Nama: Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi/carian google
Entri 12
Salam pertemuan kembali. Izinkan saya mengajak para pembaca semua menyusuri sedikit sahaja catatan kisah saya, iaitu kisah hari pertama saya duduk di rumah sebagai sang suri penyeri seisi rumah. Kenapa saya gelar sang suri penyeri seisi rumah kerana rupanya bila saya berada sepanjang hari di rumah, semua seisi keluarga rasa suka dan gembira. Encik suami, daripada kebiasaannya tak balik makan tengahari (sebab tiada sesiapa di rumah), masa saya berada di rumah inilah dia pandai pula balik untuk makan tengahari. Begitu juga dengan anak-anak yang bersekolah kebangsaan berdekatan dengan rumah ini, pandai pula mereka balik makan tengahari. Kalau tidak, kebiasaannya mereka akan duduk di sekolah sementara menunggu sesi sekolah agama sebelah petangnya. Juga saya digelar suri penyeri rumah, kerana bila saya berada di rumah, maka rumah kami ini dapatlah kelihatan berkemas. Kalau tidak, aduh, memang terhad betul masa untuk mengemas rumah dek kerana dari pagi ke petang di tempat kerja, malam pula dah kepenatan. Begitulah ye lumrah orang bekerja makan gaji. Kalau begitu, seronoklah rasanya menjadi suri penyeri rumah ini kira-kiranya.
Akan tetapi, hakikatnya saya sebenarnya belumlah menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Saya cuma surirumahtangga sementara sahaja. Macamana pula ni ya? Sebenarnya saya telah memohon untuk bercuti beberapa bulan tanpa gaji. Entahlah, alasan awal saya kerana saya ingin berehat dan tenangkan diri serta minda seketika dari kesibukan rutin bekerja selama ini. Macam pelik saja bunyinya. Hakikatnya saya yang paling tahu sebab musababnya yang paling utama. Sebenarnya pekerjaan saya berkaitrapat dengan bidang yang saya minati iaitu pendidikan awal kanak-kanak. Saya suka dengan kerjaya saya tapi kesibukan dan pelbagai ragam dunia pekerjaan membuatkan saya ingin lari seketika dari hiruk piruk serta ragam di tempat kerja saya.
Asalnya saya ingin sahaja berhenti kerja tetapi seperti yang saya jangka alasan saya tentu sekali tidak diterima oleh pihak majikan saya. Pilihan saya akhirnya ialah untuk bercuti seketika biarlah walaupun tanpa gaji. Rezeki Tuhan dimana-mana selalu saya bisikkan ke dalam hati serta minda saya. Akhirnya pihak majikan terpaksalah juga akur dengan pilihan saya ini. Syaratnya sekurang-kurangnya seminggu sekali saya perlu juga hadir ke tempat kerja, Selain itu ada juga dokumen kerja saya perlu siapkan dan kendalikan di rumah. Aduh, kira macam bekerja jugalah nampaknya. Tak mengapalah asalkan berada di rumah sendiri.
Baiklah, pada hari pertama dan kedua dan ketiga berada di rumah, ditakdirkan saya kurang sihat. Ujian Allah datang secara tiba-tiba. Bukan sakit apa pun, tetapi sakit azali saya, sakit kepala @ migrane, aduh memang tak boleh berfikir langsung. Jadinya, selama migrane menyerang saya terpaksalah benar-benar merehatkan kepala yang memang sedang berdenyut-denyut. Jadi, semangat berkobar-kobar sebelum ini untuk membuat sesuatu yang bermanfaat di rumah terpaksalah ditangguhkan seketika sementara sakit kepala sedang membara ini.
“Ya Allah, berilah aku kesihatan yang baik untuk hari-hari yang seterusnya”, berkali-kali doa ini bermain di hati dan minda saya. Alhamdullillah hari seterusnya rasa sihat sedikit kepala ini walaupun masih terasa sedikit rasa bengal.
Menjadi surirumahtangga (walaupun, buat masa ini hanya sementara), duduk uruskan rumah sambil boleh menjana pendapatan sampingan adalah antara perkara yang terpahat di hati saya. Saya ingin menjadikannya matlamat yang akan dicapai pada suatu hari nanti. Jadi, antara agenda saya bercuti panjang ini ialah kerana ingin memberi ruang kepada diri saya sendiri untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan saya mengenai bisnes online. Saya tidaklah berapa mahir, tapi hajat di hati ingin jadi seseorang yang mahir dalam perniagaan internet ini. Rasanya selari dengan perkembangan dunia teknologi dewasa ini, saya ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mennyalurkan ilmu, pengalaman dan kefahaman saya mengenai bidang pendidikan awal kanak-kanak ini melalui online pula.
