Wednesday, 29 January 2020

kesan Hp terhadap kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak gen Alpha memang macam magnet bila menghadap  hp, kan... ?

Saya melihat satu situasi ketika di dalam sebuah penerbangan ketika saya balik dari Brunei baru-baru ini.

Kelihatan anak dalam umur 8 bulan  yang sedang tidak boleh duduk diam di atas riba bapanya itu, bila disua handphone (nampak macam YouTube cerita kartun), terus  senyap terkaku matanya pada skrin hp.

Dia diam, fokus pada skrin gambar yang bergerak-gerak itu. Matanya terpaku tidak berkerdip lagi. Dia sudah tidak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya.

Dahsyatnya kuasa hp yer.. 

Selalunya..., ada parents akan berkata begini..

"Saya terpaksa bagi handphone pada anak sebab dia tak boleh duduk diam. Susah saya nak pantau pergerakan dia nanti. Bila ada handphone, dia akan leka, fokus dan duduk diam. Ini adalah cara terbaik untuk saya tenteramkan suasana." 

Tambahnya lagi..

"Jadi.. bila dia start jer nak mengamuk atau nak gerak sana sini, saya suakan jer hp.. Terus dia diam diam tidak menguit lagi. Lega rasanya" 

Maka, setiap kali perkara sama berlaku.., dia akan  terus bagi hp kepada anaknya.

Bagaimana pandangan tuan/puan?

Is it ok?

Pakar kanak-kanak yang pernah saya dengari, mengatakan..

No handphone at all, by the age below 12 month..! 

Not more than 1 or  2 hours for toddler! 

Tapi kan.., hakikatnya anak-anak generasi alpha ini telah mula kenal hp sejak dari dalam perut ibunya lagi.

Dia scan apa sahaja urusan ibunya dengan hp. Dia sudah pun belajar tentang keasyikan hp sedari belum lahir ke dunia lagi.

Tu sebab, dari umur awal bayi lagi, bila disua jer hp.., dia terus diam.
Teruja lah kut.. 😊

Namun...., kalau parents tahu kesan hp terhadap bayi dan toddler, tentu parents akan mengakui kebenarannya.

Bila sedang leka dengan skrin YouTube yang bergerak-gerak itu..

Panggilah nama anak, dia pasti akan buat tak tahu jer. Mungkin telinganya sudah tidak peka dengan bunyi-bunyian lain di sekelilingnya.

Cuba lihat matanya, fokus tertumpu pada skrin hp sahaja. Sukar beralih pandang dan tidak peka lagi ke arah persekitaran yang lebih luas.

Fizikalnya juga begitu. Sebelum dapat  handphone, dia aktif bergerak. Namun bila sedang terpegun dengan skrin hp, dia tetiba menjadi anak yang pasif.

Pergerakan fizikalnya menjadi kaku. Hanya sesekali motor halus jarinya kelihatan digerakkan di atas skrin hp tersebut

Tatkala itu juga, bahasanya mula terbatas. Dia lebih peka kepada bahasa di dalam hp tersebut sahaja. Kalau yang didengari adalah bahasa kartun, maka bahasa itulah yang mungkin akan keluar dari mulutnya nanti.

Kemahiran komunikasi pun turut menjadi terhad... manakala kemahiran sosial juga mula berkurangan.

Mereka menjadi anak yang kurang diberi peluang untuk  meneroka bebas dalam realiti  persekitaran yang sebenar.

Cuba parents ambil handphone di tangannya, sudah pasti dia akan menjerit dan mengamuk marah. Umpama sukar mendidik displin dalam diri anak itu.
Akhirnya parents mengalah ikut kerenah anak. 

Jika selalu kesan-kesan ini terpalit dalam diri seorang anak awal usia, apakah pula jangkaan kesan besarnya nanti dalam aspek perkembangan menyeluruh anak ini dalam usia-usianya yang mendatang? 

Mungkin... 
Boleh kenalkan anak kepada teknologi hp ini, tapi tunggulah hingga usianya melebihi setahun, namun tetap ada limit, kawalan dan peraturannya.

