Thursday 2 July 2015

Rahsia bayi menghisap ibu jari

Teks : Nor Azura Ismail
Sumber Rujukan : Penjagaan & kesihatan bayi, Jasmin Publications



Adalah menjadi kebiasaan bagi bayi yang berusia mula 3 bulan sering menghisap ibu jarinya atau menghisap benda-benda yang ada di sisinya. Dari satu sudut perkembangan bayi, bayi memang akan suka memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya @suka menghisap objek yang dapat dicapainya. Ini adalah salah satu cara bayi meneroka @ belajar mengenai sesuatu.

Bagaimana pula jika bayi anda suka menghisap ibu jarinya? Sememangnya ini juga adalah perkara yang normal kepada bayi. Menghisap pada umur sekadar 3 - 4 bulan adalah antara pantulan semulajadi yang ditunjukkan oleh bayi.  Pantulan adalah satu tindakbalas semulajadi terhadap sesuatu rangsangan dalam persekitaran bayi. Pada usia 3 -4 bulan , bayi otomatik akan mula menghisap apa sahaja yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Perkara ini sangat membantu bayi menghisap puting ibunya @ puting botol.
Antara umur 3 bulan sehingga 1 tahun, bayi menghisap kerana itu adalah sebahagian daripada peringkat perkembanagan personalitinya.

Mengikut pendapat seorang ahli falsafah perkembangan awal kanak-kanak . mengatakan bahawa bayi meneroka persekitaran menggunakan mulut. Bayi mendapat keseronokan dengan aktiviti mulut seperti menghisap. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, bayi akan mengalami oral fixation dalam kehiduannya seperti hisap jari sehingga sekolah rendah, suka menggigit atau mungkin menjadi perokok bila telah dewasa.

Jadi bila bayi mula suka menghisap, biarkan . Berikan bayi anda peluang dan waktu agar bayi dapat memuaskan keinginan menghisapnya. Anda boleh bantu bayi dengan menmberi permainan yang boleh@sesuai untuk dihisap. Pastikan mainan tersebut selalu dibersihkan dan disterilkan.

Jangan mencantas atau membantutkan keinginan bayi untuk menghisap. Dengan kata lain., jangan pakaikan bayi dengan sarung tangan yang menyebabkan bayi tidak boleh menghisap jarinya. anda mungkin telah menafikan hak bayi untuk melalui proses perkembanagan secara semulajadi.

Bolehkah anda amalkan perkara ini semata-mata untuk elak bayi menghisap jari??

Bayi juga mungkin menghisap jari kerana mungkin bayi anda ingin berkomunikasi dengan anda , dimana bayi sebenarnya menunjukkan tanda yang waktu makannya telah tiba dan dia berasa lapar. Jadi tindakan anda, terus susukan bayi atau jika bayi telah mula diberi makan, segerakan waktu makannya. Jika tidak bayi akan terus menghisap jari dan diakhiri dengan tangisan kerana kelaparan@kehausan. anda perlu peka kepada kehendak bayi anda.


Mungkinkah juga bayi menghisap ibu jari sebagai tanda bayi tidak puas menyusu. Jadi pastikan bayi anda telah benar-benar puas diberi susu. Jika bayi sedang menyusui ibunya, jangan berhentikan sehingga bayi sendiri telah merasa puas.


Apapun, sekali lagi saya nyatakan bahawa menghisap ibujari adalah perkara normal bagi bayi anda. Jadi, anda tidak perlulah berasa risau melihat perilaku bayi yang gemar menghisap itu. Anda hanya perlu cari jalan penyelesaian jika bayi masih menghisap jari walaupun telah berumur hampir 2 tahun.

Sekian, semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

No comments:

Post a Comment