Apa yang ingin saya salurkan dan kongsikan sebenarnya?
Kepada yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan Taska dan Tadika, saya bersedia memberi bimbingan langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Pengalaman saya sendiri dalam mengusahakan perniagaan Taska dan Tadika suatu ketika dulu akan saya gunakan untuk membimbing anda yang berminat memulakan perniagaan ini. Ya, semuanya melalui online sahaja. Disamping itu, saya saya juga ada menulis ebook mengenai Panduan Perniagaan Taska dan juga Panduan Perniagaan Tadika.
Untuk para ibubapa semua dan juga untuk pendidik bidang pendidikan awal kanak-kanak pula, saya ada sediakan satu ebook bertajuk Tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak di bawah 6 tahun dan aktivit yang sesuai dijalankan. Bonus untuk para pendidik ialah pelan mengajar untuk aktiviti yang disarankan. Jika anda rasa benar-benar memanfaatkan anda, anda boleh dapatkan ebook ini daripada saya.
Saya tawarkan juga perkhidmatan bimbingan mengenai Persijilan Kemahiran Malaysia khas untuk mereka yang telah lama berkecimpung dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini. Mereka mungkin terdiri daripa pengusaha Taska Tadika, pekerja Taska Tadika maupun jurulatih dan fasilitator kursus yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Anda akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia ‘Early Childhood Care and Education’ daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang akan mengiktiraf dan mempersijilkan pengalaman anda selama ini. Berminat dan hendak tahu secara lanjut anda dialu-alukan menghubungi saya nanti.
Seperkara lagi, saya juga ada menawarkan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (Kursus PERMATA), iaitu satu kursus yang wajib dihadiri oleh semua bakal pengusaha dan pekerja di Taska. Untuk kursus ini, anda perlu hadir kelas samada kelas sepenuh masa atau kelas hujung minggu ya. Maklumat terperinci mengenai Kursus PERMATA akan saya kongsikan nanti dalam tulisan saya pada post lain pula.
Secara amnya, berikut adalah perkhidmatan dan produk yang saya sediakan untuk anda yang berminat:
1. Ebook Panduan Perniagaan Taska
2. Ebook panduan Perniagaan Tadika
3. Ebook Tahap-tahap Perkembangan kanak-kanak dan aktiviti yang sesuai.
4. Perkhidmatan Bimbingan Penubuhan Taska Tadika
5. Perkhidmatan Bimbingan Persijilan Kemahiran Malaysia
Sijil Kemahiran Malaysia – Early Childhood Care and Education
6. Kursus PERMATA
Sememangnya kawasan persekitaran rumah saya terutama di waktu pagi memang sangat menenangkan dan mententeramkan minda.Rumahku syurgaku, bersyukur sangat ditakdirkan tinggal di persekitaran yang menenangkan ini. Tanpa bunyi suara hiruk pikuk manusia (sebab semua dah keluar bekerja/bersekolah), tanpa suara televisyen atau radio, yang kedengaran hanya suara cengkering berbunyi.Sesekali diselangi suara burung-burung kecil. Dimana pula saya tinggal ni, di dalam hutan ke? Bukan, tempat tinggal saya berhampiran denagan kawasan rekreasi Gunung Datuk di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pernahkah anda ke sini? Jadi mengambil kesempatan ini, saya akan gunakan masa yang menenangkan ini untuk merealisaikan apa yang saya hajati iaitu berkongsi dan terus berkongsi dan menyalurkan maklumat serta bimbingan dengan anda semua mengenai pendidikan kanak-kanak semuanya dengan menggunakan teknologi di hujung jari sahaja. Semuga Allah permudahkan urusan saya.
Untuk anda yang berminat dengan ebook dan perkhidmatan saya, boleh emel saya pnnorazuraismail@gmail.com, boleh juga pm saya di facebook @ whatsapp saya 016 7235080.
Salam kemaafan sekiranya terdapat kesalahan bicara dan jumpa lagi.
Assalamualaikum, Puan.. Saya masih lagi belajar dan dalam bidang Pend. Awal Kanak2 di salah sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bertempat di Kuala Lumpur. Puan, saya berminat untuk mengetahui dan mendapatkan e-book tahap2 perkembngn kanak2.. dan e-book yang lain2.. Mohon respon daripada Puan bagaimana saya boleh dapatkan e-book tersebut.
ReplyDelete