No hand phone for baby!

Susah?

Kenapa generasi sebelum ini boleh sahaja didik anak tanpa handphone?

Jawapannya mungkin, kita lebih sabar dan tabah mengharungi dan menanggani kerenah anak secara alami.
Hadap jer lah sebab itu adalah  tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

Fikirkan bersama yer..

Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran. 
TTT HRDF


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 


Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

KENDALI DULU EMOSI ANAK-ANAK

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

KENDALI DULU EMOSI ANAK-ANAK

Anak-anak di TADIKA, Pra sekolah, Tahun Satu di Sekolah Rendah. Semasa sesi mula masuk sekolah, bagaimana?
Masih adakah drama emosi dari anak-anak kecil ini?

Teringat dulu semasa saya kendalikan TADIKA, pernahlah saya kejar budak sampai dia dapat panjat pagar utama TADIKA. Saya peluk dia yang sedang meronta-ronta sambil dia menjerit-jerit. Saya yang ketika itu, (berat badan pun hanya dalam 39 kg) rasa nak tumbang sekali bersama budak itu. 😅 Anak siapalah tu yer....pasti anak didik TADIKA saya itu telah pun dewasa kini. 😊 Rasa nak pengsan rasanya pada minggu pertama sesi TADIKA bermula. Tentu cikgu-cikgu TADIKA, pra atau Tahun 1, ada cerita dan pengalaman masing-masing tatkala kendalikan kanak-kanak pada awal sesi bermula ini.


Hari demi hari emosi anak-anak kecil ini pasti akan menjadi lebih positif asbab dari usaha dan bertungkus lumusnya para pendidik menstabilkan emosi anak-anak. Pembentukan konsep kendiri dan self esteem (penghargaan kendiri) yang positif di kalangan anak-anak kecil, ini yang paling utama diberi penekanan awal. Sebab itulah juga amat pentingnya tahap Perkembangan sahsiah, sosioemosi digarapkan dalam diri kanak-kanak lebih dari tahap perkembangan kognitifnya.

Tahniah buat anak-anak yang berjaya mengharungi musim TADIKA @sekolah yang baru ini
Lalu....standby lah cikgu- cikgu sekalian.. Apabila nanti berakhirnya episod emosi ini...tempoh bertenang pun bakal bermula memasuki fasa seterusnya. Maka bermulalah mood ibu bapa untuk bersama menyusuri pembelajaran anak-anak.

Its good..!!

Namun....jangan terlalu mendesak anak-anak.
Jangan memaksa keterlaluan..
Jangan juga nak cepat melihat hasilnya..
Rilek yer..

Kenalpasti dulu potensi dan tahap kebolehan anak-anak.
Jangan sampai anak akan ingat amarah ibu bapa yang ibarat singa itu, hanya kerana masalah tak pandai belajar.
Mungkin juga sebab anak itu lambat dapat juga dalam pembelajarannya.

Mohonlah... terutama yang di TADIKA tu. Jangan asyik tanya pada pendidik..
Bila anak saya boleh baca?
Bila anak saya boleh tulis?
Bila anak saya boleh kira?
Sadiss.. 😓😓
"Sehingga saya dewasa, saya masih sedikit simpan dendam terhadap ayah saya"


Ooohhh..!!
Sedikit terkejut saya mendengar pengakuan dari seorang insan yang telah pun dewasa itu. Kebetulan kami sedang berbual kisah ibu bapa yang selalu memperkecilkan potensi tersembunyi seorang anak. Lebih-lebih lagi lah jika anak itu tidak pernah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang ketika kecil waktu bersekolah. Apa yang menyebabkan dia masih rasa dendam kepada ayahnya?
Bukan kerana kena buli fizikal yer. Tapi katanya.. semasa dia kecil ibu bapanya selalu memperlekehkannya dan memperkecilkannya, siap perli-perli lagi.. sebab dia tidak pandai sekolah😢
Dia tidak merasa deretan A dalam laporan peperiksaannya. Dia tidak merasa pun jejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh...., sekolah budak-budak pandai, bak kata ayahnya.
Sedihkan....

