Nama: Nor Azura Ismail
Foto : Carian Google
Entri 13
Anda mempunyai anak yang takut untuk tidur seorang diri? Jom
saya kongsikan beberapa tip kendali anak yang takut tidur seorang diri ini.
Sebelum itu, cuba anda baca masalah anak di bawah ini.
Ahmad, anak bongsu dalam keluarganya,telah berumur 5 tahun tetapi bila tidur malam mesti tidur bersama di
dalam bilik ibubapanya. Memang sejak dari bayi Ahmad tidur bersama ibubapanya
akan tetapi bila menginjak umur 4 tahun,
ibubapanya telah mula melatih Ahmad
untuk tidur berasingan dari mereka. Puas di suruh tidur bersama dengan
abang-abangnya, Ahmad tetap merengek untuk tidur di bilik ibunya. Bukan sekadar
di bilik ibunya bahkan dikatil ibubapanya.
Ini pula kisah anak saya Aqil yang akan berumur 6 tahun
pada bulan Oktober tahun in. Aqil telah berjaya
tidur di bilik yang disediakan untuknya. Akan tetapi Aqil mempunyai
kerenah suka pindah tidur di bilik saya jika dia terjaga di
tengah malam. Jika saya telah mengunci
pintu bilik, dia akan bertalu-talu mengetuk pintu bilik meminta saya membuka
pintu. Sesekali jika pintu bilik saya tidak dikunci, tanpa disedari tiba-tiba sahaja
Aqil sudah berada di atas katil di
sebelah saya.
Bagi anda yang mempunyai
masalah yang sama dengan anak anda seusia Ahmad dan Aqil, apakah anda rasa
selesa anak-anak yang semakin besar itu tidur berhimpit bersama anda dan suami di
atas katil? Atau mungkin anda mengambil pendekatan, biarkan anak tidur dahulu
bersama anda, bila dia telah tertidur perlahan-lahan anda akan pindahkan anak
ke biliknya. Adakah cara ini akan menyelesaikan masalah anak anda? Bagaimanakah
cara yang sesuai untuk anda kendali anak takut tidur sendiri?
Seharusnya apabila
anak semakin besar, mereka perlu dilatih tidur berasingan tempat dari ibubapanya.
Untuk memudahkan, ibubapa harus melatih
anak sejak kecil untuk tidak tidur bersama ibubapa bahkan tidak pula
bermain-main dalam bilik ibubapanya. Mungkin anda boleh mula pada usia anak 3
atau 4 tahun. Terpulang pada anda.
Dalam adap dan akhlak
Islam sangat menyarankan agar seseorang anak mengetuk dahulu pintu bilik tidur ibubapa jika
mahu masuk apatah lagi di waktu-waktu tertentu. Anak-anak tidak digalakkan
untuk bermain-main dan masuk sesuka hati dalam bilik tidur ibubapa tanpa
kebenaran. Jadi, biarlah dari kecil kita didik dan latih anak ini supaya mereka
faham kelak.
Untuk mengatasi atau untuk kendali anak takut tidur seorang
diri, apakata anda cuba tip yang saya kongsikan disini.
ANAK TAKUTKAN HANTU?
Pertama sekali anda perlu kenalpasti mengapa anak takut tidur sendiri. Berkemungkinan besar kerana anak ini takut kepada hantu? Kenapa anak takut hantu? Siapa yang
memperkenalkan hantu kepada jiwa anak-anak yang suci bersih ini?
Adalah perlu anda sebagai ibubapa menggelakkan dari bercerita
kisah hantu kepada anak-anak. Juga, elakkan anak-anak kecil terlalu kerap menonton cerita atau filem hantu
di kaca tv atau dalam VCD.
Dalam kebanyakan hal, seperti sudah menjadi
kebiasaan ibubapa suka menakutkan anak dengan hantu atau selalu di sebut momok .
Pernah terdengar percakapaan seperti ini
oleh seorang ibu kepada anak yang yang baru berusia 3 tahun?
“ Jangan main kat luar, hah nanti momok datang tangkap, eeeee
takutnya, jom cepat masuk rumah”
Jadi, anda sendiri
sebenarnya yang telah menanamkan perasaan takut dalam diri anak-anak. Bila anak-anak
selalu didedahkan dengan kisah hantu, anak akan menjadi seorang yang penakut dan tiada keyakinan diri. Kadang-kadang
di waktu siang terang benderang pun anak-anak akan takut. Oleh itu, berhentilah
berkongsi cerita hantu dengan anak-anak
kecil.
Sebaliknya katakan pada anak-anak bahawa tiada hantu yang
wujud di atas muka bumi Allah ini. Yang ada cuma syaitan yang sering menakukan dan
menipudaya manusia. Sebagai pilihan, ceritakan pula pada anak-anak kisah
kebesaran Allah atau kisah-kisah tentang Malaikat dan juga Rasul. Bukankah
lebih baik begitu?
ANAK TAKUT GELAP
Jika anak takut gelap,sekali lagi, mungkin anak anda juga dipengaruhi oleh kisah
hantu. Jadi, bila setiap kali anak hendak tidur, apakata anda temankan anak
seketika. Duduk disebelah anak dan bacakan buku cerita yang menarik kepada
anak-anak. Usap kepala anak sambil bacakan doa tidur kepada anak. Minta anak
baca doa sekali.
Maksud doa tidur, Dengan namamu Ya Allah, aku hidup dan aku
mati.
Beritahu pada anak secara lembut bahawa anak tidak perlu
takut. Anak bukan tidur seorang diri tapi tidur satu bilik bersama abangnya. Lagipun beritahu pada anak,
yang Allah sentiasa ada melihat dan sentiasa bersama anak. Allah sentiasa
menolong kita jadi anak tidak perlu takut.
Sebagaimana anda selalu menerapkan cerita hantu dalam minda
anak-anak begitu jugalah kita harus tukar dengan menerapkan pula kisah-kisar
kebesaran Allah, Malaikat dan Rasul kepada anak-anak. Hiasi jiwa dan minda
anak-anak anda dengan kisah berhemah yang positif. InsyAllah sangat membantu
anak-anak membentuk imej keperibadiaan yang baik dan positif juga.
Jangan lupa juga . beritahu pada anak-anak, bila mereka
telah tidur kelak, anda akan
tinggalkannya dalam bilik tersebut untuk tidur bersama abangnya. Pasangkan
lampu tidur untuk menggelakkan daripada gelap atau anda boleh buka sedikit
pintu bilik tidurnya.
Sebagai latihan berterusan, bila anak hendak tidur di waktu
tengahari suruh anak tidur di bilik yang ditetapkan bukan di bilik anda.
Sentiasa banyak bersabar menghadapi kerenah anak anda. Elakkan daripada memarahi anak ketika anak hendak
tidur. Sebaliknya ucapkan kata-kata yang positif kepada anak ketika dia hendak
tidur. Jangan lupa untuk sealu puji anak bila dia sudah berjaya tidur sendiri.
Sesekali beri ganjaran kepada anak atas sebab kejayaannya tidur dibiliknya
sendiri.
Akhir sekali jangan lupa juga untuk mendoakan anak-anak anda
ya.
No comments:
Post a Comment