Tuesday 7 April 2015

Memulakan perniagaan Taska


Nama : Nor Azura Ismail
Foto
Entri 10




Anda bercadang untuk mengusahakan perniagaan Taska?  Melihat kepada perniagaan Taska yang tumbuh bak cendawan tumbuh sekarang ini, mungkin anda juga ingin mencuba untuk menceburi bidang ini. Tapi sebelum itu, apa yang anda perlu ada sebelum anda boleh mengambil keputusan untuk  memulakan perniagaan Taska? Cuba lihat perkara yang saya nyatakan di bawah, kemudian tanya pada didi anda sendiri, adakah perkara berikut ada pada anda?

i.              Minat
Adakah anda benar-benar minat dengan kerjaya pengasuhan anak ini? Anda bukan sekadar nak dapatkan duit dengan mengasuh anak,  Anda sedang menjaga nyawa seorang manusia bukan menggendalikan barang. Jadi, adalah paling penting anda perlu jadi seorang yang benar-benar minat dengan industri  pengasuhan dan  pendidikan awal kanak-kanak. Anda sendiri mungkin mempunyai anak dan anda tahu keseronokan dalam mengasuh anak sekiranya anda betul-betul faham dengan perkembangan kanak-kanak.
Untuk menunjukkan yang anda benar-benar  minat,  anda juga merupakan seorang yang minat mendapatkan bahan-bahan bacaan mengenai perkembangan kanak-kanak dan ilmu keibubapaan . 

ii.            Sayangkan kanak-kanak
Adakah anda merupakan individu yang benar-benarkan sayangkan kanak-kanak. Tak kiralah samada anda lelaki atau perempuan, pantang melihat kanak-kanak kecil lebih-lebih lag bayi, pasti dah rasa tercuit dan geram di hati. Anak sendiri juga mungkin dah besar jadi anda mempunyai lebih ruang untuk mengasuh anak orang lain pula.

iii.           Mempunyai ilmu pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Yang ini sesuatu yang paling penting. Kalau nak kata sekadar mengasuh anak, akan ramai yang mengaku boleh mengasuh anak kerana pengalaman mengasuh anak sendiri. Akan tetapi ramai ibubapa  di luar sana masih kurang ilmu mengenai tahap-tahap perkembangan kanak-kanak.  Mungkin ada yang bertanya adakah kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Awal kanak-kanak baru kita layak untuk menjadi seorang pengusaha Taska. Jawapannya tidak semestinya.
Buat masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  iaitu agensi yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran Taska di Malaysia mensyaratkan kepada mana-mana individu atau usahawan yang ingin menubuhkan Taska , perlu mempunyai Sijil Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA dibawah JKM. Begitu juga dengan sesiapa yang ingin bekerja di Taska perlu juga mempunyai sijil tersebut.  Dengan kata lain kursus ini adalah merupakan satu kursus yang wajib dihadiri oleh setiap individu sebelum anda menceburkan diri dalam perniagaan Taska ini. Dengan sijil kursus ini juga, anda layak untuk memohon untuk mendapatkan kelulusan bagi pendaftaran Taska.

iii.           Modal
Seterusnya, apa yang anda perlukan untuk membolehkan anda memulakan perniagaan Taska ialah modal.

Berapakah modal yang anda perlukan? Untuk permulaan anda boleh memulakan perniagaan ini dengan modal minima sebanyak RM 10,000  Anda boleh tambah sehingga 15,000 jika anda mampu. Kemudian, anda boleh tambah sedikit demi sedikit lagi modal perniagaan mengikut keperluan.  Jadi, jangan risau,  jika anda tidak mempunyai modal yang banyak,  anda boleh memulakan perniagaan ini  dengan modal permulaan sedikit demi sedikit. Atau anda boleh mulakan perniagaan Taska ini tanpa modal iaitu dengan memulakan Taska di rumah anda sendiri. Taska seperti ini dipanggil Taska Rumah, wajib didaftarkan di JKM jika anda menjaga lebih daripada 4 orang kanak-kanak di rumah anda dalam sesuatu masa dengan menerima upah.

Baiklah, sekiranya anda memang mempunyai ketiga-tiga perkara di atas, jadi bolehlah anda mula mengorak langkah untuk memulakan perniagaan taska anda sendiri. Tetapi perlu diingat, masih banyak perkara lagi yang anda perlu tahu sebelum anda boleh memulakan perniagaan Taska anda ini. Perlukan bantuan saya. Saya memberikan perkhidmatan bimbingan penubuhan, pendaftaran dan pengurusan Taska. Anda juga boleh dapatkan ebook saya Panduan Perniagaan Taska. Emel saya pnnorazuraismail@gmail.com atau anda boleh sms dan whatsapp saya 016 7235080.

No comments:

Post a Comment