Wednesday, 13 April 2016

Memahami Tahap Perkembangan Kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



APA ITU TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK?
MENGAPA PERLU MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN  ANAK-ANAK?


SIAPAKAH PULA KANAK-KANAK? Kanak-kanak ialah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar .Kanak-kanak telah mula belajar sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Mereka belajar melalui setiap tindakan ibunya termasuklah dari perasaan ibunya.

Kanak-kanak atau anak-anak kita  akan mula belajar lebih cepat  dari satu tahap ke satu tahap sebaik  sahaja dia dilahirkan ke dunia ini. Segala apa yang di pelajari dan dilalui melalui pengalaman anak-anak akan mula membentuk sahsiah dan karakter serta tingkahlaku seseorang kanak-kanak itu.

Dengan kata lain apa sahaja yang dipelajari oleh kanak-kanak sudah tentu akan mempengaruhi perkembangan anak dan akan menjadikannya  siapa  dan bagaimana karektor kanak-kanak  itu apabila dia  dewasa kelak.

Justeru itu, sangatlah penting mereka yang berada di persekitaran kanak-kanak iaitu ibu bapa., pengasuh, pendidik dan komuniti di persekitaran kanak-kanak memahami dan mengenali hati nurani seseorang anak dan seterusnya mengetahui tahap demi tahap perkembangan pembelajaran seseorang kanak-kanak itu.

Mereka yang berada  di persekitaran kanak-kanak juga perlu memahami setiap tingakahlaku dan kerenah kanak-kanak, antaranya;

Fahami mengapa kanak-kanak suka banyak bertanya;
Fahami mengapa kanak-kanak suka mengamuk dan memberontak;
Fahami mengapa kanak-kanak terlalu aktif;
Fahami mengapa kanak-kanak suka usik itu dan ini,
Fahami segalanya tentang betapa unik dan istimewanya insan yang bernama anak ini.

Bila kita tahu dan faham, barulah kita boleh menerima setiap tingkahalaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Seterusnya kita akan tahu tahap-tahap perkembanagn normal seseorang kanak-kanak.
Dengan itu, bolehlah kita boleh membantu anak-anak,  antaranya dengan menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang kondusif serta penuh kasih sayang.

Perlu sangat untuk diingat bahawa kanak-kanak adalah seorang individu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sejak dia mula membuka mata , pelbagai aspek perkembanagn kanak-kanak boleh dikembangkan dan digalakkan  antaranya dari  segi fizikal, emosi, rohani, sosial dan intelek.



Mari kita fikirkan, bagaimanakah kita sebagai orang dewasa dapat membantu mengembangkan potensi diri anak-anak, jawapannya kita perlu belajar dan tahu tahap-tahap perkembangan yang akan dilalui oleh kanak-kanak. 
Kita samada seorang ibu bapa, pengasuh atau pendidik kanak-kanak wajib memahami tahap perkembangan kanak-kanak secara umumnya.
Dengan kata lain, kita perlu tahu kebolehan yang harus dicapai oleh anak-anak pada usia tertentu. Dengan itu kita  dapat membantu mereka untuk mencapai potensi yang ada dalam diri anak-anak ini mengikut tahap perkembangan dan kebolehan sedia ada mereka .

Berikut adalah aspek perkembangan kanak-kanak yang wajib kita kenal pasti;

1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembanagan Kognitif
3. Perkembangan Sosioemosi
4. Perkembangan Kreativiti
5. Perkembangan Bahasa



Mengikut kurikulum PERMATA pula, komponen perkembangan pembelajaran untuk kanak-kanak di TASKA adalah seperti berikut;

1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
3. Perkembangan Deria & Dunia Persekitaran
4. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
5. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
6. Perkembangan Kretiviti dan Estetika

Kesimpulannya, setiap ibu bapa, pengasuh dan pendidik kanak-kanak perlu memahami tahap perkembangan kanak-kanak di atas  dengan bersungguh-sungguh  dan seterusnya merancang aktiviti atau program yang sesuai yang dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan serta mempertingkatkan  potensi dirinya secara menyeluruh dari semua aspek perkembangan yang dinyatakan di atas.

Kalau anda ingin dapatkan butiran setiap tahap perkembangan di atas, boleh lah tinggalkan emel di blog ini. Tunggu, saya emelkan EBOOK PERCUMA untuk anda.


Selain itu sebagai pengasuh dan pendidik anak-anak, tingkatkan lagi kemahiran anda dalam bidang ini. Anda boleh hadiri pelbagai bengkel mengenai pendidikan awal kanak-kanak. 
Antaranya, anda boleh sertai bengkel saya SEPERTI  di bawah ini.

1. BENGKEL KREATIVITI KANAK-KANAK
2. BENGKEL PENGASUHAN BAYI
3. BENGKEL RPA
4. BENGKEL PENYEDIAAN MENU KANAK-KANAK

DAN PELBAGAI LAGI.


DAPATKAN JUGA EBOOK SAYA;

RM25

RM40



HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.





Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak


1 comment:

  1. pn.. ad lgi free ebook? ceeceey01@gmail.com

    ReplyDelete