Nama : Nor Azura Ismail
Catatan : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Foto : Carian Google
Dimanakah kami? Dimanakah kami?
Mengapa tiada tangan-tangan mesra yang menyambut kedatangan
kami? Mengapa sunyi dan sepi sahaja di sekeliling kami? Mengapa kami dibiarkan
kesejukan begini tanpa sesuatu menutupi tubuh kecil kami? Baru sebentar tadi
kami meronta-ronta untuk keluar dari dunia kandungan ibu, tidak sabar-sabar
untuk menjengah dunia ini. Paling kami tidak sabar ialah untuk menatapi wajah insan
yang sudi menumpangkan kami di dalam perutnya dan tidak sabar pula ingin berada
di dalam pelukan kasihnya. Kami hairan,
mengapa tiada insan menangis kegembiraan
menerima kelahiran kami sebentar tadi?
Mengapa tiada kedengaran suara seorang lelaki melaungkan azan di telinga kami?
Persoalan demi persoalan menghujani fikiran kami yang kecil dan lemah ini. Sebenarnya
kami sendiri tidak mengetahui jawapannya. Buat masa ini, yang kami tahu, kami kesorangan di sini, di bumi Tuhan
yang masih asing dan baru bagi kami ini. Mana ibu? Mana ayah? Mana insan-insan
yang sepatutnya bertungkus lumus menyambut kelahiran kami?
Mungkin juga kami datang tanpa diundang dan mungkin sebentar
lagi kami akan kembali semula tanpa sesiapa pun mengiringi kami. Mungkin cuma sebentar
lagi dan kami akan kembali semula ke tempat asal kami datang. Jika
itu yang terbaik untuk kami maka kami redha dan pasrah menerimanya.
Sebelum kami pergi, dalam tangisan dek kerana gelap, sejuk dan tidak selesa,
kami sempat membayangkan keindahan hidup sebagai si kecil penghias kebahagiaan
dua insan yang bergelar ibu dan ayah. Kami terus terbayang betapa hari demi
hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan kami akan terus melalui setiap
tahap perkembangan seorang bayi. Pada
setiap tahap kami terus belajar dan berkembang untuk menjadi seorang insan yang
sempurna. Dari hanya berbaring kami akan mula menggiring, selepas itu meniarap,
merangkak, duduk dan langkah demi langkah kami akan boleh berjalan. Alangkah
indahnya hidup bertemankan gelak tawa seisi keluarga. Namun sebentar lagi, semuanya hanya tinggal
angan-anagn kami sahaja. Kami tidak mungkin akan diberi keizinan untuk melalui
zaman kanak-kanak kami. Hak kehidupan kami telah dinafikan. Sedihnya.
Tidak mengapa,kami yakin dan teramat yakin, Tuhan bersama
dengan kami. Sebelum kami pergi dari
dunia yang asing buat kami ini, cubalah dengarkan sebentar cetusan rasa hati
kami.
Siapa kami?
Kami sama seperti anak-anak kecil yang lain yang telah
ditakdirkan Tuhan lahir ke dunia untuk meneruskan serta menikmati kehidupan di
dunia ini. Sama juga seperti si kecil yang lain, kami lahir dari perut seorang
manusia yang bergelar ibu? Kami juga sayangkan ibu-ibu kami. Kami sebenarnya
telah dipilih Tuhan menjadi insan istimewa. Selama dalam kandungan ibu lagi kami telah banyak
belajar tentang arus getir kehidupan ini.
Selama sembilan bulan
di dalam kandungan ibu. kami amat mengenali dan memahami ibu kami. Oleh kerana
kami istimewa maka ibu kami juga berbeza dari ibu-ibu yang biasa. Kenapa? Jawapannya ialah kerana sepanjang bersama ibu di dalam kandungan, kami dapat merasakan gelombang perasaan ibu.
Seperti ada yang tak kena pada ibu. Kami selalu dapat merasakan tangisan dan
rintihan ibu. Ada kesedihan yang berpanjangan jauh di sudut hati ibu sehingga
kami juga turut merasai. Akibatnya perasaan kami jua sering terganggu ketika di dalam perut ibu. Kami
memang tidak tahu mengapa ibu sedih selalu.
