Tuesday, 17 January 2017

Tugas dan komitmen personnel TASKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


TASKA adalah suatu premis yang menjalankan perkhidmatan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan awal kepada kanak-kanak dari umut 2 bulan hingga ke 4 tahun. Personnel TASKA pula  merupakan individu-individu yang bekerja di TASKA dengan memikul tanggungjawab dan peranan masing-masing. Personnel TASKA adalah tulang belakang kepada nilai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah TASKA. Justeru itu, sangatlah penting setiap personnel di TASKA memahami tugas dan komitmen masing-masing. 

Malangnya, masih ramai lagi personnel TASKA terutamanya pengasuh@pendidik kurang mahir dan beketerampilan dalam menjalankan tugas-tugas di TASKA seperti yang sepatutnya. Mereka kurang memahami dan menghayati tugas dan komitmen personnel TASKA.
Sesetengah pengasuh@pendidik hanya mempunyai pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak (mempunyai pendidikan akademik) tetapi sama sekali kurang kemahiran dalam mengendalikan kanak-kanak. 

Dibawah ini, dikongsikan tugas dan komitmen personel TASKA untuk rujukan mereka yang berkaitan.

Tugas dan Komitmen menyeluruh Personnel TASKA

1.  Memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur, amanah dan dedikasi untuk memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan professional.

2.  Memastikan kanak-kanak di TASKA  mendapat hak mereka sebagai kanak-kanak dan diberi perlindungan dari segala jenis penderaan serta penganiayaan.

3. Memastikan  semua perkara-perkara  yang termaktub di dalam dokumen Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, Akta kanak-Kanak 2001  dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak  dipatuhi.

Tugas dan Komitmen Individu setiap Personnel TASKA.

PENGUSAHA :
  • -          Memastikan bahawa pengurusan TASKA  akan  mematuhi kehendak mana-mana undang—undang bertulis yang berhubungan dengan struktur permis, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak.
  • -          Memastikan hal ehwal pentadbiran keseluruhan operasi TASKA berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan JKM.
  • -          Memastikan kebajikan kakitangan dan kanak-kanak sentiasa diberi perhatian.


PENYELIA:
  • -    Memastikan semua tugasan kakitangan dilaksanakan mengikuti diskripsi tugasan masing-masing.
  • -          Memastikan segala bentuk program yang dirancang di TASKA berjalan dengan lancar.

PENGASUH:
  • -          Memastikan kanak-kanak di TASKA diberi pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan professional.


PROTOKOL KELAKUAN@SIKAP PERSONNEL TASKA

PENGUSAHA
  • -          Menguruskan keseluruhan pengurusan  dan pentadbiran TASKA
  • -          Mengutamakan kelancaran operasi TASKA
  • -          Memastikan semua kakitangan di Taska mematuhi peraturan kerja di TASKA
  • -          Berkomunikasi dengan ibubapa dan pekerja dengan baik dan professional.
  • -          Menyediakan dan melengkapkan semua peralatan dan perkakasan  dalam dan luar  TASKA
  • -          Memastikan keperluan  harian TASKA dipenuhi.
  • -          Menjaga kebajikan kakitangan.


PENYELIA
  • -          Memastikan  pengasuh dan pekerja memberikan pengawasan yang berterusan kepada kanak-kanak.
  • -          Memahami keperluan perlindungan dan perkembangan kanak-kanak dan kemampuan mereka dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
  • -          Menyelia pengasuh  dan pekerja di TASKA.
  • -          Merancang bersama pengasuh dalam menyediakan aktiviti terancang di TASKA.
  • -          Menguruskan program dan aktiviti yang dijalankan di TASKA.
  • -          Menyelaras semua aktiviti yang dirancang
  • -          Memberi laporan dan makluman kepada pengusaha.
  • -          Menjalani pemeriksaan perubatan.
  • -         Memastikan orang yang bukan kakitangan TASKA tidak berada di dalam premis TASKA tanpa keizinan dan pengetahuan pihak pengurusan.
  • -          Berkomunikasi dengan ibubapa secara professional.
  • -          Memberi maklumbalas dan tindakan segera jika terdapat sebarang aduan atau pertuduhan.
  • -          Memastikan semua yang berkenaan di TASKA sentiasa mematuhi peraturan di TASKA.



TUGAS DAN KOMITMEN PENGASUH :
  • -          Menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan.
  • -    Memastikan kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan yang sempurna dari segi hak dan keperluan mereka.
  • -     Memastikan kanak-kanak mendapat diet pemakanan yang seimbang mengikut keperluan mereka.
  • -          Menjalankan aktiviti dalam dan luar TASKA bagi menggalakkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
  • -          Memastikan  bahawa keselamatan kanak-kanak dilindungi sepanjang berada di TASKA.
  • -     Memberi maklumbalas kepada pengusaha, penyelia dan juga ibubapa mengenai sebarang perkara yang perlu disampaikan dan diambil tindakan seterusnya oleh mereka yang berkenaan.
  • -          Menyediakan dan mengemaskini segala rekod berhubung kanak-kanak.
  • -          Mendapat suntikan  pelalian ‘Typhim’ dan menjalani pemeriksaan perubatan.
  • -         Memahami peraturan dan akta serta sentiasa mengikut segala peraturan kerja di dalam TASKA.
  • -          Dilarang menggunakan telefon bimbit peribadi ketika sedang mengasuh dan mendidik kanak-kanak.
  • -          Dilarang tidur kecuali merehatkan diri pada waktu yang dibenarkan.
  • -          Mematuhi peraturan bercuti dan keluar masuk TASKA.
  • -          Sentiasa menghormati pihak pengurusan TASKA.





Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25











No comments:

Post a Comment