Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
BOSAN? Kenapa ya?
Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Oleh : Nor Azura ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
KEPERLUAN MENJALANKAN SARINGAN KESIHATAN UNTUK MURID ATAU KANAK-KANAK DI TADIKA/PRASEKOLAH
Saringan fizikal atau pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan di premis Prasekolah atau
TADIKA pada setiap kali kanak-kanak yang
hadir. Ia bertujuan bagi mengenalpasti sebarang masalah kesihatan atau
kecederaan fizikal yang telah sedia ada pada kanak-kanak sebelum kehadiran
mereka ke Prasekolah atau TADIKA. Selain dari itu, ia bertujuan bagi memastikan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggelakkan sebarang pemasalahan dari
segi kesihatan kanak-kanak sepanjang berada di premis Prasekolah atau TADIKA.
PENGENALAN KEPADA PROSEDUR SARINGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Saringan fizikal di TADIKA atau Prasekolah adalah satu tugasan rutin yang perlu dijalankan oleh kakitangan di sesebuah TADIKA atau Prasekolah. Tugasan ini kebiasaannya dilakukan oleh guru atau pembantu guru yang bertugas. Saringan Kesihatan wajib dijalankan sebelum kanak-kaank atau murid-murid dibenarkan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di premis.
Berikut adalah penerangan lanjut mengenai saringan fizikal kanak-kanak
1.1) Saringan Kesihatan di Prasekolah atau di TADIKA
umumnya adalah merujuk kepada proses pemeriksaan awal yang dijalankan untuk
menilai tahap kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak Prasekolah. Tujuan
utama saringan ini adalah untuk mengenal pasti sebarang masalah kesihatan,
pertumbuhan, atau perkembangan yang mungkin memerlukan perhatian atau
intervensi awal.
1.2) Manakala saringan fizikal yang dijadikan
sebagai aktiviti rutin di Prasekolah atau TADIKA biasanya dijalankan dan
dilaksanakan oleh para kaki tangan TADIKA ke atas kanak-kanak atau murid-murid
pada setiap kali mereka hadir ke TADIKA. Aktiviti ini dilaksanakan pada waktu
pagi ketika kedatangan kanak-kanak.
1.3)
Antara objektif utama melakukan aktiviti rutin saringan
fizikal ini adalah;
a) Memantau
sebarang ketidaknormalan atau sebarang elemen kecederaan pada anggota fizikal kanak-kanak.
b) Mengesan
sebarang masalah kesihatan.
c) Mengesan
sebarang tanda-tanda jangkitan penyakit berjangkit.
1.4)
Pemeriksaan fizikal
atau saringan fizikal dan kesihatan
Merujuk kepada Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di
TASKA dan Prasekolah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan
Malaysia. (2007). dalam memastikan perkara-perkara berikut :
a) Keadaan kesihatan
kanak-kanak yang dihantar ke Prasekolah perlulah sentiasa dipantau. Hanya
kanak-kanak yang sihat sahaja dan tidak menghidapi sebarang penyakit berjangkit
dibenarkan hadir ke Prasekolah.
b) Kebersihan di dalam
premis dan di persekitaran luar
Prasekolah perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
jabatan kesihatan
c) Langkah kawalan
penyakit perlu sentiasa dilaksanakan bagi memastikan persekitaran luar dan
dalam Prasekolah bebas dari jangkitan penyakit.
d)
Semua kakitangan Prasekolah perlu sentiasa
mengamalkan kebersihan diri.
RPA Bayi
Oleh;
Nor Azura binti Ismail
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) UNTUK BAYI
Nama
Pendidik |
|
||
Minggu |
Tarikh: |
Hari: |
Masa: |
Umur |
6 – 12 bulan |
Bil. Bayi : 2 |
|
Tema |
- |
||
Tajuk |
Main
bola kecil warna merah |
||
Bidang
Perkembangan |
PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
KEROHANIAN |
||
Pengetahuan
sedia ada |
Bayi sudah boleh main di dalam ‘playard’ sendirian |
||
Objektif |
|
||
Tempat/Ruang |
Ruang
Bilik Bayi – ‘Dalam playard’ |
||
Bahan |
20
biji bola kecil warna merah – letak dalam ‘playard’ |
||
Langkah
Pelaksanaan |
|
||
Pelan Kontigensi |
Sekiranya bayi boleh cuba untuk bermain bola tersebut dalam keadaan ada bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan menunjukkan aksi bertepuk tangan sambil memuji bayi. Sekiranya bayi tidak mahu bermain bola bersama-sama dengan bayi lain di dalam playyard tersebut, pendidik akan cuba untuk memujuknya.
