatutnya digilapkan.
Ia terus hilang..
Tanpa disedari...
Anak itu...perkembangan semulajadinya tandus dalam kecelaruan teknologi masa kini.
Renungkan.
#Norazura


SIAPA SAYA?


Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com         
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40






PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642


Ketahui Tentang SKM Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Jom ketahui...
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Diploma  Kemahiran Malaysia (DKM)
Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.


Apakah bezanya antara SKM DKM di Pusat Bertauliah sepenuh masa dengan yang diperolehi melalui kaedah pengiktirafan pengalaman Terdahulu(PPT)


Pelajar sepenuh masa di Pusat Bertauliah@kolej memang 0 knowledge tentang industri  , belajar selama setahun (SKM 3) dan hampir 18 bulan untuk DKM. Bayaran yuran pengajiannya  pun beribu untuk kedua-dua tahap.

Manakala persijilan secara Pengiktirafan pengalaman pula, calon hanya perlu kemukakan bukti pengalaman sahaja, justeru itu calon perlulah power dalam pengalaman berkaitan.
Calon bukan buat assingment seperti pelajar kolej, tetapi calon perlu sediakan dokumen tulen yang membuktikan pengalaman sebenar mereka mengendalikan semua tugasan yang setara sepertimana dalam unit keterampilan dalam SKM/DKM.

Justeru itu, saya selalu ingatkan calon. SKM DKM secara pengiktirafan pengalaman...
Pastikan tahun pengalaman mencukupi syarat untuk memohon.
Dapatkan bukti kukuh pengalaman bukan bukti yang dibuat-buat.
Kumpulkan bukti pengalaman dalam format yang ditetapkan  bukan siapkan assingment seperti student sepenuh masa di kolej.
Tulis laporan pengalaman, bukan siapkan tesis akademik.
Jom pastikan mutu Persijilan Kemahiran Malaysia,  SKM DKM ini bersama-sama.



#Norazuraskmpractitioner
SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com         
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM40






PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642