Tuesday 3 December 2019

RPA PEMAKANAN - Jom buat salad buah




Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

RPA PEMAKANAN - jom buat salad buah



RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 
Nama Pendidik

Minggu :

Hari / Tarikh :

Masa :

Umur Kanak-Kanak /
Bil :

 3 - 4  Tahun / 10 orang
Bidang Perkembangan/
Pembelajaran :

Perkembangan  Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Pengetahuan Sedia Ada :
Kanak-Kanak sudah boleh menunjukkan rasa keterujaan apabila telah faham kebaikan  makan buah-buahan.
Objektif

1.    Kanak-kanak boleh menunjukkan kesungguhan mengapa mereka mesti makan buah-buahan; untuk  elak daripada jangkitan  penyakit biasa (PSSEKR)
2.    Kanak-kanak boleh berbual mengenai proses penyediaan salad buah-buahan (PBKLA)
3.    Kanak-kanak boleh mengenali pelbagai buah-buahan dalam salad. – (epal,buah lai, oren  dan pear) (PDPDP)
Tema :
PEMAKANAN
Tajuk :
Jom buat Salad Buah
Tempat  / ruang aktiviti
Ruang aktiviti  TASKA                                                                                      
Bahan :

1.    Buah epal
2.    Buah oren
3.    Buah lai
4.    Buah pear
5.    Mayonis – telah dimasukkan ke dalam bekas@botol yang boleh dipicit.
6.    Mangkuk untuk mengaul salad
7.    Sudu @ senduk kecil
8.    Kad imbasan gambar kanak-kanak mendapat selsema
** Semua buah telah siap dipotong dalam saiz ketulan  yang kecil. Buahan yang belum dipotong juga disediakan.


Langkah-langkah Pelaksanaan

1.    Kanak-kanak diajak ke ruang aktiviti dan diminta duduk dalam kumpulan.
2.    Kanak-kanak diminta untuk mencuci tangan masing-masing hingga bersih dan dipakaikan apron. Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan penyediaan.
3.    Kanak-kanak dimaklumkan tentang aktiviti hari ini iaitu menyediakan salad buah-buahan.
4.    Kanak-kanak diuji pengetahuannya mengenai kebaikan makan buah-buahan. Kanak-kanak diajak berbual mengenainya.
5.    Kanak-kanak ditunjukkan  buah-buahan sebenar yang akan digunakan( belum dipotong).
6.    Pendidik beritahu kanak-kanak antara khasiat@kebaikan buah-buahan ialah ia boleh mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat jangkitan penyakit biasa seperti selsema.
7.    Kanak-kanak dimaklumkan tentang kesan penyakit selsema sambil pendidik tunjukkan gambar dan aksi orang terkena jangkitan selsema.
8.    Pendidik ulang lagi kebaikan buah-buahan yang dinyatakan tadi dan minta kanak-kanak sebut sekali lagi. Kefahaman kanak-kanak dirangsang supaya kanak-kanak dapat menunjukkan kesungguhan dalam memahami kebaikan makan buah-buahan.
9.    Kanak-kanak diberi pujian jika mereka menunjukkan kesungguhan dan memahami apa yang dimaklumkan tadi.
10.  Sekiranya ada kanak-kanak dilihat kurang beri perhatian dan kelihatan tidak faham, pendidik akan gunakan pendekatan lain yang lebih mudah supaya kanak-kanak faham.
11.  Seterusnya, bahan yang digunakan untuk aktiviti buat salad  diletakkan di hadapan kanak-kanak dan diperkenalkan satu persatu kepada kanak-kanak ( buah-buahan yang telah dipotong- letak dalam mangkuk kecil dan peralatan yang digunakan)
12.  Kanak-kanak diminta masukkan semua potongan buahan ke dalam satu mangkuk yang lebih besar sambal pendidik juga demo@tunjukkan caranya.
13.  Kanak-kanak dipastikan bersama-sama memasukkan buah-buahan tersebut ke dalam satu mangkuk besar.
14.  Setelah semua buah-buahan dimasukkan dalam satu mangkuk besar, kanak-kanak diberi satu sudu dan diminta untuk mengaulkan ketulan buah-buahan di dalam mangkuk itu.
15.  Kanak-kanak juga diminta bergilir memicitkan botol yang berisi mayonis ke dalam mangkuk salad itu.
16.  Sekali lagi, kanak-kanak diminta untuk menggaulkan salad tersebut hingga sebati.
17.  Kanak-kanak diberi peluang untuk ulang semua langkah aktiviti ini sehingga mereka puas.
18.  Selesai aktiviti, kanak-kanak diminta mencuci tangan dan  digalakkan membantu mengemas tempat aktiviti.
19.  Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.



Pemerhatian:

1.    Keselamatan
-       Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan peralatan yang merbahaya.
-       Pastikan tidak ada kanak-kanak yang elergi dengan buah yang digunakan.
-       Pastikan bahan-bahan mudah digunakn dan  tidak mengandungi bahan yang tidak sesuai kepada kanak-kanak.
-       Pastikan peralatan yang digunakan selamat.

2.    Kebersihan
-       Pastikan kanak-kanak diajar mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
-       Pastikan kanak-kanak  memakai apron.
-       Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.

3.    Kesihatan
-       Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.                                         

Refleksi

1.    Kanak-kanak






2.    Pengasuh@pendidik








Cadangan

  1. Kanak-kanak





  1. Pengasuh






Hi dan Salam Sejahtera semua. Dikongsikan contoh RPA  @ Rancangan Pelaksanaan Aktiviti di TASKA yang berkait dengan pemakanan.  Boleh rujuk  di sini dan bolehlah cuba jalankan dengan kanak-kanak.

Nak kan banyak lagi contoh RPA.
Boleh rujuk dalam ebook RPA ini.





Nak kan RPA bagi tema yang lain.

JOM dapatkan dari saya !







Jom, nak dapatkan koleksi aktiviti RPA dan SOP di TASKA, sila hubungi saya.


Perlukah RPA - Rancangan Pelaksanaan Aktiviti ini?
Ya, sangat perlu bagi anda jika anda merupakan seorang pendidik di TASKA. Dengan mempunyai RPA yang terancang, aktiviti bersama kanak-kanak tentunya dalam dilaksanakan dengan teratur lagi mudah, sebab semuanya telah dirancang dengan baik. kan..


Norazura
0167235080 / 0192115642




No comments:

Post a Comment