Foto : Carian Google
Entri 5
Pernahkah anda mengurut bayi anda sendiri? Bagaimanakah cara urutan bayi yang betul? Jom saya kongsikan bersama anda sedikit mengenai panduan mengurut bayi . Sumber rujukan saya untuk perkongsian kali ini ialah dari buku Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.
Urutan bayi merupakan satu langkah yang boleh diaplikasikan dan diamalkan untuk bayi yang baru lahir hingga
enam bulan. Proses urutan perlu mengaplikasikan belaian dan sentuhan yang
lembut. Urutan amat penting untuk perkembangan emosi ( memberi ketenangan dan
merapatkan hubungan di antara bayi dan penjaga), fizikal bayi (penghadaman,
pertumbuhan dan koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic). Ibubapa@pengasuh perlu mahir dengan teknik urutan yang betul supaya tidak mendatangkan
kecederaan kepada bayi yang akan diurut.
Kajian-kajian menunjukkan kesan
sentuhan dan urutan untuk kanak-kanak boleh merangsang saraf otak untuk
membantu penyerapan zat makanan dan penambahan berat badan lebih cepat. Selain
itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli
Ismail menjelaskan bahawa kajian juga menunjukkan urutan bayi mampu
mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masaalah tidur
di kalangan kanak-kanak kerana urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih
cepat dan kurang terjaga serta mampu untuk menyerlahkan perkembangan fizikal
dan kesejahteraan bayi dan kanak-kanak. Perubatan moden juga turut menunjukkan
bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15 peratus.
Malah, urutan yang kerap juga ialah rahsia bagi menggalakkan perkembangan
kemahiran motor yang lebih baik.Urutan yang lembut diberikan kepada bayi bukan
sahaja menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, bahkan
menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan bayi.
Melihat kepada banyaknya kebaikan
urutan bayi ini, maka aktiviti mengurut bayi perlu dijadikan sebagai rutin
harian di Taska dan dimasukkan dalam Jadual aktiviti kanak-kanak serta jadual tugasan
pengasuh. Justeru iti juga, pihak Taska khasnya dan pengasuh amnya perlulah
mempelajari dan memahami teknik urutan yang betul, berkesan dan selamat untuk
diaplikasikan kepada bayi seterusnya dapat memberi kebaikan samada kepada bayi
dan juga pengasuh. Bukan sahaja untuk diaplikasikan di Taska, bahkan semua ibubapa yang mempunyai bayi kecil, perlu mempelajari asas urutan bayi untuk sama-sama beroleh kebaikan daripada urutan bayi ini.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum mengurut bayi?
i.
Pastikan
kesediaan bayi
·
Bayi
dalam keadaan mood ceria
·
Bayi
sihat
·
Bayi
dalam keadaan tenang
·
Tidak
boleh urut selepas makan @ minum susu
·
Bayi
tidak meragam
·
Bayi
kelihatan selesa bila diurut.
ii.
Pastikan
juga kesediaan ibubapa, penjaga @ pengasuh bayi
·
Berada
dalam keadaan tenang.
iii. Bermesra
dengan bayi sebelum mengurut
iv.
Sentiasa
berinteraksi dengan bayi semasa urutan.
v.
Cuci
tangan anda sebelum urutan.
vi.
Pastikan
bilik tidak sejuk dan persekitaran urutan adalah kondusif.
vii.
Tempat
dan alas untuk membaringkan bayi adalah lembut dan selamat.
viii.
Pakaian
bayi perlu disediakan supaya bayi dapat dipakaikan pakaian terus sejurus
selepas diurut,
selepas diurut,
ix.
Tanggalkan
sebarang barang kemas atas jam ketika mengurut bayi.
x.
Pastikan
kuku pegasuh pendek.
xi.
Lihat
respon bayi semasa diurut.
- Pastikan kedudukan bayi dengan pengasuh adalah betul – perlu bertentang mata dengan bayi.