Apa yang kami tahu, kami telah ditakdirkan menumpang di
perut ibu. Terimakasih wahai ibu yang telah bersusah payah mengendong kami di
dalam perutmu setiap waktu dan
ketika. Terimakasih kerana telah
bersusah membesarkan kami dalam
kandungan ibu. Sungguh kami tidak banyak kerenah kerana kami tahu kesedihan dan
penderitaan jiwa ibu. Dan begitu juga
kelahiran kami, telalu mudah buat ibu.
Kami juga sama seperti si kecil yang lain, kami inginkan
seorang ayah. Tapi, kedengaran ibu selalu marah pada seseorang sehingga kami
sendiri tidak jelas dan tidak pasti adakah kami juga mempunyai ayah. Benar, kami tidak tahu.
Aduhai, sepinya hati. Apalah yang dapat kami lakukan dalam
keadaan serba lemah dan serba tidak tahu ini. Tanyalah pada seisi langit dan
bumi, pada kegelapan dan kesunyian malam yang mendengar tangisan kami tanpa
henti- henti ini. Hanya itu yang kami tahu buat. Menangis dan menangis supaya
ada insan yang terdengar tangisan kami. Aduh rasanya telah lama berlalu tapi
kami masih di sini lagi, di tempat sunyi dan gelap. Kami terus tidak pasti di mana kami.
Tangisan kami kian perlahan, makin perlahan dan terus lemah. Akhirnya, kami terdiam
seketika kerana rasanya tiada kudrat lagi untuk kami menangis. Ah, biarkanlah,
biarkan kami pergi. Seketika
kesejukan dan kedinginan malam mula menggigit tubuh kecil kami. Terasa bisa dan sejuk sekali.
Rasanya telah kian tiba masa itu. Sebelum kami pergi dan memejamkan
mata kami buat selamanya, sekadar pesan kami buat ibu yang sudi melahirkan
kami. Terimakasih kerana mengizinkan kami menjadi sebahagian dari diri ibu. Tuhan
sahaja yang tahu bagaimana kami ketika bersama ibu di dalam kandungan. Walaupun
ibu selalu sedih, tapi kami tetap tenang dan damai di dalam kandungan ibu. Walau
apa berlaku, kami tetap sayangkan ibu. Setiap detik kami sama-sama dapat merasakan denyutan nadi ibu. Memang ada getaran di hati
ibu. Antara rasa bersalah, kekesalan kekecewaan dan ketakutan. Kami turut merasa
semua itu wahai ibu.
Sebelum kami pergi, duhai ibu, andai kegusaran hati ibu
menunjukkan kesilapan ibu dalam meniti kehidupan ini, kembalilah ibu ke pangkal
jalan. Walau ibu mungkin bersalah, bertaubatlah. Bukanhkah Tuhan Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Bukankah Dia Maha
menerima taubat hambaNYa. Insaflah ibu. Tidakkah ibu teringin untuk berjumpa
dan bersama-sama dengan kami di negeri
abadi kelak. Tidakkah ibu teringin mendengar kami memanggil nama ibu kelak?
Seketika bayangan syurga kian menghampiri kami. Terdengar
sayup-sayup suara memanggil kami pergi. Sebelum kami pergi, sedikit pesanan akhir
kami, jka ada si kecil lain yang senasib dengan kami, wahai insan, izikanlah
mereka merasai nikmat bernafas di muka
bumi ini. Izinkan mereka membesar menjadi anak soleh dan solehah. Mereka juga
ingin merasai kehidupan seperti insan lain. Bukankah kehidupan hak yang telah
diberikan Tuhan kepada hambaNya.
Dalam kegelapan dan kedinginan ini, tiada lagi tangisan kami. Kami sudah
tidak peduli apa yang datang menggigit kami. Tiada insan yang sudi bersama kami
lagi. Hanya sang nyamuk dan sang semut
yang menghampiri kami seperti ingin mengiringi pemergian kami. Apa yang terdaya kami lakukan, biarkan sahaja.
Dalam kesamaran kami terus tenang dan damai. Lalu kedengaran
Tuhan menjanjikan kebahagiaan buat kami di sana. Kami perlu pergi buat
selamanya dan tak akan kembali lagi. Biarlah kami dinafikan untuk merasai
kenikmatan hidup di atas muka bumi ini kerana sesungguhnya Tuhan
telah menjanjikan kebahagiaan lain yang tidak terhingga kepada kami di sana.
Selamat tinggal
semua. Semuga berjumpa lagi wahai ibuku. Kami tunggu ibu di sana.
Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
ReplyDeletememanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)