|
Perhatian
Saya pernah kaut ilmu dan dengar dari seorang OT (Child Occupational Therapist) katanya, bahawa kerja hakiki kanak- kanak hanya ada 3 sahaja yaitu...
1. Main
2. Makan
3. Tidur
Ehhh...mana perginya tugas mereka (kanak-kanak) untuk belajar.
Tidak ada ker....??
Dan memang tidak ada yer..
Anak- anak ni, itu sahaja yang mereka akan suka dan seronok serta rasa bahagia. Tapi jangan ingat anak- anak tak dapat apa- apa ilmu dan kemahiran jika mereka asyik main sahaja. Anak-anak sebenarnya akan pasti dapat belajar sesuatu ketika mereka sedang bermain.
Anak- anak bermain dan asyik main tu, sambil main sambil secara tidak langsung mereka dapat pengalaman meneroka dan menyelesaikan sesuatu masalah. Hah kemudiañnya, mereka akan dapatlah faham lalu mempelajari sesuatu secara santai, tanpa rasa stress dan dipaksa- paksa.
Anak- anak makan untuk sihat dan cergas selalu. Makanan yang baik membantu meningkatkan perkembangan otak kanak- kanak.
Mereka tidur pun supaya mereka cergas selalu dan untuk membantu tumbesaran mereka. Hanya itulah dunia kanak- kanak yang difikirannya sepatutnya 0 masalah dari memenuhi permintaan dan pengharapan tinggi dari I\ibu bapanya😅 yang tersasar dari tahap Pencapaian kebolehan anak yang sepatutnya diawal usia ini.
Hakikatnya, sabarlah duhai orang dewasa....
Yang penting adalah PROSES bukan HASIL.
Bila sudah tiba masanya nanti, usai semua tahap perkembangan menyeluruh seorang kanak- kanak tu sudah boleh dicapainya, maka tatkala itu...., Insyallah anak- anak akan mula- berlapang dada untuk mula- belajar secara lebih formal.
Bila tu?
Yupp, bila umur kanak- kanak mereka semakin matang, mungkin dalam usia 9 atau 10 tahun, itupun mereka masih tidak boleh lari dari dunia main.
Justeru itu, jomlah kita semua yang seharian menghadap kerenah dunia kanak- kanak ini, termasuklah para Ibu bapa, silalah belajar bertenang...
jangan kalut, jangan stress dengan pencapaian akademik semata anak awal usia ini.
Lagi, saya nak share..
Hari itu, saya terjumpa satu artikel mengenai perkembangan kanak- kanak yang ditulis oleh seorang Pakar Kanak- Kanak. Katanya, kuatkan dulu perkembangan sosioemosi dan sensori anak- anak, diikuti pula dengan keperluan tahap perkembangan lain yang berkaitan dengan rutin persekitaran kehidupan seorang kanak- kanak.
Sedangkan perkembangan intelektual atau pencapaian akademik itu adalah tahap perkembangan yang paling akhir sekali untuk digilap dan dicapai dalam diri anak- anak ini.
Lalu....setiap kali bila saya mengajar dalam kursus berkaitan kanak- kanak, saya akan selalu highlight perkara ini.
Kerja hakiki kanak- kanak.
1. Main
2. Makan
3. Tidur
Saya pesan pada Cikgu TASKA dan TADIKA dalam kursus kendalian saya, kena ingat perkara ini.
Dan kalau boleh cuba tulis besar- besar perkara itu lalu pamerkan untuk makluman Ibu bapa.
Kemudiañya......adalah seorang teacher TADIKA- tu beritahu saya, yang dia pun tulislah 3 perkara tersebut lalu ditepeknya kat status FB profilenya. Tak lama selepas itu, seorang Ibu kepada anak di TADIKA nya pm tepi lalu marah- marah- dengan apa yang dikongsikannya tu. Cepat- cepat teacher tu padam status tersebut.
