Wednesday 12 August 2015

Menyambut kedatangan kanak-kanak di TASKA


Teks oleh : Nor Azura Ismail
Foto : Carian google



Menyambut kedatangan kanak-kanak di TASKA adalah antara rutin penting dan utama yang dilaksanakan oleh kakitangan di TASKA. Tatacara menyambut kanak-kanak yang mengikut prosedur kerja yang betul dapat mencerminkan keseluruhan prestasi perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah TASKA.


1.    PERSEDIAAN SEBELUM KEDATANGAN KANAK-KANAK

Keadaan kesihatan kanak-kanak yang dihantar ke TASKA perlulah sentiasa dipantau. Hanya kanak-kanak yang sihat sahaja dan tidak menghidapi sebarang penyakit berjangkit dibenarkan hadir ke TASKA. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit berjangkit perlu diasingkan dan dimaklumkan kepada ibubapa. 

Kebersihan di dalam premis dan di persekitaran luar  TASKA perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini adalah untuk memastikan TASKA beroperasi dalam keadaan bersih dan selesa serta langkah kawalan penyakit dapat dijalankan.
  • Bersih
  • Teratur
  • Selamat
  • Ceria
  • Selesa
  • Pengudaraan yang baik
  • Bebas dari virus penyakit
 
Keadaan dan kesediaan diri pengasuh untuk menjalankan tugasan pada hari itu.
  • Berpakaian kemas dan bersesuaian
  • Emosi yang stabil
  • Ceria
  • Cergas
  • Sihat
  • Ada perancangan awal
  • Sentiasa bersedia

Pengasuh juga perlu :
Berpengetahuan mengenai  TASKA.
Pengasuh perlu mempunyai maklumat mengenai operasi dan peraturan di  TASKA tempat dimana dia bekerja.
 

Tahu tentang peraturan TASKA
Memastikan bahawa peraturan yang dilaksanakan oleh pihak TASKA adalah selaras dan mengikut garispanduan yang betul.

 
Mempunyai kelayakan atau sijil.
Tahu kelayakan asas yang diperlukan sebagai seorang pengasuh yang berdaftar. Sealin itu juga, pengasuh perlu mempunyai sijil-sijil berkaitan dari masa ke samasa bagi menambahkan pengalamna dan pengetahuan dalam bidang.

 
Tahu tentang Akta TASKA.
Memastikan perlaksanaanan penggendalian  aktiviti yang betul mengikut peraturan dan akta serta menggelakkan daripada melakukan  sebarang kesalahan yang digariskan dalam akta.


Jadual Bertugas Kakitangan di TASKA.
Pengasuh perlu merujuk kepada jadual bertugas sebagai persediaan untuk memastikan tugasan setiap pengasuh sebelum, semasa dan selepas menyambut kedatangan kanak-kanak.

 
Penyediaan persekitaran dan peralatan / bahan:
  • Termometer untuk memeriksa suhu badan bayi dan kanak-kanak
  • Alas untuk  bayi membaringkan bayi ketika pemeriksaan fizikal dijalankan.
  • Tong sampah bertutup
  • Alat tulis
  • Buku log harian kanak-kanak – untuk mencatatkan keadaan kesihatan kanak-kanak setelah dilakukan pemeriksaan fizikal
  • Laporan aktiviti kanak-kanak setiap hari
  • Buku komunikasi antara pendidik dan ibu bapa.
  • Buku log perlu diisi oleh ibubapa setiap hari semasa menghantar anak ke TASKA.
  • Ibubapa perlu mencatatkan  masa hadir, barangan yang di bawa, keadaan anak – dah mandi/dah minum susu, sebarang kecederaan dari rumah dan keadaan kesihatan dari rumah serta pesanan kepada pengasuh jika ada.
  • Sabun cecair cuci tangan
  • Tisu
  • Tuala tangan
  • Tisu basah

  • Rekod-rekod berkaitan: 
-       Rekod pemeriksaan fizikal
-       Rekod Kesihatan kanak-kanak
-       Rekod penerimaan ubatan
-       Rekod penerimaan susu ibu
-       Senarai semak barangan peribadi kanak-kanak
 
  • Buku kedatangan kanak-kanak dan juga pekerja TASKA. - Bertujuan untuk mengetahui kehadiran kanak-kanak dan pekerja  ke TASKA pada setiap hari.
         Pengasuh boleh menghubungi ibubapa untuk mengetahui sebab
         ketidakhadiran seseorang kanak-kanak itu. Catatan kedatangan kanak-kanak perlu
         ditandatangani oleh ibubapa dan disahkan oleh pengasuh.

