Saturday 11 July 2015

Wajarkah melabel anak dibawah 6 tahun sebagai nakal?

TEKS : NOR AZURA ISMAIL
FOTO : CARIAN GOOGLE



Selalunya anak-anak yang sering menyebabkan orang dewasa yang menjaganya merasa  pening kepala dilabelkan sebagai anak yang nakal? Betukah anak-anak ini nakal?
Apakah persepsi  orang dewasa tehadap istilah nakal? Wajarkah kita sebagai orang dewasa melabelkan anak-anak yang sedang melalui pelbagai tahap perkembangan ini sebagai anak yang nakal?

Cuba lihat situasi di bawah ini.
Afiq adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan mendapat jagaan di sebuah TASKA. Afiq seorang kanak-kanak yang memang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara memeningkan dilakukan oleh Afiq.  Apa yang Afiq lakukan?
Afiq suka berlari, suka bergurau dengan kawan-kawan TASKA, suka usik itu,  usik ini,  asyik   main dan memang tak boleh duduk diam sepanjang berada di TASKA.  Ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukannya sendiri.  Justeru itu, Afiq sering dimarahi  oleh pengasuh di TASKA . Sebabnya bila pengasuh suruh duduk diam,  Afiq akan lari. Bila pengasuh kata senyap,  Afiq akan terus buat bising. Pendek kata, Afiq akan buat apa sahaja perkara yang dia ingin tahu. Tapi, pengasuh rasa apa yang Afiq buat memeningkan kepala.  Kalau budak lain, pengasuh kata jangan lari, mereka akan duduk diam atas tikar.  Pengasuh sering membuat aduan  tentang Afiq dan akhirnya malabelkan  Afiq sebagai anak yang nakal.

Wajarkah melabel kanak-kanak di bawah 6 tahun sebagai nakal?
Benarkah Afiq nakal?  Adakah apa yang Afiq lakukan di TASKA dikategorikan sebagai kenakalan kanak-kanak  yang perlu dirisaukan?

Jom lihat satu lagi situasi.  Kali ini kisah pengalaman anak-anak saya sendiri pula.

Ayah saya merupakan seorang usahawan yang tinggal di bandar, maknanya  ayah saya tak duduk kampong lah di mana di rumah ayah saya,  ruang untuk bermain adalah terhad.
 Acapkali ke rumah ayah, anak-anak saya selalunya akan mati kutu. Sebabnya, ayah saya tak benarkan anak-anak  berlari atau ke hulu ke hilir dalam rumah. Nak usik barang-barang, apatah lagi, memang tak dibenarkan. Jadi, anak-anak cuma boleh duduk diam-diam di depan televisyen atau duduk diam bermain dengan gadget.  Jika tiba-tiba anak-anak berlari atau bergurau, ayah saya akan mula bersuara.

“ Cubalah duduk diam-diam , tengok TV tu”
“Cubalah tangan tu  jangan suka  usik barang atuk”
“Cubalah jangan bergurau atau bergaduh”  akhirnya ayah akan sebut juga;
“Cubalah jangan nakal sangat”

Hah, kan dah terkeluar perkataan nakal dari mulut ayah saya.

Melihat situasi tersebut saya faham, mungkin sebab orang tua seperti ayah saya rimas tengok kalau budak-budak berlari-lari dan tak boleh duduk diam. Saya tak salahkan ayah saya, malah saya menghormati pendiriannya. Justeru itu saya pesan pada anak-anak kalau pergi rumah atuk kena dengar cakap atuk. Walhal kalau di rumah sendiri, hmmm ruang mana yang tak diterokai oleh anak-anak saya yang masih kecil tu.

Dua situasi yang melabelkan anak-anak sebagai nakal. Sekali lagi saya nak tanya,  Wajarkah anak-anak di bawah 6 tahun  dilabel sebagai nakal?

Hakikatnya , kanak-kanak di bawah 6 tahun   yang sedang melalui proses dan tahap perkembangan demi perkembangan ini memang secara semiulajadinya tidak boleh duduk diam. Kerana sifat semulajadi anak-anak ialah ingin tahu, ingin cuba, ingin rasa, ingin meneroka, kuat berimiginasi , ingin buat sesuatu yang baru dan ingin tahu sebab dan akibat dari sesuatu perkara.