Bimbang agaknya.😶
Hmmm......kalau saya....😉
Lantak pi lah si Ibu nak marah sebab dia sebenarnya tak faham langsung akar umbi tahap perkembangan seorang anak sebenarnya.
Dan tak pernah nak cuba mengerti...
Sebab itu jugalah cikgu- cikgu, teacher- teacher semua wajib ada ilmu untuk cantas komen- komen berbau ketidakfahaman dari parents ini.🤗
Sudah sampai masanya , kita sebagai pendidik awal kanak- kanak memahami siapa itu kanak- kanak dan bagaimana kanak- kanak belajar mengenai sesuatu perkara. Kena ada ilmu bagaimana pendekatan yang paling sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang juga serasi dengan dunia sebenar kanak- kanak.
Ia mestilah berpusatkan kanak- kanak bukan melulu sekadar menurut kehendak teacher maupun Ibu bapa yang sikit- sikit asyik nampak pendidikan akademik sahaja.
Maaf yer, bukan semua ibu bapa or teacher.
Walhal.....
Potensi setiap anak adalah pelbagai dan berbeza antara setiap anak. Andai kita nampak dan faham potensi awal yang cuba anak- anak tonjolkan (walaupun ia bukan potensi dalam bentuk akademik) ketika itulah kita perlu beri sokongan dan galakan supaya potensi si anak dapat digilap dan dibimbing sebaiknya.
Paling penting sekali, sebelum sibuk nak anak- anak pandai yang bab- bab akademik ni, pastikanlah anak ini mempunyai emosi yang sihat, tak der asyik nangis- nangis, mengamuk sana sini atau asyik buat drama ketika datang sekolah, taklah pendiam malu ya amat, mesti ada kendiri diri dan self esteem yang baik, ceria serta pandai bermain dan bergaul baik bersama rakan- rakan sebayanya.
Dari segi fizikalnya pula, anak ini adalah anak- yang aktif selalu dan boleh bermain pelbagai permainan aktif dengan penuh bersemangat. Menurut kajian Pakar otak, Permainan aktif dapat membantu mengaktifkan pula otak anak dengan cepat. Hah ....tu yang selalu disebut sel- sel otak sedang bercambah dan berhubung tu 😊
Pastikan juga kemahiran moto halusnya supaya nantinya mereka mudah hendak belajar menulis bila sampai waktunya.
Lagi, dari segi Bahasa, memasuki tahap umur 3 ke 4 tahun dan seterusnya 5 ke 6 tahun, anak- anak perlu sudah boleh menggunakan bahasa pertuturan dengan lebih baik dan lancar. Mereka boleh bercerita dan berbual serta selalu yakin diri untuk nak tahu dan nak bertanya itu ini.
Nah.....kiranya dah bijak kan anak- anak ini.
Lagi yang sangat penting juga ni...dari segi perkembangan sensori anak- anak. Bagaimana anak- anak menggunakan deria sensori mereka untuk dapat belajar memahami pelbagai perkara di dalam persekitaran mereka.
Adakah anak-anak.kita mempunyai masalah sensori?
Cuba lihat...
Adakah anak- anak kita geli bila pegang bahan- bahan yang basah atau lembik, geli nak pijak rumput, takut yang bukan- bukan, sangat cerewat bab makanan, masih trantrum, tak fokus bila kita bercakap dengan mereka, sukar dengar arahan, masih trantrum lagi, belum pass toilet training lagi?
Nah.....ketika ini, sila bimbang yer.
Buat sesuatu.
Jangan hanya risau bila anak- anak tak boleh baca jer setakat umur 5, 6 tahun tu.
Come on.....
Mereka hanya kanak- kanak yang sentiasa dalam kotak kepala mereka hanya nak merasa keseronokan mengharungi dunia kanak- kanak mereka.
Tolong faham.
Seorang Cikgu atau Pendidik di TASKA TADIKA maupun di peringkat Awal Alam persekolahan kanak- kanak, ANDA ADALAH pengamal Pendidikan Awal Kanak- Kanak Yang TULEN jika anda faham sefahamnya bahawa MAIN, MAKAN Dan TIDUR itu adalah kerja hakiki kanak- kanak🤗
Saya faham, saya akur, saya setuju sangat- sangat 🥰
Anda, bagaimana?