 
Prosedur keselamatan dan kebersihan, dimana langkah- langkah keselamatan yang perlu ada di TASKA, contoh:

  • Pintu berkunci dan selamat
  • Lantai tidak licin dan permukaan lantai sesuai
  • Perabot yang sesuai
  • Peralatan mainan yang sesuai mengikut umur
  • Pembahagian ruang aktiviti yang sesuai
  • Persekitran luar dan dalam TASKA mematuhi peraturan agensi berkaitan.


Langkah kebersihan, contoh;
 
  • Taska bersih
  • Peralatan tersusun 
  • Lantai tidak melekit
  • Peralatan mainan sentisa dicuci dan disteril mengikut jadual
  • Langkah kawalan penyakit dipatuhi.


CONTOH RUANGAN YANG PERLU DIISI OLEH IBUBAPA  (DALAM BUKU LOG HARIAN KANAK-KANAK ) SEBELUM KE TASKA.

 
LOG HARIAN KANAK-KANAK

 
TARIKH :                              HARI : ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS/JUMAAT

DIISI OLEH IBUBAPA/PENJAGA

 
*      Tiba jam _________ yang menghantar __________________

*      Anak tidur nyenyak semalam? YA / TIDAK

        Jika tidak kenapa____________________________________

*      Anak sudah dimandikan/dibersihkan. YA/TIDAK

*      Alatan/bahan yang dibawa

Perkara
Kuantiti
Perkara
Kuantiti
Perkara
Kuantiti
Botol susu
 
Botol air
 
Pakaian
 
Lampin pakai buang
 
Tuala
 
Plastik (Baju kotor)
 
Lain-lain
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

2.    MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK DARIPADA IBUBAPA
 

Perkara asas ketika menyambut kanak-kanak dari ibubapa:

  • Memberi salam  dan mengucapkan selamat pagi kepada kanak-kanak
  • Bertanyakan khabar kanak-kanak
  • Memberi senyuman
  • Berwajah ceria dan tunjukkan kegembiraan
  • Pergerakan tubuh – sambut kanak-kanak./ pegang tangan kanak-kanak/dukung bayi
  • Intonasi suara – mesra. Lembut dan menarik minat serta perhatian kanak-kanak
 

Langkah menyambut kanak-kanak di  TASKA:

  • Ambil kanak-kanak dari tangan ibubapa
  • Pegang tangan kanak-kanak
  • Pujuk kanak-kanak sekiranya mereka menunjukkan tingkahlaku yang negatif
  • Tarik perhatian kanak-kanak supaya ibubapa mudah untuk meninggalkan kanak-kanak.
  • Ambil barangan peribadi kanak-kanak dari tangan ibubapa. Letakkan sementara di tempat yang sesuai.
  • Minta ibubapa tandatangan rekod kehadiran.
  • Tanyakan khabar dan berbual dengan kanak-kanak.
  • Jalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak
  • Rujuk maklumat pada buku log harian kanak-kanak
  • Buat catatan yang perlu
 
Langkah  bertutur dengan ibu bapa:

  • Gunakan bahasa yang sopan dan teratur.
  • Gunakan nada dan intonasi suara yang sesuai.
  • Minta ibubapa tandatangan borang kehadiran kanak-kanak.
  • Tanyakan keadaan kesihatan dan fizikal kanak-kanak
  • Tanyakan sebarang perkara yang perlu anda ketahui contoh mengenai sukatan ubat yang dibawa.
  • Minta ibubapa tunggu sebentar untuk anda jalankan pemeriksaan fizikal keatas kanak-kanak
  • Tanyakan mengenai barangan peribadi kanak-kanak yang dibawa jika perlu.
  • Rujuk buku log harian kanak-kanak. Pastikan telah diisi oleh ibubapa di ruangan berkaitan.
  • Tanyakan pada ibubapa maklumat dalam buku log harian jika perlu
  • Kemaskini  rekod jika perlu.