- Letakkan minyak atau losyen atas telapak atangan dan gosok di kedua –dua belah tapak tangan supaya ia tidak sejuk.
- Urut kening bayi hingga hujung pelipis dengan kedua dua ibu jari.
- Urut bahagian atas tulang sambil turun ke atas bahagian tulang pipi guna kedua dua ibu jari
- Urut bahagian antara hidung dan bibir dari tengah hingga ke pipi dengan kedua-dua ibujari.
- Urutan ini boleh menggalakkan pertumbuhan gigi bayi yang belum tumbuh.
- Urut bahagian bawah bibir dari tengah kearah luar dengan menggunakan kedua dua ibujari.
·
Urut
bahagian belakang telinga hingga ke bawah dagu dengan menggunakan jari jemari
anda.
- Urutan silang – urut serong kea rah atas bahu, kemudiaan turun serong ke bawah, seterusnya bertukar tangan dan urut serong ke bahu yang satu lagi tanpa mengangkat kedua dua belah tapak tangan.
- Urutan rama-rama – Urut bahagian tengan atas dada dari dalam keluar seperti sayap rama-rama hingga ke tengah dada tanpa mengangkat kedua-dua belah tapak tangan.
- Urutan I L U – Urutan ‘I’ dari bawah, terbalik sambung selepas ‘I’, dan ‘U’ juga terbalik di bahagian perut bayi. Lakukan sambil menyebut ‘I Love you” dan nama bayi tersebut.
- Urut perut bayi – dengan menggunakan hujung jari, urut mengikut gerakan bentuk ‘U’ terbalik tadi, dari kiri ke kanan.
- Urutan separa bulatan – urut mengikut urutan kiri ke kanaan tetapi hanya separuh bulatan.
- Urutan pergerakan roda – mengurut seolah-olah pergerakan roda menggunakan tepi tangan
- Untuk menguatkan otot otot bayi, angkat kaki bayi dan lipatkan di bahagian lutut. Sekiranya bayi enggan melakukan urutan ini, dengan menggerakkan kakinya biarkan dahulu kemudian cuba lagi.
- Mengurut tangan dari pangkal lengan hingga ke pergelangan tangan, dengan satu tangan pengasuh memegang pergelangan tangannya.
- Urut tapak tangan ke jari bayi- bermula dari bawah hingga kea rah jari bayi dengan menggunakan ibu jari.
- Urut jari jemari satu persatu dalam bentuk separa ‘U’.
- Urut pengelangan kaki bayi dengan menggenggam guna satu tangan manakala tangan yang satu lagi mengurut kaki bayi dari peha ke pergelangan kaki.
- Urut tapak kaki bayi dengan ibu jaridari hujung tumit sehingga ke bahagian jari kaki.
- Urut jari jemari kaki satu persatu.
- Urut belakang bayi dengan kedudukan tulang belakang di antara ibu jari dan jari telunjuk. Mulakan urutan dari tengkuk ke punggung.
- Urut belakang bayi dengan kedudukan tangan satu di atas dan satu di bawah bertentangan arah.
- Urut di bahagaian belakang bayi dengan hujung jari bentuk bulatan kecil.
- Lalukan tangan dengan sentuhan yang lembut dan perlahan dari tengkuk hingga punggung.
- Pendidik juga boleh menepuk perlahan punggung bayi menunjukkan sesi mengurut telah selesai.
- Berikan ciuman kasih sayang dan puji bayi.
- Sekiranya bayi menunjukkan reaksi penat atau mengantuk, tidurkan bayi.
Kesimpulan
Umumnya, bayi akan bertindak balas
secara positif.Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa
sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu. Mengurut bayi
meningkatkan hubungan emosi dengan bayi dan boleh menenangkan dia, memperbaiki
corak tidur dan pencernaan bantuan.
Sekian. Diharapkan perkongsian saya mengenai urutan bayi ini berguna buat para ibu dan pengasuh semua.
No comments:
Post a Comment