Dah dewasa, dah jadi individu sukses cemerlang pun kini. Dia mungkin beruntung kerana tidak hanyut sendiri melayan emosi diri. Dia telah bangun sendiri, untuk dia gilap potensi yang ada dalam drinya sendiri. Biarpun ketika itu, ibu bapanya tidak nampak, dia tahu apa kelebihan dirinya sendiri.

Aduhaiii..
Anak-anak itu... dalam gelapnya...., sesekali cubalah...
carilah... kilauan dan kerlipan yang mungkin jauh tersembunyi..


Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Trainer dan Personel Kemahiran
TTT HRDF

Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


BUKU FIZIKAL KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK - RM50


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642

JURULATIH KEMAHIRAN PENGASUHAN

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Saya , Jurulatih kemahiran Pengasuhan bayi dan kanak-kanak.

Nak jemput saya untuk beri latihan kepada pangasuh dan pendidik di TASKA dan TADIKA??

Sebelum tu, jom cuba dengar dan ambil pengajaran dari kisah ini....

Kisah seorang penebang pokok yang kerjanya tentu ke hutan untuk menebang pokok setiap hari. Sebagai penebang pokok, sudah tentu dia memiliki ilmu dan kemahiran serta pengetahuan yang mendalam dalam melaksanakan tugas itu. Selain itu, si penebang pokok juga turut mempunyai sebilah parang yang sangat tajam dan kental.

Pada hari pertama dia pergi menebang, dia boleh menebang 10 pokok dalam sehari dengan cekap lagi pantas. Bangganya dia. Pada hari kedua, bilangan pokok yang ditebangnya menjadi 8 sahaja dalam sehari. Pada hari ketiga, bilangan pokok yang ditebangnya menjadi tujuh batang. Dan begitulah pada hari-hari seterusnya..., bilangan pokok yang ditebangnya makin berkurangan walaupun ia membawa ilmu dan peralatan yang sama.
Mengapa agaknys semakin hari semakin kurang..? Sepatutnya setiap hari semakin mantap.., kann.. 😁


Hakikatnya si penebang pokok itu tidak pernah mengasah parangnya dan tidak pernah mahu tambah kemahiran baru yang mungkin ada. Hari-hari bawa benda yang sama sahaja.

Parangnya semakin tumpul..
Ilmunya semakin lapuk...
Tiada peningkatan... 😅
Orang sudah lama pergi ke bulan.. .
Sedang kita masih mengais-gais tanah..


Jadinya..
Samalah seperti kita ini..
Kata kiasan orang..
Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China..
Belajar dan terus jua berusaha tingkatkan apa yang ada dalam diri sehingga akhirnya walau mata kita telah terpejam kelak....
InsyAllah..
Ilmu yang telah kita perolehi dan kita kongsi-kongsikan itu pula akan sentiasa mekar mengharum jasad kosong kita.
Wallah'ulam.


Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20

BUKU FIZIKAL KEMAHIRAN ASUHAN KANAK-KANAK - RM50




Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642



JOM BASUH TANGAN


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Adik dah basuh tangan?
Jom kita cuci tangan sama-sama 😊🌹
Tentu seronokkan bila setiap kali pihak TASKA TADIKA buat aktiviti cuci tangan ini.

Cikgu-cikgu guna apa untuk cuci tangan? 😉
Sabun biasa...?
Cecair cuci tangan atau pembasmi kuman tangan yang banyak berada di pasaran?

Macam-macam produk cucian tangan ada...,
yang murah.., yang mahal sikit.., nak tak nak jer untuk beli dan gunakan.

Kebetulan...., tengah viral kini, serangan virus influenza. Entah dari mana ia datang. Tetiba menular menyerang kanak-kanak khasnya. Hingga ada yang menyebabkan kematian. 😢 Khabarnya, jika telah dijangkiti virus ini tidak ada vaksin yang boleh merawatnya. Jadi, langkah terbaik kini ialah berjaga sebelum kena. Premis TASKA TADIKA bahkan ibu bapa di rumah sekalipun perlulah cakna tentang aspek kebersihan diri dan persekitaran kanak-kanak.
Buat tindakan sebelum terlambat!