#Norazura
Trainer Dan Fasilitator
Pengasuhan Dan Perkembangan Awal knak- Kanak.
Tingkahlaku laku kanak- kanak vs tip menangganinya.
Pernah tak terjadi anak- anak di TASKA atau di TADIKA kelihatan sukar fokus dalam sesuatu aktiviti yang pendidik sedang jalankan?.
Pernah tak anda rasa pening tengok ragam anak- anak yang tak boleh duduk setempat@ sukar duduk diam seketika, terlalu hyperaktif hingga suka ganggu orang sana sini.
Pernah tak anda berhadapan dengan anak- anak yang sukar mengawal keinginan yakni anak tersebut sukar melambatkan apa yg dia mahu, kalau dia nak sesuatu dia nak dengan cepat dan segera. Kalau tak dapat, mulalah dia trantrum mengamuk sakan.
Pernah berlaku tak hal- hal begini tatkala kita bersama anak- anak kecil tak kiralah anak kita sendiri maupun anak didik anak asuh di TADIKA dan TASKA?
Ya, memang betul anak- anak kecil suka menunjukkan tingkahlaku yang pelbagai, sesetengahnya adalah tingkahlaku semulajadi mereka sebagai anak kecil. Tapi kalau tingkahlaku atau kerenah yang ditunjukkan itu sudah melebihi dos atau agak keterlaluan sehingga tidak endah akan pujukan dan nasihat, bagaimana?
Anda percaya tak bahawa ada kajian menunjukkan anak- anak yang over dos perangainya itu adalah .tanda- tanda anak yang ada isu@ masalah di bahagian otak belakang dahinya.
Menurut kata pakar berkaitan, bahagian otak yang berada di belakang dahi seseorang tugasnya adalah ibarat CEO yang berfikir dengan waras untuk menyelesaikan setiap hal atau perkara. Namun, oleh kerana anak anak sebenarnya tidak menggunakan otak CEO ini sebaliknya lebih banyak menggunakan otak emosi maka timbullah pelbagai ragam dan tingkahlaku tersebut.
Yup.. ..maka memang benar, itulah tingkahlaku seorang kanak- kanak yang selalu kita hadapi.
Justeru itu, sebagai pendekatannya kita bolehlah ambil langkah perlu bagi memastikan anak- anak ini mempunyai otak yang sihat dan cergas sambil boleh memgawal tingkahlaku yang keterlaluan yang boleh memeningkan kita.
Apa caranya?
Ok, jom saya komgsikan maklumat yang saya juga perolehi dari mereka yang pakar.
1. Bagi mengatasi anak yang ada masalah fokus, bagi mereka makan telur di waktu pagi, insyallah telur dapat bantu fokus dan tumpuan anak- anak.
2. Ambil makanan seperti dark chocolate di mana 70 peratus bahannya adalah terdiri dari coklat asli yang mengandungi bahan yang boleh membantu mengembalikan fokus dan kurangkan hyperaktif kanak- kanak. Ada kajian berkaitan yang telah dilakukan.
3. Beri anak- anak makan fish oil atau minyak ikan yang ada omega 3 tu di mana ia baik sangat untuk otak, mata, kulit, sendi, rambut dan jantung anak- anak. PALING penting ialah kebaikannya terhadap kesihatan otak anak.
Akhir sekali, galakkan anak- anak ini melakukan senaman mudah yang berkaitan otak. Cubalah Google, tentu ada banyak senaman otak atau brain gym yang mudah yang boleh dibuat bersama dengan kanak- kanak. Antara kelebihan senaman otak ini ialah ia dapat mententeramkan anak- anak yang hyper atau yang over sangat tak boleh duduk diam tu.
Justeru itu, kita nampak betapa terdapat sesetengah bahan dalam makanan yang dapat membantu otak kanak- kanak . Kita juga boleh dapat idea bahawa senaman dan pergerakan juga banyak membantu perkembanagn yang sihat dalam diri kaank- kanak.
Just sharing...
Jom fikir- fikirkan bersama,
#Norazura
#Trainerandfacilitator