Jadi, adalah perkara normal anak-anak di bawah 6 tahun memang tidak boleh duduk diam.  Dan anak-anak yang tidak boleh duduk diam inilah , yang sering  dilabelkan sebagai nakal inilah , sebenarnya adalah anak-anak yang cerdik dan pintar.  Otak mereka sentiasa ligat berfikir dan ada saja idea untuk melakukan sesuatu aktiviti.  Sebaliknya anak-anak yang  hanya duduk diam adalah anak-anak yang pasif.

Sebagai ibubapa, pengasuh, pendidik dan orang dewasa yang lain, anda perlu berfikiran terbuka dan amat perlu belajar memahami tingkahlaku sebenar seorang kanak-kanak.  Barulah anda boleh kendalikan mereka dengan tenang, sabar dan tidak stress.

Sya pernah terlihat satu situasi di TASKA dimana pengasuh suruh anak-anak bersandar diam-diam di tepi dinding., tak boleh main apa-apa pada waktu-waktu tertentu.  Maka akan terkebil-kebil lah mata si anak, terpaksa pula  duduk diam kalau tidak pengasuh marah. Dalam konteks ini, sebenarnya cikgu di TASKA tersebut telah mendera emosi  anak-anak yang fitrah serta kehendaknya ialah untuk bergerak dan bermain.

Tiada istilah nakal untuk anak-anak yang aktif dan tidak boleh duduk diam ini. Cuma sebagai ibubapa, pengasuh atau pendidik, peranan anda ialah untuk mengawal dan peka pada setiap tingkahlaku kanak-kanak serta anda perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif untuk anak-anak ini.  Seperkara lagi anda perlu menyediakan serta memastikan juga persekitaran anak-anak bermain adalah kondusif iaitu sesuai, selesa dan selamat untuk anak-anak.
Tindakan memarahi anak-anak serta melarang anak-anak main dan bergerak bebas adalah perkara salah yang telah kita  lakukan.  Jadi, belajarlah untuk   tukar persepsi anda terhadap  tingkahlaku anak-anak.  Sangat penting untuk anda belajar juga memahami tingkahlaku dan jiwa anak-anak kecil ini. Jika kita tidak faham, kita akan cepat merasa stress melihat tingkahlaku anak-anak walhal itulah tingkahlaku semulajadi mereka.

Sekali lagi saya tekankan bahawa anak yang cerdik dari pelbagai aspek ,  anak yang cerdas serta mempunyai keyakinan diri yang positif  adalah anak yang aktif dan  tidak boleh duduk diam malah ada saja yang ingin dilakukannya.
Sebaliknya jika anak-anak tidak aktif, tidak pandai bermain dengan kawan-kawan dan suka berkepit dengan ibubapa atau pengasuhnya adalah perlu untuk  dirangsang perkembangan emosi dan sahsiahnya.

Justeru;
Biarkan anak-anak terus bermain.
Biarkan mereka terus berlari.
Biarkan mereka mencuba.
Biarkan mereka bebas meneroka.
Kerana itu sifat semulajadi seorang kanak-kanak.
Maka;
Jangan memarahi mereka.
Usah mencantas apa yang ingin kanak-kanak tahu.
Peranan anda cuma
Beri mereka galakan
Beri  peluang.
Beri idea aktiviti yang kreatif.
Pastikan persekitaran yang  kondusif untuk anak-anak terus berimiginasi dan mengecapi keseronokan dunia  kanak-kanaknya.

Kena ingat bahawa zaman kanak-kanak hanyalah sekali seumur hidup. Usah dinafikan hak kanak-kanak untuk merasa seronok  bermain dan terus bermain.

Anak-anak anda,  anak yang pintar, cergas dan bijak.
BERIKAN MEREKA PELUANG SECUKUPNYA.

NAK CARI IDEA PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK;
DAPATKAN EBOOK INI.

50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
CUMA RM 25.
TEMPAH SEKARANG.

JADILAH IBUBAPA, PENGASUH DAN PENDIDIK YANG BIJAK DAN KREATIF.





NAK MAHIR MENDIDIK ANAK, JOM DAPATKAN PULA EBOOK 

PANDUAN MENDIDIK ANAK INI.
CUMA RM 30.
JADILAH IBUBAPA YANG MAHIR DAN CEKAP MENDIDIK ANAK-ANAK.


No comments:

Post a Comment