Bakteria dan kuman sentiasa ada di persekitaran kanak-kanak. Justeru itu, kanak-kanak sangat terdedah kepada risiko penyakit biasa seperti selsema, demam, sakit tekak, batuk dan seumpamanya.
Sebenarnya dalam diri kanak-kanak sendiri telah dibekalkan dengan antibiotik semulajadi sebagai benteng pertahan penyakit. Saya pernah baca artikel tentang ini. 😁 Jadi kita cuma beri sokongan pertahanan tambahan dengan mulakan amalan mudah ini iaitu cuci tangan. 😊
Jom ajak anak cuci tangan selalu!

Apa kata kita kempen...
1 TASKA 1 TADIKA 1 Rumah dengan satu botol 'hand sanitizer'.

Alaaa...., bukan mahal pun, keluar modal sikit jer untuk sediakan ia secara wajib di premis kita.
Semasa anak datang TASKA TADIKA , selepas setiap aktiviti luar dan dalam dan sebelum balik, ajak kanak-kanak cuci tangan dulu sambil-sambil kita ceritakan tentang pentingnya cuci tangan itu. Bolehlah selitkan juga cerita tentang jahatnya kuman bakteria itu. Alahaiii, tak susah pun.....😅 Jom mula cuci tangan dengan hand sanitizer pilihan saya ini.

Safercare plus kids

Jom juga baca preview saya sikit dengan jenama hand sanitizer ini. Ia telah dihadiahkan oleh seorang kawan kepada saya.

Safercare plus kids, memang awasome!
Ia bukan sahaja selamat digunakan oleh kanak-kanak bahkan teacher-teacher atau parents pun boleh guna dengan selamat dan tanpa was-was.

Saya dah guna tau...
Saya cuba guna sendiri dulu dan saya bagi juga kepada kawan saya yang ada anak kecil untuk cuba produk ini. Masya-Allah hebat produk ini, sangat mesra pengguna, sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Kenapa ia boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was-was?

Pertamanya ia dijamin halal oleh Jakim. Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan alkohol yang boleh mengeringkan kulit kanak-kanak. Dan pastinya ia tidak ada mengandungi sebarang bahan kimia yang terlarang. Dijamin dan digalakkan pula penggunaannya oleh WHO.

Penggunaan hand sanitizer berbanding dengan guna sabun dan air.

Which are more better?

Saya punyalah rajin nak tahu jawapannya. Saya pun search maklumat dan terjumpa satu hasil kajian yang menunjukkan bahawa anak-anak yang menggunakan hand sanitizer kurang sakit berbanding anak-anak yang guna sabun dan air untuk cuci tangan. Kalau tak cuci tangan pula, hah.., lagilah mudah dijangkiti virus atau bakteria.
Kannn..
Jadi, apa lagi.
Cuba satu botol hand sanizer ini di TASKA TADIKA anda.
Anak sihat, perkembangan pun mantap!!
Safercare plus kids, ingat tau namanya 😊

Siapa berminat nak dapatkan hand sanizer ni, komen ler nak. Kalau ramai nak, saya boleh tolong orderkan untuk anda semua.
Hakikatnya tidak ada suatu pun penyakit yang boleh berjangkit kecuali Allah yang izinkan. Kita mencuba Allah jua yang menetapkannya.
Mudahan Allah menjauhkan anak-anak dari sebarang kemudaratan penyakit yang berbahaya.
InsyAllah..


Catatan,
#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF



BINA KEYAKINAN DIRI DULU

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

BINA KEYAKINAN DIRI DULU..


Seorang rakan  memberitahu saya,

'dulu masa belajar saya seorang yg pemalu, tak menyerlah hingga sekolah menengah. Aktif sukan dan persatuan tapi masih tak yakin. Bila dah bekerja baru berani ke depan sikit itupun bila ada jawatan. Macamana nak develop confident level tu? "

Membentuk keyakinan diri...