 
Merekod maklumat:
  • Senarai semak barangan peribadi kanak-kanak. - Periksa barangan dan tandakan barangan yang dibawa oleh ibubapa dalam senarai semak yang disediakan.
  • Rekod penerimaan ubatan - Pengasuh perlu mencatatkan jenis ubatan serta sukatan untuk setiap ubatan yang diterima. Dapatkan maklumat lanjut dari ibubapa jika perlu

  • Rekod kedatangan kanak-kanak – pastikan ibubapa telah pun menandatangani bagi pihak kanak-kanak
  • Rekod pemeriksaan kesihatan dan fizikal – pengasuh perlu mencatatkan sebarang masalah kesihatan atau kecederaan fizikal kanak-kanak ketika mereka hadir ke TASKA.

Langkah mengambil dan menggendali barangan peribadi kanak-kanak

  • Ambil barangan peribadi kanak-kanak dari tangan ibubapa
  • Sediakan senarai semak barangan peribadi yang diterima
  • Periksa barangan peribadi kanak-kanak. Pastikan mencukupi untuk keperluan sehari di Taska.
  • Pastikan ibubapa telah merekod barangan peribadi di dalam buku log harian kanak-kanak.
  • Pastikan semua barangan yang diterima telah dilabelkan dengan nama kanak-kanak. Jika tidak, pengasuh perlu melabel semua barangan yang diterima untuk menggelakkan sebarang pertukaran barang dengan kanak-kanak lain.
  • Susun barangan peribadi di tempat yang betul dan sesuai mengikut jenis barangan.


Barangan  Peribadi Kanak-Kanak

Barangan peribadi kanak-kanak adalah barang yang digunakan oleh kanak-kanak sepanjang hari di TASKA. Semua kelengkapan perlu disediakan dan dibawa oleh ibubapa setiap kali menghantar anak ke TASKA.

Kanak-kanak mungkin membawa barang-barang khas - mainan, haiwan , gambar, dan sebagainya ke TASKA untuk berkongsi kepada guru atau rakan-rakanya . Bertanya dengan guru tentang kesesuaian item jika kanak-kanak  tidak pasti. Gula-gula, wang, belon, dan mainan bahaya (seperti senapang) mesti ditinggalkan di rumah. Pihak TASKA  tidak akan bertanggungjawab untuk barang kemas mainan, hilang, atau lain-lain barang-barang peribadi.

 
3.    PERATURAN UMUM (SOP) MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK

  • menyambut ketibaan kanakkanak  di pintu masuk dengan senyuman mesra.
  • memberi salam atau ucapkan “selamat pagi” dan bersalaman  dan bertanya khabar kanak-kanak .
  • kanak-kanak menyusun selipar/kasut di rak kasut.
  • ibu bapa/penjaga merekod kedatangan kanak-kanak dalam buku rekod kehadiran.
  • memeriksa keadaan fizikal kanak-kanak. sekiranya ada kecederaan atau tanda-tanda kanak –kanak tidak sihat, catatkan dalam  buku log anak  permata negara.
  • mencatat maklumat (ubat atau barang baru) yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga ke dalam buku log anak permata negara.
  • kanak-kanak bersalaman dengan ibu bapa/penjaga dan mengucapkan selamat tinggal.


Contoh senarai semak barangan peribadi kanak-kanak

Bil.
Kelengkapan Peribadi Kanak-Kanak
2 bulan - 1 tahun
2 tahun – 4 tahun
1.
Kelengkapan tidur
̸̸
̸̸
2.
Beberapa helai pakaian lengkap setiap hari
̸
̸
3.
Peralatan mandi
 
̸
 
̸
 
4.
Peralatan selepas mandi
 
̸
 
̸
5.
Diaper secukupnya
̸
̸
6.
Keperluan penyusuan
 
 
 
̸
 
 
̸
7. 
Makanan bayi secukupnya
̸
 
8.
Sapu tangan
       ̸
̸
9.
Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari
̸
̸
10.
Ubat yang dibekalkan oleh ibubapa (jika perlu)
          ̸
̸

 
 

Semoga tulisan di atas bermanfaat buat penggendali TASKA khasnya.

Kepada yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk menubuhkan perniagaan TASKA, boleh dapatkan EBOOK ini.

PANDUAN PERNIAGAAN TASKA
RM 30.

 
Dan kepada yang ingin mencari idea bahan permainan kanak-kana di TASKA, boleh dapatkan
 
EBOOK 50 IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
RM 25
 
 
 UNTUK TEMPAHAN SEGERA, BOLES TERUS WHATAPP SAYA DI NO. 0167235080

ANDA JUGA BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN JEMPUTAN.


Norazura childcare practitioner
pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment