Wednesday, 15 April 2015

Panduan membedung bayi

Nama : Nor Azura Ismail
Teks :  Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google

Entri : 15


Tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan membedung bayi?

Membedung bayi dengan perkataan lain boleh dihuraikan dengan membalut badan bayi anda bermula dari badannya hingga ke hujung kaki dengan cara balutan yang betul  menggunakan jenis kain yang sesuai. 

Amalan membedungbayi  ini telah menjadi amalan turun temurun dari datuk nenek kita dahulu terutamanya di kalangan orang melayu. Bayi baru lahir akan sentiasa dibedung rapi. Ibu - ibu moden kini yang sedang berpantang dan dijaga oleh orang tua tentu mempunyai pengalaman dileteri oleh orang tua atas sebab membiarkan bayi yang sedang dalam hari itu tanpa dibedung.

Orang-orang tua dahulu  berpendapat yang membedung dapat membuatkan bayi tidur dengan lena dan selesa disebabkan bayi merasa seolah-olah masih berada di dalam perut ibunya. Selain itu pendapat orang tua dahulu mengatakan bahawa jika tidak dibedung bayi bayi akan mempunyai kaki yang tidak lurus. Oleh sebab itu kita lihat, dulu - dulu bayi dibedung ketat dengan kain dari badan hingga ke hujung kakinya.

Bedung moden

          
Sekarang ini membedung masih dilakukan lagi oleh kebanyakan orang terutama untuk bayi yang baru lahir dan masih dalam tempoh  hari berpantang. Kebiasaannya kain bedung bayi adalah dalam bentuk segiempat sama yang besar,  diperbuat daripada jenis kain kapas yang mempunyai pengaliran udara yang baik supaya bayi selesa apabila dibedung. Dewasa  ini ,telah ada pula  dijual kain bedung moden yang lebih mudah digunakan kepada bayi.

Tahukah anda, umur bayi yang sesuai untuk dibedung ialah dari lahir hingga 3 bulan sahaja. Sebaliknya untuk bayi 4 – 6 bulan , membedung bayi hanya apabila bayi hendak tidur sahaja. Selepas umur 6 bulan, membedung bayi tidak digalakkan lagi. Mengapa? Nanti, teruskan pembacaan anda dan terus ikuti panduan membedung bayi ini.

Jom baca kebaikan Bedung Bayi. 
  •      Tujuan utama membedung bayi ialah untuk menghangatkan badan bayi.

  •      Bayi yang baru lahir mudah terkejut, jadi membedung dapat menggelakkan bayi terkejut      berulang kali. 
  •          Membedung juga dapat mengurangi risiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada bayi saat tidur. Ini kerana. dengan membedungnya, bayi akan berada pada posisi terlentang sewaktu tidur. 


      Paling penting yang harus anda perhatikan ialah  tidak semua bayi merasa nyaman dibedung. Jika bayi anda terus memberontak ketika dibedung, pilihlah alternatif lain dengan memakaikan sleeping bag bayi, yang mempunyai fungsi yang sama dengan bedung.
·   Apabila anda membedung bayi pakaikan bayi anda  dengan  baju yang sesuai dengan cuaca  disekitarnya dan jangan biarkan kain bedung menutupi mulut atau kepalanya.
·          
·         Sekali lagi, pastikan juga bedungan anda tidak menutupi kepala, telinga, dan dagu bayi kerana akan menghalangi pernafasan mereka dan meyebabkan kepanasan. Ikuti seterusnya panduan membedung bayi di bawah:


Cara membedung bayi

1.    Sediakan kain bedung yang sesuai dan letak di atas permukaan rata (atas tilam bayi)
2. Lipat salah satu hujung atas kain bedung. 
3. Letakkan bayi anda di tengah-tengah lipatan dengan kepalanya diatas lipatan tersebut.
4.    Tarik sisi kiri kain bedung ke tepi celah kanan badan bayi  hingga  menutupi dada bayi anda.
 5. Pastikan tangan kanan bayi anda dibalut sekali dengan  badan  bayi. Kemudian angkat tangan kiri bayi anda dan sisipkan kain bedung dibawah badan bayi.
6.    Ambil bahagian bawah kain bedung, tarik ke atas kemudian lipat hujungnya ke belakang atau sisipkan ke dalam lipatan pertama. 
7.  Tarik pula hujung kain bedung terakhir menutupi dada bayi, sehingga lengan kirinya dibalut sekali bersama badan bayi.
8.       Tarik kain bedung kebawah punggung bayi anda sejauh mungkin. Kemaskan balutan bendung anda.
Cara membedung yang salah
Membedung bayi perlu dengan cara yang betul untuk menggelakkan berlaku sebarang risiko yang tidak diingini akibat dari cara membedung yang salah.
Ikutlah cara seperti di atas. Anda dilarang membalut bayi anda dengan kuat dan menyimpul mati bedungan tersebut dihujung kaki bayi. Sebaliknya bedung ikut cara yang betul dan dengan balutan yang agak longgar supaya dapat memberi ruang peredaran udara kepada bayi anda.


Mengapa membedung perlu dielakkan selepas umur bayi 6 bulan?

Seperti yang dinyatakan tadi, membedung bayi hanyalah sehinga umur bayi anda 3 bulan. Dalam umur 4 – 6 bulan anda boleh bedung bayi hanya ketika bayi hendak tidur sahaja. Bedungan dapat membuatkan bayi tidur lebih lena lagi seolah-olah seperti dalam pangkuan anda.

Sebaliknya bila bayi berjaga, jangan bedung lagi Biarkan bayi bebas  menggerakkan kaki dan tangannya. Pada umur memasuki 4 bulan juga bayi telah mula ingin menggiringkan badannya ke kiri atau ke kanan. Jika dibedung, bayi tidak dapat menggerakkan kaki tangannnya apatah lagi untuk menggiringkan badannya. Ini menghalang bayi untuk merangsang tahap perkembangannya sendiri.

Cuba lihat beberapa tahap perkembangan bayi 3- 4 bulan dibawah

Apabila terkejut,  bayi mengembangkan tangannya seolah berkepak dan seterusnya memeluk orang yang berada dekat dengannya
Bayi menggenggam tangannya dengan spontan apabila sesuatu menyentuh tapak tangannya
Apabila bayi diletakkan meniarap bayi akan cuba mengangkat kepalanya memanjangkan leher dan mengangkat dada
Bayi akan cuba untuk mencapai objek di depan matanya. Bila telah dapat mencapai objek bayi mungkin akan melepaskannya dan mencuba lagi.
Sudah mula pandai menggenggam dengan genggaman yang tidak kemas
Mula bermain dengan kakinya
Mula belajar menggolekkan badan


Baiklah, kesimpulannya jika bayi  3 – 4 bulan lebih masa dalam keadan dibedung, jadi bilakah bayi anda akan belajar unruk merangsang setiap  tahap perkembangan yang umurnya sekitar 3 - 4 bulan . Lebih-lebih lagi jika bayi berumur 6 bulan ke atas dimana bayi anda mempunyai keinginan untuk  bergerak dan meneroka apa sahaja yang berada dekat dengannya atau di persekitarannya.  Jadi bedunglah bayi ikut umur/waktu yang sesuai, dengan cara bedungan yang betul .

Ingin tahu lebih banyak perkembangan bayi anda, boleh dapati daripada ebook 
Panduan Mendidik Anak di bawah ini.


No comments:

Post a Comment