Tuan puan, kakak, abang dan adik, ibu bapa sekelian,

Mengapa boleh jadi seperti di atas?

Yupp... Ya, keyakinan diri itu bermula sedari awal usia lagi. Cuba rujuk semula akar umbi utama perkembangan kanak-kanak iaitu Perkembangan Sahsiah dan Sosioemosi. Sahsiah adalah pembentukan imej dan sikap kanak-kanak. Konsep kendiri@self esteem dan penghargaan terhadap diri sendiri telah mula boleh dibentuk. Emosi adalah pelbagai perasaan sediada dalam diri kanak-kanak seperti suka, marah, sedih, takut dan sebagainya Sosial adalah kemahiran kanak-kanak dalam berkawan dan berkenalan. Sosioemosi pula adalah perasaan atau emosi kanak-kanak ketika berkawan atau bersama orang lain.

Tahukah anda semua...!

Tahap perkembangan di atas sangat perlu diberi penekanan berbanding tahap perkembangan lain. Gilap dan galakkan perkembangan ini terlebih dahulu. Dari sinilah akan terpancar juga potensi kanak-kanak dan ia mampu menyerlah secara hebat lagi mudah sekiranya kanak-kanak mempunyai sahsiah dan sosioemosi yang positif.

Faham tak??

Kita yang berada di persekitaran hidup kanak-kanaklah yang perlu menjadi pendorong dan pembimbing utama.
Siapa kita?

Ibu bapa, pendidik, guru, masyarakat dan juga pemimpun.

Cerita rakan  saya tadi sama jer seperti kisah saya semasa bersekolah dulu. Dengan erti kata lain saya juga mempunyai srlf esteem yang rendah ketika kecil.
Malu tidak bertempat.
Takut.
Rasa diri teruk.
Rasa rendah diri.
Tidak pandai menonjol
Rasa tidak dihargai
Tidak yakin
dan pelbagailah..
Allahu....semuanya perasaan yang negatif kan.


Usah ditanya mengapa jadi begitu. Betapa sosioemosi yang negatif sangat memberi kesan impak yang negatif juga dalam renteten hidup seorang kanak-kanak. Mungkin juga sangat berkait dengan persekitaran di mana kita dibesarkan. Realitinya setiap anak mempunyai potensi uniknya yang tersendiri. Seperti rakan saya tadi sangat menyerlah katanya dalam sukan. Seperti saya juga ada bakat tersembunyi dalam penulisan, sangat responsif sebagai seorang pembicara.

Tapi.. .. Tak siapa nampak kan..
Tak siapa perasaan. Kalau nampak pun, buat-buat tak tahu.
Tiada siapa beri galakan sebab mungkin masyarakat kita suka beri galakan begini...

*****
Belajar pandai-pandai..
Baca buku...
Esok pandai.. Boleh kerja besar..
Kalau sekolah tak pandai nanti susah.. Tak der duit.
Orang pandai semua orang suka.
Orang pandai itu hebat.
*****

Habihh.. kalau anak tak pandai, tak pernah bagi A berderet pada ibu bapa..
Bodohkah dia??

Something special about potential...

Ia sangat perlu diasah, digilap dan dibentuk dengan sokongan padu. Jangan terperanjat.. , mereka yang jutawan bahkan hartawan itu, memang tak pandai sekolah pun tapi mereka bijak menggunakan potensinya untuk naik naik naik dan mengapai kejayaan.

Kena yakin..
InsyAllah... DIA bersamamu.


Catatan,

#Norazura
Trainer and Fasilitator ECCE
Jurulatih dan Personel Kemahiran
TTT HRDF


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk ebook PDF/Words Softcopy)



Harga Terkini, dengan penambahbaikan baru - RM30







RM60 dengan lebih dari 150 Koleksi RPA berdasarkan TEMA dan perkembangan kanak-kanak





PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA




EBOOK PANDUAN SOP TASKA
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642