Tuesday 9 June 2015

Kenali dan serlahkan bakat anak

Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Simpanan Peribadi/Carian Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam penuh kerahmatan buat semua.

Bicara hujung jari saya hari ialah mengenai bagaimana anda boleh kenali dan serlahkan bakat anak anda? Kenapa perlu untuk anda kenal bakat anak anda sedari kecil? Sebagai ibubapa bila anda mula nampak ciri-ciri  bakat tertentu yang ada pada anak, tugas utama anda ialah untuk beri bimbingan dan galakan serta membantu anak menyerlahkan bakat dan potensi dirinya.



Bakat dalam diri anak tidak sama dengan minat. Jika anak minat pada sesuatu , contohnya anak sukakan bola  , belum tentu anak mempunyai keupayaan untuk  bermain bola dengan baik. Anak cuma minat dan mempunyai banyak bola itu adalah hobinya.

Contoh lain anak  suka  muzik tetapi belum tentu anak boleh menyanyi dengan baik. Anak anda hanya boleh dikatakan minat dengan muzik tetapi bukan mempunyai bakat.

Bila menyebut tentang bakat, ianya adalah seseuatu yang semulajadi yang Allah anugerahkan ada dalam diri seseorang anak sejak dari lahir lagi. Ianya merupakan suatu potensi dan kemahiran semulajadi yang dimiliki oleh anak dalam sesuatu perkara. Menariknya, bakat ini akan sedikit demi sedikit ditonjolkan oleh anak sepanjang tempoh pembesarannya.


Bagaimana ibubapa dapat mengenali bakat@potensi anak?



Mula -mula sekali anda sebagai ibubapa perlu peka pada setiap tahap demi tahap perkembangan anak anda. Sentiasa peka dan beri perhatian serta amati aktiviti-aktiviti @ sebarang perkara yang disukai @ sering dilakukan oleh anak. Dengan kata lain, sejak kecil ibubapa perlu beri peluang pada anak meneroka, merasai pengalaman dan mencuba pelbagai aktiviti dan permainan. Dengan cara ini secara tak langsung, ibubapa dapat mengamati dan akan nampak  sesuatu yang istimewa yang boleh@mampu anak anda lakukan pada sesuatu tahap umurnya.

Kadang-kadang ciri-ciri bakat yang ditonjolkan oleh seseorang anak tu sebenarnya adalah mungkin merupakan  pola bakat yang memang ada dalam keluarganya. Misalnya anda berbakat sebagai penceramah hebat, dan anda mula nampak yang  anak anda juga, sejak kecil mempunyai ciri hebat seperti diri anda juga.


Apa pula peranan ibubapa dalam mengembangkan potensi yang ada pada anak ini?

Jika anda mula nampak sesuatu bakat menyerlah pada diri anak anda, adalah penting peranan anda :

Beri perhatian
Beri galakan@rangsangan
Hantar anak belajar untuk mengembangkan lagi bakatnya
Beri bimbingan@tunjukajar
Sentiasa menyokong anak.
Beri anak peluang membuat pilihan sendiri
Beri anak peluang terus mencuba

Anda akan  dapat membantu mengembangkan bakat@potensi  yang ada pada anak. Dengan kesabaran dan usaha berterusan, tidak mustahil bakat yang ada pada anak akan dapat menyerlahkan dirinya dan memberikannya kejayaan bila dia dewasa kelak. Sebaliknya jika anda tidak memberikan sokongan dan dorongan serta tindakan yang positif,  anda sebenarnya telah mencantas potensi semulajadi yang ada pada anak anda.




Sekadar memberi contoh anak bujang saya yang kini sedang belajar multimedia dalam pengkhususan animasi. Kursus yang di ambil adalah pilihan hatinya. Dia bukan sekadar minat tetapi itulah bakat dan potensi yang telah ada pada diri anak saya ini sejak awal usia lagi. Masa kecil dia sangat suka melukis, boleh berimiginasi ketika bermain, suka main sendirian dan sepanjang tempoh membesar sebagai kanak-kanak, dia memang aktif dalam dunia lukisan dan warna. saya tidak pernah melarang malah tidak memaksa dia untuk belajar perkara@subjek yang tidak diminatinya.


Dan sememangnya inilah bidang yang dipelajarinya serta diikutinya  kerana bakat semulajadinya dan bukan atas dasar terpaksa atau ikut-ikut saja. Semoga anak bujang saya ini berjaya dalam cita-citanya.


Kesimpulannya sedari kecil lagi, sebagai ibubapa, anda perlu beri anak anda pelbagai peluang dan ruang  supaya dia dapat menyerlahkan bakat@potensi dirinya yang sebenar.

Salah satu dari caranya ialah dengan memberi anak peluang bermain sepuasnya dan  biarkan dia bermain dan terus bermain serta terus mencuba sesuatu.

JOM, dapatkan ebook saya ini dan bantu anak anda bermain dengan kreatif dan penuh imiginasi. Dengan ini anda dapat kenali dan serlahkan bakat anak anda.






No comments:

Post a Comment